The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izatie.izan, 2022-06-07 22:29:27

GK Manual Pengurusan 2022 V1

GK Manual Pengurusan 2022 V1

BAB 1:
PENGENALAN
PUSAT

1

VISI
Peneraju perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan autisme yang terbilang

MISI
Melestarikan sistem perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan autisme yang berkualiti

MOTTO
Autisme: Keprihatinan Mengelakkan Tragedi

OBJEKTIF PUSAT
1. Mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme menjadi berdikari agar dapat memberi

sumbangan kepada masyarakat dan Negara pada masa hadapan
2. Memperkasakan ibu bapa dengan kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak

mereka agar dapat mencapai perkembangan optimum
3. Menawarkan latihan dan konsultasi tentang intervensi berasaskan penyelidikan dalam mendidik

kanak-kanak yang mengalami autisme
4. Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai autisme dan cabaran yang dihadapi oleh individu

yang mengalami autisme serta keluarga mereka
5. Meneraju sistem perkhidmatan autisme sebagai pusat rujukan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Pusat GENIUS Kurnia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;

1. Menjalankan pemerhatian dan pentaksiran dalam tempoh DUA MINGGU kehadiran kanak-
kanak sebelum perbincangan Pelan Perkhidmatan Individu dan Keluarga (PPIK).

2. Mengadakan perbincangan Pelan Perkhidmatan Individu dan Keluarga (PPIK) setiap ENAM
BULAN.

3. Berkomunikasi dengan ibu bapa tentang perkembangan kanak-kanak selepas setiap sesi
dijalankan.

4. Memastikan ibu bapa menyertai latihan tentang autisme sekurang-kurangnya ENAM kali
dalam setahun.

5. Membantu kanak-kanak Pusat GENIUS Kurnia yang memenuhi kriteria untuk memohon
Elaun Murid Khas yang disediakan oleh KPM.

6. Menawarkan khidmat konsultasi dan pasukan pemikir kepada agensi luar dari semasa ke
semasa.

7. Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan umum adalah cepat, tepat dan
mesra serta diambil tindakan dalam tempoh TIGA hari bekerja.

8. Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan adil sepanjang masa.
9. Sentiasa menjalin hubungan baik dengan agensi-agensi luar ke arah mencapai

perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan autisme yang terbilang.
10. Sentiasa peka dan responsif terhadap segala pandangan, cadangan dan teguran yang

membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan intervensi awal
dan pendidikan autisme.

2

SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN,
SILA HUBUNGI:
PENGARAH

PUSAT GENIUS KURNIA
NO.18, JALAN SENTUL PERDANA

51000 KUALA LUMPUR
TEL: 03-4026 8200
FAKS: 03-4026 8281

Emel: [email protected]

3

LOGO PROGRAM

SEJARAH PUSAT
Bagi memenuhi keperluan sistem perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan autisme yang berkualiti
di Malaysia, Bahagian GENIUS (yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian PERMATA) di bawah
pengurusan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan penanda aras bagi mendapatkan
maklumat mengenai program intervensi awal di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom
dan United Arab Emirates pada 4 hingga 11 Februari 2013. Lawatan tersebut khusus bertujuan meneliti
kurikulum, program intervensi, kaedah pemilihan kemasukan anak (enrolment), kumpulan sasaran,
perkhidmatan sokongan, keperluan latihan dan juga keperluan prasarana fizikal di setiap sekolah yang
dilawati.

Mesyuarat Pelaksanaan Program PERMATA Autisme Bil.1 Tahun 2013 pada 14 Januari 2013 yang
dipengerusikan oleh mantan Penaung Program PERMATA memutuskan supaya sebuah pusat yang
menyediakan perkhidmatan intervensi awal untuk kanak-kanak autisme dibuka. Oleh itu, sebuah pusat
yang dinamakan Pusat PERMATA Kurnia telah dibangunkan di Sentul, Kuala Lumpur dan mula
beroperasi pada Januari 2016 dengan menawarkan 3 jenis perkhidmatan iaitu; Program Sokongan
Keluarga, Program Harian dan Program Pendidikan Komuniti. Pusat ini telah dirasmikan oleh mantan
Perdana Menteri ke-6 pada 31 Mac 2016.

Pusat yang dibina di atas tanah seluas 2.5 ekar ini mempunyai kemudahan fasiliti termasuklah 24 buah
Bilik Pembelajaran, 2 Bilik Intervensi, Pejabat Pentadbiran, Bilik Pergerakan (Movement Room), Ruang
Gimnasium, Bilik Muzik, Ruang Bermain, Bilik Kemahiran Hidup (Living Skill Room), Bilik Serbaguna,
Dewan, Surau, Kantin dan sebagainya.

4

Selaras dengan perubahan Kerajaan pada bulan Mei 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei
2018 telah bersetuju supaya Bahagian GENIUS dipindahkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) secara lock, stock and barrel. Mesyuarat Majlis Program PERMATA Bilangan 1 Tahun 2019 yang
diadakan pada 1 April 2019 kemudiannya, telah bersetuju dengan hala tuju Pusat GENIUS Kurnia (PGK)
untuk dinaik taraf sebagai Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal GENIUS Kurnia. Kerajaan juga
kemudiannya telah bersetuju supaya nama PERMATA ditukar kepada GENIUS bermula 5 April 2019
selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut. Sehingga Disember 2020, seramai
1,282 kanak-kanak autisme telah diberikan intervensi awal di PGK.
Berdasarkan keputusan pada 1 April 2019 untuk menaik taraf PGK kepada Pusat Kecemerlangan
Intervensi Awal GENIUS Kurnia, PGK sedang berusaha ke arah melaksanakan fungsi pusat
kecemerlangan intervensi awal yang dijangka dapat dicapai dalam tempoh 6 tahun. Sehingga Disember
2020, Pusat GENIUS Kurnia mempunyai:

• 1256 kanak-kanak autisme;
• 11 kanak-kanak palsi serebrum;
• 5 kanak-kanak sindrom down;
• 3 kanak-kanak ketidakupayaan penglihatan;
• 2 kanak-kanak ketidakupayaan pendengaran; dan
• 5 kanak-kanak ketidakupayaan pelbagai.

5

PELAN PUSAT
Aras Bawah

Aras Satu
6

Senarai Kemudahan Mengikut Aras No. Aras Satu
Blok A
No. Aras Bawah
Blok A 1 Bilik Ketua Program I
2 Bilik Ketua Program II
1 Lobi
2 Bilik Pengarah 3 Bilik Penyelia
3 Bilik Penolong Pengarah 4 Bilik Perundingan 1,2 dan 3
4 Ruang Kerja Pentadbiran
5 Bilik Mesyuarat 5 Ruang Kerja
6 Bilik Perbincangan 6 Bilik Sumber Komputer
7 Kawasan kanak-kanak bermain 7 Gimnasium

Blok B Blok B
1 Bilik Intervensi 1 dan 2 1 Bilik Pembelajaran
2 Ruang Gimnasium
3 Bilik Muzik Blok C
4 Bilik Pelbagai Guna 1 Bilik Pembelajaran
5 Calming Room
6 Toy’s Library 2 Bilik Unit Advokasi
3 Bilik Kemahiran Hidup
Blok C
1 Bilik Pembelajaran (Transisi) 4 Studio Rakaman
2 Kolam Renang Blok D
3 Patting Zoo
4 Bilik Dobi 1 Surau

Blok D
1 Dewan Anugerah
2 Kantin
3 Taman Terapi

7

BAB 2:
PENGENALAN
PUSAT

8

BAB 2: KONSEP DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN
RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil bagi kemakmuran Negara
yang akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbangan dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

9

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TONGGAK 12
10

Kerajaan Malaysia cuba menerapkan nilai-nilai murni kepada pegawai-pegawai awam agar mereka
dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat. 12 nilai asas yang menjadi
tonggak perkhidmatan awam merupakan gabungan pelbagai nilai murni yang boleh diterima oleh semua
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA
11

Fokus utama Budaya Kerja Kelas Pertama adalah bagi menentukan kejayaan dalam sesebuah
organisasi. Ia merupakan aspek utama yang menentukan kecemerlangan organisasi tersebut. Amalan
nilai-nilai mulia yang berterusan akan mencerminkan kecemerlangan sesebuah organisasi.

12

BAB 3:
TAKWIM
PROGRAM

13

TAKWIM SESI 2022/2023 | Pusat GENIUS Kurnia, Kuala Lumpur
14

15

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB | Program Khas
16

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB | Program Khas
17

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB | Tugas-tugas Khas
18

BAB 4:
PENJAWATAN

19

SENARAI PERSONEL DI PUSAT GENIUS KURNIA, KUALA LUMPUR

BIL. NAMA GELARAN JAWATAN
1 DR. NIL FARAKH BINTI SULAIMAN Pengarah
2 AHMAD FIRDAUZ BIN ABDULLAH TAHRIN Ketua Program (Program Harian)
3 NUR AMALINA BINTI AZAHIR Penolong Pengarah
4 AZURA BINTI ABDULLA HASSAN Penolong Pegawai Tadbir
5 NOR AZITA BINTI SAIDIN Penolong Pegawai Tadbir
6 MUHAMMAD HILMI BIN MOHD YUSOFF Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
7 AHMAD PAUZY BIN MOHAMAD INI Pembantu Tadbir
8 AZIZI BIN AZIZAN Pembantu Tadbir
9 ABDUL AZIZ BIN KHALID Pemandu Kenderaan
10 SHERIL AZREEN BINTI MOHD RASHID Pegawai Intervensi
11 YONG ENNIE Pegawai Intervensi
12 NORATIKAH BINTI MOHD APNI Pegawai Intervensi
13 SHAHRIZAL BIN SELAMAT Pegawai Intervensi
14 FARHANA HUDA BINTI ZAINUDIN Pegawai Intervensi
15 NUR ADIA SYAFIKA BINTI MOHD NOH Pegawai Intervensi
16 PUTERI NURFARIZA BINTI ARBAIN Pegawai Intervensi
17 SITII HAZWAANII BINTI JASNI Pegawai Intervensi
18 SURAYA BINTI SHAHURI Pegawai Intervensi
19 RUZAIMAH BINTI MOHD ALWI Pegawai Intervensi
20 AISYAH BINTI JASIN Pegawai Intervensi
21 ALIF SAFUAN BIN ABDUL ZALIF Pegawai Intervensi
22 SYAZANA BINTI PARNI Pegawai Intervensi
23 MUHAMMAD ASWADI BIN ZULKIFLI Pegawai Intervensi
24 MUHAMMAD HASANY BIN MAT GHANI Pegawai Intervensi
25 NURUL SHUWAIBAH BINTI MOHD RAZALI Pegawai Intervensi
26 REVATHI A/P PARAMASIVAM Pegawai Intervensi
27 NUR SYAFIQA BINTI MOHD KAMAL Pegawai Intervensi
28 NUR SYAFIQAH BINTI MAZRI Pegawai Intervensi
29 SITI ZAHIDAH BINTI ZAIK Pegawai Intervensi
30 NILAM SUHANA BINTI OTHMAN Pegawai Intervensi

20

31 IYLIA SYAMIMI BINTI SULAIMAN Pegawai Intervensi
32 PUNITA A/P MARAPEN Pegawai Intervensi
33 NUR FARHANIM BINTI ABU HANIFFA Pegawai Intervensi
34 SITI ROSINAH BINTI SAID Pegawai Intervensi
35 SITI NADIA BINTI YAHAYA Pegawai Intervensi
36 WAN MAZIAN BINTI WAN MAHMUD Pegawai Intervensi
37 ZALIHA BINTI MAMAT Pegawai Intervensi
38 NUR HAZWANI BINTI RAZALI Pegawai Intervensi
39 NURUL FARHANA BINTI MUZAPAR Pegawai Intervensi
40 NUR NADIAH BINTI AZMI Pegawai Intervensi
41 NORSHAHZANA ATIKA BINTI MOHAMAD KHASSERI Pegawai Intervensi
42 ROHAYA BINTI ISMAIL Pegawai Intervensi
43 SITI KAIYISAH BINTI ABDUL RAHIM Pegawai Intervensi
44 NORFATIN FAIZAH BINTI HAMDAN Pegawai Intervensi
45 AHMAD ZA'IM BIN HOOD Pegawai Intervensi
46 MARHAMAH BINTI ABU ZAHAR Pegawai Intervensi
47 IDA AZWANI BINTI MOHD YUNUS Pegawai Intervensi
48 NURUL HASANAH BINTI MOHD SAJUDIN Pegawai Intervensi
49 MAJORIE PAUL Pegawai Intervensi
50 FATINAH BINTI ADNAN Pegawai Penyelidik
51 NUR ATIKAH BINTI ABDUL HALIM Pegawai Penyelidik
52 ANIS NAAZIRA BINTI ABDUL RAUF Pegawai Penyelidik
53 FATIN NORSYAZWANI BINTI MOHD ARIFFIN Pembantu Intervensi
54 HAZWANI BINTI HAMZAH Pembantu Intervensi
55 ZULFADHILAH BINTI OTHMAN Pembantu Intervensi
56 WAN NABILA NATASYA BINTI WAN ZAIDI Pembantu Intervensi
57 NURUL ZAFIRAH BINTI JAMALLUL RAHMAN Pembantu Intervensi
58 NUR FARAHIM BINTI MAT SAID Pembantu Intervensi
59 KHAIRUL AKMAL BIN MAT KHAIRI Pembantu Intervensi
60 NUR AMEELIA BINTI BADRULSAM Pembantu Intervensi
61 NUR ASIAHMURNI BINTI KHAIRUDDIN Pembantu Intervensi
62 NOR FARAHAIDA BINTI MOHD ALIAS Pembantu Intervensi
63 CHE MOHD FAUZI BIN CHE RAZALI Pembantu Intervensi
64 ROYSTEIN GU ANAK TEMENGGONG Pembantu Intervensi

21

65 MUHAMMAD ALIF BIN MOHD JAIS Pembantu Intervensi
66 SHAHRUL AMIR BIN MOHD SHAHRUDDIN Pembantu Intervensi
67 MOHD AZUAN BIN ZAKARIA Pembantu Intervensi
68 NASRI BIN AB SAMAT Pembantu Intervensi
69 NUR SYAFIQA BINTI MUHAMMAD AUBAIDAH Pembantu Intervensi
70 HALFIZAH BINTI TUKLING Pembantu Intervensi
71 NUR EZLIN EZZATI BINTI MOHD ZAIRUDDIN Pembantu Intervensi
72 NUR AISHA BINTI MOHD RUSLEE Pembantu Intervensi
73 WARDAH BINTI TAJUDIN Pembantu Intervensi
74 NORNISA AISYAH BINTI HALIM Pembantu Intervensi
75 DAYANG MARHAIN BINTI ABDULLAH Pembantu Intervensi
76 LILIAN AREN LAING Pembantu Intervensi
77 NORAZMAIHA BINTI ABD AZIZ Pembantu Intervensi
78 SHAHIDATUL ATIAH BINTI OMAR Pembantu Intervensi
79 MOHD FARIQUE BIN ISHAK Pembantu Intervensi

22

23

24

25

BAB 5:
SEKSYEN
OPERASI

26

KETUA UNIT UNIT ADVOKASI
AHLI
: Pn. Sheril Azreen binti Mohd Rashid
: Cik Suraya binti Shahuri
: Pn. Norshahzana Atika binti Mohamad Khasseri
: Pn. Nor Farahaida binti Mohd Alias
: En. Roystein Gu Anak Temenggong

BIDANG TUGAS

1. Menjadi Pegawai Penghubung (liason-officer) kepada Bahagian GENIUS dalam menyalurkan

maklumat dan hebahan berkaitan program yang dianjurkan oleh GENIUS Kurnia.
2. Membantu ibu bapa/penjaga anak GENIUS Kurnia menguruskan permohonan Kad OKU bagi

yang memerlukan.
3. Menguruskan permohonan Elaun Murid Khas (EMK) bagi anak berumur 4, 5 dan 6 tahun yang

berada di GENIUS Kurnia.
4. Menyelaras insuran kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun yang berada di GENIUS Kurnia.
5. Menjadi Pegawai Penghubung (liason-officer) bagi menghubungkan anak dan ibu bapa/penjaga

anak GENIUS Kurnia kepada agensi-agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan yang
diperlukan seperti bantuan praktik, bantuan alatan tiruan dan alat sokongan lain.

6. Menjalankan kerjasama di antara Sektor Kerajaan/ Swasta/ NGO dan Organisasi Luar dalam
usaha memberi kesedaran tentang Autisme dan anak berkeperluan khas yang lain.

7. Merancang dan menguruskan program yang bersesuaian untuk anak dan ibu bapa/penjaga anak
GENIUS Kurnia dalam menyalurkan manfaat bagi meningkatkan kefungsian mereka.

8. Bertanggungjawab menjadi perantara dalam penyediaan bahan/ maklumat mengenai dasar,

aktiviti, program, perkhidmatan, pencapaian, promosi dan publisiti yang ingin dihebahkan kepada
Unit Komunikasi Korporat (UKK), Bahagian GENIUS. Maklumat ini seterusnya akan diselaraskan
kepada warga KPM melalui UKK KPM.
9. Bertanggungjawab menjadi Ahli Jawatankuasa Pengurusan Isu/ Aduan bagi program dan
menyediakan maklum balas/ penjelasan terhadap isu dan pertanyaan orang awam mengenai

program masing-masing.
10. Bertanggungjawab dalam menyelaras takwim dan aktiviti program serta bekerjasama bersama

Unit Komunikasi Korporat (UKK) Bahagian GENIUS bagi tujuan perancangan promosi dan
publisiti.
11. Bertanggungjawab membantu UKK Bahagian GENIUS dalam menyebarkan ‘success story’

berkaitan dasar, aktiviti, program, perkhidmatan, pencapaian, promosi dan publisiti masing-
masing menerusi media massa termasuk media baharu (portal, blog, Facebook, Twitter, IG dan
sebagainya).
12. Mewakili program di mesyuarat, perbincangan serta kursus/ bengkel berkenaan pengurusan isu/
aduan, perancangan media, peningkatan imej korporat dan sebagainya.

13. Bertanggungjawab menyediakan dan menyelaras maklumat/ bahan penulisan serta set data untuk
disiarkan menerusi Buku Laporan Tahunan dan dimuat naik ke portal www.data.gov.my.

14. Mengambil bahagian dalam program promosi dan outreach yang diselaraskan oleh UKK Bahagian
dari semasa ke semasa.

27

KETUA UNIT UNIT SOKONGAN
AHLI
: Pn. Nur Syafiqa binti Mohd Kamal
: Pn. Nur Adia Syafika binti Mohd Noh
: En. Ahmad Za'im bin Hood
: En. Mohd Azuan bin Zakaria
: Pn. Nornisa Aisyah binti Halim
: En. Shahrul Amir bin Mohd Shahruddin
: Pn. Nur Ezlin Ezzati binti Mohd Zairuddin

BIDANG TUGAS

1. Perunding cara bagi keluarga yang mempunyai anak di GENIUS Kurnia.
2. Perunding cara bagi keluarga yang tidak/belum berpeluang memasuki pusat dan memerlukan

maklumat.
3. Penggubalan serta pindaan Terma dan Rujukan (TOR) untuk borang-borang berkaitan

pengurusan kanak-kanak GENIUS Kurnia.
4. Saringan ASQSE kepada anak berisiko yang masih belum mendapatkan diagnosis rasmi.
5. Menyediakan SOP bagi proses kerja yang melibatkan ibu bapa.
6. Mengelola pengambilan anak dan taklimat kepada ibu bapa baharu yang memasuki Pusat

GENIUS Kurnia.
7. Menguruskan prosedur tangguh/ tamat intervensi
8. Mengambil tindakan SEGERA terhadap semua aduan secara bersemuka atau dalam talian dari

ibu bapa.
9. Mengambil tindakan SEGERA terhadap semua kes-kes kecemasan dari semasa ke semasa.
10. Menerima rujukan dan mengelolakan mesyuarat serta lantikan bagi Panel Pakar Perubatan

GENIUS Kurnia.
11. Mewujudkan medium yang bersesuaian dan efektif bagi komunikasi antara ibu bapa dan Pusat

GENIUS Kurnia.
12. Menganalisa data perkembangan anak yang diperolehi setiap ENAM BULAN dan menyediakan

laporan tahap pencapaian semasa mereka.

KETUA UNIT UNIT JARINGAN PINTAR
AHLI
: Pn. Ruzaimah binti Mohd Alwi
: En. Muhammad Aswadi bin Zulkifli
: Pn. Rohaya binti Ismail
: Pn. Shahidatul Atiah binti Omar
: En. Mohd Farique bin Ishak

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan menguruskan jaringan kerjasama antara Pusat dan organisasi luar di dalam dan
luar negara.

2. Memastikan sebarang urusan lawatan daripada pihak luar ke Pusat GENIUS Kurnia berjalan
dengan lancar.

28

3. Mengenal pasti organisasi luar sama ada badan kerajaan mahupun badan swasta yang sesuai
untuk menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Intervensi Awal.

4. Meluaskan perkongsian perkhidmatan yang ditawarkan kepada agensi luar yang memerlukan
khidmat kepakaran daripada Pusat.

5. Merancang dan menjalankan program kepada agensi luar terutamanya berkenaan dengan
intervensi awal kepada anak berkeperluan khas.

6. Memastikan laporan program / aktiviti yang dijalankan direkod dan dikemaskini.

KETUA UNIT UNIT TRANSISI
AHLI
: Pn. Nur Farhanim binti Abu Haniffa
: Cik Nurul Hasanah binti Mohd Sajudin
: Pn. Wan Mazian binti Wan Mahmud
: Cik Majorie Paul
: Pn. Nur Hazwani binti Razali
: Pn. Nurul Shuwaibah binti Mohd Razali
: Pn. Zaliha binti Mamat
: Pn. Hazwani binti Hamzah
: Pn. Nurul Zafirah binti Jamallul Rahman
: Pn. Lilian Aren Laing

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan menguruskan pergerakan anak di GENIUS Kurnia.
2. Memastikan dokumen mengenai pergerakan anak diisi dan dikemaskini.
3. Memastikan bilangan anak di setiap kelas dikemaskini setiap bulan.
4. Menetapkan tarikh mesyuarat berkala mengenai progres perkembangan kanak-kanak bersama

wakil daripada setiap program sekurang-kurangnya DUA kali setahun.
5. Mengumpulkan dan menyelaras dokumen Pelan Perkhidmatan Individu dan Keluarga (PPIK).
6. Memastikan Pegawai Intervensi merekod laporan perkembangan anak pada setiap akhir sesi

intervensi melalui Buku Komunikasi.
7. Memastikan Pegawai Intervensi menyediakan laporan perkembangan anak setiap ENAM bulan.
8. Mengumpul data perkembangan anak dari setiap Pegawai Intervensi bagi tujuan analisa

pencapaian semasa, berdasarkan domain perkembangan sedia ada selaras dengan PPIK yang
telah ditetapkan.
9. Menyemak laporan perkembangan anak setiap 6 bulan dan mendapatkan pengesahan Timbalan
Pengarah.
10. Menyampaikan maklumat berkaitan pendaftaran anak ke sekolah kepada ibu bapa.
11. Menjalankan aktiviti orientasi dalaman dan luar kepada anak-anak yang berumur 6 dan 7 tahun.
12. Menguruskan hal-hal berkaitan Program Penilaian Pakar bagi anak di Program Harian.
13. Menguruskan hal-hal berkaitan pembantu pendamping bagi anak yang akan ke aliran PPI.
14. Merekodkan data anak yang sudah berdaftar ke sekolah dan membuat pengesanan anak ke aliran
PPI/PPKI.

29

BAB 6:
SEKSYEN
LATIHAN

30

KETUA UNIT UNIT INFOSTRUKTUR
AHLI
: Cik Aisyah binti Jasin
: Cik Farhana Huda binti Zainudin
: En. Muhammad Hasany bin Mat Ghani
: Pn. Sitii Hazwaanii binti Jasni
: En. Muhammad Alif bin Mohd Jais
: En. Khairul Akmal bin Mat Khairi
: Cik Nur Ameelia Binti Badrulsam

BIDANG TUGAS

1. Mengawal selia laman web rasmi, media sosial dan pendidikan dalam talian.
2. Menyediakan bahan dan maklumat untuk diletakkan di laman web rasmi, media sosial dan

pendidikan dalam talian.
3. Menyelenggara laman web, pelantar pembelajaran dalam talian, media sosial dan yang berkaitan

dengannya.
4. Menaik taraf laman web, pelantar pembelajaran dalam talian, media sosial dan yang berkaitan

dengannya.
5. Membangunkan kandungan digital bagi kegunaan institusi, latihan ibu bapa dan kempen

kesedaran.
6. Menyediakan garis panduan berkenaan pembangunan kandungan digital bagi kegunaan institusi,

latihan ibu bapa dan kempen kesedaran.
7. Memastikan kandungan yang dihasilkan memenuhi standard dan piawai penerbitan.
8. Menyediakan sokongan teknikal multimedia: rakaman, siaran langsung, webinar dan yang

berkaitan dengannya kepada semua seksyen.
9. Menjalankan pengurusan tugas Digital Marketing (brand awareness dan online reputation).
10. Merancang dan mengurus perolehan dan sewaan peralatan digital.
11. Mengurus inventori aset, peralatan dan perisian multimedia.
12. Memberi konsultasi penggunaan dan pembangunan bahan digital & multimedia kepada mana-

mana agensi melalui perjanjian persefahaman.

KETUA UNIT UNIT LATIHAN & KONSULTASI
AHLI
: Pn. Yong Ennie
: Pn. Punita A/P Marapen
: En. Alif Safuan bin Abdul Zalif
: En. Che Mohd Fauzi bin Che Razali
: Pn. Nur Asiahmurni binti Khairuddin
: Cik Nur Farahim binti Mat Said

BIDANG TUGAS

1. Merancang takwim latihan dan melaksanakan latihan (CPD, PLC, Latihan Hujung Minggu)
institusi, dalam negara juga luar negara bagi peningkatan profesionalisme warga kerja termasuk
latihan dan bimbingan kepada ibu bapa, guru, ahli profesional serta masyarakat.

31

2. Merancang takwim latihan dan mengelola program pensijilan (SKM3 dan Diploma) bagi
meningkatkan profesionalisme warga kerja.

3. Menyebar luas maklumat latihan dan bengkel kepada pemegang taruh.
4. Mengesahkan kandungan latihan dan bengkel bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan,

sokongan keluarga dan komuniti.
5. Merancang peruntukan tahunan bagi pelaksanaan latihan dan bengkel.
6. Menyediakan sijil, dokumentasi dan maklum balas daripada latihan dan bengkel.
7. Memberi latihan dan konsultasi kepada ibu bapa dan komuniti bagi manfaat kedua-dua belah

pihak.

KETUA UNIT Unit Program Sangkutan
AHLI
: Pn. Norfatin Faizah binti Hamdan
: Pn. Iylia Syamimi binti Sulaiman
: Pn. Nur Aisha binti Mohd Ruslee
: Cik Wardah Binti Tajudin

BIDANG TUGAS

1. Memberi kemudahan kepada pelajar/ staf daripada agensi luar yang ingin menjalani latihan
industri atau memenuhi keperluan bidang yang berkaitan di institusi.

2. Memberi kemudahan kepada warga institusi untuk menjalankan program sangkutan di agensi luar
bagi memenuhi keperluan bidang, membuka peluang pemindahan dan/ atau pertukaran ilmu dan

teknologi di samping meluaskan pengalaman mereka supaya dapat menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan.
3. Memastikan pelajar/ penyelidik mematuhi garis panduan program sangkutan di pusat.
4. Memastikan kedudukan penempatan pelajar/ penyelidik di Pusat.
5. Mengenal pasti latihan/ bengkel mengikut keperluan sangkutan.
6. Mengesahkan kandungan latihan/ bengkel mengikut keperluan.
7. Menyediakan laporan dan sijil kepada pelatih selepas tamat program sangkutan.

32

BAB 7:
SEKSYEN
PENYELIDIKAN

33

. UNIT PENYELIDIKAN

KETUA UNIT : Cik Puteri Nurfariza binti Arbain
AHLI : Pn. Nur Syafiqa binti Mazri
: Pn. Nilam Suhana binti Othman
: En. Shahrizal bin Selamat
: Cik Zulfadhilah binti Othman
: Pn. Halfizah binti Tukling

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan melaksanakan pengurusan pentadbiran seperti penyediaan dokumen, surat,
minit mesyuarat dan lain-lain keperluan kajian.

2. Merancang dan melaksanakan pengurusan hubungan luar seperti mendapatkan maklumat,
kelulusan, serta khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan kajian yang dijalankan.

3. Merancang dan menyediakan dokumen permohonan kebenaran menjalankan penyelidikan
kepada organisasi terlibat.

4. Merancang dan menyediakan keperluan dokumen untuk latihan/ kursus/ bengkel kepada
pegawai.

5. Mengurus dan menyediakan dokumen permohonan penyelidikan daripada pihak luar mengikut
SOP yang telah ditetapkan.

6. Merancang dan melaksanakan pengurusan bagi tujuan pendaftaran persidangan.
7. Memantau dan mengemaskini perkembangan penyelidikan oleh pegawai.
8. Merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan seperti agihan peruntukan, perbelanjaan

dan pengurusan bagi kajian jika perlu.
9. Menguruskan permohonan peruntukan kewangan bagi kajian.
10. Mencari dana bagi tabung penyelidikan dan inovasi.
11. Menyediakan Perancangan Tahunan Pelaksanaan Penyelidikan.
12. Membangunkan kertas cadangan Kajian Penilaian Program dan Kajian Pengesanan.
13. Menguruskan keperluan untuk tujuan penganjuran persidangan
14. Merancang aktiviti kolaboratif dengan institusi pendidikan lain di dalam dan luar negara untuk

pengembangan aktiviti penyelidikan Pusat
15. Menyediakan Laporan Tahunan Pelaksanaan Penyelidikan.
16. Membuat cadangan penambahbaikan kepada strategi intervensi, pengisian intervensi serta

pelaksanaan penilaian anak berdasarkan pelaporan analisa perkembangan anak yang diperolehi
setiap ENAM BULAN.

34

KETUA UNIT UNIT INOVASI
AHLI
: Pn Nur Nadiah binti Azmi
: Pn. Syazana binti Parni
: Pn. Siti Zahidah binti Zaik
: Pn. Wan Nabila Natasya binti Wan Zaidi
: Cik Fatin Norsyazwani binti Mohd Ariffin

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan melaksanakan pengurusan pentadbiran seperti penyediaan dokumen, surat,
minit mesyuarat dan lain-lain keperluan projek inovasi.

2. Merancang dan menyediakan keperluan dokumen untuk latihan/ kursus/ bengkel kepada
pegawai.

3. Menguruskan keperluan untuk tujuan penganjuran program inovasi dalaman, pertandingan projek
inovasi dan pemasaran produk inovasi

4. Menyediakan laporan perkembangan projek kepada pihak GENIUS Kurnia.
5. Menguruskan pendaftaran bagi perlindungan harta intelek / paten / cap dagangan / hak cipta.
6. Merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan seperti agihan peruntukan, perbelanjaan

dan pengurusan bagi projek inovasi jika perlu.
7. Menguruskan permohonan peruntukan kewangan bagi projek inovasi.
8. Mencari dana bagi tabung penyelidikan dan inovasi.
9. Menyediakan Perancangan Tahunan Pelaksanaan Inovasi.
10. Membangunkan kertas cadangan projek inovasi.
11. Merancang aktiviti kolaboratif dengan institusi pendidikan lain di dalam dan luar negara untuk

pengembangan aktiviti inovasi Pusat
12. Menyediakan Laporan Tahunan Pelaksanaan Inovasi.

KETUA UNIT UNIT PENATARAN & PENERBITAN
AHLI
: Pn. Noratikah binti Mohd Apni
: Pn. Marhamah binti Abu Zahar
: Pn. Siti Rosinah binti Said
: Cik Norazmaiha binti Abd Aziz
: Cik Dayang Marhain binti Abdullah

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan melaksanakan pengurusan pentadbiran bagi tujuan penataran dan Penerbitan.
2. Merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan seperti permohonan peruntukan bagi

tujuan penataran sekiranya perlu.
3. Mencari dana bagi tabung penyelidikan dan inovasi.
4. Menyediakan keperluan peruntukan bagi Unit Penataran dan Penerbitan.
5. Menyediakan Perancangan Tahunan Pelaksanaan Penataran dan Penerbitan.
6. Menguruskan keperluan untuk tujuan penerbitan prosiding persidangan.

35

7. Menguruskan penerbitan penulisan pakej sumber guru, buku panduan, monograf, modul, bahan
pengajaran dan bahan sokongan untuk pendidikan intervensi awal dan pendidikan inklusif.

8. Menerbitkan E-buletin dua kali setahun.

KETUA UNIT UNIT KUALITI
AHLI
: Cik Siti Kaiyisah binti Abdul Rahim
: Pn. Nurul Farhana binti Muzapar
: Pn. Siti Nadia binti Yahaya
: Cik Nur Syafiqah binti Muhammad Aubaidah
: En. Nasri bin Ab Samat

BIDANG TUGAS

1. Melaksana dan memantau prosedur standard operasi kualiti untuk Seksyen Operasi, Latihan dan
Penyelidikan.

2. Memantau pengurusan kualiti untuk penerbitan penulisan pakej sumber guru, buku panduan,
monograf, modul, bahan pengajaran dan bahan sokongan untuk pendidikan intervensi awal dan
pendidikan inklusif.

3. Memantau sasaran kerja dan anggaran kewangan tahunan untuk Unit Kualiti
4. Melaksanakan inisiatif kualiti yang sesuai dengan misi dan visi Pusat.
5. Memantau perekodan dan pendokumentasian hal-hal berkaitan kualiti.
6. Menyediakan keperluan peruntukan bagi unit-unit di bawah seliaan
7. Memantau pengurusan KPI.
8. Memantau pengurusan ATPI pegawai dan pembantu pegawai.

36

BAB 8:
GARIS PANDUAN
& TATACARA

37

8.1 GARIS PANDUAN AM PENJAWAT AWAM
GENIUS KURNIA, BAHAGIAN GENIUS,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

8.1.1 ARAHAN DAN PERATURAN PENJAWAT AWAM

(a) Selaku penjawat awam, semua pegawai adalah tertakluk kepada segala arahan
dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Oleh itu, semua Pegawai
GENIUS Kurnia dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi setiap
arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

(b) Semua pegawai juga dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan betul setiap kandungan dan arahan/ peraturan yang
dikeluarkan.

(c) Hendaklah sentiasa mementingkan tugas awamnya, bukannya menguruskan
kepentingan peribadi dalam waktu bertugas.

(d) Semua Pegawai hendaklah berpegang teguh kepada integriti dan etika bekerja
semasa menjalankan tugas.

(e) Setiap penjawat awam perlu mematuhi peraturan mengenai tatakelakuan dan
tatatertib seperti di Perlembagaan Persekutuan 1993.

(f) Semua pegawai hendaklah mengguna dan menjaga harta benda Kerajaan
dengan baik dan selamat.

(g) Semua pegawai hendaklah hendaklah mengamalkan dan menghayati Prinsip-
prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

(h) Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
dalam menjalankan tugas.

8.1.2 KEHADIRAN BEKERJA

(a) Semua pegawai GENIUS Kurnia perlu mematuhi arahan semasa Waktu Bekerja
Fleksi (WBF) yang telah ditetapkan.

(b) Semua pegawai juga digalakkan berada di pejabat lebih awal bagi memudahkan
segala urusan pembelajaran dan pentadbiran.

(c) Menjadi kewajipan setiap pegawai mengetik/ mengimbas kad akses setiap kali
HADIR dan waktu PULANG.

(d) Memastikan waktu bekerja seharian adalah 9 jam.
(e) Mana-mana pegawai tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah

memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Pegawai Intervensi
dan Pembantu Intervensi mesti memberitahu pihak institusi secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

38

8.1.3 KELUAR PEJABAT SEMASA WAKTU BERTUGAS

(a) Semua Pegawai GENIUS Kurnia tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
institusi pada waktu bertugas kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan dari Bahagian GENIUS atau pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada Pengarah / Ketua Program.

(b) Semua pegawai dikehendaki mengisi Kebenaran Keluar Pejabat Dalam Waktu
Bekerja melalui sistem HRMIS atau borang (pegawai yang tidak mempunyai
akses sistem HRMIS) / Buku Keluar Pejabat dan mendapatkan kelulusan
penyelia (Pengarah / Ketua Program) terlebih dahulu.

8.1.4 SUMBER DASAR DAN PERATURAN KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI AWAM

• Perintah–perintah Am Bab C (Cuti) Tahun 1974
• Pekeliling Perkhidmatan (PP) 1991
• Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP)
• Surat Edaran

Prinsip Pemberian Cuti

ü Keistimewaan yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa, jika didapati perlu.
ü Diberi dengan saksama kepada pegawai yang layak
ü Berasaskan kepada kriteria-kriteria : (Kebajikan /peningkatan kepada perkhidmatan

dan status anggota perkhidmatan awam)

KATEGORI/ JENIS CUTI

CUTI YANG DIBERI CUTI-CUTI ATAS SEBAB CUTI TIDAK BEREKOD CUTI-CUTI LAIN
KERANA PERUBATAN

PERKHIDMATAN • Cuti Sakit Contoh: Contoh:
• Cuti Gantian • Cuti Menjaga
• Cuti Rehat • Cuti Sakit • Cuti Latihan Anak
• Cuti Separuh Lanjutan Pasukan
Sukarela • Cuti Haji
Gaji • Cuti Kerantina • Cuti Isteri
• Cuti Tanpa • Cuti Bersalin • Cuti Rehat
Selepas
Gaji Kecederaan • Cuti Kematian Berkursus Lebih
• Cuti Rehat • Cuti Tibi, Kusta Ahli Keluarga 12 Bulan
Terdekat
Khas (Guru) & Barah • Kebenaran
• Cuti Penggal • Cuti Bersalin Tidak Hadir
Berkerja Atas
(Guru) Sebab
Kecemasan dll
39

8.1.5 ETIKA PEMAKAIAN (Pekeliling Perkhidmatan Bil.2/1985)

(a) Arahan ini adalah tertakluk kepada arahan sedia ada yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan hendaklah digunakan bersama-sama
dengan surat-surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

(b) Semua pegawai hendaklah berpakaian kemas dan bersih. Bagi pegawai lelaki
hendaklah berseluar panjang dan berbaju kemeja, digalakkan bertali leher atau
bush jacket atau lounge suit. Jika berlengan panjang, tangan baju tidak boleh
dilipat dan baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

(c) Kasut kulit bertali atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
(d) Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi semua

pegawai.
(e) Semua pegawai lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut

yang sesuai.
(f) Bagi Pegawai Intervensi dan Pembantu Pegawai Intervensi di GENIUS Kurnia

dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut:
i. Pegawai Intervensi dan Pembantu Pegawai Intervensi Lelaki

(Seluar Trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,
baju trek @ jersi, kasut getah tanpa tumit)
ii. Pegawai Intervensi dan Pembantu Pegawai Intervensi Perempuan
(Seluar Trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,
baju trek @ jersi, kasut getah tanpa tumit)

8.1.6 PERHUBUNGAN ANTARA KAKITANGAN GENIUS KURNIA

(a) Semua pegawai sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional
yang baik dan sihat sesama Pegawai dan sentiasa dapat mengawal tutur kata
mereka. Juga diharapkan agar dapat mewujudkan perasaan kekitaan atau
keluarga.

(b) Semua pegawai tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/
fahaman/ pendapat/ kepercayaan di antara pegawai, murid-murid atau staf
sokongan institusi yang lain.

(c) Perhubungan yang berbentuk perkauman, status sosial, sosial ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
institusi.

8.1.7 BILIK PEGAWAI INTERVENSI DAN PENOLONG PEGAWAI INTERVENSI

(a) Kebersihan dan keselamatan bilik Pegawai Intervensi dan Pembantu Pegawai
Intervensi adalah menjadi tanggungjawab semua Pegawai Intervensi dan
Pembantu Pegawai Intervensi. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam
bilik Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi.

(b) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi hendaklah berada di bilik Pegawai
Intervensi dan Pembantu Intervensi semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini

40

hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period dan bukan free period”. Oleh
itu Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
(c) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi tidak digalakkan membenarkan
murid-murid berada di bilik Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi.
(d) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi yang berada di bilik Pegawai
Intervensi dan Pembantu Intervensi hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

8.1.8 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

(a) Jika Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi menghadapi sebarang
masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pejabat
Pengurusan.

(b) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi yang menghadapi masalah di
bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Pengarah atau Ketua Program.

8.1.9 TUGAS

(a) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi akan diberi tugas berbentuk
Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Pentadbiran dan tugas-tugas khas.
Mereka mesti melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.

(b) Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya
menghadiri mesyuarat, ke JPN/ PPD atau ke institusi lain, Pegawai Intervensi
dan Pembantu Intervensi hendaklah mengambil tindakan sendiri dengan
melaksanakan tugas mengikut tatacara yang berkuatkuasa. Pegawai Intervensi
dan Pembantu Intervensi yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan pegawai
lain melaksanakan tugas bagi pihaknya tanpa kebenaran Pengarah atau Ketua
Program.

8.1.10 RANCANGAN INTERVENSI MINGGUAN (RIM)

(a) Setiap Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi perlu menyediakan sebuah
fail untuk mendokumentasikan RIM dan bertanggungjawab terhadap
keselamatan dokumen tersebut. Dokumen ini hendaklah diserahkan kepada
penyelaras setiap hari Jumaat untuk disemak oleh Pengarah/ Ketua Program/
Penyelaras. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan
lengkap.

(b) Jika seseorang Pegawai Intervensi bercuti atau berkursus RIM tersebut
hendaklah mudah diakses oleh Pegawai Intervensi pengganti/ Pembantu
Intervensi pengganti.

41

(c) RIM hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun tersebut bagi
tujuan perekodan.

8.1.11 JADUAL WAKTU

(a) Pegawai Intervensi hendaklah menyediakan satu jadual intervensi dan
mempamerkan di dalam bilik pembelajaran.

(b) Pegawai Intervensi boleh mengubah jadual intervensi yang telah ditetapkan
mengikut kesesuaian objektif pembelajaran semasa.

8.1.12 JADUAL KEDATANGAN KANAK-KANAK

(a) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi bertanggungjawab untuk
mengemaskini jadual kehadiran kanak-kanak secara harian dalam apa jua
bentuk dokumentasi yang telah ditetapkan.

(b) Jadual Kedatangan Kanak-Kanak hendaklah disediakan secara teratur, kemas
dan ditanda pada setiap hari oleh Pegawai Intervensi atau Pembantu Intervensi
selepas 30 minit pertama. Sekiranya Pegawai Intervensi dan Pembantu
Intervensi tidak hadir, Pegawai Intervensi Pengganti atau Pembantu Intervensi
Pengganti kelas bertanggungjawab menandakannya.

(c) Kanak-kanak yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli
dalam tempoh 1 bulan tanpa makluman akan tertakluk kepada tatacara Tidak
Hadir yang terkandung dalam Term of Reference (TOR).

(d) Analisa mesti dibuat setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Pegawai
Intervensi yang bertanggungjawab.

8.1.13 KESELAMATAN HARTA BENDA INSTITUSI

(a) Semua Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi dikehendaki memberi
kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda institusi.
Murid-murid yang merosakkan harta benda institusi samada sengaja atau tidak
sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak institusi.

(b) Ketua Program/ Pengurusan Pejabat hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti
makmal, bengkel dan lain-lain.

8.1.14 KEBERSIHAN

(a) Setiap Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi bertanggungjawab
menjaga kebersihan institusi. Alatan membersihkan kelas hendaklah disediakan
oleh Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi. Alatan membersihkan kelas
hendaklah digunakan dengan betul dan disimpan dengan selamat. Sanitasi
peralatan juga adalah perlu jika berlaku sebarang jangkitan penyakit.

42

(b) Semua Pegawai dan kakitangan GENIUS Kurnia adalah bertanggungjawab
sepenuhnya menjaga kebersihan ruang kerja/ pejabat masing-masing.

8.1.15 PELAWAT

(a) Semua pelawat WAJIB mendapatkan kebenaran melawat daripada Pejabat
Pengurusan terlebih dahulu.

(b) Ibu bapa/ Penjaga/ Orang Awam adalah dilarang memasuki kawasan institusi
tanpa kebenaran. Semua urusan tanpa kebenaran boleh dianggap melanggar
peraturan keselamatan institusi.

8.1.16 KEGIATAN KOKURIKULUM/ AKTIVITI PENGAYAAN

(a) Semua Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi akan ditugaskan menjadi
penasihat kegiatan Kokurikulum atau aktiviti pengayaan. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.

8.1.17 PERHIMPUNAN INSTITUSI

(a) Semua Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi dikehendaki menghadiri
perhimpunan institusi pada masa dan hari yang ditetapkan.

(b) Semua Pegawai hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa
perhimpunan.

(c) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi akan bersama-sama murid
menyanyikan lagu NEGARAKU, LAGU NEGERI/ WILAYAH PERSEKUTUAN
dan LAGU INSTITUSI.

8.1.18 MESYUARAT / TAKLIMAT PEGAWAI INTERVENSI DAN PEMBANTU PEGAWAI
INTERVENSI
(a) Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi akan dipanggil mesyuarat/ taklimat

dari masa ke masa. Kehadiran semua DIWAJIBKAN.

8.1.19 PENGGUNAAN WAKTU TIADA SESI INTERVENSI (FREE PERIODS) SPI 3/1981)

(a) Semasa sesi intervensi tidak dijalankan, Pegawai Intervensi dan Pembantu
Intervensi menggunakan masa tersebut untuk antara lain:
i. Menggantikan Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi yang tidak
hadir bertugas di sesebuah kelas;
ii. Membuat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku
tambahan, membuat nota mengajar, memeriksa hasil kerja kanak-kanak,
menyediakan aktiviti gerakerja kokurikulum/ pengayaan atau lain-lain tugas
yang diarahkan.

43

8.1.20 TANDA NAMA

(a) Semua Pegawai dan kakitangan GENIUS Kurnia hendaklah memakai tanda
nama seperti yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983
atau mana-mana arahan yang sedang berkuatkuasa. Arahan ini adalah salah
satu usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam khasnya dalam bidang
perhubungan awam.

8.1.21 KEAHLIAN KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN

(a) Semua Pegawai dan Kakitangan GENIUS Kurnia adalah secara automatik
menjadi ahli kelab kebajikan.

(b) Jumlah yuran kelab adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat. Semua ahli
wajib membayar yuran bulanan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

8.1.22 ARAHAN DAN PEKELILING

(a) Semua Pegawai dan kakitangan GENIUS Kurnia perlu mengetahui dan patuh
setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

8.1.23 TELEFON DAN FAKS

(a) Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Semua pegawai
dan kakitangan GENIUS Kurnia hendaklah menggunakan telefon sendiri atas
urusan peribadi.

8.1.24 ACARA ATAU PROGRAM INSTITUSI

(a) Semua Pegawai dan kakitangan dikehendaki hadir dalam semua majlis atau
acara rasmi institusi tanpa alasan

(b) Pihak institusi boleh meminta surat tunjuk sebab sekiranya Pegawai dan
kakitangan GENIUS Kurnia tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

8.1.25 ARAHAN KESELAMATAN

(a) Semua pegawai dan kakitangan GENIUS Kurnia adalah bertanggungjawab
dengan setiap arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan/
Pengarah dari semasa ke semasa.

(b) Semua pegawai dan kakitangan GENIUS Kurnia hendaklah mengambil
langkah-langkah menurut peruntukan arahan keselamatan supaya perkara
terperingkat di dalam jabatan/ institusi dikawal dengan baik dan sempurna pada
setiap masa.

44

(c) Ketua Jabatan/ Pengarah adalah bertanggungjawab melantik Pegawai
Keselamatan di peringkat institusi bagi membantu dalam tugas keselamatan.

(d) Semua pegawai dan kakitangan harus bertanggungjawab menjaga
keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.

8.2 GARIS PANDUAN AMANAH TUGAS PEGAWAI INTERVENSI DAN PEMBANTU
INTERVENSI (ATPI)
45

8.2.1 PENGENALAN

(a) Amanah Tugas Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi (ATPI) merupakan
satu konsep yang diperkenalkan di Pusat GENIUS Kurnia (PGK) bagi mengenal
pasti, mendokumen dan mengiktiraf tugas dan tanggungjawab seseorang
Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi termasuk aktiviti intervensi,
penyelidikan dan latihan.

(b) ATPI merupakan mekanisma awal yang perlu diguna oleh seseorang Pegawai
Intervensi dan Pembantu Intervensi sebagai asas perancangan pengisian
Borang Keberhasilan, Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk prestasi tahunan dan
kenaikan pangkat. Oleh itu, ATPI perlu disediakan di awal tahun.

(c) ATPI adalah berdasarkan jumlah jam bekerja seminggu bagi seorang Pegawai
Intervensi dan Pembantu Intervensi dalam menyampaikan sesi intervensi
kepada kanak-kanak.

(d) ATPI juga merangkumi 3 trek utama, iaitu:

• Latihan
• Penyelidikan dan Inovasi
• Kepimpinan Institusi

(e) Pengiraan ATPI bagi seseorang Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi
adalah minimum 39 jam seminggu.

8.2.2 DEFINISI DAN PENGIRAAN KOMPONEN ATPI
46
(a) Komponen utama ATPI merangkumi Amanah Tugasan Intervensi (ATI) dan
Kesetaraan Jam Intervensi (KJI).
i. ATI adalah amanah tugasan seseorang Pegawai Intervensi dan
Pembantu Intervensi berkenaan intervensi termasuk aspek penyediaan
intervensi.

ii. KJI adalah amanah tugas seseorang Pegawai Intervensi dan Pembantu
Intervensi selain daripada intervensi termasuk yang berkaitan dengan
penyelidikan dan latihan serta kepimpinan institusi.

(b) Formulasi ATPI adalah seperti berikut:

ATPI = ATI + KJI

+ ATI = KI PI KJI = K1 + K2 + K3

di mana,

KI = Kontek Intervensi
PI = Penyediaan Intervensi
K1 = Komponen Penyeliaan
K2 = Komponen Penyelidikan, Inovasi, Perundingan dan Penerbitan
K3 = Komponen Perkhidmatan dan Pentadbiran

(c) Asas pengiraan ATI yang merangkumi komponen KI dan PI adalah seperti
berikut:

i. Kontek Intervensi (KI)

• Pengiraan KI adalah berdasarkan jam sebenar aktiviti intervensi.
• KI adalah berdasarkan purata jam sebenar intervensi seminggu bagi

setiap Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi dalam kumpulan.
• Penetapan KI seseorang Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi

adalah tertakluk kepada keperluan pusat.

ii. Penyediaan Intervensi (PI)

▪ PI mengambil kira aspek berikut:

47

ü Kesetaraan jam intervensi yang diberikan kepada Pegawai
Intervensi dan Pembantu Intervensi.

ü Proses penyediaan aktiviti intervensi dan pentaksiran.
ü Persediaan bagi aktiviti intervensi tanpa mengambil kira jenis

program.
ü Pengiraan yang diberikan adalah 1 jam bagi setiap sesi. Manakala

bagi Program Prasekolah pula, jumlah jam yang sama akan tetap
diberikan meskipun hanya berlaku 1 sesi setiap hari. Hal ini
disebabkan oleh jumlah jam intervensi di Program Prasekolah
adalah masih bersamaan dengan jumlah jam intervensi program
yang lain.

▪ PI adalah di ambil kira berdasarkan formulasi di Jadual 1 bagi semua aktiviti
intervensi.

(d) Instructional Coaching dan CPD mengambil kira Kontek Intervensi (KI) dan
Penyediaan Intervensi (PI)

Jadual 1: Formulasi Penyelarasan Komponen PI mengikut bilangan
Sesi Intervensi

1 Jam x 8 sesi = 8 Jam

(e) Asas Pengiraan KJI
i. KJI merangkumi komponen Penyeliaan (K1), Penyelidikan, Inovasi,
Perundingan dan Penerbitan (K2) serta perkhidmatan dan pentadbiran
& program tahunan (K3).

ii. Pengiraan KJI bagi K1 adalah merupakan penyeliaan kepada:
• Pegawai Intervensi Baharu
• Pembantu Intervensi

iii Pengiraan KJI bagi K2 adalah merupakan perancangan dan komitmen
awal seseorang Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi.
Sekiranya hasil perancangan ini tidak dapat dicapai, Pusat berhak untuk

48

menambah tugasan intervensi Pegawai Intervensi dan Pembantu
Intervensi berkenaan melalui pertambahan Kontek Intervensi.

8.2.3 PEMBAHAGIAN KOMPONEN ATI MENGIKUT TREK INTERVENSI & LATIHAN

(a) Trek Intervensi dan Latihan

i. Tugasan intervensi boleh ditambah bagi memenuhi jam intervensi
sekiranya seseorang Pegawai Intervensi dan Pembantu Intervensi
tidak / kurang melibatkan diri dalam tugas penyeliaan / penyelidikan /
penerbitan / perundingan / perkhidmatan dan pentadbiran.

ii. Pengiraan ATI bagi Trek Intervensi adalah seperti Jadual 2.

Jadual 2: Pembahagian Komponen ATI bagi Trek Intervensi

Gred Jawatan KI PI ATI

PI 41/44/48 5 - 24 2-8 7 - 32

(b) Pembahagian ATI bagi Trek Penyelidikan adalah seperti Jadual 3.
Jadual 3: Pembahagian Komponen ATI bagi Trek Penyelidikan

P&P Penyelidikan
Isnin -
Selasa -
Rabu -
Khamis -

49


Click to View FlipBook Version