The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1615-17-ain, 2022-11-22 11:53:20

T11 AYAT MAJMUK PANCANGAN ANYFLIP

T11 AYAT MAJMUK PANCANGAN ANYFLIP

BMMB 1084

AYAT PANCANGAN

NURUL AIN HAZWANI BINTI MOHD JAZRY
BM 3

AYAT MAJMUK PANCANGAN

Ayat majmuk pancangan merupakan ayat yang terdiri daripada
ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil lain yang

dipancangkan ke dalam ayat induk dan menjadi sebahagian

daripada ayat induk tersebut.

Ayat majmuk pancangan ini terdiri daripada tiga jenis, iaitu :

1.Ayat majmuk pancangan relatif
2.Ayat majmuk pancangan komplemen
3.Ayat majmuk pancangan keterangan

1) AYAT MAJMUK

PANCANGAN

RELATIF

1) AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang ditandai dengan perkataan 'yang' atau

dikenali sebagai tanda relatif.

Contoh : Ali membeli baju yang berwarna putih.
1.Ali membeli baju + baju itu berwarna putih.
2.Ali membeli baju + baju itu berwarna putih.
3.Ali membeli baju yang berwarna putih.

Ayat induk ialah Ali membeli baju.
Manakala ayat kecil ialah baju itu berwarna putih.
Ayat kecil ini dipancangkan ke dalam PREDIKAT ayat induk.
Disebabkan perkataan baju diulang, maka perkataaan baju digugurkan dan diganti

dengan penanda relatif 'yang'.
Maka terhasillah ayat majmuk pancangan relatif, iaitu Ali membeli baju yang

berwarna putih.

1) AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF

Contoh : Perempuan yang sedang menulis itu ibu saya.
1.Perempuan itu ibu saya + perempuan itu sedang menulis.
2.Perempuan itu + perempuan itu sedang menulis + ibu saya.
3.Perempuan yang sedang menulis itu ibu saya

Ayat induk ialah perempuan itu ibu saya.
Manakala ayat kecil ialah perempuan itu sedang menulis.
Ayat kecil ini dipancangkan ke dalam SUBJEK ayat induk.
Disebabkan perkataan perempuan diulang, maka perkataaan perempuan digugurkan

dan diganti dengan penanda relatif 'yang'.
Maka terhasillah ayat majmuk pancangan relatif, iaitu perempuan yang sedang

menulis itu ibu saya.

2) AYAT MAJMUK

PANCANGAN

KOMPLEMEN

2) AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN

Pembentukan ayat majmuk komplemen biasanya disertai dengan beberapa perkataan tertentu yang digunakan

sebagai kata komplemen iaitu 'untuk' atau 'bahawa'. Walau bagaimanapun, perkataan 'yang' juga digunakan

sebagai kata komplemen.
i) untuk - hanya hadir dalam subjek

Contoh : Untuk Aisyah mendaki gunung itu amat mustahil.
1.Aisyah mendaki gunung itu.
2.(Perkara itu) amat mustahil.
ii) bahawa - hadir dalam subjek dan predikat
Contoh : Kami tidak menyedari bahawa Zainal pengsan.
1.Kami tidak menyedari (sesuatu).
2.Zainal pengsan.
Contoh : Bahawa dia telah pecah amanah adalah tidak benar.
1.Dia telah pecah amanah.
2.(Perkara itu) tidak benar.

3) AYAT MAJMUK

PANCANGAN

KETERANGAN

3) AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

Ayat majmuk pancangan keterangan merupakan ayat yang

terdiri daripada ayat induk dan satau atau lebih

ayat kecil yang tidak boleh berdiri sendiri serta

berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Terdapat pelbagai keterangan yang disampaikan oleh

ayat kecil bergantung kepada kata hubung yang

digunakan.

Dalam bahasa Melayu, terdapat 9 jenis keterangan.

3) AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

Musabab

Akibat Perbandingan

Syarat 9 Jenis Keterangan Tujuan

Waktu Cara

Pertentangan Harapan

9 JENIS KETERANGAN

1. MUSABAB 2. AKIBAT 3. SYARAT 4. WAKTU

Menerangkan
Menerangkan
Menerangkan Menerangkan

sebab berlaku
kesan / hasil
tuntutan yang masa sesuatu

sesuatu
sesuatu
mesti dipatuhi. perbuatan.
kejadian /
perbuatan. Sekiranya, andai Sejak, semenjak,

perbuatan. hingga,
kata, jika, jikalau, setelah, sewaktu,

kerana,
sehinggga kalau. sementara,

lantaran, sebab,
tatkala, ketika
oleh sebab

9 JENIS KETERANGAN

5. PERTENTANGAN 6. HARAPAN 7. CARA 8. TUJUAN 9. PERBANDINGAN

Menerangkan
Menerangkan
Menerangkan
Menerangkan
Menerangkan

perbuatan yang
kejadian /
kaedah
maksud
sesuatu unsur

berlawanan perbuatan yang
sesuatu
sesuatu
yang menjadi

walaupun,
dihajati. perbuatan. perbuatan. persamaan.
meskipun,
Supaya, agar,
Dengan demi, untuk,
seperti, macam,

kendatipun,
semoga, moga-
bagi seolah-olah,

biarpun, walau
moga, kalau-
seakan-akan,

bagaimana pun,
kalau ibarat,

namun, sekalipun,
bagaikan, bak.
sedangkan.

SEKIAN,
TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version