The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86100516, 2022-06-26 10:31:20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022

mesyuarat agung PIBG 2022

Keywords: PIBG

PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)

17030 PASIR MAS KELANTAN

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-30/2022

27 JUN 2022
(ISNIN)

2.30 PETANG

DEWAN GEMILANG
SK OTHMAN TALIB 2

PERASMIAN OLEH :

YANG BERHORMAT USTAZ AHMAD FADHLI BIN SHAARI
AHLI PARLIMEN PASIR MAS

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)
17030 PASIR MAS KELANTAN.
TEL/FAX : 09-7183969

___________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKOT(2)100-9/4/1(32)
Tarikh : 23 Jun 2022

Ibu bapa/Penjaga
Ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru
SK Othman Talib (2)

Tuan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK OTHMAN TALIB (2) KALI KE – 30/2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG sekolah ini

akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27 Jun 2022 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan SK Othman Talib 2

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput tuan/puan hadir ke mesyuarat ini.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai

Sekian, terima kasih.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ”

Saya yang menjalankan amanah,

(WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS )
Setiausaha PIBG
SK Othman Talib (2)

PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)
17030 PASIR MAS KELANTAN.

ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 30/2022

2.30 petang : Pendaftaran
3.00 petang : Bacaan doa

: Persembahan Nyanyian
: Demontrasi Inovasi
: Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’.
: Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh

YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
(Ahli Parlimen Pasir Mas)
3.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG dimulakan.

PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAN OTHMAN TALIB (2)
17030 PASIR MAS, KELANTAN
TEL / FAX : 09-7183969

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)

KALI KE-30/2022

TARIKH : 27 JUN 2022 (ISNIN)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK OTHMAN TALIB 2

AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi
AGENDA 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
AGENDA 3 : Perkara-perkara Berbangkit
AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2021
AGENDA 5 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir pada

AGENDA 6 31 Disember 2021
AGENDA 7 : Membentang, Membahas dan Menerima Usul
AGENDA 8 : Pemilihan AJK sesi 2022/2023
AGENDA 9 : Hal-hal lain
: Ucapan Penangguhan

Tarikh PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Masa SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)
Pelantar 17030 PASIR MAS, KELANTAN
Tempat
Perasmian oleh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28/2020

Kehadiran : 4 September 2021 (Sabtu).
: 3.00 petang.
: Google meet.
: Kediaman masing-masing.
: Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’

Guru Besar SK Othman Talib (2).
: 234 orang.

1. Ucapan Alu-aluan Naib Yang Dipertua
(En. Muhammad Asri bin Yaacob)

1. Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’, Guru Besar SK Othman Talib (2), barisan
Guru-guru Penolong Kanan, Ajk PIBG dan para ibu bapa yang sudi menyertai
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28/2020 dengan menggunakan pelantar ’Google
Meet’.

2. Pihak PIBG mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas penyertaan ibu bapa dan
guru bagi Mesyuarat Agung Kali Ke-28/2020.

3. Mesyuarat Agung ini akan dijalankan untuk Tahun 2020.

2. Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Othman Talib (2)
(Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’)

1. Yang dihormati En. Muhammad Asri bin Yaacob, selaku NYDP PIBG, Tuan Haji
Kamaruzaman bin Jenal yang telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar SK Kutan,
Penolong Kanan yang baharu iaitu Pn. Hjh Noor Ainu bt. Awang, Penolong Kanan
HEM, En. Rizal bin Yahya@Yusoff, Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji
Othman bin Mat Zin, Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Jailani bin Nik Mat,
guru-guru, barisan Ajk PIBG dan para ibu bapa.

2. Mengalu-alukan penyertaan para ibu bapa dan bersyukur kerana dapat bersama ibu bapa
dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28/2020.

3. Sepanjang 2 tahun semua pihak mengalami suasana baharu dalam menghadapi
pandemik Covind 19. Begitu juga dengan anak-anak yang mengalami pengalaman
baharu dalam proses pembelajaran mereka.

4. Untuk makluman terkini, bilangan murid seramai 690 orang dan bilangan guru
seramai 58 orang dan kakitangan seramai 10 orang. Masih kekurangan seorang guru.
Bilangan murid semakin bertambah dan berkemungkinan tahun 2022 dijangka
melebihi 700 orang.

5. Pertambahan bilik darjah untuk Tahun 1 dan PPKI kerana murid semakin bertambah.

6. Kejayaan sekolah ini yang sungguh membanggakan kerana pada tahun 2019 telah
mencapai keputusan terbaik UPSR dan menduduki tempat ke-4 peringkat negeri
Kelantan.

7. Walaupun pada tahun 2020 UPSR telah dimansuhkan, namun murid-murid telah
dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan didapati ramai murid sekolah ini
telah mendapat pencapaian yang cemerlang.

8. Bidang HEM - Telah diadakan program gajet prihatin dengan kerjasama YB Ustaz
Ahmad Fadhli bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas). Beliau telah menyampaikan gadjet
kepada murid-murid yang memerlukan semasa PdPR.

9. Bidang Kokurikulum – Sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan walaupun dalam
suasana pandemik Covind 19. Dua orang murid sekolah ini telah mencapai kejayaan
dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperingkat negeri
Kelantan. Selain itu, ramai murid yang mendapat sijil emas, perak dan gangsa dalam
pertandingan yang dijalankan dalam talian. Terdapat seorang murid PPKI telah
menjadi johan di peringkat PPD dan mendapat tempat di peringkat negeri dalam
pertandingan virtual yang diadakan di halaman sekolah.

10. Semua kejayaan ini dapat dicapai kerana gandingan mantap pihak sekolah bersama
ibu bapa dan pemimpin setempat.

11. YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas) juga telah memberi
sumbangan khemah kepada pihak sekolah.

12. Harapan semoga semua pihak dapat memberi pandangan, cetusan idea demi
kecemerlangan anak-anak didik di sekolah ini.

13. Akhir sekali merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28/2020.

PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAN OTHMAN TALIB (2)
17030 PASIR MAS, KELANTAN
TEL / FAX : 09-7183969

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)

KALI KE-28/2020

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2021 (SABTU)
MASA : 3.00 PETANG
KAEDAH : ATAS TALIAN
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi.
: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
AGENDA 2 : Perkara-perkara Berbangkit.
: Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2020.
AGENDA 3 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir pada

AGENDA 4 31 Disember 2020.
. 5 : Membentang, Membahas dan Menerima Usul.
AGENDA : Hal-hal lain.
: Ucapan Penangguhan.
AGENDA 7
AGENDA 8
AGENDA 9

AGENDA DAN MINIT MESYUARAT KALI KE-28/2020

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Umul Kitab.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang menyertai
mesyuarat kali ini secara maya bagi menunaikan tangggugjawab sebagai ahli PIBG.

1.2 Beliau mahu melihat kecemerlangan sekolah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

1.3 Mengalu-alukan sumbangan dan sokongan ibu bapa serta masyarakat setempat untuk
meningkatkan lagi taraf pendidikan di sekolah ini.

1.4 Cadangan-cadangan dan idea-idea yang membina juga diperlukan untuk
menambahbaik program-program yang dirancang.

Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali
Ke-27/2019

2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-27/2019.

2.2 En. Khairul bin Ali mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-27/2019
disahkan.

2.3 Disokong oleh En. Mohammad Nazri bin Che Hashim.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 En. Kairul bin Ali bertanya tentang usul kedua iaitu sumbangan PIBG sebanyak
RM25.00 untuk setiap murid yang dianggap semakin naik.

3.2 Guru Besar menjelaskan pungutan bayaran RM25.00 ini berdasarkan kelulusan daripada
JPN Kelantan pada tahun lepas tetapi tidak sempat dipungut kerana berlaku
pandemik Covind 19. Pungutan ini melibatkan pungutan untuk dua tahun iaitu bagi
Tahun 2020 dan 2021.

3.3 Jadi sebenarnya jumlah ini tidak naik dan kekal seperti keputusan semasa Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 27/2019.

3.4 Seterusnya guru besar menjelaskan betapa penting sumbangan PIBG kerana dapat
menampung kos percetakan modul PdPR murid-murid dan bayaran kertas
peperiksaan.

Agenda 4 : Laporan Tahunan PIBG

4.1 Setiausaha membentang Laporan Tahunan PIBG bagi sesi 2019.

Agenda 5 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2019

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember
2019. Baki akhir sebanyak RM4390.78.

5.2 En. Mohammad Rahim bin Hussin mencadangkan penyata kewangan ini diterima
dan disahkan.

5.3 Disokong oleh En. Fadhlan bin Aziz.

Agenda 6 : Membentang, Menerima dan Membahas Usul 2020

6.1 Usul 1 : Mencadangkan diwujudkan ’WhatsApp group’ kelas untuk mengetahui
segala aktiviti-aktiviti kelas.

Usul oleh : En. Rafais bin Ramli.

Guru-guru kelas telah mewujudkan ’WhatsApp group’ untuk kelas masing-masing. Ia telah
dilaksanakan apabila PdPR dijalankan semasa pandemik Covind 19.

6.2 Usul 2 : Tabung kelas dan penglibatan ibu bapa untuk keceriaan bilik darjah. Hal ini
dapat menceriakan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.

Usul oleh : En. Rafais bin Ramli.

Sesi pembelajaran tahun lepas (2020) hanya 3 bulan sahaja. Jadi cadangan atau program
ini tidak dapat dijalankan. Pihak sekolah memang berhasrat untuk melibatkan ibu bapa,
guru dan murid-murid untuk menghias bilik darjah masing-masing. Di samping itu
program ini dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dan dapat
mewujudkan semangat baharu untuk anak-anak datang belajar di sekolah. Insya Allah
akan dilaksanakan selepas berakhirnya pandemik Covind 19.

6.3 Usul 3 : Mencadangkan penggunaan papan hitam ditukarkan kepada ’white board’
untuk semua bilik darjah.

Usul oleh : En. Muhamad Fakeri bin Ibrahim.

Pihak sekolah dalam proses menukarkan semua papan hitam bilik darjah kepada ’white
board’. Setakat ini papan hitam bilik darjah tahun 4,5 dan 6 telah ditukarkan kepada ’white
board’. Usaha untuk menukarkan papan hitam bilik darjah tahap 1 kepada ’white board’
tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik Covind 19. Perkara ini akan diselesaikan
apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka.

6.4 Usul 2 : Mencadangkan sumbangan PIBG bagi tahun 2020 sebanyak RM15.00 bagi
setiap keluarga, manakala untuk program kecemerlangan akademik
sebanyak RM35.00 bagi setiap orang murid.

Usul oleh : Tn. Hj. Wan Rosdi bin Wan Hamat (Ahli Jawatakuasa PIBG).

Cadangan ini menetapkan sumbangan PIBG ialah RM15.00 untuk setiap keluarga yang anak-anak
bersekolah di sekolah ini. Manakala untuk program kecemerlangan akademik setiap orang murid
ialah RM35.00. Disebabkan berlaku pandemik Covind 19 maka pihak sekolah dan PIBG masih
mengekalkan jumlah yang lama iaitu sebanyak RM25.00 untuk setiap murid. Malah pungutan untuk
tahun ini sebanyak RM25.00 setiap orang murid adalah untuk tahun 2020 dan 2021 kerana sebelum
ini tidak sempat dipungut akibat pandemik Covind 19.

Agenda 7 : Hal-hal lain

7.1 En. Sanusi bin Isa (Bendahari) memaklumkan pungutan sumbangan dan
kecemerlangan akademik yang terkini adalah sebanyak RM5625.00.

7.2 Tuan Guru Besar memohon kerjasama daripada ibu bapa supaya mengambil modul
PdPR anak-anak yang telah diletakkan dalam kotak di pondok jaga. Modul itu di

masukkan di dalam fail. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Berharap lebih banyak lagi penglibatan
ibu bapa dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekolah. Mengalu-alukan penglibatan
ibu bapa untuk kecemerlangan anak-anak. ‘Ibu bapa Cakna, Anak Bijaksana’.

7.3 En. Wan Mohd Dazukey bertanya tentang PdPR secara ‘Google meet’ untuk tahun 1
dijalankan atau tidak.

7.4 Guru Besar menerangkan guru-guru mempunyai pilihan untuk mengajar PdPR dengan
menggunakan ‘Google meet’ atau ‘WhatsApp’.

7.5 PdPR digalakkan menggunakan ‘WhatApps group’ kerana boleh dibuka pada bila-
bila masa. Jika melalui ‘Google meet’ perlu masa yang serentak dan tidak semua
murid yang dapat menyertainya kerana kekangan data Internet. Kelebihan melalui
‘Google meet’ ialah murid dapat bersemuka dengan guru.

7.6 Pn. Noraina bertanya bilakah UPKK akan dilaksanakan.

7.7 Untuk persediaan UPKK 2021, pihak sekolah telah membuat persediaan awal dan
murid-murid telah diberi pendedahan tentang teknik menjawab UPKK. Setakat
ini pihak sekolah belum dimaklumkan tarikh pelaksanaan UPKK. Jika diperolehi
sebarang maklumat, pihak sekolah akan memaklumkan kepada para ibu bapa.

Agenda 8 : Ucapan Penangguhan

8.1 Naib Yang Dipertua.
Mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang menyertai Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-28/2020 dan selepas ini akan diteruskan pula Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-29/2021.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

(WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS)
Setiausaha PIBG
SK Othman Talib 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)
17030 PASIR MAS, KELANTAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29/2021

Tarikh : 4 September 2021 (Sabtu).
Masa : 4.00 petang.
Pelantar : Google meet.
Tempat : Kediaman masing-masing.
Perasmian oleh : Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’

Kehadiran Guru Besar SK Othman Talib (2).
: 234 orang.

1. Ucapan Alu-aluan Naib Yang Dipertua
(En. Muhammad Asri bin Yaacob)

1. Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’, Guru Besar SK Othman Talib (2), barisan Guru-
guru Penolong Kanan, Ajk PIBG dan para ibu bapa yang sudi menyertai Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-29/2021 dengan menggunakan pelantar ’Google meet’.

2. Pihak PIBG mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas penyertaan ibu bapa dan
guru bagi Mesyuarat Agung Kali Ke-29/2021.

3. Mesyuarat Agung ini akan dijalankan untuk sesi Tahun 2021.

2. Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Othman Talib (2)
(Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’)

1. Yang dihormati En. Muhammad Asri bin Yaacob, selaku NYDP PIBG, Tuan Haji
Kamaruzaman bin Jenal yang telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar SK Kutan, Penolong
Kanan yang baharu iaitu Pn. Hjh Noor Ainu bt. Awang, Penolong Kanan HEM, En. Rizal bin
Yahya@Yusoff, Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Othman bin Mat Zin, Penolong
Kanan Pendidikan Khas, En. Jailani bin Nik Mat, guru-guru, barisan Ajk PIBG dan para ibu
bapa.

2. Mengalu-alukan penyertaan para ibu bapa dan bersyukur kerana dapat bersama dalam
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29/2021.

3. Sepanjang 2 tahun semua pihak mengalami suasana baharu dalam menghadapi pandemik
Covind 19. Begitu juga dengan anak-anak yang mengalami pengalaman baharu dalam proses
pembelajaran mereka.

4. Untuk makluman terkini, bilangan murid seramai 690 orang dan bilangan guru seramai 58
orang dan kakitangan seramai 10 orang. Masih kekurangan seorang guru. Bilangan murid
semakin bertambah dan berkemungkinan tahun 2022 dijangka melebihi 700 orang.

5. Pertambahan bilik darjah untuk Tahun 1 dan PPKI kerana murid semakin bertambah.

6. Kejayaan sekolah ini sungguh membanggakan kerana pada tahun 2019 telah mencapai
keputusan terbaik UPSR dan berada di tempat ke-4 peringkat negeri Kelantan.

7. Walaupun pada tahun 2020 UPSR telah dimansuhkan, namun murid-murid telah dinilai
melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan didapati ramai murid sekolah ini telah mendapat
pencapaian yang cemerlang.

8. Bidang HEM - Telah diadakan program gadjet prihatin dengan kerjasama YB Ustaz Ahmad
Fadhli bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas). Beliau telah menyampaikan gadjet kepada
murid-murid yang memerlukan semasa PdPR.

9. Bidang Kokurikulum - Sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan walaupun dalam suasana
pandemik Covind 19. Dua orang murid sekolah ini telah mencapai kejayaan dalam
pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperingkat negeri Kelantan.
Selain itu, ramai murid yang mendapat sijil emas, perak dan gangsa dalam pertandingan yang
dijalankan dalam talian. Terdapat seorang murid PPKI telah menjadi johan di peringkat PPD
dan mendapat tempat di peringkat negeri dalam pertandingan virtual yang diadakan di
halaman sekolah.

10. Semua kejayaan ini dapat dicapai kerana gandingan mantap pihak sekolah bersama ibu bapa
dan pemimpin setempat.

11. YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas) juga telah memberi sumbangan
khemah kepada pihak sekolah.

12. Harapan semoga semua pihak dapat memberi pandangan, cetusan idea demi kecemerlangan
anak-anak didik di sekolah ini.

13. Akhir sekali merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29/2021.

AGENDA DAN MINIT MESYUARAT KALI KE-29/2021

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Umul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang

menyertai mesyuarat kali ini secara maya bagi menunaikan tangggugjawab sebagai
ahli PIBG.
1.3 Beliau mahu melihat kecemerlangan sekolah ini dapat diteruskan pada masa akan
datang.
1.4 Mengalu-alukan sumbangan dan sokongan ibu bapa serta masyarakat setempat untuk
meningkatkan lagi taraf pendidikan di sekolah ini.
1.5 Cadangan-cadangan dan idea-idea yang membina juga diperlukan untuk
menambahbaik program-program yang dirancang.

Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali
Ke-28/2020

2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-28/2020.
2.2 En. Khairul bin Ali mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-28/2020

disahkan.
2.3 Disokong oleh En. Mohammad Nazri bin Che Hashim.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit
Tiada.

Agenda 4 : Laporan Tahunan PIBG
4.1 Setiausaha membentang Laporan Tahunan PIBG bagi sesi 2021.

Agenda 5 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2020
5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember

2020. Baki akhir sebanyak RM3908.81.
5.2 En. Mohammad Rahim bin Hussin mencadangkan penyata kewangan ini diterima

dan disahkan.
5.3 Disokong oleh En. Fadhlan bin Aziz.

Agenda 6 : Pemilihan dan Penggantian YDP dan AJK PIBG
6.1 Setiausaha mencadangkan pemilihan dan penggantian YDP dan ahli jawatankuasa

PIBG yang telah meletak jawatan

1. Yang Dipertua PIBG
YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari dicadangkan untuk mengganti Allahyarham Datuk
Hj. Mohamad Noordin bin Hj. Awang.

2. Ahli Jawatankuasa
1. En. ShahrulAmir bin Ahmad dicadangkan untuk mengganti En. Wan Hasni bin Wan
Ahmad.
2. En. Nuur Zaabar bin Nordin@Noordin dicadangkan untuk mengganti Tn. Hj.
Zainudin bin Abd. Aziz.

6.2 Disokong oleh Tn. Hj. Wan Rosdi bin Wan Hamat

Majlis sebulat suara bersetuju dan menerima cadangan ini.

Agenda 7 : Membentang, Menerima dan Membahas Usul 2021

Tiada usul yang dikemukakan

Agenda 8 : Hal-hal lain

Tiada.

Agenda 9 : Ucapan Penangguhan
Yang Dipertua PIBG (YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari)

9.1 Yang Berusaha Tuan Guru Besar ,En. Zukri Suzita bin Yaso’, Naib Yang Dipertua
PIBG, En. Muhammad Asri bin Yaacob, Guru-guru Penolong Kanan, Ajk PIBG,
guru-guru dan para ibu bapa .

9.2 Bersyukur dapat bersama-sama para ibu bapa walaupun secara maya.

9.3 Terima kasih kepada pihak PIBG kerana sudi menjemput dan melantik saya sebagai
YDP PIBG yang baharu sekolah ini. Mengambil masa yang lama untuk bersetuju
menerima tawaran jawatan ini yang telah ditawarkan pada tahun lepas lagi.

9.4 Selaku Ahli Parlimen Pasir Mas dan YDP PIBG beliau memohon semua pihak supaya
memberi perhatian kepada anak-anak kerana bimbang implikasi kepada bidang
pendidikan mereka.

9.5 Memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya untuk pelajar-pelajar yang akan
menduduki peperiksaan SPM.

9.6 Ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama dan berpadu tenaga dengan pihak sekolah.

9.7 Pihak sekolah perlu kreatif seperti mengadakan pertandingan dan program untuk
murid-murid.

9.8 Pada program yang lalu, beliau bersama-sama guru besar dan pihak sekolah telah
menjayakan program pengagihan ‘smartphone’ untuk kegunaan murid-murid yang
memerlukan untuk PdPR.

9.9 Memaklumkan bahawa peruntukkan sejumlah 1000 dos suntikan vaksi untuk
Parlimen Pasir Mas. Oleh itu penduduk di Daerah Pasir Mas yang berusia 18 tahun
ke atas boleh memberi maklumat diri untuk mendapat suntikan vaksin.

9.10 Rakyat perlu bekerjasama dan membantu kerajaan untuk mencapai ‘herd immunity’
atau imuniti kelompok.

9.11 Beliau percaya dan yakin guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah mendapat 2 dos
suntikan vaksin dan tidak ada yang masih belum divaksin.

9.12 Pihak sekolah boleh membuat permohonan sekiranya memerlukan bantuan dan
sumbangan. Setakat ini sudah banyak sumbangan yang telah diberikan kepada pihak
sekolah seperti kanopi dan gadjet

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh,

(WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS)
Setiausaha PIBG
SK Othman Talib 2

PENYATA KEWANGAN PIBG SK OTHMAN TALIB ( 2 ) BAGI TAHUN BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2021 ( AKAUN 1 )

BULAN PENDAPATAN RM BULAN PENGELUARAN RM
Jan-21 AKTIVITI 3 908.81 Jan-21 AKTIVITI 50.00
Feb-21 Feb-21
Baki sehingga 31.12.2020 TIADA
TIADA Sumbangan kematian anak
En.Ghzli ( AJK PIBG )

Mac-21 TIADA Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 100.00
Mac-21 Bayaran Diari JPN 18.00

April- Yuran PIBG ( 225 orang ) 1 125.00 Apr-21 TIADA
21

Mei-21 TIADA Mei-21 TIADA

Jun-21 TIADA Jun-21 TIADA

Jul-21 TIADA Jul-21 TIADA

Ogos- TIADA Ogo-21 TIADA
21

Sep-21 Yuran PIBG ( 37 orang ) 185.00 Sep-21 Sumbangan kepada anak Pn. 100.00
Shila 50.00
( AJK PIBG )
Sumbangan kepada keluarga
Khairul Aqil ( kematian bapa)

Okt-21 Yuran PIBG ( 27 ) 135.00 Okt-21 Bayaran Badan Ihsan* 145.00
Caj bank .50

Nov-21 Bayaran balik Badan Ihsan* 145.00 Nov-21 Sumbangan kepada Panitia 200.00
Bahasa Inggeris 200.00
Sumbangan kepada Program
Memperkasakan PDPR 29.00
Bayaran buku Petty Cash

Dis-21 TIADA Dis-21 TIADA

JUMLAH BESAR 5 498.81 JUMLAH KECIL 892.50
DI BANK SEHINGGA 3 850.81
31.12.2021
DI TANGAN 755.50
JUMLAH BESAR 5 498.81

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disemak oleh;

(SANUSI BIN ISA) (AFFNIZA BT ZAKARIA) (RAJA MASMIRAWATI BT R HASSAN)
Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2

PENYATA KEWANGAN PIBG SK OTHMAN TALIB ( 2 ) BAGI TAHUN BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2021 ( AKAUN 2 )

BULAN PENDAPATAN RM BULAN PENGELUARAN RM
Jan-21 AKTIVITI 4 690.74 AKTIVITI 7 000.00
10.50 3 000.00
Baki sehingga 31.12.2020 Jan-21 TIADA PENGELUARAN
Hibah bulan Januari 2021 10 000.00 10 000.00
Sumbangan YB Ahmad Fadzli

Feb-21 Hibah bulan Februari 2021 15 .77 Feb-21 Pembelian Khemah
Penyelarasan 500.00

Mac-21 Hibah bulan Mac 2021 9.36 Mac-21 Pembelian Khemah

April-21 Hibah bulan April 2021 6.44 TIADA PENGELUARAN
Sumbangan PIBG 4 500.00
( RM 20 X 225 orang )

Mei-21 Hibah bulan Mei 2021 8.72 Mei-21 Zakat kepada Murid Asnaf
Sumbangan Zakat Bank Rakyat 10 000.00

Jun-21 Hibah bulan Jun 2021 6.46 Jun-21 TIADA PENGELUARAN
Julai-21 TIADA PENGELUARAN
Julai-21 Hibah bulan Julai 2021 6.69 Ogo-21 TIADA PENGELUARAN

Ogos-21 Hibah bulan Ogos 2021 6.69

Sept-21 Hibah bulan September 2021 6.49 Sept-21 TIADA PENGELUARAN
Sumbangan PIBG 740.00
( RM 20.00 X 37orang )

Okt-21 Hibah bulan Oktober 2021 6.93 Okt-21 TIADA PENGELUARAN
Penyelarasan 900.00
Sumbangan PIBG 540.00
( RM 20.00 X 27 orang )

Nov-21 Hibah bulan Nov 2021 5.23 Nov-21 Pembelian pealatan SOP Covid 19/ 2 000.00
Keceriaan sekolah
Dis-21 Hibah bulan Disember 2021 5.33 22 000.00
Dis-21 TIADA PENGELUARAN 4 185.35
JUMLAH BESAR 31 965.35 5 780.00
JUMLAH KECIL 31 965.35
DI BANK SEHINGGA 31.12.2021
DI TANGAN
JUMLAH BESAR

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disemak oleh :

(SANUSI BIN ISA) (AFFNIZA BT ZAKARIA) (RAJA MASMIRAWATI BT RAJA HASAN)
Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB ( 2 )

(AKAUN 2 )

PERINCIAN PERBELANJAAN SUMBANGAN YB USTAZ AHMAD FADHLI BIN SHAARI

SUMBANGAN : RM 10 000.00 (21 JANUARI 2021)

TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH

24.2.2021 Pembelian khemah (3 unit) RM 10 000.00

SUMBANGAN : RM 22 000.00 (9 FEBRUARI 2022)

TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH

Feb 2022 Pembelian peralatan Robotik RM 2 000.00
Feb 2022 Sumbangan -Taman Cameron SKOT ( 2 ) RM 2 000.00
Feb 2022 Lampu jalan/lampu susur/lampu koridor RM 1 500.00
Feb 2022 Pembelian peralatan TV SKOT ( 2 ) RM 1 000.00
Mei 2022 Keceriaan sekolah RM 1 000.00
Mei 2022 Pembelian peralatan siaraya RM 2 000.00
Jun 2022 Sumbangan - Taman Cameron SKOT ( 2 ) RM 1 000.00
RM 10 500.00
JUMLAH

LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2)

17030 PASIR MAS KELANTAN.

1.0 : AHLI JAWATANKUASA - Penasihat
- Yang Dipertua
1. En. Zukri Suzita bin Yaso’ - Naib Yang Dipertua
2. YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari - Setiausaha
3. En. Muhamad Asri bin Yaacob - Penolong Setiausaha
4. En.Wan Ab Aziz bin Wan Abas - Bendahari
5. En. Mohd Bazli bin Mohd Taib - Penolong Bendahari
6. En. Sanusi bin Isa - PK Pentadbiran
7. Pn. Zarina bt. Mamat - PK HEM
8. Pn. Hjh. Noor Ainu bt Awang - PK Kokurikulum
9. En. Rizal bin Yahya@Yusoff - PK Pendidikan Khas
10. Tn. Hj. Othman bin Mat Zin - wakil guru
11. En. Nik Jailani bt. Nik Mat - wakil guru
12. Pn. Hjh. Rohana bt. Lateh - wakil guru
13. Pn. Hjh. Safura bt, Rahim - wakil ibu bapa
14. Pn. Hjh. Rohani bt. Yusoff - wakil ibu bapa
15. En. Muhamad Tamizi bin Tajuddin - wakil ibu bapa
16. Tn. Hj. Ghzali bin Ismail - wakil ibu bapa
17. En. Zuri bin Mohd Adam - wakil ibu bapa
18. En. Zakaria bin Mat Min - wakil ibu bapa
19. Tn. Hj. Wan Rosdi bin Wan Hamat - wakil ibu bapa
20. Pn. Noor Laili bt. Mamat - wakil ibu bapa
21. Pn. Rosilawati bt. Che Abdullah - wakil ibu bapa
22. Pn. Siti Mariam bt. Ngah - wakil ibu bapa
23. En. Shahrul Amir bin Ahmad
24. En. Nuur Zaabar bin Nordin@Noordin

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Pn. Affniza bt. Zakaria - Pemeriksa Kira- kira 1

2. YM Pn. Raja Masmirawati bt. Raja Hassan - Pemeriksa Kira-kira 2

2.0 : AKTIVITI SESI 2021

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2) sesi 2022 telah berusaha dan
berkerjasama dengan pihak pengurusan sekolah untuk memastikan program yang dirancangkan dapat
berjalan dengan lancar dan jayanya. Perancangan dan matlamat PIBG adalah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta memantapkan kecemerlangan rohani, jasmani dan
sahsiah murid. Sehubungan dengan itu pihak AJK PIBG dengan kerjasama dan sokongan padu pihak
pengurusan sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat di atas. Antaranya:

1. Membina pondok bacaan.dan pondok rehat untuk murid.
2. Dengan kerjasama pihak sekolah mengadakan Kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Sukan

dan Pesta Kokurikulum (PESKO).
3. Wang zakat dan bantuan keperluan sekolah kepada murid miskin.
4. Mengadakan Hari Guru dan Sambutan Hari Kemerdekaan.
5. Memberi bantuan gajet murid-murid yang tidak berkemampuan semasa PdPR
6. Membantu membiayai hadiah untuk hari sukan, hari merentas desa, perkhemahan, dan

pembelian buku kerja murid.
7. Memberi insentif kepada murid yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
8. Meraikan majlis persaraan guru dan kakitangan sekolah.
9. Pembelian peralatan Robotik
10. Membina Taman Cameron
11. Menyediakan lampu jalan/lampu susur/lampu koridor

12. Membeli peralatan TV SKOT 2
13. Membeli peralatan siaraya
14. Keceriaan sekolah
15. Membeli khemah untuk aktiviti sekolah

3.0 : MESYUARAT AJK PIBG 2021
PIBG pada sesi ini telah mengadakan 1 kali mesyuarat ahli jawatankuasa untuk
membincangkan dan menjelaskan program PIBG 2021. Tarikh-tarikh mesyuarat ahli
jawatankuasa ialah pada 25 Mac 2021

4.0 : Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan telah berjaya meningkatkan lagi
pencapaian akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah dan pembangunan fizikal
sekolah ini. Sumbangan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

(WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2)

Usul-usul yang diterima dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-30/2022

1. Mengadakan ruang atau sudut ’English Corner’ untuk menggalakan minat dalam murid-
murid Bahasa Inggeris.
Usul oleh : Pn. Siti Noor bt. Abdullah

2. Mewujudkan Program Mentor Mantee untuk membimbing rakan sebaya yang kurang
cemerlang.
Usul oleh : En. Mohd Hafizulman bin Halim

3. Perjumpaan ibu bapa bersama guru kelas untuk membincangkan masalah dan prestasi
pelajaran anak.
Usul oleh : Pn. Azni bt. Che Hassan

4. Untuk menampung kewangan PIBG, maka ahli jawatankuasa PIBG mencadangkan agar
sumbangan PIBG bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM5.00 dan untuk program
kecemerlangan pula sebanyak RM20.00 bagi setiap orang murid. Jumlahnya RM25.00
setiap orang murid.
Usul oleh : En. Sanusi bin Isa (Bendahari)

5. Mencadangkan PIBG melantik 2 orang timbalan YDP dan 2 orang naib YDP.
Usul oleh : En. Wan Ab Aziz bin Wan Abas (Setiausaha)

Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2)

Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan
dan Terima Kasih Kepada

YANG BERHORMAT
YB USTAZ AHMAD FADHLI BIN SHAARI

AHLI PARLIMEN PASIR MAS

Ibu bapa/penjaga
Guru-Guru Serta Kakitangan Sokongan

dan Swasta

Semua yang terlibat
Secara Langsung dan tidak Langsung

Bagi Menjayakan
Majlis ini.


Click to View FlipBook Version