PENJAGAAN DIRI ( Kebersihan diri ) KMU 1013 “Kebersihan merupakan syarat mutlak untuk mencapai kesehatan. " Kumpulan 8 Helping Relationship
AHLI KUMPULAN ; Betrice Britney Dee Ak Derick (78968) Esra Jessaiah Musi (81750) Christine Anak Christopher (81694) Nur Faezah Binti Eko (80585) Vezylyia Andrew (77683) Medina Robert (68571 )
01 02 Pengenalan Penjagaan diri & Kebersihan Diri Kepentingan Kebersihan Diri 03 04 05 06 Jenis Kebersihan Diri Akibat Tidak Menjaga Kebersihan Diri Cara Penjagaan Diri ( Kebersihan Diri) Rujukan ISI KANDUNGAN Rumusan 07
Pengenalan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa penjagaan diri merupakan “keupayaan individu, keluarga dan komuniti untuk meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit, mengekalkan kesihatan, dan juga bagi menghadapi penyakit dan ketidakupayaan dengan atau tanpa sokongan staf kesihatan”. Penjagaan Diri Pada umumnya, penjagaan diri merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan oleh individu bagi memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga dan bersih. Hal ini juga bertujuan untuk membolehkan individu bertenaga dan cergas. Aktiviti atau rutin yang dilakukan boleh merangkumi aspek intelektual, fizikal, kerohanian, dan lain-lain.
Kebersihan diri merujuk kepada amalan menjaga kebersihan badan kita. Penjagaan kebersihan diri memainkan peranan penting dalamkehidupan seharian. Syarat utama bagi seseorang individu untuk mencapai kualiti tertinggi dalam kehidupan terletak pada cara menguruskan diri dalam aspek kesihatan dan kebersihan. Dari aspek kebersihan diri, penting bagi kita mengutamakan aspek ini agar kita bebas daripada penyakit dan jauh dari anasir yang tidak baik. Kebersihan Diri
kepentingan Kebersihan Diri Meningkatkan produktiviti kehidupan Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung Menghindari penyakit dan masalah kesihatan tidak membawa bakteria atau virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa disedari Mendisiplinkan diri amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian semua manusia. Secara tidak langsung, perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil daripada usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
kepentingan Kebersihan Diri Menonjolkan imej dan watak yang menarik penjagaan kebersihan yang baik amat penting untuk mendapatkan perspektif yang positif daripada orang lain, ini juga memberikan peluang kepada kita untuk menambah lebih ramai kenalan lagi Peningkatan kepercayaan diri Ketika kita menjaga kebersihan diri, kita merasa segar dan nyaman dalam tubuh badan. Hal ini dapat meningkatkan kepercayaan diri dan meningkatkan tahap keyakinan untuk bersosial dengan orang lain Mewujudkan persekitaran yang bersih Kebersihan diri juga melibatkan membersihkan dan ruangan di sekitar kita. Dengan menjaga kebersihan rumah, bilik, atau lingkungan tempat tinggal, kita dapat mengurangi risiko penumpukan debu, kotoran, dan mikroorganisme. Membersihkan permukaan, menyapu lantai, dan membuang sampah secara teratur adalah langkah-langkah penting untuk menjaga lingkungan tetap bersih dan sehat.
Tindakan yang diambil untuk berhubung dengan emosi kita dan memprosesnya dengan cara yang sihat Penjagaan kebersihan rohani lebih-lebih lagi kebersihan hati iaitu dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat seperti marah, bersifat dengki, kedekut, banyak bercakap, riak dan sebagainha Penjagaan fizikal dari segi kekemasan diri amat penting kerana ia membentuk atau mencerminkan keperibadian diri seseorang. Jenis KEBERSIHAN DIRI Kebersihan diri dari segi rohani Kebersihan diri dari segi emosi Kebersihan diri dari segi fizikal
Bau badan adalah salah satu akibat tidak menjaga kebersihan diri pada manusia. Pengeluaran peluh yang berlebihan bercampur dengan bakteria. Timbul selepas melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berada dalam persekitaran panas yang mencetuskan pengaktifan kelenjar peluh. Boleh mengganggu keselesaan persekitaran jadi penting selepas aktiviti anda perlu segera mandi. Akibat tidak menjaga kebersihan diri Daya tahan tubuh menurun Individu yang tidak menjaga kebersihan diri lebih cenderung untuk jatuh sakit. Zarah tercemar kemungkinan mengandungi kuman, bakteria dan virus. Ia akan melemahkan daya tahan badan dan memudahkan individu itu jatuh sakit. Menyebabkan bau badan Memburukkan imej diri Penampilan adalah nombor satu. Orang lain akan melihat dan menilai penampilan diri yang tidak optimum dan seterusnya boleh menjejaskan kehidupan sosial. Menjaga kebersihan diri menjadi perkara utama dalam kehidupan kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, malah dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu adalah penting untuk anda kekal tekun dalam menjaga kebersihan kedua-dua persekitaran terdekat dan persekitaran yang lain.
CCAARRAA PPEENNJJAAGGAAAANN DDIIRRII ((KKEEBBEERRSSIIHHAANN DDIIRRII)) Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mandi setiap hari. American Dental Association (ADA) mengesyorkan untuk memberus gigi 2 kali sehari - sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur. Gunakan ubat gigi yang diterima oleh ADA dan gantikan berus gigi setiap 3-4 bulan. Gunakan sabun dan air untuk membilas sel kulit mati, minyak dan bakteria khususnya di kawasan yang mengumpul lebih banyak peluh. Cuci rambut dengan syampu sekurang-kurangnya 1 kali seminggu atau lebih jika perlu. Cuci tangan secara teratur. Center for Disease Control and Prevention (CDC) gariskan 5 langkah mudah untuk mencuci tangan dengan berkesan: Basuh tangan dengan air bersih dan sapukan sabun. Buihkan tangan dengan menggosokkannya dengan sabun, ke belakang tangan, antara jari, dan kuku. Gosok tangan sekurang-kurangnya 20 saat. Bilas tangan dengan air yang bersih. Keringkan tangan dengan tuala bersih. 1. 2. 3. 4. 5. Potong kuku. Gunakan alat pemotong kuku yang telah dibersihkan untuk memotong kuku untuk memastikan tiada kotoran berkumpul dibawahnya.
RUMUSAN penjagaan diri (kebersihan diri) Penjagaan diri adalah tanggungjawab setiap individu. Kita perlu jalankan peranan masingmasing untuk menjaga kebersihan diri. Kebersihan diri adalah kunci utama untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat membolehkan kita menjalakan aktiviti dengan baik dan membantu memberikan kehidupan yang ceria. Maka, pengamalan untuk menjaga kebersihan diri amat penting dalam setiap individu.
Farid, A. (2022, Disember 16) Asas Cara Menjaga Kebersihan Diri Lengkap Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki! Hello doktor. Diakses daripada https://hellodoktor.com/habit-sihat/kebersihan-diri/cara-menjaga-kebersihandiri/ Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri. (n.d.). Ipendidikan.my. Diakses daripada https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html Terima Kasih RUJUKAN Ames, H. (2020, Mei 20). Why is personal hygiene important? Medical News Today. Diakses daripada https://www.medicalnewstoday.com/articles/personalhygiene#maintaining-good-hygiene Inilah Pentingnya ‘Self-Care’ Untuk Kesihatan Mental Anda. (2022, September 21) Jiwa Damai. Diakses daripada https://jiwadamai.com/2022/09/21/inilah-pentingnya-self-care-untukkesihatan-mental-anda Wasimah, S. S. N. (2018, Oktober 13) Jaga kebersihan rohani dan jasmani kita. Media Pertama. Diakses daripada https://mediapermata.com.bn/jaga-kebersihan-rohani-dan-jasmanikita-2/