POLITEKNIK BALIK PULAU 8.00 PAGI- 1.00 TENGAH HARI 24 MEI 2023
Isi Kandungan Kata Aluan Pengarah Pusat Penyelidikan & Inovasi PPI (JPPKK) Pengenalan INNO-STEM Maklumat Aktiviti Kata Aluan Pengarah PBU Tentatif INNO-STEM ISDIG Innovation Showcase In Digital Technology & STEM STEM Carnival 2023 Program Corporate Social Responsibility i-share IT Canva Masterclass Bazaria 3.0 Jawatankuasa Induk Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023 Layout Dewan Sekalung Budi 01 03 02 08 11 01 10 12 23 15 19 21 i
Kata Aluan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi PPI (JPPKK) 01 Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana INNO-STEM yang berusaha gigih bagi menjayakan program Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023 ini. INNO-STEM telah berjaya menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan pelbagai institusi pendidikan di negara ini. Selain itu, penganjuran program ini dapat membuka mata dan minda pelajar tentang kepentingan aspek inovasi, keusahawanan dan teknologi digital dalam menaikkan imej negara. Institusi pendidikan perlu prihatin bagi meningkatkan jati diri pelajar untuk menjadi seorang yang proaktif, kreatif dan inovatif. Program INNO-STEM ini adalah usaha bagi membina ciri-ciri holistik dalam diri para pelajar iaitu dengan penggunaan elemen inovasi, keusahawanan dan teknologi digital di mana mampu melahirkan generasi yang kental dan cekal menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Justeru, program ini memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak khususnya dalam mengembangkan sektor teknologi dan ekonomi negara. Tambahan pula, revolusi teknologi berkembang dengan sangat pantas dan semua negara pastinya tidak mahu ketinggalan terutamanya dalam era Revolusi Industri 4.0 (4IR). Kepakaran dalam bidang inovasi, keusahawanan dan teknologi amat diperlukan bagi meningkatkan kemajuan dan prestasi negara seiring dengan perkembangan arus teknologi terkini. INNO-STEM juga menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pelbagai aspek bagi mencapai status negara berteknologi tinggi pada 2030. Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak di atas usaha yang amat komited bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. Integrasi antara pelajar dan komuniti berupaya dalam mendidik para pelajar untuk meningkatkan kualiti diri dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara. Akhir kata, semoga program ini dapat memberikan impak yang bermanfaat kepada semua pihak dan dapat meningkatkan pembangunan negara. Selamat Maju Jaya
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Politeknik Balik Pulau telah berjaya menganjurkan program Innovation Showcase & STEM (INNOSTEM) 2023 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Koperasi Politeknik Balik Pulau Berhad dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kata Aluan Pengarah PBU INNO-STEM merupakan singkatan kepada LIMA (5) teras utama dalam kegemilangan pendidikan TVET di Malaysia, iaitu Inovasi, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Objektif program ini adalah untuk memupuk minat peserta dalam bidang Teknologi Digital dan STEM melalui inovasi, melahirkan pelajar berciri holistik, berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan di samping mengukuhkan hubungan dan jaringan kolaborasi antara Politeknik Balik Pulau dengan komuniti, agensi kerajaan serta industri setempat bagi mempromosikan Politeknik Malaysia. Program ini merupakan gabungan EMPAT (4) program utama iaitu pertandingan inovasi "Innovation Showcase in Digital Technology & STEM" (ISDIG), Karnival STEM, program keusahawanan melalui "Bazaaria 3.0" dan juga Program kesukarelawanan "i-share IT Canva Master Class". Harapan saya, dengan penganjuran program seperti ini, para pelajar akan lebih kritis dan kreatif dalam melakukan inovasi dan pembaharuan dalam penghasilan produk. Saya juga amat berbangga dan kagum dengan semua peserta yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam program “Cyberpreneurship Project: The Business Start-Up”. Program seperti ini sememangnya mampu bagi memberikan pendedahan dan pembudayaan keusahawanan yang berasaskan industri sebenar dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam segala teknik dan persiapan yang realistik untuk menceburi dunia keusahawanan. Sekalung penghargaan dan syabas yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa program yang telah banyak membantu dalam merealisasikan program ini. Sebagai institusi TVET, diharapkan agar matlamat program ini memberikan impak yang besar sekali gus melahirkan generasi yang proaktif dan kreatif serta dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Akhir kata, semoga penganjuran program ini dirahmati dan mengeratkan lagi ikatan perpaduan serta persaudaraan antara Politeknik Balik Pulau dan komuniti setempat. Sekian. Wabillah hi taufik wal hidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 02
03 Jawatankuasa Induk JAWATANKUASA NAMA PENAUNG Hjh. Roseliza binti Dato' Shaari PENASIHAT I Dr Muhammad Majdi bin Saad PENASIHAT II Azrayhafizi bin Matzin PENGARAH PROGRAM Wan Haniza binti Wan Hassim TIMBALAN PENGARAH PROGRAM Ts. Syamsiah binti Hussin SETIAUSAHA Nurul Kamilah binti Masnan BENDAHARI Siti Nazilah binti Hamzah PENGURUS MAJLIS (FLOOR MANAGER) Hermizul bin Napis (Ketua) Norshahidayu binti Othman (Pen. Ketua) AJK STEM CARNIVAL Hasrul Hafizan bin Rahmatullah (Ketua) Faizah binti Abdul Muin (Setiausaha) JK Aktiviti : Mohd Dinil Haq bin Shabudin Fatin Hamimah binti Mohamed Salleh Dr. Janet Ho Siew Ching Norazlina bt Othman Masturina Natalia bt Mohd Nor Marini binti Mohd Thaib Noor Afiza bt Mohd Thazali AJK INNOVATION SHOWCASE IN DIGITAL TECHNOLOGY AND STEM (ISDIG) Ts. Zakiah binti Osman (Ketua) Pn. Masturina Natalia binti Mohd Nor (Setiausaha 1) Ts. Norhanisha binti Yusoff (Setiausaha 2) JK Pertandingan Inovasi: En. Mohd Razif bin Mustapha JK Penjurian: Dr. Letchumanan A/L Shanmugam (Ketua) Tan Rhu Choon Nurhani binti Mohd Sabri Shardilla binti Mohamad Sarif Norzimah binti Che Hassan Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023
04 JAWATANKUASA NAMA AJK PROGRAM KEUSAHAWANAN (BAZAARIA 3.0.) Ts. Haslina binti Hassan (Ketua) AJK : Shobhanambigha A/P Sivaguru Anis Fatiha binti Ahmad Sahimi @ Shuha Nurul Dayana binti Mohd Dazid Mohd Zaidil Adha bin Mat Hussin Kamal Apandy bin Jalil Apandy Mohd Firdaus bin Awang Nur Atiqah binti Daud Fatin Hamimah binti Mohamed Salleh AJK JEMPUTAN DAN PENYAMBUT TETAMU Azrina binti Tahir (Ketua) JK Jemputan: Azura binti Ahmad Nur Syuhada binti Mohamad Rodzi JK Penyambut tetamu: Rasammal A/P Rasappan (Ketua) Noor Sarena binti Mohd Zahid Nur Idayu binti Awang Teh Nurrul Arifah binti Ismail Nur Syazwani binti Meli Siti Fartimah binti Mohamed Yusop Amirah binti Rashid AJK PERASMIAN PENUTUP Norshahril bin Abu Talib (Ketua) Pengacara Majlis: Mohamad Izzat bin Ismail Teks Ucapan Pengarah: Ts. Norhanisha binti Yusof Bacaan Doa: Mohamad Firdaus bin Awang Jawatankuasa Induk Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023
05 JAWATANKUASA NAMA AJK REKABENTUK, GRAFIK, MULTIMEDIA & SIARAYA Norazam Azizi bin Othaman (Ketua) JK Buku Program & Kompilasi Produk Inovasi: Muhamad Shukri bin Ismail (Ketua) Afizah binti Md Yusoff Zamhariah binti Md Zain Asnidatul Adilah binti Ismail Siti Zaimar binti Wahid Mohamad Razali bin Abu Bakar JK Banner, Bunting, Backdrop & Poster: Muhamad Shukri bin Ismail (Ketua) Mohd Dinil Haq bin Sahbudin Mohd Razif bin Mustapha Mohd Firdaus bin Awang Fotografi: Mohd Syakir bin Saidin Siaraya & Videografi: Syaiful Ezlan bin Mahmood AJK LAMAN WEB Muhammad Hafizuddin bin Md Dzahir (Ketua) AJK : Muhammad Haziq bin Ahmad Fadzil AJK PENDAFTARAN & PERSIJILAN Aida Zuraina binti Mir Ahmad Talaat (Ketua) AJK : Shaiful Hanif bin Mat Din a) STEM CARNIVAL : Pendaftaran & Persijilan Mohd Dinil Haq bin Shabudin Fatin Hamimah binti Mohamed Salleh Dr. Janet Ho Siew Ching Norazlina bt Othman Masturina Natalia bt Mohd Nor Marini binti Mohd Thaib Noor Afiza bt Mohd Thazali Jawatankuasa Induk Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023
06 JAWATANKUASA NAMA AJK PENDAFTARAN & PERSIJILAN b) ISDIG: Pendaftaran & Persijilan Ili Nur Ayuni binti Nazri Nurul Adha binti Rajali Halimatus Saadiah binti Kariya Nur Athirah Iqlima` binti Kamaruhizam Shorayha A/P Eh Chong AJK PUBLISITI DAN PERHUBUNGAN Siti Nazurah binti Hashim (Ketua) AJK: Nur Atiqah binti Daud Dr. Shazarin binti Ahmad Zainuddin AJK HADIAH & CENDERAHATI Anirah binti Ahmad (Ketua) a) STEM CARNIVAL: Mohd Dinil Haq bin Shabudin Fatin Hamimah binti Mohamed Salleh Dr. Janet Ho Siew Ching Norazlina bt Othman Masturina Natalia bt Mohd Nor Marini binti Mohd Thaib Noor Afiza bt Mohd Thazali b) ISDIG: Norfahima binti Saidin Siti Hajar binti Mohamadon Siti Norsyahirah binti Mohd Nor Salmah binti Ismail AJK JAMUAN Rafizah bt Shaharuddin (Ketua) AJK: Nor Aini binti Ismail Siti Farah Bt Fadzin @ Fadzil Norshafinaz binti Mohamad Fauzi Jawatankuasa Induk Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023
07 JAWATANKUASA NAMA AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN FASILITI Nor Arba`Ayati binti Adnan (Ketua) Ts. Hanim @ Zuraini binti Talib (Pen. Ketua) AJK: Nasrul Azhan bin Muuti Tarmizi bin Mohamad Muhamad Fikri bin AB Rahman Salmah binti Shaharudin Siti Fatimah binti Saidin Nor Hanida Binti Ahmad Syakir Husaini bin Ahmad Muhamad Suhaimi bin Hamid Wan Nur Kamar binti Mohd Daud Noorshahrizan binti Hashim AJK KESELAMATAN, LALULINTAS, LOGISTIK & KEBERSIHAN Noorismaawi bin Yusop (Ketua) JK Keselamatan & Lalulintas: Suntheren A/L Yoganathan JK Logistik: Muhammad Hafizuddin bin Md Dzahir JK Kebersihan: Wan Mohd Zulhafirie bin Wan Ahmad Jawatankuasa Induk Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023
08 Pengenalan Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023 ini diadakan adalah untuk mengembangkan pengaplikasian pengetahuan ilmu sains dan kejuruteraan yang menjurus kepada penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi terkini dalam kehidupan harian. Ia juga ingin memberi kesedaran dan peningkatan minat kepada para murid sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi tentang kebaikan dan kehebatan sains dan kejuruteraan di dalam kehidupan. Selain itu, program ini juga membantu dalam membentuk peribadi pelajar berciri holistik, berdaya saing dan berciri keusahawanan, kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk inovasi berkualiti tinggi dan dapat mempromosikan Politeknik Balik Pulau khususnya serta Pulau Pinang amnya. Objektif Memupuk minat peserta dalam bidang Teknologi Digital dan STEM melalui inovasi. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan STEM. Melahirkan pelajar berciri holistik, berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Mengukuhkan hubungan dan jaringan kolaborasi antara Politeknik Balik Pulau dengan komuniti, agensi kerajaan serta industri setempat.
09 Pertandingan inovasi yang melibatkan penyertaan murid sekolah rendah dan menengah serta penyertaan pelajar dan staf daripada Institusi Pengajian Tinggi. Pameran dan aktiviti STEM yang melibatkan pelajar PBU, murid sekolah rendah dan menengah sekitar Negeri Pulau Pinang. Program Keusahawanan: BAZAARIA 3.0 yang melibatkan pelajar semester DUA (2) PBU yang sedang mengikuti kursus Cyberpreneurship (DFT30103). Program CSR : i-share IT Canva Master Class – Creative Design for Poster and Presentation Slide. PROGRAM INNO-STEM 2023 Program ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah sekitar negeri Pulau Pinang.
10 Tentatif T E N T A T I F I N N O - S T E M 2 0 2 3 2 4 M E I 2 0 2 3 T E N T A T I F M A J L I S P E R A S M I A N P E N U T U P I N N O - S T E M 2 0 2 3 ( P E N T A S U T A M A ) M A S A M A S A A K T I V I T I A K T I V I T I 12.20 Tgh 12.30 Tgh 1.00 Petang 7.30 Pagi 8.00 Pagi 9.00 Pagi 11.00 Pagi 12.00 Tgh 12.30 Tgh 1.00 Tgh Program Keusahawanan: Bazaaria 3.0 bermula Pendaftaran Peserta Program STEM Carnival: Pameran dan Pertandingan bermula Program ISDIG bermula Sesi pameran Agensi Penilaian Juri ISDIG Taklimat MyIPO (Dewan Kuliah Utama) Lawatan Tetamu Jemputan ke ruang Pameran ISDIG & STEM Majlis Perasmian Penutup INNO-STEM 2023 Majlis Bersurai Peserta Mengambil Tempat Ketibaan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK, Pengarah PBU dan Tetamu Jemputan Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Untuk Negeri Kita Bacaan Doa Ucapan Aluan oleh Pengarah PBU Ucapan Ketua Juri ISDIG Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK Montaj/Gimik Perasmian Penutup Penyampaian Cenderahati Juri Penyampaian Hadiah STEM Penyampaian Hadiah ISDIG Penyampaian Cenderahati Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK Nyanyian Lagu POLYCC Majlis Bersurai 12.35 Tgh
11 Layout Dewan SUSUN ATUR INNO-STEM 2023 1 2 3 4 5 6 PINTU KELUAR PINTU KELUAR Pintu Masuk Tempat Duduk Peserta Pameran Agensi Luar Pameran Agensi Luar Bilik Urusetia PENTAS UTAMA Kaunter Urusetia
12
13 Maklumat Aktiviti Pengenalan Program berbentuk pameran dan pertandingan inovasi di PBU sebelum ini hanya melibatkan peserta dalam kalangan pelajar PBU yang mempamerkan Projek Tahun Akhir mereka. Justeru, dalam program ISDIG yang julung kali diadakan ini bakal melibatkan peserta dalam kalangan Politeknik, Kolej Komuniti, sekolah rendah dan menengah serta terbuka kepada institusi pendidikan sekitar Pulau Pinang. Tema Teknologi Digital Sains dan Teknologi Kejuruteraan Matematik Inovasi Hijau Kategori Inovasi dipertandingkan Kategori A: Sekolah Rendah Kategori B: Sekolah Menengah Kategori C: Pelajar Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Pendidikan Kategori D: Staf Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Pendidikan yang lain. yang lain. Hadiah / Anugerah dipertandingkan Pingat Emas, Perak, Gangsa setiap kategori Anugerah Inovasi Terbaik setiap kategori Anugerah Khas Juri bagi setiap Kategori Sijil Penyertaan Sijil Anugerah
Masa Aktiviti 8.00 pagi Pendaftaran 8.00 – 9.00 pagi Persiapan booth pameran 9.00 – 11.00 pagi Penilaian Juri 11.00 - 12.00 tgh Pengiraan markah dan penentuan pemenang Taklimat MyIPO (Dewan Kuliah Utama) 12.00 – 12.30 tgh Lawatan Pengarah dan VIP ke booth pameran 12.30 tgh Majlis Perasmian Penutup INNO-STEM 2023 1.00 tgh Majlis bersurai 14 Maklumat Aktiviti Senarai Panel Penilai Pn. Abda Hamida Binti D. Abdul Hameed (KK Bayan Baru) En. Mohd Faisal Bin Fadzil (MRSM Balik Pulau) En. Muhammad Bin Zakaria (SK Balik Pulau) Pn. Nurul Nadia Binti Ismail (SK Methodist Parit Buntar) En. Wan Mustaffa Bin Wan Jusoh (SMK Dato Syed Omar) Pn. Asma Hanee Binti Ariffin (UPSI) Ts. Nor Miza Binti Tajudin (POLIMAS) Pn. Norhafizah Binti Abdul Rahman (KK Bayan Baru) Ts. Izwanizam Bin Yahaya (KK Segamat 2) Pn. Nur Syuhada Binti Mohamad Rodzi (PBU) Pn. Rafizah Binti Shaharuddin (PBU) Pn. Noor Sarena Binti Mohd Zaid (PBU) Ts. Mohd Nasiruddin Bin Hushim (PBS) Ts. Izlin Zuriani Binti Ishak (PSP) En. Mohd Helmy Abd Wahab (UTHM) Ts. Ilya Binti Ismail (PSA) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Tentatif Program
15
16 Karnival STEM merupakan program yang telah dijadikan acara tahunan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Balik Pulau dengan tujuan utamanya adalah untuk menarik minat pelajar mendalami ilmu STEM secara hands-on dan permainan. Bagi tahun 2023, penyertaan adalah terdiri daripada pelajar Politeknik Balik Pulau dan turut membuat jemputan kepada pelajar sekolah seluruh negeri Pulau Pinang serta industri yang terlibat dengan aktiviti STEM. Ia bertujuan memberikan pendedahan STEM kepada pelajar melalui pameran dan pertandingan yang diadakan. Perancangan dan inisiatif yang dilakukan adalah sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah mewujudkan dan menzahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang serta mengetengahkan kecemerlangan bakat. Bertepatan dengan hasrat dan matlamat ini, STEM Carnival dirancang sebagai satu usaha dalam memperkembangkan minat dan motivasi pelajar dalam bidang Matematik dan Sains khususnya, disamping melahirkan bakat-bakat yang berpotensi dalam bidang pengurusan program. Maklumat Aktiviti Pengenalan
17 Maklumat Aktiviti Aktiviti -aktiviti yang disediakan 3D DOODLE ARTS CHALLENGE Menguji kreativiti para pelajar membina objek secara 3D menggunakan pen 3D. Penilaian dibuat berdasarkan kepada kreativiti, kekemasan dan ketepasan masa. SPAGHETTI BRIDGE CHALLENGE Penilaian Spesifikasi Ujian Beban Menguji kreativiti para pelajar membina jabatan yang kukuh menggunakan pasta jenis spaghetti. Penilaian akan dibuat dalam dua fasa iaitu: a. b. Jambatan yang memenuhi syarat-syarat spesifikasi pertandingan sahaja yang akan dinilai untuk fasa kedua iaitu Ujian Beban. STEM CUBE CHALLENGE Menguji kemahiran minda utama iaitu ingatan dan pemikiran visual dalam menyelesaikan Rubik's Cube. BRAIN TEASER CORNER Pelbagai permainan Indoor disediakan untuk menguji kemahiran minda. Permainan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar Politeknik Balik Pulau. MATHABLE COMPETITION Meningkatkan kemahiran matematik para pelajar dengan kaedah permainan. Penilaian dibuat berdasarkan kepada markah tertinggi (skor terkumpul 2 sesi pertandingan). STEMPro GAME STEMPro ialah permainan papan yang direka untuk memberi pelajar suasana yang menarik semasa belajar STEM. Permainan akan tamat apabila manamana pemain mencapai atau melepasi garisan PENAMAT. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. E-KUIZ PENGGUNA Menguji pengetahuan pelajar dalam ilmu STEM melalui platform web Quizizz.
18 Maklumat Aktiviti Aktiviti -aktiviti yang disediakan Pameran Pameran Tech Dome Pameran STEM Negara Masa Aktiviti 8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran 8.30 - 12.30 tgh Spaghetti Bridge Challenge Doodle Art Challenge Mathable Competition E-Kuiz Pengguna STEMPro Game Brain Teaser Corner STEM Cube Challenge Pameran Tech Dome Pameran STEM Negara STEM Carnival berlangsung Aktiviti: 12.00 - 12.30 tgh Lawatan Pengarah dan tetamu VIP ke ruang pameran dan pertandingan STEM 12.30 - 1.00 tgh Majlis penyampaian hadiah. 1.00 tgh Majlis Tamat Tentatif Program
19
Program I-Share It@Politeknik Balik Pulau (Canva Masterclass) ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Politeknik Balik Pulau. Peserta program ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah sekitar negeri Pulau Pinang. Tujuan program ini dianjurkan bermatlamat untuk menambah kemahiran pelajar mengenai penggunaan aplikasi reka grafik Canva. Dengan kemahiran ini, pelajar lebih mudah untuk menghasilkan reka grafik seperti poster atau slaid pembentangan yang lebih bermutu dan berkualiti. 20 Maklumat Aktiviti Pengenalan Bilangan Penyertaan 23 pelajar sekolah di negeri Pulau Pinang
21
Kelab Keusahawanan PBU telah dijemput untuk menganjurkan “Program Keusahawanan: Bazaaria 3.0 ” sempena Program Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023 yang melibatkan peserta iaitu pelajar PBU serta pelajar sekolah di Negeri Pulau Pinang. “Program Keusahawanan: Bazaaria 3.0” ini berkonsepkan gerai jualan pelbagai produk dan barangan oleh pelajar PBU. Program ini juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepimpinan dalam keusahawanan semasa dalam pengajian kepada semua pelajar yang menjadi ahli Kelab Keusahawanan bagi mencapai KPI 1 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Peratusan Usahawan Pelajar IPT yang Menjalankan Perniagaan di Kampus Semasa Tempoh Pengajian Mereka. Pelaksanaannya juga dapat dilihat sebagai wadah untuk menghubungkan ahli Kelab Keusahawanan PBU dengan organisasi dan komuniti luar. Program ini akan dapat menyediakan pelajar-pelajar PBU dengan sifat jatidiri yang positif dan berdaya saing, sentiasa bersemangat untuk mencuba dan sanggup mengambil risiko. Keusahawanan adalah satu bidang yang patut dipupuk sehingga sebati dengan diri pelajar politeknik dan akhirnya graduan politeknik sendiri menjadi sinonim dengan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan. 22 Maklumat Aktiviti Pengenalan Bilangan Booth Jualan 40 booth Pengisian Program Aktiviti berniaga Kuiz keusahawanan
23 Sekalung Budi Seluruh ahli jawatankuasa Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam Sumbangan dan kerjasama anda akan dikenang dan semoga Yang Maha Esa membalas budi baik anda. Terima kasih. Innovation Showcase & STEM (INNO-STEM) 2023
@Hak cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis dari Pengarah Politeknik Balik Pulau. POLITEKNIK BALIK PULAU, PINANG NIRAI, MUKIM E, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG 04-8689000 w w w .pbu . m ypo l y c c . edu . m y