The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athirah09-372, 2022-05-14 10:12:21

F12.09.NUR ATHIRAH ADNAN (ESSAY BUDAYA)

F12.09.NUR ATHIRAH ADNAN (ESSAY BUDAYA)

09

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

Disediakan oleh:

Nama: NUR ATHIRAH BINTI ADNAN
010906140368
No. Kad Pengenalan: 2020192340224
Angka Giliran: PISMP F12
Kumpulan/ Unit
MADAM KRISHNA KUMARY JUVAL
Nama Pensyarah:
LAPORAN TEMU BUAL
Tajuk Tugasan : 12 MEI 2022

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

Senarai kandungan

Isi kandungan Halaman
Pengenalan 1

Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah 1
Mesra Budaya
Aspek fizikal 2
Aspek emosi 2
Aspek sosial 3
Aspek sosiolinguistik 3

Rumusan 4

Senarai rujukan 5

Pengenalan
Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu perkara penting yang perlu difokuskan bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik dan positif. Secara amnya, bilik darjah
adalah sebuah ruangan belajar di sekolah yang digunakan oleh guru dan murid. Guru harus
memainkan peranan dalam memahami cara pengurusan bilik darjah yang tepat agar dapat
diaplikasikan di dalam bilik darjah kelak. Tambahan itu, menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2013), pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat penting untuk menjamin
murid di Malaysia agar dapat mencapai aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta
beridentiti nasional. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah ialah satu ekologi yang mempunyai
sistemnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran
fizikalnya dengan benda-benda bernyawa iaitu guru dan murid (Noriati et al., 2017). Selain
itu, menurut Nagro et al., (2019), persekitaran bilik darjah terdiri dari rutin harian, jadual serta
susun atur fizikal di samping hubungan guru-murid yang memainkan peranan kritikal dalam
membentuk dinamika dalam pembelajaran. Terdapat beberapa langkah yang boleh
dilaksanakan dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya.

Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya
Langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya dapat dilihat melalui
pelbagai aspek iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik. Pengurusan bilik darjah
yang efektif memerulukan kemahiran merancang, mengelola dan merefleksi di samping
keupayaan bekerja dalam kumpulan (Bosch, 2006). Pendekatan atau langkah yang
digunakan oleh guru dalam menguruskan bilik darjah dapat mempengaruhi karakter serta
prestasi akademik murid secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam pada itu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menekankan aspek perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah agar dapat mewujudkan identiti nasional dalam kalangan murid.
Jadi, bagi merealisasikan hasrat tersebut, sekolah atau bilik darjah merupakan institusi yang
terbaik dan mampu menjadi medium utama dalam mencapai hal tersebut. Perkara yang paling
utama yang perlu diwujudkan ialah persafahaman murid terhadap rakan-rakan sekelasnya
yang berbeza latar belakang (Noriati et al., 2017). Hal tersebut mampu dicapai dengan cara
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Budaya seperti nilai budaya kumpulan etnik,
tradisi, komunikasi, gaya pembelajaran dan pola hubungan antara budaya dalam bilik darjah
boleh mempengaruhi proses pembelajaran dan penyesuaian sosial murid (Tengku et al.,
2014).

1

Aspek fizikal
Pengurusan menerusi aspek fizikal mempamerkan tahap keprihatinan serta sikap

profesional yang ada dalam diri seorang guru dalam menjalankan tugasnya sebagai pengurus
bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif, selesa dan mesra budaya dapat diwujudkan
melalui pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah. Antara perkara yang perlu dititikberatkan
dalam pengurusan aspek fizikal adalah susunan kerusi dan meja murid. Langkah yang perlu
dilaksanakan oleh guru bagi menguruskan bilik darjah mesra budaya merupakan mengambil
kira peluang untuk murid bergaul antara satu sama lain serta belajar bersama-sama tanpa
mendepani sebarang masalah atau halangan. Guru perlu peka dengan karakter setiap murid
agar susunan kerusi dan meja dapat diubah mengikut kesesuaiannya. Sebagai contoh,
apabila guru ingin melaksanakan aktiviti berkumpulan, susunan meja dan kerusi perlulah
dalam bentuk kelompok agar dapat memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti
tersebut. Serta, hal tersebut memberi peluang buat murid untuk bergaul sesama mereka
secara lebih aktif tanpa mengira bangsa dan budaya.

Aspek emosi
Emosi ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu

yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap
emosi dalam sesuatu keadaan (Noriati et al., 2017). Menurut Willms (2003), penglibatan
emosi dalam diri murid dapat dilihat apabila mereka menunjukkan sifat kekitaan sesama
murid, mempunyai rasa kecekapan dan mempunyai motivasi terhadap konsep persekolahan.
Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang amat dominan dalam menunjukkan sikap yang
baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Hal ini demikian kerana, murid-murid membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku individu yang berada di sekeliling mereka, jadi ketika di
sekolah guru merupakan antara individu yang sering bersama murid-murid. Antara langkah
yang perlu dilakukan oleh guru bagi menguruskan bilik darjah mesra budaya merupakan
memberi layanan yang adil kepada semua murid. Guru perlu memberi layanan secara adil
kepada semua murid tanpa mengira agama, bangsa dan budaya agar dapat memberikan
contoh yang terbaik buat murid-murid sejurus itu dapat menjadi ikutan mereka. Sebagai
contoh, guru perlu memahami, mengasihi dan berinteraksi dengan murid secara sama rata
ketika berada di dalam bilik darjah. Guru perlu menunjukkan karakter yang mesra dan
ekspresi muka yang ceria ketika melayani setiap murid agar dapat menjadi suri teladan buat
mereka. Ketidakadilan di dalam bilik darjah kerap berlaku apabila seseorang guru terlalu
taksub dengan warna kulit murid serta prestasi pencapaian murid dalam akademik ataupun
kerana latar belakang murid (Noriati et al., 2017). Hal tersebut perlu dielakkan agar tidak
menjadi ikutan murid kerana perkara tersebut memberi impak yang negatif buat diri mereka.

2

Aspek sosial
Interaksi sosial merupakan satu perkara asas dalam membentuk perpaduan,

kerjasama dalam sesebuah kumpulan atau pasukan (Suhairullah et al., 2019). Interaksi yang
berlaku dapat membentuk masyarakat yang mempunyai sikap saling menerima dan
menghargai antara satu sama lain. Menurut Noriah et al., (2017), perkembangan sosial
merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang
diterima oleh masyarakat dan budayanya. Jika seseorang murid itu mempunyai
perkembangan sosial yang baik, maka hal tersebut mendorong ke arah pembinaan hubungan
yang positif dengan orang di sekeliling mereka terutamanya ketika berada di dalam bilik darjah
bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Dalam memastikan perkembangan aspek sosial
yang sihat, langkah yang perlu dilakukan oleh guru bagi menguruskan bilik darjah mesra
budaya merupakan membuat aktiviti secara berkumpulan agar dapat mendedahkan murid
dengan sifat kerjasama. Sebagai contoh, guru merancang aktiviti yang berteraskan
pembelajaran koperatif seperti aktiviti perbincangan di dalam kumpulan. Murid-murid
dikehendaki memberi pendapat masing-masing secara dalam kumpulan tanpa mengira
agama, budaya dan bangsa. Secara tidak langsung, perkara tersebut dapat memupuk sifat
menghormati, kerjasama dan tolak ansur dalam diri murid sejurus itu membolehkan
kewujudan bilik darjah mesra budaya.

Aspek sosiolinguistik
Bidang sosiolinguistik di Malaysia adalah antara yang unik memandangkan Malaysia

mempunyai penduduknya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai varisasi
bahasa yang menjadikan Malaysia kaya dengan warisan bangsa dan budaya penduduknya
(Noriati et al., 2017). Sosiolinguistik merupakan sebuah kajian yang mengkaji hubungan
bahasa dan masyarakat (Norismayati et al., 2013). Bagi memastikan perkembangan
sosiolinguistik yang baik dalam diri murid, langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru bagi
menguruskan bilik darjah mesra budaya merupakan melaksanakan pelbagai aktiviti bahasa,
sastera dan budaya bersama-sama murid di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru boleh
membuat pertandingan bercerita, nyanyian atau lakonan di dalam kelas yang berteraskan
tema yang berkaitan dengan budaya di Malaysia. Guru boleh menggunakan cerita rakyat
serta lagu dari pelbagai etnik agar dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang
terdiri daripada pelbagai etnik serta secara tidak langsung dapat mewujudkan bilik darjah
mesra budaya.

3

Rumusan
Secara keseluruhannya, nyatalah bahawa terdapat pelbagai langkah yang boleh
dilaksanakan dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya. Langkah-langkah tersebut
dapat dilakukan menerusi beberapa aspek iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.
Apabila bilik darjah mesra budaya dapat diurus dan diwujudkan dengan baik, maka
kelancaran serta keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu turut terjamin.
Tambahan itu, peluang yang diberikan oleh guru kepada murid-murid dapat diberikan secara
sama rata dan adil agar tidak timbulnya salah faham ataupun pergaduhan di antara murid.
Perwatakan peribadi guru, amalan profesional dan tindak-tanduk guru bakal membentuk
keperibadian murid serta budaya masyarakat pada masa depan (Noriati et al., 2017). Oleh
hal yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan mereka dengan sebaiknya dalam
menguruskan bilik darjah mesra budaya agar dapat mewujudkan iklim persekitaran yang
selesa serta kondusif bagi murid-murid walaupun berbilang bangsa.

4

Senarai rujukan

Bosch, K. (2006). Planning Classroom Management – A Five-Step Process to Creating a
Positive Learning Environment (Second edition). Corwin Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). 1, 1 -300.

Nagro, S. A., Fraser, D. W., & Hooks, S. D. (2019). Lesson Planning with Engagement in
Mind: Proactive Classroom Management Strategies for Curriculum Instruction.
Intervention in School and Clinic, 54(3), 131 – 140.

Noriati A. Rashid, B.P., Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan Pembelajaran (Edisi kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norismayati Aida Idris, Anida Sarudin & Mohd. Rashid Md. Idris. (2013). Amalan Guru dan
Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Perak.
PENDETA – Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 4, 116 – 142.

Suhairullah Omar Ramih, Ambrews Andau, Roslee Talip & Muhamad Suhaimi Taat. (2019).
Pengaruh Pengurusan Program Terhadap Interaksi Sosial di dalam Program
Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri Sabah. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities, 4(8), 75 – 84.

Tengku Nor Rizan Tengku Mohd Maasuma, Nooreiny Maarof & Marisah Mohd Ali. (2014).
Addressing student diversity via culturally responsive pedagogy. Procedia – Social and
Behavioral Sciences 134, 101 – 108.

Willms, J. D. (2003). Student Engagement at School: A Sense of Belonging and Participation.
Results from PISA 2000. Organization for Economic Co-operationand Development
(OECD).

5


Click to View FlipBook Version