The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

melakukan pengujian rintangan penebatan pendawaian tiga rasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salbiahramli91, 2021-11-23 23:10:14

K3 Ujian rintangan penebatan

melakukan pengujian rintangan penebatan pendawaian tiga rasa

Keywords: ETE4023

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,

MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 3

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE &
NAME LEVEL 3
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK UNIT EE-320-3:2012-C06
KOMPETENSI / THREE PHASE WIRING TESTING AND COMMISSIONING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. IDENTIFY THREE PHASE TESTING AND

NO. DAN PERNYATAAN COMMISSIONING SPECIFICATIONS AND
AKTIVITI KERJA /WORK
ACTIVITIES NO. AND PROCEDURES
STATEMENT
2. PREPARE THREE PHASE TESTING AND
NO. KOD / CODE NO.
COMMISSIONING TOOLS, EQUIPMENT AND

MATERIALS

3. CARRY OUT THREE PHASE INSULATION

RESISTANCE TESTING

4. CARRY OUT THREE PHASE POLARITY TESTING

5. CARRY OUT THREE PHASE CONTINUITY TESTING

6. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING RESISTANCE

TESTING

7. CARRY OUT TESTING COMMISSIONING

8. PREPARE TESTING AND COMMISSIONING REPORT

EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat/Page : 1
Drp / of : 10

TAJUK / TITLE : MELAKUKAN PENGUJIAN RINTANGAN PENEBATAN PENDAWAIAN
TIGA FASA

TUJUAN / PURPOSE :
Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan tentang mengenalpasti dan penyediaan
peralatan dan bahan untuk cara menjalankan ujian, spesifikasi pentauliahan dan prosedur
sistem tiga fasa

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

3.0 MELAKUKAN PENGUJIAN RINTANGAN PENEBATAN PENDAWAIAN TIGA FASA
3.1 Prosedur Ujian Rintangan Penebatan Pendawaian Tiga Fasa

 Kaedah ujian rintangan penebatan dilakukan

Ujian rintangan penebatan terbahagi kepada dua kaedah iaitu:-
i) Ujian rintangan penebatan antara pengalir
a) Untuk menguji ketahanan (rintangan) penebatan antara pengalir (dua atau
lebih) yang membawa arus. Contoh, pengalir hidup dengan pengalir
neutral bagi pemasangan dua dawai.
b) Dapat dikenalpasti sama ada pengalir-pengalir itu berlaku sebarang litar
pintas atau kebocoran.
c) Pada pemasangan yang besar, ujian penebatan dilakukan dengan cara
kumpulan iaitu tidak kurang daripada 50 keluaran.
d) Jika pemasangan menggunakan kabel pvk, setiap kumpulan tidak kurang
daripada 12.5 keluaran.(maksud setiap titik keluaran iaitu soket alir keluar,
suis, peralatan tetap dan sebagainya.
e) Bacaan tidak kurang daripada 1 megaohm.

ii) Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi
a) Untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-pengalir supaya arus tidak
bocor kebumi apabila diberi bekalan.
b) Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelakkan pengguna daripada
terkena renjatan elektrik
c) Boleh dilakukan secara kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada
sekurang-kurangnya 50 titik keluaran.
d) Ujian ini biasanya dilakukan untuk pemasangan yang besar.
e) Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi sesuai untuk sistem
TT, tetapi tidak boleh dijalankan pada sistem pengambilan bekalan TN-C
(bumi berpusat) kerana pengalir perlindungdan neutralnya adalah sepunya
(bercantum) disepanjang sistem itu (tiada pengalir bumi).
f) Bacaan tidak kurang daripada 1 megaohm.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

Rajah 4 : Ujian Rintangan Penebatan

3.2 Alat Tangan, Peralatan Dan Bahan Ujian Rintangan Penebatan Pendawaian Tiga Fasa

 Takrif dan tujuan ujian rintangan penebatan

Takrif atau maksud ujian rintangan penebatan ialah:-

i) Ujian yang dijalankan pada keseluruhan pemasangan elektrik sebelum dimasukan
bekalan dan ujiannya hanyalah disekitar kotak fius agihan sahaja atau pada punca
kemasukkan.

ii) Untuk pendawaian biasa nilai rintangan penebatan mestilah melebihi 1 megaohm.
Kabel yang pendek mempunyai nilai rintangan yang tinggi manakala kabel yang
panjang akan menjadikan nilai rintangannya rendah.

iii) Kebocoran ke bahagian-bahagian logam seperti paip air akan menjadikan logam
tersebut hidup dan ini membahayakan pengguna serta satu pembaziran tenaga
elektrik kerana kuasa terbuang begitu sahaja ke bumi. Arus sebesar lebih kurang

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

0.05A boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Ini bererti rintangan
penebatan ke bumi bernilai 4,800 ohm (240V/0.05A) sudah cukup untuk
mendatangkan bahaya. Arus bocor juga boleh mempercepatkan kelunturan bahan
penebat.

iv) Sebelum ujian penebatan pada pendawaian dijalankan, alat-alat elektrik, lampu-
lampu dan apa-apa juga beban hendaklah diasingkan terlebih dahulu. Jika tidak
alat-alat tersebut mungkin rosak dan bacaan rintangan penebatan juga menjadi
rendah dari yang sepatutnya.

v) Alat uji yang digunakan ialah alat uji rintangan penebatan. Voltan keluaran alat uji
penebatan hendaklah sesuai dengan voltan sistem pemasangan yang akan diuji
iaitu 500V untuk pemasangan tidak melebihi 250V dan 1000V untuk pemasangan
yang tidak melebihi 500V. Terdapat dua jenis alat uji rintangan penebatan iaitu
jenis putar dengan tangan dan jenis menggunakan bateri. Bagi jenis bateri,
terdapat dua jenis alat uji iaitu jenis analog dan jenis digital.

Rajah 1 : Gambarajah Insulation Tester Jenis Putar

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

Rajah 2 : Gambarajah Insulation Tester Jenis Bateri (Analog)

Rajah 3 : Gambarajah Insulation Tester Jenis Bateri (Digital)

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

Tujuan ujian rintangan penebatan dilakukan adalah:-

i) untuk mempastikan nilai rintangan penebatan kabel atau peralatan elektrik adalah
melebihi dari yang dikehendaki oleh peraturan dan standad tertentu.

ii) untuk menghindarkan dari berlakunya litar pintas atau kebocoran arus diantara
mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau diantara mana-mana
konduktor dengan bumi atau mana-mana logam yang dibumikan.

3.3 Prosedur Dan Rekod Data Pengujian

3.3.1 Kaedah ujian rintangan penebatan dilakukan

Ujian rintangan penebatan terbahagi kepada dua kaedah iaitu:-

i. Ujian rintangan penebatan antara pengalir

a) Untuk menguji ketahanan (rintangan) penebatan antara pengalir (dua atau
lebih) yang membawa arus. Contoh, pengalir hidup dengan pengalir neutral
bagi pemasangan dua dawai.

b) Dapat dikenalpasti sama ada pengalir-pengalir itu berlaku sebarang litar pintas
atau kebocoran.

c) Pada pemasangan yang besar, ujian penebatan dilakukan dengan cara
kumpulan iaitu tidak kurang daripada 50 keluaran.

d) Jika pemasangan menggunakan kabel pvk, setiap kumpulan tidak kurang
daripada 12.5 keluaran.(maksud setiap titik keluaran iaitu soket alir keluar,
suis, peralatan tetap dan sebagainya.

e) Bacaan tidak kurang daripada 1 megaohm.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

ii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

a) Untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-pengalir supaya arus tidak
bocor kebumi apabila diberi bekalan.

b) Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelakkan pengguna daripada
terkena renjatan elektrik

c) Boleh dilakukan secara kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada
sekurang-kurangnya 50 titik keluaran.

d) Ujian ini biasanya dilakukan untuk pemasangan yang besar.
e) Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi sesuai untuk sistem

TT, tetapi tidak boleh dijalankan pada sistem pengambilan bekalan TN-C
(bumi berpusat) kerana pengalir perlindungdan neutralnya adalah sepunya
(bercantum) disepanjang sistem itu (tiada pengalir bumi).
f) Bacaan tidak kurang daripada 1 megaohm.

3.2.3 Perlaksanaan ujian penebatan ke atas alat-alat elektrik

i. Alat–alat elektrik perlu diuji penebatannya secara berasingan dan terpisah dari
sambungan ke sistem pendawaian pemasangan. Jika ia mempunyai terminal atau
sambungan ke bumi ujian penebatan hendaklah dijalankan antara konduktor hidup
dan bumi atau logam terdedahnya. Jika alat elektrik mengandungi komponen
elektronik, sambungan kepada bahagian tersebut hendaklah diasingkan dahulu
supaya ianya tidak rosak akibat dari voltan alat uji tersebut.

ii. Nilai rintangan penebatan antara elemen atau bahagian hidup dengan bahagian
logam terdedah untuk alat-alat elektrik hendaklah tidak kurang dari 0.5 megaohm

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

3.2.4 Ujian rintangan penebatan yang dilakukan dalam sistem tiga fasa

Untuk sistem tiga fasa, neutral dan bumi, ujian penebatan yang perlu dijalankan adalah
seperti berikut:

i) Antara fasa Merah dan Kuning
ii) Antara fasa Kuning dan Biru
iii) Antara fasa Merah dan Biru
iv) Antara fasa Merah dan Neutral
v) Antara fasa Kuning dan Neutral
vi) Antara fasa Biru dan neutral
vii) Antara fasa Merah dan Bumi
viii) Antara fasa Kuning dan Bumi
ix) Antara fasa Biru dan Bumi
x) Antara fasa Neutral dan Bumi
xi) Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kuning, Biru dan Neutral
xii) Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kunung, Biru dan Bumi
xiii) Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kuning, Biru, Neutral dan Bumi

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(3/8) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 10

SOALAN / QUESTIONS :

1. Nyatakan tujuan pengujian penebatan antara pengalir dengan bumi ?

2. Berikan 2 kaedah melakukan ujian rintangan penebatan ?

3. Berapakah nilai bacaan bagi ujian rintangan penebatan ke atas peralatan elektrik ?

4. Namakan alat yang digunakan untuk ujian rintangan penebatan ?

RUJUKAN/REFERENCE:
1. Undang-Undang Malaysia,2005.Akta Bekalan Elektrik 1990 Dan Peraturan-Peraturan

Elektrik 1994, Pindaan Sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia ,Standart Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of

Building-MS IEC 60364) Jabatan Standart Malaysia.
3. The Institution Of Electrical Enginieers,1998,Peraturan-Peraturan Bagi Pemasangan

Elektrik ,Edisi 16, Golden Book Centre Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version