The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6941343, 2021-04-18 12:53:57

BUKU SKRAP 2021 (NURIN)

BUKU SKRAP 2021 (NURIN)

BAPA JOHOR MODEN

SULTAN SIR ABU BAKAR AL-KHALIL IBRAHIM SHAH IBNI AL-MARHUM TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN
DAENG IBRAHIM

BIODATA MURID

Nama : Nurin Amira Binti Noh
Kelas : 4 Al-Farabi
Alamat e-mail : [email protected]
Nama sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong
Alamat sekolah : Jln Kayu Ara Pasong, Pontian, 82010, Johor

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca buku skrap ini. Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap ilahi kerana dapat menyiapkan buku
skrap digital ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru kaunseling, rakan-rakan dan ibu bapa saya kerana membantu saya menyiapkan buku skrap digital ini.
Buku skrap digital ini mengisahkan tentang seorang tokoh Johor Era Moden pertama iaitu, Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum
Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Sultan Abu Bakar. Buku skrap ini mengandungi sejarah tentang baginda. Baginda
merupakan seorang sultan yang bijaksana kerana mempunyai pelbagai jenis idea yang bernas untuk memajukan negeri Johor. Saya memilih tokoh ini kerana saya
kagum akan kebijaksanaan baginda. Selain itu, saya juga kagum akan kejayaan baginda seperti menjadikan Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

 Nama: Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim.
 Tarikh lahir: 3 Februari 1833.
 Tempat lahir: Istana Lama.
 Tarikh meninggal dunia: 4 Jun 1895.
 Baginda ialah sultan Johor era moden pertama.
 Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868.

PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

 Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah
membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan
mentadbirkan negara.

KERJAYA TOKOH

 Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau - Lingga.
 Baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor.
 Baginda menggabungkan tradisi Melayu dengan biokrasi Barat.
 Baginda digelar sebagai Bapa Moden Johor.

SUMBANGAN TOKOH

 Baginda memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil “sistem Kangcu”.
 Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
 Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak. Dokumen berupa berlembagaan

negeri ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang semakin dicampur urusan petandbiran dengan pihak
British[10] lagi-lagi dengan kesihatan baginda yang semakin melemah buruk.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Generasi kini perlulah mempunyai sikap seperti Sultan Abu Bakar, antaranya ialah :
 Mempunyai kegigihan dan semangat yang tinggi untuk memajukan sesebuah negeri supaya dapat menarik perhatian pengunjung luar untuk berkunjung di

Johor.
 Menjadi seorang yang bijaksana dalam mengatur hal ehwal sesebuah negeri agar dapat menyelesaikan masalah dengan baik serta negeri menjadi teratur dan

aman.
 Mempunyai sikap prihatin terhadap orang luar untuk bekerja di negeri tersebut supaya dapat memajukan lagi sesebuah negeri itu.
 Mempunyai sikap keadilan semasa mesyuarat atau sebagainya supaya tidak menimbulkan perselisihan faham antara satu sama lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Sultan Abu Bakar merupakan seorang sultan dan pemimpin yang bertanggungjawab. Selain itu juga baginda seorang yang sangat tegas. Dengan
ini, kita perlulah mencontohi sifat kepimpinan baginda agar dapat menjadi seorang pemimpin yang baik serta dapat mengendalikan sesebuah negeri itu dengan
sempurna.

SUMBER RUJUKAN

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim


Click to View FlipBook Version