EDITOR : AHLI KUMPULAN: Mohana Lakshimi A/P Munusamy 297427 Goh Thong Enn 298240 Cheah Hui Zhen 297362 Amirah Farhanah Binti Khairil Faisal 301353 Amieruddin Afiq bin Abd Rani 300989 Nur Minhalina Binti Mohd Radzif 302064 BORIA OMARAMarilah bersama memartabatkan kesenian dan kebudayaan di Malaysia Lutfi Hakim Bin Mohd Nazrin 297287 Nurul Hassanah Binti Md Shuhaimi 299682 Nurizzati Binti Zulkifli 302061 Kumpulan 10
UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM BORIA KESIMPULAN PERSOALAN KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN METODOLOGI PENGENALAN SEJARAH BORIA DI MALAYSIA CABARAN BORIA DAN CARA MENANGANI 2 2 3 4 8 12 ISI KANDUNGAN 1 PERANAN BORIA DALAM PEMBENTUKAN WATAK BANGSA MALAYSIA RUJUKAN LAMPIRAN 13 16 18 20
PERSOALAN KAJIAN Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah: 1. Apakah sejarah dan perkembangan seni tradisional boria di Malaysia? 2. Adakah seni tradisional boria dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia? 3. Bagaimanakah seni tradisional boria dapat menanam elemen-elemen kenegaraan dalam diri masyarakat Malaysia? 2 1. Mengkaji sejarah dan asal-usul perkembangan seni tradisional boria di Malaysia. Seni tradisional boria merupakan satu bentuk seni persembahan yang unik yang berasal dari Malaysia. Seni ini mempunyai sejarah dan asal usul yang panjang, dipengaruhi oleh pelbagai budaya negara ini. Oleh itu, adalah penting untuk memahami sejarah dan asal-usul perkembangan seni Boria tradisional di Malaysia. 2. Memelihara kekayaan seni dan budaya Malaysia. Penyelidikan tentang boria boleh membantu memulihara dan memelihara kekayaan seni dan budaya Malaysia. Dengan mempelajari aspek seperti sejarah, gaya tarian dan lagu, kita dapat mengekalkan tradisi ini dan menyampaikannya kepada generasi muda. 3. Mengkaji keluasan pengetahuan pelajar tentang seni tradisional Boria Omara. Pengetahuan pelajar dapat memberi impak yang baik. Pengetahuan pelajar dapat menentukan sama ada seni tradisional Boria ini sudah ketinggalan zaman ataupun tidak. OBJEKTIF KAJIAN
METODOLOGI TEMU RAMAH Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang formal. Temu ramah perlulah dirancang. Proses ramah terdiri daripada soalan yang ditanya oleh orang yang ingin menemu ramah dan jawapan oleh orang yang ditemu ramah. Tujuan temu ramah adalah untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, temu ramah selalunya berdasarkan topik, isu dan soalan yang telah ditetapkan. Kami telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Encik Omar bin Md. Hashim. Encik Omar bin Md. Hashim merupakan seorang tokoh Boria. Kajian kepustakaan merupakan penulisan yang bertujuan mengulas pengetahuan termasuklah penemuan penyelidikan secara teori dan kaedah pengulasan mengenai suatu topik. Proses pengumpulan maklumat kami menumpu kepada pembacaan dan penyelidikan jurnal dan artikel yang berkaitan dengan seni tradisional Boria. 3 PERPUSTAKAAN Teknologi perantaraan yang memproses isyarat elektronik untuk menghasilkan video yang dirakam. Kami telah merekod semua kajian yang telah dilakukan termasuk temu ramah dan temu bual, dan kemudiannya membentangkan semua penerangan dan maklumat yang telah kami kumpul dalam bentuk video sebagai saluran perantaraan. VIDEO TEMU BUAL Metodologi temu bual merupakan perbualan antara dua orang ataupun lebih daripada dua orang. Kaedah ini dilakukan dengan cara penemu bual bertemu dengan responden secara bersemuka. Kaedah ini digunakan untuk mendapat maklumat kajian. Kami menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berkaitan dengan pengetahuan mereka berkaitan seni tradisional Boria.
PENGENALAN SEJARAH BORIA DI MALAYSIA Pengenalan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mengandungi pelbagai kaum serta kaya dengan seni budaya pelbagai kaum. Namun begitu, terdapat sejenis teater tempatan yang semakin pupus ditelan zaman, iaitu Boria. Pada abad ke19, boria dibawa masuk ke Pulau Pinang dan mendapat minat daripada masyarakat tempatan. Boria mengandungi elemen nyanyian, tarian dan lakonan yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur seni moden serta seni budaya kaum lain. 4 Sejarah asal usul Boria Peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan oleh tentera Muawiyah bin Abi Suffian terhadap Saidina Hassan dan Hussein r.a. yang merupakan Putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad SAW) sering dikaitkan dengan kemunculan Boria. Sehubungan itu, kaum Syiah telah mengadakan upacara perkabungan yang bernama Takziya atau Ta’ziya bagi mengingati tragedi ini. Kaum Syiah mengadakan upacara ini sebagai kaedah untuk mereka menebus dosa kerana mereka tidak mampu menyelamatkan Saidina Hussein r.a. daripada kekejaman tentera Muawiyah bin Abu Suffian. Dalam upacara tersebut, penyair akan bersyair mengenai Saidina Hassan dan Hussein r.a. yang dikepung oleh tentera Muawiyah. Apabila sampai ke kisah pembunuhan Saidina Hassan dan Hussein r.a., pengikut-pengikut Syiah akan menjerit dan menangis sambil membalun badan sehingga badan mereka berdarah. Selepas itu, mereka akan mengadakan perarakan dengan membawa lambang tangan warna merah dengan bendera di sekeliling kawasan perkuburan Saidina Hassan dan Hussein r.a. Apabila sampai di Pulau Pinang, bendera berwarna putih dan merah tersebut berfungsi sebagai lambang bagi kumpulan-kumpulan boria yang saling bersaing. Walau bagaimanapun, acara ini telah berubah mengikut zaman dari segi kandungannya yang tidak lagi terhad kepada peristiwa Karbala. Peristiwa dalam Kitab Taurat, Kitab Injil dan lagenda dari Timur turut dimasukkan dalam acara ini.
Setelah Gerakan Syiah bertukar menjadi badan yang bersifat politik, mereka menggunakan teater boria sebagai jalan untuk meluaskan pengaruh kerana mereka mendapati bahawa teater ini mendapat sambutan hangat. Golongan kaya turut mengembangkan teater boria dengan menaja persembahan boria serta menyediakan makanan dan minuman secara percuma. Oleh itu, boria semakin berkembang sehingga melangkah ke Parsi, India dan Semenanjung Malaysia. Boria di Tanah Melayu Pada abad ke-19, orang India-Muslim yang merupakan pengikut Syiah telah membawa masuk Boria ke Pulau Pinang. Pada permulaannya, teater boria didominasi oleh orang India-Muslim manakala orang Melayu tempatan hanya menonton sahaja. Namun boria berjaya menarik minat orang Melayu tempatan dan mereka mengambil alih peranan dalam teater boria secara ansuransuran. Setelah boria telah diambil alih oleh Melayu tempatan, persembahan ini telah mengalami perubahan yang besar kerana telah disesuaikan dengan budaya Masyarakat tempatan. Mereka berasa terasing terhadap unsur agama asal bagi boria kerana upacara tersebut dilangsungkan oleh masyarakat Syiah di Iraq dan Persia. Di Tanah Melayu, boria telah menjadi satu medium untuk meningkatkan kesedaran orang Melayu bagi membebaskan tanah air daripada jajahan Kerajaan British. Boria mempunyai fungsi sebagai alat untuk menyedarkan rakyat bagi menyemarakkan nasionalisme dan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat tempatan. Namun, boria bukan sahaja merupakan tradisi orang Melayu tetapi mendapat sambutan juga dari semua kaum di Pulau Pinang. 5
Boria di Tanah Melayu Pada abad ke-19, orang India-Muslim yang merupakan pengikut Syiah telah membawa masuk Boria ke Pulau Pinang. Pada permulaannya, teater boria didominasi oleh orang India-Muslim manakala orang Melayu tempatan hanya menonton sahaja. Namun boria berjaya menarik minat orang Melayu tempatan dan mereka mengambil alih peranan dalam teater boria secara ansur-ansuran. Setelah boria telah diambil alih oleh Melayu tempatan, persembahan ini telah mengalami perubahan yang besar kerana telah disesuaikan dengan budaya Masyarakat tempatan. Mereka berasa terasing terhadap unsur agama asal bagi boria kerana upacara tersebut dilangsungkan oleh masyarakat Syiah di Iraq dan Persia. Di Tanah Melayu, boria telah menjadi satu medium untuk meningkatkan kesedaran orang Melayu bagi membebaskan tanah air daripada jajahan Kerajaan British. Boria mempunyai fungsi sebagai alat untuk menyedarkan rakyat bagi menyemarakkan nasionalisme dan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat tempatan. 6
7 Siapakah Encik Omara? Encik Omar bin Md Hashim, atau lebih dikenali sebagai Encik Omara yang dilahirkan pada 8 April 1954 di Bukit Mertajam, ialah seorang yang aktif melibatkan diri dalam boria serta bidang penulisan sejak zaman kanak-kanak. Beliau telah menubuhkan kumpulan boria pada tahun 1965 bagi mengadakan persembahan boria di sekolah beliau. Pada masa itu, beliau memainkan peranan sebagai ketua kumpulan, penulis rangkap pantun, pelakon sketsa dan sailor dalam kumpulan boria beliau. Minat beliau yang mendalam terhadap sastera mendorong beliau untuk menulis pantun, cerpen, artikel dan puisi. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa bagi beberapa persatuan seni budaya seperti KUMRED SENI dan KUDRAT. Namun beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1973 dan bekerja sebagai wartawan sambilan. Pada awal tahun 90-an, beliau mula menerbitkan lagu-lagu ciptaan beliau di bawah Syarikat Omara Production, iaitu syarikat yang diasaskan oleh beliau. Kini, beliau masih aktif dalam pengurusan persembahan pentas, artis, boria dan sebagainya. Beliau masih juga aktif dalam menghasilkan karya penulisan sastera dan telah menyusun buku sejarah boria dan buku rangkap karangan boria. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau bagi memartabatkan kedudukan boria. Contohnya, kumpulan boria omara sering melakukan persembahan di radio dan televisyen atas jemputan stesen dan saluran TV. Encik Omara juga telah dijemput sebagai tenaga pengajar dan pengendali bagi bengkel-bengkel boria di Pulau Pinang malah di seluruh Malaysia. Usaha-usaha beliau telah mendapat pengiktirafan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Beliau digelar sebagai Tokoh Seni Budaya(boria) oleh Persatuan Karyawan Pulau Pinang pada tahun 2014, Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri pada tahun 2016, Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2018. Beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat George Town World Heritage 2020 dan kumpulan boria omara menerima anugerah Kumpulan Boria Omara Pulau Pinang Kategori Pengiktirafan Kesinambungan Budaya George Town World Heritage 2020.
Ahli Ahli kumpulan boria kebiasaannya mengandungi 40 hingga 60 orang ahli termasuk tukang karang, kelasi dan pemuzik dan juga tauke iaitu penaja bagi kumpulan tarian boria omara ini . Kebanyakkan ahli yang akan terlibat dalam persembahan boria adalah lelaki tetapi, penglibatan wanita dalam kumpulan ini telah dilihat semakin bertambah selepas berlakunya perang dunia kedua (Noorzarina, 2010). Sesebuah kumpulan boria sering kali dibiayai oleh seseorang tauke yang datang dari golongan kaya. Perspektif orang ramai menyatakan bahawa ahli bagi kumpulan boria omara ini selalunya diberikan perhatian yang lebih hanya kepada orang melayu, tetapi pernyataan mereka salah kerana orang cina juga turut diambil dan dipilih khusunya anak muda untuk menjadi tauke dalam kumpulan boria omara ini. Disebabkan martabat boria omara ini sangat dipandang tinggi suatu ketika dahulu, kejayaan dalam mementaskan persembahan boria menjadi lambang kejayaan bagi sesebuah kampung. Ketiadaan kumpulan boria akan dianggap sebagai sesuatu yang boleh memalukan dan dapat menjatuhkan imej penduduk kampung tersebut kerana budaya boria sangatlah terkenal dan menjadi buah mulut orang ramai. UNSUR-UNSUR DALAM BORIA 8 Selain tauke, orang yang turut memainkan peranan penting dalam kumpulan boria ialah tukang karang (Noorzarina, 2010). Tukang karang yang baik haruslah sentiasa mempunyai idea-idea di luar kotak serta yang berinovatif supaya berupaya membawakan lagu dengan terang, lantang dan sempurna. Keupayaannya tukang karat untuk memilih perkataan yang lebih sesuai dan menarik perhatian terutama untuk memuji tuan rumah adalah sesuatu yang sangat digalakkan bagi sesebuah kumpulan boria omara. Hal ini menyebabkan tukang karang menjadi tonggak dan merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kumpulan boria. Pakaian tukang karang juga boleh dikatakan lebih istimewa daripada ahli-ahli yang lain di dalam kumpulan. Bentuk persembahan Boria Omara itu sendiri dibahagi menjadi 2 elemen iaitu sama ada cerita lucu atau lawak jenaka yang selalunya mampu dimainkan oleh 10 hingga 14 orang dan nyanyian vokal dan tarian akan dimainkan dalam lingkungan 20 hingga 50 orang.
Pakaian Penari Boria Omara kebiasaannya akan memakai baju seragam ala-ala Parsi atau Arab. Boria Omara merupakan pementasan teater yang sangat popular dan digemari oleh penduduk di negeri utara khususnya di Pulau Pinang (Boria, n.d.). Secara tuntasnya, persembahan boria omara ini mempunyai dua segmen atau peristiwa dimana memberi fokus kepada sketsa dan juga nyanyian. Dalam kumpulan boria omara ini juga haruslah terdapat seorang tukang karut yang telah dipilih dalam kalangan ahli kumpulan akan memegang tongkat atau baton semasa menyanyi, dan akan diiringi oleh penyanyi latar yang akan duduk di belakang tukang karang yang mana dikenali sebagai Sailor (SOSCILI, 2017). Pada kebiasaannya, Sailor yang mempunyai ahli seramai 6 orang, akan mengulang rangkap pertama tukang karang. 9 Pakaian pelakon seringkali disesuaikan dengan cerita-cerita atau teladan yang bakal dipersembahkan, walaupun begitu mereka juga akan memakai pakaian yang beraneka ragam serta pemilihan warna yang ceria dan warnawarni untuk mendapatkan perhatian penonton pada ketika itu. Selain itu, nilai-nilai baik dan estetika yang terdapat dalam boria omara adalah pada pemilihan pakaian tukang karang itu sendiri. Hal ini kerana, pakaian tukang karang mempunyai ciri-ciri yang lebih istimewa daripada ahli-ahli lain dalam kumpulan seperti corak dan warna bajunya yang sedikit berbeza walaupun ahli-ahli yang lain turut memakai pakaian yang warna-warni. Perkembangan bagi pakaian tarian boria omara ini dilestarikan pada awal tahun 60-an. Kumpulan-kumpulan boria mula menggunakan pakaian yang seragam untuk meningkatkan lagi daya tarikan pertunjukan mereka (Boria, n.d.).
Alat Muzik Bagi peralatan muzik pula, sesebuah kumpulan boria omara bebas untuk menggunakan dan memilih alat muzik yang digunakan dalam persembahan mereka apa yang perlu difokuskan adalah daya upaya para pemuzik untuk menghasilkan serta membawa irama dan alunan yang baik agar tukang karang dapat mengikut rentak yang telah ditetapkan. Oleh sebab itulah peralatan muzik yang akan dimainkan selalunya hanyalah gendang dan biola kerana didapati lebih mudah dan tidak begitu kompleks. 13 sesuai mengikut ciri-ciri yang bakal dipersembahkan oleh ahli kumpulan. Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan kejayaan sesbuah kumpulan tarian boria omara. Sekiranya cerita yang dimainkan berlatarbelakangkan Arab, maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab (Boria, n.d.). Tarian dan muzik yang diiringi juga haruslah mempunyai unsur-unsur lenggok Timur Tengah serta bahasa yang akan dipersembahkan oleh tukang karang pun seharusnya W menggunakan berbahasa Arab. alau bagaimanapun, apabila semakin banyak alat muzik yang akan digunakan, maka semakin baguslah persembahan boria omara yang akan dipersembahkan. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, marwas, gambus, tabla, simbal, akordion, gendang dan harmonika (Jibran Khalil, n.d.) Pemilihan lagu bagi boria omara juga adalah bebas, dan ahli kumpulan boria omara boleh mencipta atau menggubah daripada lagu yang telah pun sedia ada asalkan ianya adalah gambus marwas akordion 10 Penggunaan `props’ juga bergantung dan dipilih mengikut kepada kesesuaian kepada cerita yang hendak dimainkan oleh sesebuah kumpulan boria omara. Untuk pengetahuan umum, pakaian boria tidak diberikan ketetapan malah diberikan kelonggaran mengikut kepada pilihan kumpulan tarian boria omara masing-masing. Pakaian boria omara dipilih bersesuaian dengan cerita atau tajuk boria. Pakaian tukang karang sebaiknya mempunyai kelainan daripada pakaian sailor (kelasi) untuk menampakkan perbezaan darjat atau tugas. Disebabkan oleh perbezaan elemen bagi pakaian tukang karang, mereka akan tampak lebih menarik dan mempunyai gaya yang sangat elegan dan tersendiri. Tukang karang disarankan untuk memakai tarbus kerana sudah menjadi identiti dalam kalangan penari-penari boria omara. Mereka juga boleh memakai bengkung dipinggang dan lebih menarik lagi jikalau terdapat elemen berwarnawarni dan berkilau-kilauan (Hashim (omara), 2008). Jika cerita yang akan dipersembahkan berunsurkan perpaduan, maka adalah disarankan untuk para sailor berpakaian tradisional mengikut setiap kaum serta Sailor juga digalakkan untuk berpakaian uniform. gambus
Lakonan dan nyanyian Boria merupakan sejenis teater tradisional di Tanah Melayu yang mengalami perkembangan sejak awal munculnya, dimulai dengan menceritakan peristiwa Karbala dan kematian Saidina Hussein r.a. Kemudian, cerita dalam Boria telah berkembang menjadi kisah Arab yang mengambil inspirasi dari Hikayat Seribu Satu Malam. Seiring dampak perubahan zaman, fokus cerita Boria bergeser ke isu-isu kemasyarakatan dan masalah sosial, bahkan mencakup cerita dari budaya Cina dan India, serta terinspirasi oleh karakter filem seperti Tarzan dan Zorro (Boniface, 2016). 11 Boria terdiri dari dua segmen, iaitu sketsa sebabak dan persembahan pergerakan. Sketsa sebabak, yang dapat berlokasi di rumah, melibatkan 10 hingga 14 orang pemain dari berbagai lapisan masyarakat, termasuk ketua kampung atau profesional. Elemen-elemen seperti pesanan, pengajaran, dan unsur humor menjadi bahagian integral dalam sketsa ini (Ghouse Nasaruddin, 2000). Sketsa ini kemudian diikuti oleh persembahan pergerakan, yang melibatkan tarian seragam oleh korus 30 hingga 40 orang dan seorang penyanyi, yang disebut Tukang Karang. Mereka memasuki panggung dengan diiringi musik setelah pemain sketsa keluar. Sailor, anggota korus, menari secara beramai-ramai sambil membalas setiap baris yang dinyanyikan oleh Tukang Karang (Nadea, 2010). Setiap lagu dimulai dengan rangkap perkenalan untuk memperkenalkan kelompok, contohnya "Salam hormat, salam sejahtera, Warisan boria meriahkan acara, Ewah-ewah bergema suara, Boria Omara dengarlah gembira." Rangkap terakhir dari setiap lagu berfungsi sebagai penutup, meminta maaf jika ada kesalahan selama pertunjukan, sebagai contoh, "Warisan kita seninya indah, Persembahan Boria berakhir sudah, Salah silap ampun ditadah, Boria Omara tamat permata." Dengan struktur ini, cerita Boria mencerminkan perjalanan evolusinya dan menjadi ungkapan seni yang mencakup keberagaman budaya dan isu-isu kontemporer.
Kumpulan teater Boria Omara dihadapi dengan cabaran utama berupa kekurangan kewangan yang mempengaruhi pelbagai aspek pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti seni mereka. Cabaran ini melibatkan kos latihan, makanan, pengangkutan, penginapan, dan alat peraga yang semuanya memerlukan sumber kewangan yang mencukupi. Pada masa lalu, muzik latar teater Boria Omara disiarkan secara langsung, tetapi kini, dengan kekangan kewangan, kumpulan tersebut terpaksa menggunakan versi rekod untuk mengurangkan kos alat muzik dan pancaragam. Untuk mengatasi cabaran ini, satu pendekatan yang boleh diambil adalah dengan memohon sokongan dan dana dari pihak berwajib seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Sebagai contoh, pihak penganjur persembahan atau konsert boleh diminta untuk memberikan bayaran yang setimpal kepada kumpulan teater Boria Omara, sebagaimana yang mereka lakukan kepada artis terkenal. Ini dapat membantu memastikan kestabilan kewangan kumpulan teater dan membolehkan mereka terus berkarya tanpa beban kewangan yang berlebihan. CABARAN BORIA DAN CARA MENANGANI 12 Selain itu, langkah-langkah seperti mencari pembiayaan alternatif melalui penajaan korporat, yayasan seni, atau individu yang berminat, serta meningkatkan usaha dalam pemasaran untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, juga dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan dan sokongan untuk kumpulan teater. Melalui strategi ini, diharapkan kumpulan teater Boria Omara dapat mengatasi cabaran kekurangan kewangan dan terus menyumbang kepada kelestarian seni teater tradisional mereka.
1) WATAK BANGSA : Boria sebagai suatu warisan seni dan budaya yang unik di Pulau Pinang telah memainkan peranan yang penting untuk memperkukuhkan kefahaman dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang. Di samping itu, teater Boria Omara melihat budaya sebagai cara hidup, meningkatkan penglibatan dalam masyarakat Malaysia dan menyemai kesedaran tentang budaya dan kesenian. Teater Boria Omara juga berperanan dalam memperkukuh identiti nasional dan menggalakkan perpaduan nasional dan mewujudkan masyarakat berbudaya selaras dengan pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan. Warisan seni budaya seperti teater Boria Omara ini memang menyumbang dalam pembentukan watak bangsa Malaysia yang patriotik dan bangga akan keistimewaan dan keunikan negara. Bukan itu sahaja, perubahan cara persembahan teater Boria Omara untuk menyesuaikan diri dengan era kini telah menunjukkan usaha-usaha untuk memelihara warisan tersebut. Kelahiran rakyat Malaysia yang cintakan warisan budaya berlandaskan dasar kebudayaan negara telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terkemuka dan bertaraf dunia. Ini merupakan salah satu impak warisan budaya kepada negara ini. Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya memelihara seni dan budaya teater Boria Omara bagi membentuk masyarakat yang menghargai teater Boria Omara yang merupakan sesuatu warisan keistimewaan negeri Pulau Pinang. Kebanyakan acara Boria Omara pada masa ini adalah berdasarkan kepada tema yang berkaitan dengan hari dan hal umum iaitu seperti bulan Citrawarna, Hari Kemerdekaan, Lebaran, dan lainnya (Areef, 2015). Perubahan plot persembahan adalah untuk menyesuaikan boria dengan era moden ini supaya dapat menarik perhatian dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan belia. Namun kadangkala, mereka akan memakai pakaian yang kelakar kerana ini akan menarik perhatian orang yang melihatnya, membuatkan mereka ketawa, dan menghidupkan suasana persembahan teater Boria Omara ketika itu. Selain itu, pergerakan dalam teater Boria Omara juga ditukarkan, menggunakan gerakan tarian moden. Namun begitu, pergerakan tradisional itu kekal dan bergantung kepada kreativiti rombongan boya menggunakan irama atau tema seperti zapin, joget, inang dan sebagainya. Dari segi lirik dan lirik teater Boria Omara, terdapat beberapa kumpulan tarian boria dalam pelbagai bahasa dan berdasarkan tema yang dikenal pasti (Areef, 2015). PERANAN BORIA DALAM PEMBENTUKAN WATAK BANGSA 13
2) PERPADUAN : Teater Boria Omara telah memainkan suatu peranan yang penting dalam pembinaan perpaduan antara rakyat Malaysia. Hal ini boleh dinampak daripada pembentukan ahli kumpulan Boria Omara. Menurut temu bual dengan Encik Omar (tokoh teater Boria Omara), ahli kumpulan Boria Omara terdiri daripada rakyat pelbagai kaum. 14 Sebagai contoh, seorang ahli berasal dari Sarawak, namanya Joanne. Ada lagi seorang ahli berbangsa India yang bernama Ann, kini pelajar SMK Convent. Di samping itu, tukang karang kumpulan Boria Omara merupakan seorang remaja berbangsa Cina, namanya Ong. Mereka sudi mengambil masa dan sanggup menyumbang kepada teater Boria Omara walaupun mereka sibuk dengan perkara masing-masing. Oleh hal yang demikian, perpaduan antara rakyat Malaysia dapat dipupuk kerana semua ahli akan berusaha sama-sama demi satu objektif yang sama tidak mengira bangsa, kaum dan agama. BORIA OMARA
3) KESAN TEMPATAN DAN GLOBAL : Seni budaya Boria omara ini boleh dikategorikan sebagai produk pelancongan tidak ketara atau lebih dikenali sebagai Warisan Tidak Ketara. Menurut UNESCO, muzik dan tarian dikategorikan sebagai produk tidak ketara di bawah warisan kebudayaan (Rujuk Jadual 1). 15 Terdapat tiga jenis kebudayaan. Pertama, ada yang bersifat tidak berubah atau tidak melibatkan manusia secara langsung, seperti bangunan bersejarah dan monumen. Kedua, ada kebudayaan yang kita temui dalam kehidupan sehari-hari contohnya, kegiataan sosial, ekonomi, ideologi, gaya hidup dan adat resam. Terakhir adalah kebudayaan yang ditampilkan khusus untuk pengunjung, seperti peristiwa bersejarah, upacara tradisional dan cerita rakyat yang disajikan untuk tujuan hiburan dan pengalaman wisata.
K ES IMPUL AN Kesimpulannya, boria merupakan salah satu warisan seni budaya tak ketara di Pulau Pinang yang telah menggabungkan berbagai-bagai unsur. Peristiwa tragedi Karbala sering dikaitkan dengan kewujudan boria. Isi kandungan boria telah mengalami perubahan mengikut zaman dari peristiwa agama kepada isu semasa. Kini, boria di Pulau Pinang didominasi oleh kumpulan boria omara yang diasaskan oleh tokoh penting boria yang bernama Encik Omar bin Md Hashim (Omara). 16 Unsur-unsur dalam boria turut dikaji dalam kajian ini, iaitu ahli, pakaian, alat muzik, lakonan dan nyanyian. Ahli-ahli yang terlibat dalam boria dianggarkan lebih kurang 40-60 orang dan meliputi pelbagai kaum. Pakaian yang dipakai oleh pelakon utama, iaitu tukang karang dan sailor adalah berwarna-warni dan bersesuaian dengan tajuk persembahan boria. Penggunaan alat muzik juga tidak dihadkan maka alat muzik tempatan dan alat muzik luar negara turut digunakan dalam persembahan. Teater boria dimulakan dengan segmen sketsa sebabak dan diikuti dengan persembahan nyanyian dan tarian.
Boria perlulah dipelihara dengan baik kerana warisan tidak ketara ini mampu berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana tajuk boria kini sering berkait rapat dengan isu sosial atau hari sambutan di negara kita. Gerakan tarian dan lirik lagu boria juga telah meresap unsur- unsur moden tetapi masih mengekalkan unsur-unsur tradisional pada masa yang sama. Ini menunjukkan usaha boria dalam menyesuaikan diri dengan trend semasa. Oleh itu, jelaslah bahawa boria ialah seni budaya yang sangat unik dan dapat mempromosikan budaya tempatan kepada orang lain dengan berkesan. Rakyat Malaysia hendaklah bangga dengan warisan tidak ketara ini dan memeliharanya agar boria dapat mengukuhkan lagi identiti Malaysia di peringkat antarabangsa. 17
Abdul, S. (2016, March 3). Boria: Penang’s Unique Malay-Islamic Cultural Heritage. Kemanusiaan, 23(Supp.1), 25–47.Retrieved from http://web.usm.my/kajh/vol23_s1_2016/kajh23s12016_02.pdf RUJUKAN 18 Boniface, K. (n.d). (PDF) Permainan Boria. Academia.edu. Retrieved, from https://www.academia.edu/26823984/Permainan_Boria BORIA. (n.d.). Pemetaan Budaya. Retrieved from https://www.academia.edu/26823984/Permainan_Boria Hashim, O. (2022, January 27). Omar Hashim Omara: Di Sepanjang Riwayatku . Retrieved from https://mamutanjung.blogspot.com/2022/01/alhamdullilah-antara-anugerah-dan.html Hashim, O. (2008, February 13). PAKAIAN BORIA. Warisan Boria. Retrieved, from https://warisanboria.blogspot.com/2008/02/pakaian-boria.html# Khalil, J. (2023, October 30). Alat-Alat Muzik Dalam Boria. Retrieved December 3, 2023, from https://boria-penang.blogspot.com/p/alat-alat-muzik-dalam-boria_12.html Mathieson, A & Wall, G. (1991). Pelancongan: Impak ekonomi, fizikal dan sosial, (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Ghouse Nasuruddin. (2000). Teater tradisional Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd, M. (n.d). TRADISI TARIAN BORIA DI PULAU PINANG MALAYSIA. Retrieved November 23, 2023, from https://123dok.com/document/yneg400y-tradisi-tarian-boria-di-pulau-pinang-malaysia.html Muhibudin, M., Sazali, M.F., Mohamed, B. (n.d.). (DOC) Warisan Kebudayaan Boria Dan Pelancongan | Masitah Muhibudin and muhamad ferdhaus. Academia.edu. Retrieved from https://www.academia.edu/15592861/Warisan_Kebudayaan_Boria_Dan_Pelancongan Natra, N. (2010, August 21). Boria. Pengajian Malaysia. Retrieved from https://natranadea.blogspot.com/2010/08/boria.html Noorzarina, S. (2023, October 30). Boria. Retrieved 3 December, 2023, from https://natranadea.blogspot.com/2010/08/boria.html Hashim, O. (2019, April 8). BORIA OMARA. Retrieved from https://boriaomara.blogspot.com/2019/04/blog-post.html?m=0
19 Hashim, O (Omara). (n.d.). Pemetaan Budaya. Retrieved from https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/category/culture/768 Putri, A.(2017, May 6). Boria berasal daripada peristiwa Syiah? 4 asal-usul budaya seni Malaysia yang menarik! Retrieved from https://soscili.my/boria-berasal-daripada-peristiwasyiah-4-asal-usul-budaya-seni-malaysia-yang-menarik/ Shila, A.(2018, August 7). Contoh metodologi kajian | PDF. Retrieved from https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-metodologi-kajian-109026820 Temu ramah: Hashim, O. (2023, November 28). Boria Omara. Temu ramah
20 LAMPIRAN
Hassanah : Apakah Boria Omara dan perbezaannya dengan Boria lain? Encik Omar : Sebenarnya Boria Omara sama dengan Boria lain, tiada perbezaan. Saya sebut nama Boria Omara sejak 15-20 tahun yang lalu, apabila saya menghadiri satu perlangsungan TV. Pada masa itu, pihak TV tanya saya, “ini boria apa?”, terus saya kata Boria Omara, sejak itu nama Boria Omara digunakan sehingga kini, dan nama ini semakin terkenal. Nama Boria Omara ini terdiri daripada nama saya, Omar, dan isteri saya, Azizah, gabung jadi Omara. Saya menggunakan gabunagan nama kami sebagai nama Boria sebab isteri saya memang memberikan banyak sokongan kepada saya. Hassanah : Pada pendapat encik, adakah Boria Omara membantu dalam mempromosikan sektor pelancongan Pulau Pinang? Encik Omar : Ada, tetapi tidak banyak. Saya harap pihak yang berkenaan boleh bagi peluang untuk mempromosikan Boria Omara kepada orang awam. Hassanah : Apakah cabaran yang dihadapi oleh kumpulan Boria Omara? Encik Omar : Masalah kewangan ialah satu masalah untuk kumpulan saya. Kami memerlukan wang untuk sediakan latihan, makanan, pengangkutan dan juga lagu yang perlu rakam di studio. Masa dahulu, lagu persembahan teater Boria Omara dimainkan secara langsung, namun akibat kos yang tinggi kerana perlu membayar kepada pemain alat muzik, kini lagu yang digunakan adalah secara rekod. Semua kos perlu ditanggung oleh kumpulan saya, oleh itu masalah kewangan memang satu isu yang serius. Hassanah : Adakah encik berasa susah untuk mempromosikan Boria Omara? Encik Omar : Memang susah perjuangan ini kerana masalah kewangan yang saya kata tadi. Hassanah : Pada pendapat encik, bagaimanakah Boria memain peranan dalam pembentukkan watak bangsa Malaysia? Encik Omar : Dalam kumpulan Boria Omara, ahli kumpulan memang berbagai kaum. Seorang ahli berasal dari Sarawak, Namanya Joanne. Seorang ahli Indian, Ann, dari SMK Convent. Lagi seorang tukang kumpulan saya yang bernama Ong. Ahli kumpulan tersebut semua sudi bantu walaupun mereka masih remaja, dan sibuk dengan perkara lain. Ini merupakan sikap mereka yang sangat menghargai warisan bangsa negara kita. 21 LAMPIRAN
Mohana Lakshimi 297427 AHLI KUMPULAN Cheah Hui Zhen 297362 Amirah Farhanah 301353 Nurizzati 302061
Minhalina Radzif 302064 Goh Thong Enn 298240 Nurul Hassanah 299682 Amieruddin Afiq 300989 Lutfi hakim 297287
Di atas pentas berkilau seni Melayu, Dendangkan lagu, tari yang mempesona. Warnai jiwa, budaya yang agung, Puisi ini memartabatkan keindahan itu. Lukis senyum dalam gerak yang lembut, Tradisi kita, warisan yang berharga. Di setiap bait puisi, terpahat sejarah, Kesenian Melayu, cahaya kegemilangan. Kumpulan 10 MPU 1042 Kenegaraan Malaysia (N) Terima kasih