The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminalizan9, 2022-05-25 10:54:28

E FOLIO KUMPULAN 6 (1)

E FOLIO KUMPULAN 6 (1)

SLIDESMANIA.COM MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN BERADABAN

TAJUK:TRAGEDI 13 MEI
PENSYARAH:PUAN RIBHAN BINTI IBRAHIM

AHLI KUMPULAN

MOHAMAD ADI NAJWAN MUHAMMAD AFIQ HUSAINI MUHAMMAD AMIN MUHAMMAD ARIF HUSAINI
BIN NASOHA BIN NASRUDDIN HISHAMUDDIN BIN ALIZAN BIN YUSAINI
(06DEQ21F1035) (06DEQ21F1014) (06DEQ21F1006 (06DEQ21F1035)

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.........................................................................4
FAKTOR-FAKTOR PENCETUS..........................................5~10
ANGKA KORBAN..................................................................11
DI MANA TUNGKU................................................................12
MAGERAN.............................................................................13
KESIMPULAN.......................................................................14

SLIDESMANIA.COM PENGENALAN

-Peristiwa 13 mei pada tahun 1969 adalah
rusuhan kaum yang berlaku sebagai
kemuncak masalah perpaduan di
Malaysia.Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan
“pilihan raya umum 1969”merupakan satu
titik hitam dalam sejarah negara Malaysia

SLIDESMANIA.COM FAKTOR-FAKTOR PENCETUS

(ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969)

-Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen
pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.Semasa kempen Pilihan Raya
1969,calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang,telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) ,kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini telah
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

-Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam
Pilihan Raya 1969.Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Perikatan telah kehilangan
majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

-Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),Parti Tindakan Demokratik (DAP) Dan Parti Progresif Rakyat
(PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang.Penyokong-
penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

SLIDESMANIA.COM (Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara)

-Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei.Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara.10 selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa inggeris dengan tujuan untuk
menggugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa melayu sahaja
yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.Untuk mencapai tujuan itu,pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan bahasa melayu.Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa
Kebangsaan,Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa
Kebangsaan.Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir Bin Ismail

SLIDESMANIA.COM (Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu)

-PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan.Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.Oleh
sebab itu,menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi
dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia",isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu.Namun hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina

SLIDESMANIA.COM (Pertelingakahan Parti Politik)

-Dalam Pilihan Raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya.Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew
sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu.Namun apabila pilihan raya
itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang.

-Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan ,5 maka PAP yang gagal untuk menyertai perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang orang melayu.Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu ,soal bahasa,malahan taraf bumiputera
orang orang melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang orang
Melayu.Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.Setelah gagal dalam
pilihan raya ,PAP telah menubuhkan Konvenyen Perpaduan Malaysia (KPM) dengan disertai
oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.KPM juga telah menyebarkan
cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia" dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu
bumiputera dihapuskan.

(Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun)

-Pada zaman pendudukan Jepun,masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza.Masyarakat Cina umpamanya telah
dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang orang Melayu.Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan paling
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan.Layan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang orang Melayu dan Cina.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM (Perarakan kematian Cina)

-Di Jinjang,Kepong,kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis.Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.

-Pada hari Selasa 13 Mei,Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan
kebiadapan semasa perarakan.Yeoh menang besar di kawasan Bukit
Bintang,Kuala Lumpur.Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

SLIDESMANIA.COM ANGKA KORBAN

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati , 439 cedera ,
39 hilang dan 9,143 ditahan . 211 kenderaan
musnah . Tapi ramai telah menganggar ramai lagi
dibunuh . Sebuah thesis PhD . daripada Universiti
California , Berkeley menganggar seramai 2,000
orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei

SLIDESMANIA.COM DI MANA TUNGKU

Di mana Tunku ???

Ketika itu ( 13 Mei 1969 ) , Tunku Abdul Rahman baru . pulang dari Alor Star
meraikan kemenangan beliau di sana .

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan
kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman . Darurat diisytiharkan pada
jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang
bermain mahjung . Dalam tulisannya , Tunku menafikan hal tersebut .

Ada yang menyalahkan Dato ' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei . Bagi
orang Melayu , Dato ' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei
1969 . Dato ' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri
jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat
.

SLIDESMANIA.COM MAGERAN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh
negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul
Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada
tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun
Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr
Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul
Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah
diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan
beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar
Ekenomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan

SLIDESMANIA.COM Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura
ari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa
3 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orano
1elayu kerana mereka mis kin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi
«emenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dibentuk bag mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan
Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang diangoap
berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan
seimbang telah dilaksanakan, Sistem demokrasi, pilihan raya dan
agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera)
mendapat tafsiran semula.

SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN

› Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat
sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan - sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia
turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan
negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang
politik, sosial dan ekonomi serta betapa
pentingnya integrasi nasional. Andaikata
petanda-petanda yang diperolehi itu gagal
dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk
membina Malaysia sebagai sebuah negara maju
dan makne
akan menjadi bayangan sahaja

SEKIAN TERIMA KASIH

DARI:KUMPULAN 6

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version