The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UiTM KELANTAN, 2025-12-16 19:34:08

TAZKIRAH SANTAI REKTOR UiTMCK SIRI 43

TAZKIRAH SANTAI REKTOR UiTMCK SIRI 43

SILAP TERBESAR:ANGGAP SEMUA ORANGFIKIR MACAM KITASILAP TERBESAR:ANGGAP SEMUA ORANGFIKIR MACAM KITATAZKIRAHSANTAIREKTORUiTMCKSiri 43PROFESOR DR.MOHD AFANDIMAT RANI


1Insya Allah hari ini, Tazkirah Santai Rektor UiTMCK TSR@UiTMCK yang lebih kepada Motivasi Tawhidik@MT, akan memulakan tajuk baru “Seni Berurusan Dengan Manusia”. Tajuk ini sangat penting pada saya untuk kita bincang kerana sebahagian besar masalah hidup kita sebenarnyabukan masalah ilmu, tetapi masalah pada hubungan. Ramai orang bukan gagal sebab tak pandai. Kadang-kadang mereka gagal sebab salah faham, sakit hati, ego bertembung ego, niat baik disampaikan dengan cara yang salah, akhirnya sesebuah organisasi berakhir dengan kegagalan. Semua warga jadi kalut ribut, stress. Apatah lagi penyakit ini ada pada Boss. Selalu orang-orang tua kata; “10 orang anak dilahirkan daripada perut ibu yang satu, bapa yang sama tapi kelakuan, cara pikir, cara bertindak berbeza”.Jangan Fikir Orang Lain Boleh Berfikir Sama dengan KitaSalah satu kesilapan paling besar kita dalam berurusan dengan manusia ialah bila kita menyangka bahawa orang lain boleh berfikir dengan cara yang sama seperti kita. Kita fikir apa yang kita rasa betul, orang lain mesti rasa betul. Apa yang kita boleh terima, orang lain sepatutnya boleh terima. Kita boleh buat mesti orang lain boleh buat.. Dari situlah bermulanya salah faham, konflik, sakit hati, stress dan akhirnya kita akan menyalahkan orang lain.Pertama hakikat yang perlu kita tahu dan faham ialah kita mempunyai level yang berbeza, pendidikan yang berbeza, pengalaman hidup yang berbeza, dibesarkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza, dididik dengan cara yang berbeza, pernah mengalami ujian dengan ujian hidup yang berbeza. Maka sangat tidak adil untuk kita dok harapkan semua orang berfikir samadengan kita fikir, kerana hidup mereka tidak pernah sama dengan hidup Tazkirah Santai Rektor UiTMCKSiri 43Silap Terbesar: Anggap Semua Orang Fikir Macam Kita___Download NU Online Super App, aplikasi keislaman terlengkap! https://nu.or.id/superapp (Android/iOS)Sumber: https://islam.nu.or.id/tasawuf-akhlak/sifat-dantabiat-buruk-manusia-dalam-al-quran-gXrYV___Download NU Online Super App, aplikasi keislaman terlengkap! https://nu.or.id/superapp (Android/iOS)Sumber: https://islam.nu.or.id/tasawuf-akhlak/sifat-dantabiat-buruk-manusia-dalam-al-quran-gXrYV___Download NU Online Super App, aplikasi keislaman terlengkap! https://nu.or.id/superapp (Android/iOS)


2kita. Bini kita pun sama. Jadi huru hara dengan bini sebab inilahpuncanya. Ramai orang sebenarnya baik. Niat mereka memang baik. Tidak jahatpun. Tetapi kesilapannya ialah kita sering menilai manusia menggunakan ukuran diri kita sendiri. Kita selalu kata: “Aku cakap benda betul tapi kenapa orang susah nak terima,” tetapi sebenarnya kita selalunya lupa nak tanya diri sendiri: “Betulkah cara aku menyampaikannya untuk hati orang itu nak terima?”Allah SWT mengingatkan kita bahawa manusia diciptakan dengan perbezaan yang nyata. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13:“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali…”Ayat ini bukan sekadar menceritakan perbezaan bangsa atau keturunan, tetapi juga perbezaan cara fikir, cara rasa, dan cara melihat kehidupan. Kepelbagaian ini bukan untuk dipadamkan, tetapi untuk difahami.Namun, ramai antara kita tidak sabar untuk memahami. Kita lebih cepat menilai. Kita lebih cepat melabel, menghukum. Paling bahaya penyakit ni dia berjangkit. Bila orang tidak bersetuju dengan kita, kita anggap mereka degil. Bila orang tidak bertindak seperti yang kita harapkan, kita kata mereka malas.Bila orang tidak menerima teguran kita, kita kata mereka ego. Selalunya cara kita tidak sesuai dengan jiwa mereka. kegagalan kita ialah kurang ilmu seni membaca orang.Rasulullah SAW Model TerbaikDalam bab ni pastinya Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam seni memahami manusia. Baginda tidak pernah menyamaratakan para sahabatnya. Cara Baginda bercakap dengan Abu Bakar ra tidak sama dengan cara Baginda bercakap dengan Umar ra. Cara Baginda menegur orang Badwi tidak sama dengan cara Baginda menasihati para sahabat yang lama bersama Islam.Dalam satu hadis yang masyhur, seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid sedangkan nabi SAW ada dalam masjid itu. Para sahabat marah dan ingin menghalangnya. Tetapi Rasulullah SAW bersabda:


3“Biarkan dia. Jangan kamu memarahinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Selepas itu, Baginda menasihati lelaki tersebut dengan lembut dan penuh hikmah. Baginda faham bahawa orang itu bukan degil sebenarnya, tetapikerana dia jahil. Jika Rasulullah SAW menegur dengan emosi, mungkin lelaki itu akan benci kepada Islam sepanjang hidupnya. Tetapi kerana Baginda memahami latar belakang manusia itu, teguran itu akhirnya berubah menjadi hidayah.Di sinilah kita selalunya buat silap. Kita lupa bahawa orang tidak menolak kebenaran, mereka menolak cara. Kita rasa orang tidak mahu dengar, padahal sebenarnya mereka terluka dengan pendekatan kita. Paling bahaya kita kata “Orang tolak Islam, agama sedangkan kaedah kita yang salah”.Imam al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa tidak semua manusia boleh dirawat dengan ubat yang sama. Kata beliau:“Manusia itu seperti penyakit yang berbeza-beza, maka rawatannya juga berbeza-beza.”Kepelbagaian Cara Berurusan Dengan ManusiaAda orang yang bila ditegur secara keras, dia bangkit dan berubah. Ada orang yang bila ditegur sedikit sahaja, jiwanya runtuh dan terus menjauh. Ada orang yang perlukan pujukan sebelum nasihat. Ada orang yang perlukan contoh sebelum arahan. Tetapi bila kita menyangka semua orang seperti kita, kita mula menggunakan satu cara untuk semua orang. Akhirnya kita rasa pelik dan hairan kenapa hasilnya mengecewakan kita.Contoh paling mudah dalam rumah tangga, berapa banyak konflik rumah tangga bermula sebab ini. Suami berfikir cara dia, isteri berfikir dengan cara dia. Apa yang suami anggap logik, isteri anggap pelik. Apa yang isteri anggap penting perhatian, suami anggap benda biasa. Bila masingmasing tak nak memahami cara fikir pasangan masing-masing, akhirnya yang tinggal hanyalah rasa tidak dihargai, kecewa, nak marah, akhirnya masing-masing dingin.Begitu juga di tempat kerja. Seorang Boss dia rasa kena guna pendekatan yang tegas, bekeng, jangan bagi muka kepada staff, mungkin dia rasa caranya berkesan kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman yang sama dan dia boleh menerima tekanan. Tetapi dia lupa, tidak semua staf memiliki jiwa yang sama. Ada yang bekerja dengan baik bila dihargai,


4bukan bila ditekan. Ada yang diam bukan kerana malas, tetapi kerana takut disalahkan oleh Boss. Bila Boss gagal memahami perbezaan ini, dia menyangka semua orang musuh dan melawan dia, sedangkan sebenarnya Boss tak faham seni berurusan dengan manusia.Allah SWT mengingatkan kita tentang batas kemampuan manusia dalam Surah al-Baqarah ayat 286:“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Jika Allah sendiri mengiktiraf bahawa kemampuan manusia berbezabeza, mengapa kita terlalu cepat menghukum orang lain berdasarkan kemampuan kita sendiri?Satu hal lagi kesilapan besar ialah bila kita menganggap niat kita baik, maka kesannya pasti baik. Ini tidak selalu benar. Niat yang baik tidak menjamin pendekatan yang betul. Imam Ibn Qayyim هللا رحمه menyebut:“Kebenaran tanpa hikmah boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar daripada kebaikan.”Ramai orang berkata, “Aku cakap ni sebab niat aku ikhlas.” Tetapi cara menyampaikan denga cara yang kasar, merendahkan orang lain, dan membuatkan orang terluka. Akhirnya, yang sampai bukan rasa sayang, tetapi rasa benci. Kita perlu belajar bahawa hikmah adalah seni meletakkan sesuatu pada tempatnya, termasuk memilih masa, cara dan bahasa yang sesuai dengan manusia di hadapan kita.Sayyidina Ali r.a. pernah berkata:“Berbicaralah dengan manusia menurut kadar akal mereka, apakah kamu mahu mereka mendustakan Allah dan RasulNya?”Kesimpulan Seni berurusan dengan manusia bukan tentang kita nak menang hujah, tetapi memelihara hati. Bukan sekadar nak membuktikan kita ni betul, tetapi memastikan hubungan tidak rosak. Orang mungkin lupa apa yang kita cakap, tetapi mereka tidak mungkin lupa bagaimana kita membuatkanmereka rasa.Bila kita berhenti menganggap semua orang fikir macam kita, kita akan menjadi manusia yang lebih sabar, lebih matang, relaxs dan berjiwa besar. Kita belajar merendah diri, bahawa cara kita bukan satu-satunya


5cara. Maka di situlah bermulanya kerukunan dalam berorganisasi bila kita membuat orang lain rasa dihormati.Ingat “Hidup ini bukan tentang untuk siapa paling betul, tetapi untuk siapa paling mampu memahami.Bersambung di TSR@UiTMCK Siri 44… Prof Diey@UiTMCK


Click to View FlipBook Version