The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by minadiris29, 2021-09-21 06:41:52

MAK 2020

MAK 2020

TENTATIF MAJLIS






08.00 Pagi : Ketibaan AJK Pelaksana MAK

08.15 Pagi : Ketibaan Jemputan (YDP PIBG)



08.20 Pagi : Ucapan Tuan Pengetua



08.30 Pagi : Ucapan Tuan YDP PIBG



08.40 Pagi : Majlis Penyampaian Anugerah
Secara Pandu Lalu

- Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020
- Anugerah Mata Pelajaran Cemerlang SPM 2020

- Anugerah Sahsiah Gemilang
- Anugerah KoKurikulum

- Anugerah Panitia (Peningkatan GPMP SPM
2020)



Sesi Fotografi
(Penerimaan Hadiah dan Sijil)



10.00 Pagi : Bersurai

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

UCAPAN PENGETUA SMK PASIR PUTIH
TUAN HJ ABDUL WAHID ABDUL RAHMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu,
Salam Sejahtera, Salam JPN Sabah Katakan
Tidak pada Nombor 16, Katakan Ya pada 10
Terbaik, Salam PPD Tawau LEADS, Ikhlas

Mem
acu Kecemerlangan.

Yang berusaha Tuan Haji Mohamad Ali bin Abd. Rahim, YDP PIBG SMK Pasir
Putih Tawau, Tuan Haji Anton bin Supu, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan
Kalthum binti Rahmat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Sarifuddin Haji
Dullah, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norhayati binti Jaini, Penolong Kanan
Petang, Puan Norazizah binti Bedulati, Pengarah Program Majlis Anugerah
Kecemerlangan (MAK) 2020, semua Ketua Bidang, guru-guru dan ibu bapa serta
pelajar-pelajar yang diraikan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan kudrat dan izin-Nya
pada hari ini kita dapat hadir mengikuti bersama-sama Majlis Anugerah
Kecemerlangan (MAK) pelajar SPM 2020 secara pandu lalu. Terima kasih yang
tidak terhingga kepada Tuan Haji Mohamad Ali yang sudi hadir dan seterusnya
merasmikan MAK pada tahun ini. Terima kasih juga kepada guru-guru, ibu bapa
dan pelajar-pelajar sama ada yang hadir dalam majlis ini atau yang menyaksikan
majlis ini secara maya. Seterusnya ucapan terima kasih dan tahniah juga kepada
guru-guru, AJK yang telah bertungkus lumus mempersiapkan majlis kita pada
tahun ini.

YDP, guru-guru ibu bapa dan pelajar-pelajar yang diraikan,

Seperti yang kita semua sedia maklum, MAK adalah salah satu majlis tahunan
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi meraikan pencapaian dan kejayaan
pelajar-pelajar SMK Pasir Putih dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Walau bagaimanapun berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, MAK pada
tahun ini dilaksanakan secara sedarhana, khusus untuk pelajar SPM 2020 sahaja
dan dijalankan secara pandu lalu.

Keadaan ini adalah disebabkan sekolah masih belum beroperasi
sepenuhnya dan negeri Sabah masih berada dalam tempoh pemulihan fasa
2 Covid 19. Di samping itu, kita perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang berkaitan dengan program-program atau majlis-majlis
rasmi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Pada tahun lalu, pandemik covid 19 telah memberi kesan terhadap
pembelajaran dan kehadiran pelajar. Tempoh PDPC secara bersemuka di
sekolah dan pembelajaran secara online yang masih asing kepada guru dan
murid, ditambah dengan masalah gajet, data dan capaian Internet, akhirnya
mempengaruhi keputusan peperiksaan SPM. Keputusan Peperiksaan SPM
SMKPP pada tahun 2020 telah jatuh dengan GPS 5.64 berbanding 5.28
pada tahun 2019. Demikian juga peratus LMS juga jatuh daripada 93.53%
pada tahun 2019 kepada 85.60% pada tahun 2020. Dengan hanya 5
daripada 17 mata pelajaran sahaja yang meningkat, iaitu Matematik
Tambahan, Geografi, Fizik, Kimia dan Biologi. Tahniah kepada guru-guru
mata pelajaran ini. Walau bagaimanapun kekecewaan ini sedikit terubat
dengan kejayaan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang. Seorang pelajar SMKPP iaitu, adik Norazlina binti Aziz telah
memperoleh keputusan semua A (5A+, 3A & 1A-) dalam 9 mata pelajaran
dan tersenarai sebagai salah seorang daripada pelajar terbaik PPD Tawau
SPM tahun 2020.

Tahniah kepada adik Norazlina dan semua pelajar cemerlang SPM 2020
yang akan kita raikan pada hari ini. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar

yang menerima penghargaan dalam bidang kokurikulum serta sahsiah.
Tidak lupa juga tahniah kepada ibu bapa pelajar-pelajar tersebut yang
sedikit sebanyak memainkan peranan menyumbang kepada kejayaan anak-
anak. Terima kasih juga kepada guru-guru SPM tahun lalu. Saya yakin semua
guru sudah cukup berusaha dan berkerja keras untuk memastikan pelajar
mendapat bimbingan sebelum peperiksaan SPM, tetapi apakan daya kita
merancang tuhan menentukan. Sehubungan dengan itu, bagi menghargai
usaha para guru, MAK pada hari ini juga akan turut memberi penghargaan
kepada guru-guru atau panitia bagi 5 mata pelajaran yang meningkat
seperti yang saya sebutkan tadi.

Saya berharap, semoga perhargaan ini akan memberi suntikan
motivasi kepada pelajar-pelajar dan guru-guru berkenaan, agar terus
berusaha meningkatkan kecemerlangan dan memburu kejayaan
dalam semua bidang khususnya akademik. Saya berdoa agar semua
pelajar SMKPP yang telah mengakhir persekolahan di sini, termasuk
pelajar-pelajar yang diraikan pada hari ini, beroleh kejayaan dan
sukses dalam apa juga bidang yang diceburi sama ada meneruskan
pelajaran atau bekerja. Kepada para pelajar yang diraikan saya
berpesan, selain menuntut ilmu, agar sentiasa menjaga hubungan
dengan Allah, menjaga solat dan amal ibadah yang lain, patuh dan
menyayangi kedua ibu bapa, adik beradik serta ahli keluarga yang lain,
menghormati guru-guru, pensyarah, orang yang lebih tua serta rakan-
rakan. Jagalah adab dan tingkah laku di mana juga anda berada. Ilmu
bukan hanya dinilai dari kejayaan anda di dunia tetapi yang paling
penting adalah apa yang anda boleh bawa sebagai bekalan ke akhirat
nanti.

Akhir sekali , saya juga berharap walaupun kita menghadapi tempoh sukar
pada tahun ini, kecemerlangan sekolah akan dapat dicapai oleh para
pelajar dan guru. Marilah kita sama-sama berdoa agar pandemik covid 19
ini berakhir segera dan guru serta pelajar dapat kembali ke sekolah seperti
biasa. Sekali lagi terima kasih kepada YDP, ibu bapa guru-guru serta
pelajar-pelajar yang diraikan yang hadir menjayakan majlis ini. Semoga kita
semua dilindung dan di rahmati Allah.

Sekian dan terima kasih.

SEINDAH MADAH, SANTUN BAHASA

UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG
TUAN HJ MUHAMMAD ALI ABDUL RAHIM

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬


‫الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء‬
‫والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين‬


Assalamualaikum wr.wb dan Salam Sejahtera,





Yang Berusaha,
Tuan Hj Abdul Wahid bin Abd. Rahman, Pengetua SMK Pasir Putih,
Barisan Penolong-Penolong Kanan,
Barisan Pendidik ,
Ibu bapa serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ALLAH
S.W.T. kerana dengan izin dan limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat
bersama-sama pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM Secara Pandu
lalu untuk meraikan anak-anak kita yang cemerlang dalam SPM 2020.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua AJK Pelaksana kerana
berjaya berpadu tenaga dan berusaha bertungkus lumus merealisasikan
majlis ini, walaupun dalam situasimenghadapi cabaran Pandemik Covid 19.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan
ucapan pada hari ini sekali gus merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Secara Pandu Lalu SMK Pasir Putih. Seperti yang kita maklum, majlis ini
diadakan sebagai tanda penghargaan dan dorongan kepada pelajar-pelajar
cemerlang kita supaya mereka terus mencipta kecemerlangan pada masa
hadapan terutamanya dalam bidang-bidang baru yang bakal diterokai pada
masa depan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Alhamdulillah, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak
sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
kokurikulum. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung
kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus
sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek
akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa
dan komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-
bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata.
Kita juga harus mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi patut
mengambil jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita
bersama juga.

Hadirin hadirat yang saya hormati,
Saya juga ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan syabas kepada
semua penerima anugerah kecemerlangan pada hari ini. Anda semua
sememangnya layak menerima penghargaan ini atas usaha yang telah
dicurahkan sepenuhnya bagi menggapai cita-cita . Saya percaya majlis
seumpama ini akan membakar lagi semangat kalian untuk terus berjaya
pada masa depan.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa atas galakan, didikan serta
perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperoleh
kecemerlangan dan berdaya saing dengan murid-murid lain. Komitmen
tuan-tuan dan puan-puan adalah kebanggaan saya. Kita yakin, tanpa
disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan tercapai.
Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Saya
mewakili PIBG sekolah ini turut mengucapkan sekalung penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua guru SMK Pasir Putih , Tawau yang tidak
pernah jemu mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti yang kita
lihat hari ini.

Gandingan yang baik antara ibu bapa dan semua guru serta kakitangan
sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini
akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya
khasnya dan kepada semua murid-murid di sekolah ini umumnya. Tidak
keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan
komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan.
Saya percaya dengan komitmen yang tinggi, semangat permuafakatan yang
kuat dan sokongan daripada semua pihak, komuniti bijak pintar sekolah ini.

Kalau roboh kota bertingkat,
Sekerat rotan dicantum diikat,
Kalau hendak prestasi meningkat,
Seia sekata kita muafakat.

Para hadirin sekalian,

Bagi pihak PIBG, sekali lagi saya mengambil peluang dan kesempatan ini
untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah berusaha dan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada
hari ini. Akhir kata, selaku YDP PIBG, saya percaya di bawah kepimpinan dan
keprihatinan Tuan Pengetua dan guru-guru serta warga SMK Pasir Putih,
Insya Allah, sekolah kita akan terus menggilap prestasi yang lebih cemerlang
dalam semua aspek kelak, semoga Allah memberkati kerjasama dalam
menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang
berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada
agama, bangsa, dan negara Malaysia. Selamat Maju Jaya.

Dengan lafaz Bismillahirromanirrahim, saya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan SPM Secara Pandu Lalu Tahun 2020.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
SPM 2020

NAMA PELAJAR PENCAPAIAN

NUR AZLINA BINTI AZIZ 9A [ 5(A+) 3(A) 1(A-) ]
NURUL MAIZATUL BINTI BAHAR 8A [ 1(A+) 5(A) 2(A-) 1(D) ]
HAMRIA BINTI AZMAN 7A [ 4(A+) 2(A) 1(A-) 2(B+) ]
SITI NURFAZIRA BINTI RASHIDI 7A [ 4(A) 3(A-) 1(B+) 1(B) ]
NURUL NADIA NAJDA BINTI AMRI 6A [ 2(A+) 4(A-) 2(B+) 1(B) ]
NURFATIHAH SYUHADA BINTI BACHAD@SAMSI 6A [ 2(A+) 1(A) 3(A-) 1(B+) 1(B) 1(C+) ]
MASLAN BIN IBABA 6A [ 1(A+) 5(A) 1(B+) 1(C+) 1(D) ]
NURUL HUDA BINTI BUDI 6A [ 1(A+) 3(A) 2(A-) 1(B+) 1(B) 1(C+) ]
AIN AMIRA BINTI ANDI MAJID 6A [ 3(A) 3(A-) 3(B+) 1(C) ]
HAMID HAMIZAN BIN ABDUL MUIN 6A [ 3(A) 3(A-) 2(B+) 1(D) ]
KHAIRULZAIDI BIN ADRIS 6A [ 2(A) 4(A-) 2(B+) 1(B) ]
MUHAMMAD AQMA BIN SAMSUL 6A [ 2(A) 4(A-) 2(B+) 1(C) ]
MUHAMMAD NURHAFIZUL BIN JAPRI 6A [ 2(A) 4(A-) 1(B) 2(E) ]

ANUGERAH MATA PELAJARAN
CEMERLANG SPM 2020

NAMA PELAJAR PENCAPAIAN

NUR AZLINA BINTI AZIZ 5A+ (BM, PI, SJ, MT, KIM)
HAMRIA BINTI AZMAN 4A+ (PI, MT, SJ, BIO)
NURUL NADIA NAJDA BINTI AMRI 2A+ (PI, MT)
NURFATIHAH SYUHADA BINTI BACHAD@SAMSI 2A+ (PI, MT)
NUR ATIQAH BINTI YUSMAN 1A+ (BM)
MOHAMMAD HAFIZ BIN JAMRI 1A+ (BM)
NURUL MAIZATUL BINTI BAHAR 1A+ (PI)
MASLAN BIN IBABA 1A+ (PI)
NURUL HUDA BINTI BUDI 1A+ (PI)
NURHIDAYAH BTE ALIMUDIN 1A+ (PI)
WARDATILLAH BINTI WAHID 1A+ (PI)

** KOD MATA PELAJARAN
BM (BAHASA MELAYU)
PI (PENDIDIKAN ISLAM)
SJ (SEJARAH)
MT (MATEMATIK)
KIM (KIMIA)
BIO (BIOLOGI)

anugerah sahsiah gemilang

PUTRI AMERA BINTI AHMERUDIN

anugerah KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM (KOR KADET POLIS) :

AHMAD IMRAN HAZIQ BIN IBRAHIM

Pencapaian :
Ketiga Perbarisan Unit Beruniform MSSDT 2020 (Ketua Platun)
Naib Johan Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri 2019

KELAB PERSATUAN (SENI VISUAL) :

KASHMEER BIN SAMSURI

Pencapaian :
Johan NICER 2020 Melukis Peringkat Kebangsaan
Perak Cabaran STEM 2020 Peringkat Kebangsaan
Penyertaan Pertandingan Melukis Logo Covid-19 Peringkat Kebangsaan

SUKAN PERMAINAN (BOLA JARING) :

SITI JUMATIA

Pencapaian :
MSSS Bola Jaring 2020
MSSS Bola Jaring 2019

OLAHRAGA :

MUHAMMAD BASRI

Pencapaian :
Emas acara Heptha MSSN Sabah 2020
Emas dan pecah rekod acara Heptha MSSDT 2020

ANUGERAH PANITIA
(Peningkatan GPMP SPM 2020)

PANITIA PENCAPAIAN

BIOLOGI 4.46 (+1.69)
FIZIK 4.08 (+1.07)
KIMIA 5.17 (+0.90)
GEOGRAFI 4.19 (+0.24)
MATEMATIK TAMBAHAN 7.24 (+0.04)

JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2020

JAWATANKUASA INDUK




Penasihat

Tn. Hj. Abdul Wahid bin Abdul Rahman
Pengetua SMK Pasir Putih




Pengerusi

Pn. Kalthum binti Rahmat
Penolong Kanan HEM




Timbalan Pengerusi I

Tn. Hj. Anton bin Supu
Penolong Kanan Pentadbiran




Timbalan Pengerusi II

En. Sarifudin bin Dullah
Penolong Kanan Kokurikulum

Timbalan Pengerusi III

Pn. Norhayati binti Jaini
Penolong Kanan Petang




Pengarah

Pn. Norazizah binti Bedulati

Timbalan Pengarah

En. Ramlee bin Arase

Setiausaha

Pn. Nur Raihan Abdullah

Timbalan Setiausaha

Cik Siti Nor Aminah binti Diris

Bendahari

Pn. Suwarni binti Mohamad

JAWATANKUASA KERJA

AJK Pengurus Majlis AJK Buku Atur Cara

En. Ramlee bin Arase Pn. Nurul Aina Farhanah binti Ahmad
Cik Siti Nor Aminah binti Diris

AJK Pemilihan Penerima Anugerah

Pn. Hjh. Norazura binti Zahari AJK Fotografi
Pn. Nurhayati binti Mandu En. Mohd Luqman Nulhakim bin Norman

En. Ruly Sigat bin Masiga

AJK Hadiah dan Sijil

Pn. Norasikin binti Mokhtar AJK Booth dan Banner
Pn. Arbaya binti Firman Pn. Sarina binti Matali
Pn. Stillah binti Sitim Pn. Siti Norma binti Yusup

Pn. Sitti Aminah binti Bedu
AJK Jemputan Pn. Khahriah binti Kahar

Pn. Kay Kamelia binti Abd. Bakil
Pn. Nurul Huda binti Masiri AJK Peralatan

En. Mohd Khairie Rano bin Ibrahim
En. Yassin bin MamingAJK Pengurusan Penerima
Anugerah&Blazer En. Syora bin Buraera
Pn. Tinah binti Launa
Pn. Badina binti Jalalin AJK P.A. System

Cik Lidya Anggia Ayu binti Dafid En. Mohd Ali bin Ahmad

Tn. Hj. Raji bin Rajikin

AJK Multimedia

Pn. Suryati binti Bohari AJK Lalu Lintas
Pn. Salmah binti Ladale En. Abdullah bin Bolong
Pn. Siti Faridah binti Tuang En. Asrudin bin Abdul Jabar
Pn. Norhaida binti Tuang

AJK Makanan & Minuman

Cik Siti Nuurqhairina binti Jusoh
Pn. Hatijah binti Bedo


Click to View FlipBook Version