The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainabarizah03, 2021-11-18 09:47:19

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

DASAR ALAM SEKITAR
NEGARA




MPU 2163

PENGAJIAN


M A L A Y S I A

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan rasa bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, Kami
sekumpulan dapat menerbitkan sebuah buku skrap dengan jayanya. Terima kasih kepada ahli kumpulan ini kerana dapat
memberi kerjasama yang baik dalam proses menyiapkan Buku Skrap yang bertemakan “Dasar Alam Sekitar” agak ringkas
tetapi ianya sangat bermanfaat. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada Pensyarah Pengajian Malaysia Kolej


UNITI, Pensyarah Puan Faridah Binti Mohd Taip kerana telah memberi kerjasama kepada kumpulan kami untuk

menyiapkan hasil tugasan semakan draf tersebut.

Ahli kumpulan penerbitan buku skrap ini terdiri daripada lima orang iaitu Nursyarina Binti Rosman, Syamilah Irdina
Binti Norsham, Ros Elyna Natasha Binti Rosmaini, Siti NurSyhirah Binti Md Hashim dan Mohamad Haikal Bin Abdullah.

Kami juga memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini, segala
kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari
kelemahan diri kami semua.

Sekian, Terima Kasih.

AHLI PENERBITAN

PUAN FARIDAH BINTI MOHD TAIP ROS ELYNA NATASHA BINTI MOHD ROSMAINI
Pensyarah Koleh Uniti Pelajar Diploma Psikologi Kaunseling
Pensyarah PENGAJIAN MALAYSIA 21220058
Ahli Kumpulan Buku Skrap
NURSYARINA BINTI ROSMAN
Pelajar Diploma Psikologi Kaunseling SYAMILAH IRDINA BINTI NORSHAM
21220061 Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Ketua Kumpulan Pereka Buku skrap 21220060
Ahli Kumpulan Buku Skrap
SITI NURSYHIRAH BINTI MD HASHIM
Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak MUHAMMAD HAIKAL BIN ABDULLAH
21220052 Pelajar Diploma Psikologi Kaunseling
Penolong Ketua Buku Skrap 21220003
Ahli Kumpulan Buku Skrap

PRAKATA

Pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar di Malaysia dilaksanakan dalam konteks pembangunan lestari yang
bertunggakkan pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar. Pembangunan lestari tidak
dapat dicapai sekiranya salah satu daripada tunggak ini dikompromikan. Oleh itu, Dasar Alam Sekitar Negara ini telah
diwujudkan untuk mengambil kira pengabungan ketiga-tiga tunggak ini.

Susulan daripada ini, Dasar Alam Sekitar Negara adalah bertujuan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan
budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Pada intisarinya, Dasar ini akan memberi panduan kepada agensi kerajaan persekutuan dan negeri, sektor industri,
masyarakat tempatan dan lain-lain stakebolder dalam memastikan alam sekitar negara bersih, selamat, sihat dan produktif.

Dalam melaksanakan Dasar ini, strategi-strategi telah digubal bagi memastikan usaha-usaha yang diambil oleh semua
pihak yang terlibat dibuat secara bersepadu. Ini akan memantapkan usaha kita mencapai pembangunan lestari dengan cara
yang paling optimum.

ISI KANDUNGAN

TAJUK - Membuat keputusan bersepadu MUKA SURAT
- peranan sektor swasta
PENGENALAN - Komitmen dan kebertanggungjawaban 1
- Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa. 2
OBJEKTIF
PRINSIP-PRINSIP 3
- Pengawasan alam sekitar
- Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian Alam - Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam 16
-Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar sekitar 32
- Penggunaan Lestari Sumber-sumber asli - Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian
- Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan
STRATEGI HIJAU MALAYSIA KE ARAH HADAPAN sejagat
-Pendidikan dan kesedaran -pembentukan dan pelaksanaan pelan pelan tindakan
- Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar
- Perancangan bersepadu pembangunan dan
pelaksanaan yang bersepadu

PENUTUP

RUJUKAN 33

KENYATAAN DASAR ALAM
SEKITAR NEGARA

“UNTUK MENERUSKAN KEMAJUAN EKONOMI, SOSIAL DAN BUDAYA
SERTA PENINGKATAN KUALITI HIDUP RAKYAT MALAYSIA MENERUSI
KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN LESTARI.”

PENGENALAN

Dasar Alam Sekitar Negara diwujudkan bertujuan mengintegrasikan
pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat
keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia
jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.

Negara Malaysia adalah salah satu negara yang sering dikejutkan dengan pelbagai
kejadian bencana alam yang melanda serta telah meragut ribuan nyawa yang tidak
berdosa. Banyak pihak yang telah mempersoalkan pelbagai pertanyaan mengenai
apakah punca kejadian bencana alam yang berlaku secara saintifik.

Salah satu perkara yang telah membuktikan ia berlaku adalah kesan daripada pemodenan yang dilakukan oleh manusia.
Kerakusan manusia dalam mengejar kemajuan dan pembangunan negara telah memberi pelbagai kesan buruk kepada alam
sekitar. Hal ini kerana pembangunan negara telah menjadikan alam sekitar yang semula jadi telah berubah akibat
penerokaan dari segi fizikal. Alam sekitar merupakan khazanah yang tercipta ratusan malah ribuan tahun, namun
dimusnahkan oleh manusia hanya dalam sekelip mata .Maka, setiap di antara kita perlu bermuhasabah dan mula mencari
jalan dalam memulihara serta memelihara alam sekitar demi menjamin kepentingan Dasar Alam Sekitar Negara.

1

OBJEKTIF

Dasar Alam Sekitar Negara telah dibentuk demi kemajuan ekonomi, sosial dan budaya
yang berterusan serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan
alam sekitar dan pembangunan lestari.Objektif Dasar Alam Sekitar Negara adalah untuk
mencapai :

Alam Sekitar yang bersih,selamat,sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan
masa hadapan.
Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai
dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
Gaya hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

2

"PRINSIP - PRINSIP
DASAR ALAM

SEKITAR NEGARA"

3

PENGAWASAN ALAM SEKITAR

Menghormati dan berprihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tinggi.

Disini boleh dilihat prinsip pertama di dalam dasar alam sekitar negara menunjukkan bahwa ia bukan
sahaja tanggungjawab bagi pihak kerajaan untuk menjaga alam sekitar, malah rakyat juga harus
mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Ia menyatakan bahawa kita haruslah “menghormati dan prihatin terhadap alam sekitar”, ini
bermaksud kita harus mempunyai sifat hormat kepada flora dan fauna yang wujud di persekitaran
sekeliling dengan tidak membuang sampah merata-rata atau dengan sengaja merosakkan tumbuh-
tumbuhan.

Sifat prihatin di sini, untuk memastikan jika kita terlihat perbuatan yang tidak menghormati alam
sekitar, kita akan melakukan perkara yang seharusnya seperti mengutip sampah atau menelefon pihak
berkuasa.

Bahagian seterusnya, “mengikut standard moral dan etika yang tertinggi” ini dimana kita seharusnya
meletakkan tanggungjawab tertinggi pada diri kita sendiri dan memastikan diri menghormati dan
berprihatin terhadap alam sekitar.

4

PEMULIHARAAN KETAHANAN &
KEPELBAGAIAN ALAM

Menghormati ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
Prinsip ini menyatakan bahawa kita bukan sahaja perlu menjaga kepentingan flora dan fauna alam sekitar. Sebagai

manusia yang bertanggungjawab kita mestilah mengelakkan diri daripada merosakkan habitat dan sumber makanan bagi
flora dan fauna ini untuk memastikan ekosistem semula jadi selamat dan sihat serta mampu untuk mencegah kehilangan
kepelbagaian alam sekitar dan sistem sokongan hidup mereka.

5

PENINGKATAN

BERTERUSAN

KUALITI ALAM

Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan SEKITAR
kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan manusia.

Ia menekankan bahawa peningkatan dalam kegunaan atau pengeluaran hasil (yang menjaga alam sekitar) dan
kualiti alam sekitar kita sejajar dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan masyarakat Malaysia. Ini
dengan keinginan untuk memastikan rakyat yang semakin maju tidak melupakan perkembangan alam sekitar.
Prinsip ini juga menunjukkan bahawa pelbagai pembangunan boleh di tubuhkan dengan jaya tanpa terlalu
merosaakkan sistem flora & fauna di Negara ini. Hal ini kerana pembangunan yang maju juga penting untuk
mengekalkan ekonomi negara.




6

PENGGUNAAN LESTARI SUMBER -
SUMBER ASLI

Penggunaan lestari sumber sumber asli ialah menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan
keutuhan alam sekitar. Dalam barisan kerajaan lalu, negara memiliki Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, iaitu komponen
yang memberikan perhatian kepada hal ehwal pengurusan sumber asli dan kesihatan alam sekitar. Berdasarkan perhatian terkini
antara isu kritikal yang dapat dilihat ialah keberkesanan penerokaan dan penggunaan sumber bumi, kelestarian sumber laut
,pemeliharaan dan pemuliharaan warisan tabi, dan isu keselamatan air bersih. Sumber bumi khususnya sumber untuk pembinaan,
bahan industri dan komoditi masih perlu perancangan dan penyelidikan yang berterusan.

Isu asas ialah kita masih kurang penyelidikan berkaitan penerokaan dan pembangunan produk sehingga pemaju dan pemain
industri masih bergantung kepada bekalan luar negara. Pada masa yang sama, negara masih banyak menjual sumber bumi dalam
bentuk bahan mentah sedangkan kita boleh menjana keuntungan yang tinggi jika bahan mentah ini diproses atau dijadikan produk
berinovasi. Pendekatan negara untuk memulihara warisan tabi, khususnya kepelbagaian biologi, geowarisan dan landskap
berpandangan indah juga masih perlu menjalanani penambahbaikan. Kaedah semasa yang boleh diguna pakai bagi mengekalkan
sumber asli negara ialah dengan memulihara berasaskan perundangan hutan simpan kekal atau taman negara mahupun taman
negeri.

7

Kita sedia maklum, lebih 90 peratus daripada hutan simpan kekal ialah hutan pengeluaran, iaitu hutan yang dibenarkan
untuk dibalak. Sumber asli lain seperti laut juga perlulah diambil berat dengan menjaga kualiti hidupan dan sumber asli
laut daripada dicemari. Kerajaan mestilah bijak mengambil langkah untuk memastikan sumber asli negara ini terjaga
dengan mengambil pelbagai langkah untuk mengekalkan sumber asli ini. Antaranya ialah, memberikan kempen
kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan sumber asli negara. Kerjasama antara rakyat
dan juga negara juga akan memberikan keberkesanan dalam mengekalkan sumber asli jika masyarakat dan negara peka
terhadap tanggungjawab masing masing.

8

MEMBUAT Membuat keputusan bersepadu ialah mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke
KEPUTUSAN dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
BERSEPADU Untuk menggalakkan pembangunan yang mapan dan lestari, kerajaan Malaysia
telah menetapkan kerangka undang-undang dan institusi bagi perlindungan alam
sekitar. Pelabur digalakkan untuk mempertimbangkan faktor alam sekitar di
peringkat awal perancangan projek mereka. Aspek kawalan pencemaran
termasuklah melakukan modifikasi pada proses untuk meminimumkan
penghasilan sampah, meningkatkan kesedaran bahawa pencegahan pencemaran
adalah sebahagian daripada proses pengeluaran dan memfokuskan pada pilihan
kitar semula termasuk amalan kawalan kendiri.

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk memastikan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya yang berterusan dan
meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui pembangunan yang mapan dan lestari. DASN berusaha untuk mengintegrasikan
pertimbangan alam sekitar ke dalam kegiatan pembangunan dan dalam semua proses pembuatan keputusan yang berkaitan, untuk
mendorong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia bagi jangka panjang, dan untuk melindungi dan meningkatkan alam
sekitar. Ia melengkapi dan meningkatkan dimensi lingkungan bagi dasar-dasar negara yang lain, seperti dasar perhutanan dan
industri, dan sekaligus memberikan perhatian kepada konvensyen antarabangsa mengenai permasalahan global.

Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan), (Penilaian Kesan kepada
Alam Sekeliling) 2015, yang memerlukan penilaian EIA sebelum kelulusan projek adalah seperti,pertanian ,lapangan terbang ,saliran
dan pengairan dan banyak lagi. Disini dapat dilihat bagaimana negara membuat keputusan yang bersepadu bagi membangunkan
negara dengan menintegrasikan dimensi alam sekitar.

9

Peranan sektor swasta ialah memperkukuhkan peranan PERANAN SEKTOR
sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam SWASTA
sekitar. Antara peranannya ialah dengan mewujudkan
Jabatan Alam Sekitar. Jabatan alam sekitar merupakan agensi
kerajaan Malaysia yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu
berkaitan dengan alam sekitar dan memantau
penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna bagi
mengelakkan seluruh alam sekitar menjadi mangsa kepada
pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-
lain.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan

Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains,

Teknologi dan Alam Sekitar pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali

sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan

dikuatkuasakan pada 15 April 1975. 10

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling
selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. JAS juga
bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar
peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on
Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and
their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara
Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan
dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan.

11

KOMITMEN DAN

KEBERTANGGGUNGJAWABAN.

Memastikan semua pembuat keputusan di sekitar awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber pertubuhan bukan kerajaan
dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan bertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika
membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.

Hal ini diperkatakan kerana, tanpa disedari alam sekitar kita sedang berada di dalam keadaan yang amat “sakit” kerana telah
terlalu banyak kerosakan serta pencemaran yang telah di lakukan oleh manusia sendiri. Sifat kurang kesedaran serta kurang
bertanggungjawab terhadap kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Kebiasaan hal ini terjadi, bukan di sebabkan kita tidak
menyedari akan tetapi ianya di sebabkan oleh sifat tidak peduli yang di miliki oleh individu. Di sebabkan hal itu, perkara ini perlu di
ubah bagi mempertahankan kesihatan alam sekitar.

Keadaan alam sekitar yang telah menghadapi pelbagai masalah seperti pencemaran dan degradasi tanah, kepupusan flora dan
fauna, penerbangan hutan tanpa kawalan, pemanasan global dan perubahan iklim dunia akan memberikan pelbagai kesan yang
buruk sekiranya tidak di bedung. Kerakusan yang di tunjukkan oleh manusia dalam memusnahkan ekosistem alam sekitar sedikit
demi sedikit amat menunjukkan mereka tidak mempunyai komitmen dan tanggungjawab di dalam penjagaan alam sekitar.

Tidak kira apa bentuk aktiviti yang ingin di lakukan oleh seseorang, tidak kira pangkat ataupun siapa, ianya sepatutnya telah
menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga alam sekitar tidak kira apa sahaja aktiviti, pembinaan atau penambah baikan
pembangunan di Malaysia.

12

Pada tahun 2018, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa undang-undang untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memaklumkan bahawa beberapa undang-undang baharu seperti undang-undang
berkaitan sumber air akan diperkenalkan. Undang-undang ini khusus untuk menyelaraskan pengurusan air di negara ini. Dalam
masa yang sama, terdapat juga cadangan untuk memperkenalkan peruntukan khusus berkenaan perlindungan laut dalam usaha
memelihara ekosistem marin dan terumbu karang. Selain itu, kerajaan dilaporkan sedang meneliti usaha untuk menggantikan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dengan satu undang-undang baharu bernama Akta Perlindungan Alam Sekeliling
(Environmental Protection Act). Undang-undang baharu ini dijangka menjadi lebih lengkap dengan beberapa penambahan
peruntukan baharu untuk menangani masalah pencemaran seperti tumpahan minyak di laut dan darat, perancangan tapak kilang
serta peraturan mengenai kilang haram.

Selain dairipada itu, wujud jugak usaha daripada kerajaan untuk memperkenalkan subjek alam sekitar di sekolah bagi
memastikan kesedaran dan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dapat dipupuk seawal mungkin bagi peneraju masa
hadapan. Malah, melalui pendidikan alam sekitar ini juga, dapat menunjukkan kaedah betul untuk menjaga alam sekitar akan turut
menjadi intipati utama subjek tersebut.

Walaupun begitu, hal ini semestinya memerlukan sokongan daripada rakyat untuk menjayakan undang-undang ini. Hal ini
adalah kerana, semua rakyat di negara Malaysia ini perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan perkara ini
berjaya di tubuhkan.

13

PENYERTAAN AKTIF DALAM MASYARAKAT
ANTARABANGSA

Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat kearah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar. Hal ini
demikian kerana, apabila sesebuah negara mengalami bencana yang melibatkan alam. Kebiasaanya sesebuah negara perlu
mengeluarkan satu kos perbelanjaan yang sangat tinggi bagi membina semula infrastruktur bagi negara yang terlibat. Akan tetapi
hal ini juga akan melibatkan negara - negara lain untuk mengeluarkan kos bagi membantu proses menyelamat, pemindahan mangsa
serta perubatan.

Perbincangan dan deklarasi yang berkaitan dengan persekitaran dan pembangunan mapan telah dibentuk secara khusus untuk
memastikan bahwa semua negara memelihara persekitaran meraka dan pada masa yang sama mencapai pembangunan yang
mereka ingini secara saksama dan adil.

Antara perjanjian atau dokumen penting yang mendasari prinsip pembangunan mapan ialah: The Brundtland Commisison (1987),
Agenda 21 Local Agenda 21, Johannnesburg Declaration on Sustainable Development (2003) dan Kyoto Protocol (2005). Pada
peringkat ASEAN juga telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara
dikawal dan diselia dengan sewajarnya.

14

Perkara ini di wujudkan adalah kerana untuk menyedarkan semua negara bahawa pentingnya bagi menjaga kesihatan alam
sekitar supaya tidak mengundang bencana-bencana alam yang meragut nyawa. Sebagai contoh negara yang kerap mengalami
bencana alam di dunia ini adalah Jepun dan juga Indonesia.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita bersyukur kerana Malaysia tidak di landa dengan satu bencana alam yang
besar seperti letupan gunung berapi dan gempa bumi. Akan tetapi kita masih melanda benaca seperti tanah runtuh, banjir serta
taufan.

Malaysia seharusnya tidak menghadapi masalah untuk mewujudkan dasar bencana alam yang bersifat holistik sambil
memberikan tumpuan kepada isu pengurangan risiko bencana. Majlis Keselamatan Negara mampu memperkukuhkan platform
kebangsaan mengenai pengurusan bencana dengan bekerjasama bersama semua agensi pelaksana, institusi penyelidikan dan
NGO yang mempunyai kepentingan untuk menangani isu bencana alam.
Malaysia boleh menjadi negara contoh untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' secara berkesan, dan mampu menjadi
pemimpin di rantau Asia Tenggara dalam menyahut cabaran warga global mengenai usaha pengurangan risiko bencana.

15

STRATEGI HIJAU MALAYSIA
UNTUK MASA HADAPAN

16

Bagi memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang

PENDIDIKAN & konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, dan sikap prihatin
terhadap alam, Pendidikan dan kesedaran alam sekitar akan di galakkan secara

KESEDARAN menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat serta Latihan selaras
dengan cadangan-cadangan dalam agenda 21.

Mewujudkan pusat kecemerlangan akan di dirikan bagi melakukan penyelidikan

dan pendidikan antara disiplin dalam bidang alam sekitar dan pembangunan akan

di dirikan dengan tujuan memperkukuhkan keupayaan negara dalam bidang yang

berkaitan.
Pendidikan alam sekitar yang secara formal dan tidak formal yang menyeluruh dan

strategi latihan serta program penyebaran maklumat akan di rumus dan

diperkenalkan. Bagi alam sekitar dan pembangunan, akan di intergrasikan ke dalam

aktiviti pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Hal ini di

maksudkan dengan kaedah dan bahan yang sesuai akan di wujudkan untuk program

pendidikan alam sekitar.

Selain daripada itu, aktiviti pendidikan yang tidak formal di galakkan di peringkat

tempatan dan kebangsaan. Segala aktiviti ini akan melibatkan secara langsung

kumpulan sokongan sosial dan mengiktiraf peranan penting yang di mainkan oleh unit

keluarga dalam menyemai sikap positif terhadap alam sekitar.

Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan maklumat untuk orang awam mengenai

alam sekitar dan pembangunan merangkumi penggunaan teknologi maklumat,

multimedia dan lain-lain kaedah pandang dengar. 17

Peranan media dalam menyebarkan maklumat mengenai alam sekitar
akan dipergiatkan lagi. Bidang kewartawanan alam sekitar khususnya dan
persatuan-persatuan wartawan alam sekitar akan di beri pengiktirafan dengan
tujuan mereka dapat mempertingkatkan kualiti bagi laporan maklumat yang di
buat.

Perhubungan antara kerjasama media hiburan dan pengiklanan akan di
galakkan untuk mencipta pengalaman mereka ke arah membentuk tingkah laku
dan pola penggunaan orang awam.

Isu alam sekitar dan pembangunan akan diintergrasikan
ke dalam aktiviti pertubuhan-pertubuhan termasuk
persatuan profesional, kesatuan sekerja dan pertubuhan
majikan. Penyebaran maklumat dan latihan akan di
perkembangkan untuk merangkumi pembuat keputusan
perkerja dan majikan.

Akhir sekali, program latihan bagi tenaga manusia akan
direka bentuk untuk membolehkan pelatih menangani
masalah bagi alam sekitar serta pembangunan.

18

PENGURUSAN BERKESAN SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR

Langkah-langkah akan diambil untuk melindungi dan memelihara alam sekitar dan sumber
asli bagi memenuhi keperluan dan aspirasi penduduk negara, khususnya berkaitan dengan
keupayaan pengeluaran sumber-sumber seperti tanah, hutan, kepelbagaian biologi dan air.

Perancangan guna tanah dan pelaksanaannya akan berteraskan kepada penilaian
menyeluruh ke atas perameter-parameter kritikal seperti kesesuaian, keupayaan dan
keperluan memulihara tanah dengan mengambilkira kehendak masyarakat masa kini dan
masa hadapan.
Teknik pemetaan sumber dan sistem maklumat geografi yang memperjelaskan kawasan-kawasan sensitif seperti tanah curam atau
berbukit-bukit, hutan dan tanah lembap akan digunapakai dimana mungkin. Perubahan guna tanah sesuatu kawasan yang menuntut
eskploitasi terhadap alam sekitar telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan dengan guna tanah seperti kawasan hutan telah
digantikan dengan kawasan pembandaran dan kawasan pertanian.

19

Perubahan guna tanah berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu penambahbaikkan polisi melalui Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976, pertambahan populasi penduduk, jaringan pengangkutan, ekonomi dan konurbasi bandar Kuala Lumpur. Kajian ini dilihat
dapat membantu dalam proses pembuatan keputusan bagi mengawal perubahan dan perancangan guna tanah yang berlaku dalam cara
yang lebih sistematik dan memastikan kemampanan alam sekitar pada masa akan datang.

Satu inventori yang sistematik dan menyeluruh mengenai sumber air sedia ada dan yang berpotensi, termasuk air bawah tanah, akan
diwujudkan dan satu pelan kebangsaan jangka panjang akan disediakan bagi pengurusan dan perlindungan air untuk mencegah
pembaziran, menghapus pencemaran dan menggalak guna semula serta penggunaan yang cekap dan berpatutan. Malaysia sentiasa
memberi penekanan kepada sumber air yang merupakan nadi kehidupan. Sumber air di negara ini juga berdepan dengan pelbagai isu
seperti banjir, kemarau, pencemaran dan kesan perubahan iklim yang memerlukan tindakan pencegahan, pemuliharaan dan
penyesuaian. Oleh hal yang demikian, pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan merupakan fokus utama untuk pengekalan dan
kelestarian sumber air di negara ini.

20

PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN
PERLAKSANAAN BERSEPADU

Pertimbangan alam sekitar akan diintegrasikan ke dalam semua peringkat pembangunan, perancangan dan pelaksanaan

program dan segala aspek penggubalan dasar.

Input alam sekitar akan digabungkan ke dalam aktiviti perancangan pembangunan ekonomi, termasuk pelan wilayah, pelan

induk, pelan struktur serta pelan tempatan. Usaha bersungguh-sungguh akan dibuat untuk memastikan semua cadangan

penggunaan dan pembangunan sumber akan menggabungkan dimensi alam sekitar di peringkat perancangan lagi. Dalam

menilai daya maju projek-projek pembangunan atau perubahan-perubahan yang dicadangkan bagi penggunaan sumber asli,

nilai ekonomi yang menggambarkan kos serta faedah alam sekitar dan sosial, seharusnya di ambil kira.

Pertimbangan alam sekitar akan diintegrasikan ke dalam dasar, program, pelan dam pembentukan projek di samping

pelaksanaan melalui proses penilaian yang menyeluruh dengan mengambilkira kesan sosial, ekologi dan kesihatan. Alam sekitar

yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan

semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat. Di kawasan-kawasan di mana

terdapat cadangan penggunaan intensif atau meluas sumber-sumber seperti tanah, air dan persekitaran laut, perancangan

pembangunan akan dibuat berdasarkan wilayah dan bukan berdasarkan projek dengan mengambilkira kedua-dua objektif

pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar. 21

Satu sistem perakaunan sumber asli negara akan dibentuk dan dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan
peranan alam sekitar dan sumber asli dalam pelan-pelan pembangunan dan strategi-strategi keseluruhannya. Konsep
penyelenggaraan modal hanya diaplikasikan kepada modal fizikal sahaja. Kurang akaun yang mengambilkira
sumbangan sumber asli dan alam sekitar kepada aktiviti ekonomi. Walaupun terdapat persetujuan di antara mereka
yang memilih akaun yang berintegrasikan ekonomi untuki mengambilkira modal asli di dalam sistem perakaunan
negara, persetujuan belum lagi dicapai untuk memulakan langkah tersebut.

22

PENCEGAHAN DAN KAWALAN
PENCEMARAN DAN KEMEROSOTAN ALAM

SEKITAR

Pencemaran dan kesan-kesan negatif lain kepada alam sekitar disebabkan oleh aktiviti pembangunan akan dikurangkan.

Industri-industri akan digalakkan untuk menggubal dasar-dasar yang menghasilkan kegiatan dan produk-produk yang
mempunyai kesan yang sedikit ke atas alam sekitar. Satu pendekatan yang bersepadu terhadap pencegahan dan kawalan
pencemaran akan diamalkan melalui penerapan di mana sesuai akan penggabungan langkah-langkah memulih, mencegah dan
berwaspada. Seterusnya, kawalan di peringkat punca bagi semua pelepasan pencemaran utama ke udara, tanah dan air.
Penggunaan kaedah terbaik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan pencemaran, dan menggalakkan teknologi pengeluaran
lebih bersih dan penerapan prinsip pemcemar membayar dan lain-lain galakan tekno-ekonomi dan penghalang yang sesuai.

23

Industri-industri akan digalakkan untuk mencegah dan mengawal pencemaran melalui peraturan kawal dan bantu diri
terutama di kalangan syarikat yang besar yang berupaya menggunakan teknologi bersih serta mempunyai sumber kewangan
untuk berbuat demikian. Insiatif pihak swasta untuk mewujud dan melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar akan
digalakkan di peringkat industry. Sektor perniagaan dan industry besar akan digalakkan untuk mewujudkan skim perkongsian
dengan perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu memudahkan pertukaran pengalaman dalam sistem pengurusan alam
sekitar.

Amalan dan teknologi pertanian yang kurang menggunakan racun perosak dan baja bukan organic akan digalakkan. Amalan
pengurusan makhluk perosak yang bersepadu, perladangan organic, kaedah pertanian dan akuakultur yang mesra alam akan
digalakkan. Pelaburan dalam sistem pengangkutan masa yang berkesan dari kos, kecekapan, kurang mencemar dan lebih
selamat seperti sistem pengangkutan massa bandar dan pengankutan laut bersepadu akan digalakkan. Pengangkutan tidak
bermotor juga akan digalakkan manakala satu skim pengurusan dan kawalan trafik yang sistematik akan di bangun dan
dilaksanakan. Pelaburan dalam infrastruktur alam sekitar bersepadu termasuk pembentungan, sistem saliran dan pengurusan
buangan pepejal akan digalakkan. Kawasan yang telah tercemar dan merosot akan di baik pulih.

24

PENGUKUHAN MEKANISME
PENTADBIRAN DAN KEINSTITUSI.

Kerjasama dan penyelarasan yang bersepadu serta berkesan di kalangan sektor kerajaan dan di antara kerajaan
atau sektor lain perlu ditingkatakn agar dapat mencapai pengurusan dan perlindungan alam sekitar yang cekap.
Segala mekanisme untuk membentuk dasar dalam kerajaan bagi menangani isu berkaitan alam sekitar dan
pembangunan akan diperkemaskan serta diselaraskan untuk memperolehi pelaksanaan, pengawasan dan maklum
balas yang berkesan dan cekap.

Selain itu, perundangan yang berkaitan dengan alam sekitar dan standard-standard akan sentiasa disemak dan
dikaji semula, untuk memastikan perkara yang perlu untuk keberkesanan dan penyelarasan berterusan berkaitan
dengan undang-undang. Perhatian khusus akan diberi kepada penguatkuasa yang berkesan.

Oleh yang demikian, Pihak Kementerian dan agensi-agensi kerajaan adalah digalakkan untuk mengadakan

mekanisme bagi memastikan pertimbangan alam sekitar di integrasikan ke dalam projek-projek dan aktiviti-aktiviti

pembangunan mereka. Dengan itu, keupayaan pengurusan dan pihak berkuasa tempatan perihal alam sekitar negara

akan diperkukuhkan untuk membuat pelaksanaan undang-undang dan peraturan-peraturan alam sekitar yang

berkesan. 25

Unit Perancangan Ekonomi Persekutuan dan Negeri juga perlu memainkan peranan utama dalam perancangan dan
pelaksanaan dasar alam sekitar negara sebagai penghubung yang penting di antar dasar-dasar dan pelaksanaan
pengurusan sumber asli dan alam sekitar di peringkat persekutuan, negeri dan tempat.

Terdapat juga beberapa usaha-usaha yang dapat menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar di sektor
swasta untuk mempertingkatkan lagi dengan melalui kerjasama dan penglibatan yang aktif dalam program kesedaran
dan latihan alam sekitar. Setiap industri akan digalakkan untuk membentuk tata kelakuan bagi mengawasi diri, menilai
diri dan mengaudit diri dalam prestasi alam sekitar tersebut.

Kerjasama antara agensi kerajaan, sama ada perseketuan negeri atau antara sektor, pertubuhan bukan kerajaan,
media, sektor swasta, badan professional dan awam akan digalakkan untuk melaksanakan standard alam sekitar untuk
mereka menyebarkan maklumat dan menyemaikan lagi sikap-sikap moral dalam diri setiap individu iaitu sifat
bertanggungjawab dan bekerjasama antara satu sama lain terhadapa alam sekitar di seluruh masyarakat.

Oleh itu, keupayaan pengurusan alam sekitar termasuklah pembangunan sumber manusia semuar sektor akan
dikuatkuasakan dan dipertingkatkan dengan menggalakkan mereka untuk menyokong penubuhan pusat
kecemerlangan dalam penyelidikan dan perkembangan sains alam sekitar dan ekologi, teknologi alam sekitar, latihan
dan analisis dasar tersebut.

26

PENDEKATAN PROAKTIF
TERHADAP ISU ALAM
SEKITAR SERANTAU &
SEJAGAT

Malaysia juga hendaklah membuat kerjasama secara aktif dengan negara-negara lain untuk membincangkan hal tersebut
agar dapat diterapkan di dalam diri masing-masing. Terutama sekali negara-negara ASEAN dan pertubuhan-pertubuhan
serantau dan antarabangsa yang berkenaan mengenai kepentingan alam sekitar sejagat. Hal ini dikatakan demikian kerana
pendekataan proaktif tentang isu alam sekitar ini perlu bekerjasama sepenuhnya dengan negara-negara jiran berkenaan isu
tersebut agar dapat diselesaikan dan dibendungkan masalah ini.

Seterusnya, Malaysia juga perlu mengambil perhatian tentang isu tersebut untuk mengurangkan pencemaran yang boleh
merentas sempadan yang berpunca dari dalam negara kita sendiri. Sebagai contoh, pencemaran sungai dari kilang-kilang
yang menyebabkan
pencemaran udara berleluasa sehinggakan mencemarkan alam sekitar jiran tetangga.

27

Dengan ini, pihak penjagaan alam sekitar perlu mengawasi dan memberi amaran kepada Rakyat Malaysia tentang industri
atau bencana alam yang menyebabkan kesan alam sekitar yang mencemarkan udara jiran.

Justeru, kita perlulah sama-sama memainkan peranan aktif dalam mewujudkan perjanjian dan inisiatif serantau dan
sejagat untuk menangani masalah alam sekitar tersebut. Dalam hal ini, Malaysia mestilah menggalakkan pemindahan
teknologi mesra alam sekitar dan meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar serta akan menyumbang dan berkongsi
kepakarannya kepada negara serantau dan sejagat. Di peringkat kebangsaan Malaysia akan menghormati obligasi Agensi 21
dan akan menyokong pelaksanaannnya di peringkat kerjasama antarabangsa.

Dengan pendekatan proaktif kepada isu alam sekitar ini juga, Malaysia akan mengambil pendekatan positif dalam
menangani isu alam sekitar sejagat seperti penipisan lapisan ozon, perubahan iklim, pencemaran merentas sempadan,
pengurusan kimia yang memberbahayakan dan buangan toksik yang menyebabkan pemuliharaan sumber dan kualiti laut
yang diancam sehinggakan kepupusan kesemuanya.

28

RUMUSAN & PELAKSANAAN
PELAN-PELAN TINDAKAN

Rumusan utama dalam pelaksanaan pelan-pelan tindakan ini adalah sudah tentu untuk penambahbaikan dan
membaiki dasar alam sekitar negara yang dapat mengharumkan nama negara. Pelan tindakan yang mempunyai sokongan
sumber sudah mencukupi untuk pelaksanaan yang dapat dibentuk. Pelaksanaan Dasar ini dan strategi-strateginya akan
diawasi dan di kaji semula oleh Majlis Pembangunan Negara.

Selain itu, terdapat juga beberapa cara pelaksanaan pelan-pelan tindakan yang dapat dijalankan. Sebagai contoh, pihak
berkuasa juga boleh membuat kempen kesedaran tentang alam sekitar, membuat aktiviti gotong-royong dan sebagainya.

29

Berharapnya, setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar
alam sekitar yang tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan.

Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan mestilah memainkan peranan penting dalam
memulihara dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa, mereka pasti dapat menjaga dan
mengawal alam sekitar daripada terus tercemar dan jangan pandang remeh tentang isu-isu alam sekitar kerana
alam sekitar yang bersih, dapat menghirup udara yang segar. Jika alam sekitar tidak terjaga dengan stabil, maka
penyakit juga akan mendapat kepada diri setiap individu.Sebagai satu ayat cantik “Negara Bersih Rakyat
Aman”.

30

KEPUPUSAN CONTOH KESAN
HASIL HUTAN TIDAK MENJAGA

ALAM SEKITAR

KEROSAKAN
TERUMBU KARANG

BERLAKU
PERLAMBAKAN

SAMPAH

31

PENUTUP

Tuntasnya, banyak perkara yang telah berjaya dikupaskan dalam usaha menjaga alam sekitar. Setiap pihak
berperanan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara dan
dipulihara agar fungsinya terjamin. Dengan ada nya sifat berat sama dipikul ringan sama dijinjing, pencemaran dan
bencana alam boleh dielakkan sebelum ia terjadi kepada diri atau negara sendiri. Kemajuan manusia tidak akan
terhalang kerana sudah terdapat konsep pembangunan lestari dimana kelestarian alam sekitar menjadi keutamaan
disamping pembangunan dijalankan. Semoga segala inisiatif menjaga alam sekitar disokong dan mendapat perhatian
umum sehingga mampu untuk mengubah norma biasa manusia kepada norma baharu yang lebih baik. Seterusnya,
untuk melahirkan satu generasi yang menghargai alam sekitar, terdapat pelbagai amalan mahupun langkah yang
boleh di terapkan di dalam diri mereka untuk memastikan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan yang terjaga
dan terus berkembang tanpa sebarang permasalahan.

32

RUJUKAN

INTERNET

HAK CIPTA TERPELIHARA KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
PORTAL RASMI JABATAN ALAM SEKITAR ( 2021)
DASAR ALAM SEKITAR NEGARA. Diperolehi pada 12 November 2021,
daripada https://www.doe.gov.my/portalv1/tentang-jas/pengenalan/dasar-alam-sekitar

HAK CIPTA TERPELIHARA BERITA HARIAN (2018)
ISU KELESTARIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR Diperolehi pada 10 November 2021,
daripada https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2018/05/426770/isu-kelestarian-sumber-asli-alam-sekitar-
perlu-perhatian

LAMAN SESAWANG RASMI WIKIPIDEA (2021)
JABATAN ALAM SEKITAR, Diperolehi pada 10 November 2021,
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Alam_Sekitar

PORTAL RASMI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (2012)
MENAGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA, Diperolehi pada 12 November 2021
Pendidikan Alam Sekitar: MENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
http://pasipgktb.blogspot.com/2012/09/menangani-isu-alam-sekitar-di-malaysia_2288.html?m=1

33

SEKIAN DARIPADA
KAMI !!

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version