KSSR SEJARAH
TAHUN 6
1
SEJARAH
TAHUN 6
BAB 5
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
DI MALAYSIA
Kandungan
Penerimaan Islam Agama Kedudukan Rumah Ibadat
Kepelbagaian Persekutuan Agama Lain
Agama dan
Kepercayaan
3
1. PELBAGAI AGAMA DAN
KEPERCAYAAN
MASYARAKAT MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
- Menyatakan pelbagai agama dan kepercayaan
masyarakat Malaysia
4
Penerimaan KepelbagaianAgamadan Kepercayaan
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang
menganut pelbagai agama dan kepercayaan.
Kebanyakan masyarakat telah mengenali agama
dan kepercayaan kaum-kaum lain.
Sikap saling menghormati dapat disemai dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
5
Penerimaan KepelbagaianAgamadan Kepercayaan
Penganut agama Islam wajib Penganut agama Hindu percaya
kepada hukum karma.
menunaikan solat 5 waktu sehari.
Mereka juga berpuasa selama Ertinya, jika berbuat baik, maka
balasannya baiklah yang akan
sebulan pada bulan Ramadhan. diterima kelak
Penganut agama Buddha pula Penganut agama Kristian
diminta untuk melakukan perkara boleh bersembahyang secara
yang baik dan meninggalkan sendirian.
perkara yang buruk.
Mereka juga bersembahyang
Mereka bersembahyang di wat di gereja pada hari Ahad
6
Penerimaan KepelbagaianAgamadan Kepercayaan
Konfusianisme mengajar prinsip hidup yang baik dan
menekankan sifat berperikemanusiaan.
Perasaan hormat-menghormati antara yang muda
dengan yang tua menjadi prinsip ajaran ini
Agama Tao lebih mementingkan keharmonian
hidup dengan alam semesta
Semua agama dan kepercayaan Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. 7
mengajar penganutnya supaya Walaupun masyarakat mengamalkan
sentiasa melakukan perkara yang baik. pelbagai agama dan kepercayaan, kita
semua hidup aman damai
Pelbagai Kepercayaan di NegaraKita
Bagi masyarakat Orang Asli, mereka mengamalkan
kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun.
Kepercayaan ini berkait rapat dengan alam sekitar
Masyarakat Kadazandusun juga percaya kepada semangat padi.
Bagi menghasilkan padi yang banyak, mereka menjalankan
upacara memuja semangat padi
Murid-murid, masyarakat Kadazandusun di Sabah percaya
kepada Kinorohingan yang dipercayai mempunyai kuasa tuhan.
Bagi sesetengah masyarakat Bajau, mereka memegang
kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang.
Contohnya upacara ngeduang atau duang rumah
(tuan rumah atau ahli keluarga si mati akan menjamu
makanan kepada tetamu)
8
Pelbagai Kepercayaan di NegaraKita
Masyarakat Iban dan Melanau di Sarawak mengamalkan
adat turun-temurun.
Contohnya apabila ingin mendirikan rumah, kawasan
tanah hendaklah disemah terlebih dahulu untuk mengusir
roh jahat
Masyarakat Iban mengadakan upacara berdoa kepada
tuhan (upacara miring – memberkati penduduk,
melindungi, membawa kebahagiaan dan keharmonian
masyarakat)
Bagi masyarakat Bisaya yang bekerja sebagai petani,
mereka percaya kepada kuasa ghaib.
Misalnya sebelum membuka sesuatu kawasan pertanian,
mereka akan membaca jampi mantera untuk mengelak
daripada gangguan kuasa ghaib.
9
Pelbagai Kepercayaan di NegaraKita
Majlis perkahwinan masyarakat Masyarakat Kadazandusun
Orang Asli mengadakan upacara memuja
semangat padi
10
Pelbagai Kepercayaan di NegaraKita
Upacara ngeduang dalam Masyarakat Melanau menghias bot
masyarakat Bajau mereka bagi meraikan perayaan Kaul
11
Pelbagai Kepercayaan di NegaraKita
Upacara miring oleh Nakod Babulang diraikan oleh
masyarakat Iban masyarakat Bisaya
12
CAKNA MINDA
Bagaimanakah agama
mewujudkan perpaduan?
13
Nilaikan kepentingan
menghormati kepelbagaian
agama bagi mewujudkan
keharmonian.
14
2. KEDUDUKAN AGAMA
ISLAM SEBAGAI AGAMA
PERSEKUTUAN
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
- Menjelaskan kedudukan agama Islam sebagai agama
Persekutuan
15
3. KEDUDUKAN AGAMA
LAIN DALAM
PERLEMBAGAAN
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
- Menjelaskan kedudukan agama lain dalam
Perlembagaan
16
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Persekutuan
Kebebasan inilah
yang berjaya
mengukuhkan
perpaduan yang
dikecapi oleh
rakyat Malaysia
selama ini.
Islam Agama Persekutuan
Agama lain boleh diamalkan di negara
kita dengan aman damai.
Islam Agama Persekutuan
Hubungan antara institusi raja dengan
Islam adalah rapat sejak mula
kedatangan islam di rantau ini.
Islam Agama Persekutuan
Buktinya termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong ialah ketua
agama Islam pada peringkat Persekutuan, negeri
baginda sendiri, negeri yang tidak mempunyai
raja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak)
dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan)
Raja atau Sultan dan Yang di-Pertuan Besar pula
ialah ketua agama Islam bagi negeri baginda
masing-masing.
Islam Agama Persekutuan
Malah, pembinaan rumah ibadat dan pelaksanaan
aktiviti keagamaan juga boleh dilakukan.
Sebagai menghormati amalan beragama ini,
sesetengah sambutan perayaan keagamaan diberi
cuti umum.
CAKNA MINDA
Apakah bukti agama lain
diamalkan di negara ini?
27
Hubung kait kepentingan
amalan beragama dan
kepercayaan dalam
kehidupan.
28
3. RUMAH-RUMAH IBADAT
DI MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
- Menyenaraikan rumah-rumah ibadat di Malaysia
29
Rumah Ibadat
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan
agama dan kepercayaan yang pelbagai.
Sebagai satu usaha untuk mewujudkan persefahaman dan
perpaduan, kerajaan amat prihatin dengan pembinaan tempat
ibadat setiap agama dan kepercayaan.
Peranan – menggalakkan penganutnya berhimpun bagi
mendengar penerangan tentang ajaran agama dan kepercayaan
masing-masing.
30
Rumah Ibadat Rumah Tokong
Ibadat di Gurdwara
Masjid Malaysia
Gereja Wat
Kuil
31
Adab di RumahIbadat Cara ini dapat menunjukkan
sikap prihatin kita terhadap
Kita perlu mengetahui adab, kaum lain.
pantang larang dan peranan
rumah-rumah ibadat kaum lain 32
bagi menunjukkan rasa
persefahaman antara kita.
Selain itu, kita tidak boleh
mengganggu individu lain
ketika mereka beribadat
Adab di RumahIbadat Etika semasa berada di maşjid;
AGAMA ISLAM Memakai pakaian yang bersih, sopan
dan menutup aurat.
Menanggalkan kasut sebelum memasuki maşjid.
Menghormati jemaah yang şedang berşolat.
33
Adab di RumahIbadat Etika semasa berada di gereja;
AGAMA KRISTIAN Mendengar ucapan paderi dengan
senyap dan hormat.
Memberikan sumbangan ikhlas.
Tertib dan bersopan.
34
Adab di RumahIbadat Etika semasa berada di kuil;
AGAMA HINDU Menanggalkan kasut sebelum masuk ke
perkarangan kuil.
Membasuh kaki sebelum masuk kuil.
Memberikan tumpuan semasa sami menjalankan
upacara keagamaan.
35
Adab di RumahIbadat Etika semasa berada di wat;
AGAMA BUDDHA Memakai pakaian yang sopan.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam wat.
Memberikan tumpuan ketika beribadat.
36
Adab di RumahIbadat Etika semasa berada di gurdwara;
AGAMA SIKH Menanggalkan kasut sebelum masuk ke gurdwara.
Berpakaian sopan dan menutup kepala semasa
berada di gurdwara.
Melakukan penghormatan kepada buku suci Guru Granth
Sahib apabila masuk dan sebelum keluar gurdwara.
37
Adab di RumahIbadat Etika semasa berada di tokong;
AGAMA TAO Memakai pakaian yang sopan.
Melakukan upacara pemujaan dan penghormatan
mengikut aturan.
38
Adab di RumahIbadat
Terdapat juga amalan yang tidak dilakukan di rumah-rumah ibadat khusus.
Amalan menyembah roh nenek moyang, upacara miring, upacara memuja
semangat padi.
Kita perlu menghormati adab dan peraturan ketika upacara keagamaan
dan kepercayaan diadakan.
39
CAKNA MINDA
Mengapakah pembinaan
rumah-rumah ibadat
pelbagai agama dan
kepercayaan di Malaysia
dibenarkan?
40
Nyatakan keperluan
memahami adab ketika
berada di rumah ibadat.
41
LATIHAN
PENGUKUHAN
AKHIR
UNIT 5
42
Soalan Objektif (Aneka Pilihan)
Pilih jawapan yang betul.
1. Penganut agama Islam 2. Masyarakat 3. Siapakah ketua agama 4. Di manakah masyarakat
Islam pada peringkat beragama Sikh
wajib menunaikan solat ……. Kadazandusun percaya Persekutuan? bersembahyang?
sehari kepada semangat ………
A. 3 waktu A. Buluh A. Sultan A. Wat
B. 4 waktu B. Padi B. Raja B. Kuil
C. 5 waktu C. Pantai C. Yang di-Pertuan Agong C. Gurdwara
D. 6 waktu D. Sungai D. Yang di-Pertuan Besar D. Gereja
43
Soalan Struktur
Isikan tempat kosong. Nyatakan 2 agama yang dipelajari
1. _____________________________
Apakah maksud hukum karma? 2. _____________________________
__________________________________
__________________________________
__________________________________
Senaraikan 3 rumah ibadat di Malaysia Apakah etika ketika berada di wat?
1. _____________________________ 1. _____________________________
2. _____________________________ 2. _____________________________
3. _____________________________ 3. _____________________________
44
TERIMA 45
KASIH
UNIT SEJARAH STAR 1
CIKGU THIRA
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk
menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula