The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU THIRA, 2021-05-17 04:29:58

SEJARAH TAHUN 5 BAB 5

SEJARAH TAHUN 5 BAB 5

KSSR SEJARAH
Tahun 5

1 Dol Said Tokoh, sebab
2 Rentap dan peristiwa
3 Sharif Masahor penentangan
4 Dato’ Maharaja Lela
Kandungan 5 Yamtuan Antah
6 Dato’ Bahaman
7 Mat Salleh
8 Antenom
9 Tok Janggut
10 Haji Abdul Rahman Limbong

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Dol Said, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan British di Naning.

DOL SAID

 Nama sebenar Dol Said ialah Abdul Said bin Omar
atau dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah
Raja Dol Said.

 Beliau dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal
daripada suku Semelenggang.

DOL SAID

01 Naning merupakan kawasan yang bersempadan dengan Melaka.
02 British mendakwa Naning ialah jajahannya tetapi Dol Said membantah.

Dol Said enggan membayar cukai hasil tahunan satu persepuluh

03 kepada British.
04 Dol Said berusaha untuk mempertahankan kedaulatan Naning.

DOL SAID

Pada tahun 1831, British menyerang Naning tetapi kalah. Dol Said menang

1 kerana menerima bantuan ketenteraan dari Ulu Muar, Sungai Ujong, Seri
Menanti dan Rembau.
2 Pada tahun 1832, British menyerang semula Naning dan berjaya
mengalahkan Dol Said. Kekalahan ini disebabkan oleh sekutu Dol Said
menolong British.

3 Akhirnya, Dol Said menyerah diri, diberi pencen, sebidang tanah dan
dibawa ke Melaka.

CAKNA MINDA

Mengapakah British berjaya
mengalahkan Dol Said?

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Rentap, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan James Brooke di Nanga Skrang.

RENTAP

 Nama sebenar Rentap ialah Libau anak Ningkan.
 Beliau merupakan pemimpin orang Iban di Nanga

Skrang, Sarawak.

RENTAP

01 James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Nanga Skrang.
02 James Brooke menganggap, orang Iban sebagai lanun.

RENTAP

1 Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke
di Nanga Skrang.
2 James Brooke menyerang balas dengan membakar 20 buah rumah
panjang di kawasan Rentap.
3 Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di Sungai
Lang. Rentap berundur ke hutan dan membina kubu di Bukit Sadok
4 Pada tahun 1861, James Brooke menyerang kubu Rentap

5 Rentap berundur ke Ulu Entabai.

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Sharif Masahor, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan James Brooke di Sarikei.

SHARIF MASAHOR

 Nama penuh beliau ialah Sharif Masahor bin Muhammad
al-Shahab.

 Beliau berasal dari Kampung Igan.
 Beliau merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang,

Sarawak.

SHARIF MASAHOR

01 Sharif Masahor menentang James Brooke kerana menguasai Sarikei.

02 Penguasaan James Brooke menyebabkan Sharif Masahor kehilangan
hak dan kuasa sebagai pembesar di Sarikei.

SHARIF MASAHOR

Pada tahun 1859, Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul

1 Ghapur dan Pengiran Temenggung Hashim berpakat untuk mengusir keluarga
Brooke di Kuching.
2 Sharif Masahor menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai Rajang di Kanowit.

3 Namun begitu, keluarga Brooke Berjaya menggagalkan serangan ini.

4 Sharif Masahor dibuang negeri, manakala Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap
oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.

Nyatakan iktibar yang
diperoleh daripada

perjuangan tokoh terdahulu.

CAKNA MINDA

Apakah nama kawasan
penentangan Sharif Masahor?

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
- Menerangkan latar belakang Dato’ Maharaja Lela, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan
dan penjajahan British di Pasir Salak.

DATO’ MAHARAJA LELA

 Nama penuh beliau ialah Dato’ Maharaja Lela
Pandak Lam.

 Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan
Perak yang mentadbir kawasan Pasir Salak.

DATO’ MAHARAJA LELA

01 Residen British J.W.W. Birch campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat
resam orang Melayu.

02 Residen British mengambil alih kuasa sultan dan pembesar tempatan.

03 British memperkenalkan cukai baharu yang membebankan rakyat.
04 Residen British bersikap angkuh dan sombong.

DATO’ MAHARAJA LELA

1 Pada Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar
Melayu Perak membuat bantahan terhadap campur tangan British.
2 Pada September 1875, Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil
tanggungjawab untuk membunuh Residen British, iaitu J.W.W. Birch.
3 Pada November 1875, J.W.W. Birch dibunuh oleh Seputum atas arahan Dato’
Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.

4 Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja Lela dan Seputum ditangkap dan kemudian mereka
dijatuhi hukuman gantung.

CAKNA MINDA

Siapakah nama sebenar
J.W.W. Birch?

Terangkan kepentingan
semangat patriotisme dalam
mempertahankan kedaulatan

negara.

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Yamtuan Antah, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan British di Sungai Ujong.

YAMTUAN ANTAH

 Nama sebenar Yamtuan Antah ialah Tunku Antah
Raja Radin.

 Beliau merupakan anak Yamtuan Besar Negeri
Sembilan.

YAMTUAN ANTAH

01 Yamtuan Antah menentang British kerana mencampuri urusan pentadbiran
di Sungai Ujong.

02 British menyokong Dato’ Kelana yang mendakwa Terachi ialah wilayahnya.

03 Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong Dato’ Kelana.

04 Yamtuan Antah bimbang British akan meluaskan kuasa terhadap wilayah lain.

YAMTUAN ANTAH

1 Pada tahun 1875, berlaku pertempuran di Paroi.
2 Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi, namun British menyerang balas

dan akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.

3 Pada tahun 1876, Yamtuan Antah berunding dengan British untuk menamatkan
persengketaan.

4 Hasil rundingan tersebut, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

CAKNA MINDA

Bagaimanakah Yamtuan Antah
menamatkan persengketaan?

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
- Menerangkan latar belakang Dato’ Bahaman, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan British di Semantan.

DATO’ BAHAMAN

 Nama sebenar Dato’ Bahaman ialah Abdul Rahman
bin Imam Noh dan dikenali sebagai Dato’ Bahaman
Orang Kaya Semantan.

 Beliau dilahirkan pada tahun 1824.

DATO’ BAHAMAN

01 Dato’ Bahaman kehilangan hak memungut cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.

02 Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang
merupakan kawasan pengaruhnya.

DATO’ BAHAMAN

1 Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman mengetuai serangan terhadap British dan
berjaya menawan Lubuk Terua.
2 Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman mematahkan serangan British di Semantan.
3 Pada tahun 1894, Dato’ Bahaman menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

4 Pada tahun 1895, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan setelah British menawan
semula Jeram Ampai.

CAKNA MINDA

Mengapakah Dato’ Bahaman
berusaha mempertahankan

Lubuk Terua?

Jelaskan kepentingan
menghargai perjuangan

pemimpin terdahulu.

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Mat Salleh, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan British di Sabah.

MAT SALLEH

 Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu
Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu
atau digelar sebagai Mat Salleh.

 Beliau dilahirkan di Inanam, Sabah.

 Beliau berketurunan Bajau dan Suluk.

MAT SALLEH

01 Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya
sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya.

02 SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan
baharu yang membebankan rakyat.

MAT SALLEH

1 Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.
2 Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di Tambunan setelah kubunya di Ranau

dimusnahkan oleh SBUB.

3 Pada tahun 1900, SBUB melancarkan serangan besar-besaran dan
menyebabkan Mat Salleh terkorban.

4 Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung
Kapayan Lama, Tambunan.

CAKNA MINDA

Apakah nama kawasan
penentangan Sharif Masahor?

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Antenom, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan British di Sabah.

ANTENOM

 Nama sebenar Antenom ialah Ontoros bin Buyusan.

 Beliau dilahirkan pada tahun 1873 di Silar Pinikit
Salangit, Ulu Sungai Tahol, Pensiangan, Sabah.

ANTENOM

01 SBUB menjadikan kaum Murut sebagai buruh paksa untuk membina jalan.

02 SBUB tidak menghiraukan adat dan kepercayaan penduduk dengan menceroboh
kawasan hutan yang dianggap mengganggu roh nenek moyang mereka.

03 Pengenalan cukai baharu yang membebankan rakyat.

04 SBUB tidak membenarkan penduduk membuka tanah untuk pertanian.

ANTENOM

1 Antenom mengetuai pahlawan Murut untuk menentang SBUB dan membina kubu
di Silar Pinikit, Salangit, Ulu Sungai Tahol, Pensiangan.
2 Pada tahun 1915, Antenom melancarkan serang hendap dengan menggunakan
tombak, pedang dan sumpit terhadap SBUB di Pensiangan dan membina kubu di
Sungai Salangit.

3 Akhirnya, Antenom menyerah diri kepada SBUB untuk menyelamatkan keluarga,
pengikut dan kaum Murut.

CAKNA MINDA

Mengapakah Antenom
menentang SBUB?

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Tok Janggut, sebab dan peristiwa penentangan terhadap campur tangan dan
penjajahan British di Pasir Puteh.

TOK JANGGUT

 Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan
bin Munas.

 Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung
Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

TOK JANGGUT

01 Tok Janggut tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem Penasihat British.

02 Penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai dan peraturan tanah
baharu yang membebankan mereka.

03 Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan.

TOK JANGGUT

1 Pada tahun 1915, Tok Janggut menyerang dan berjaya menguasai Pasir Puteh.
2 British menyerang balas Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh.

3 Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.

CAKNA MINDA

Apakah tanggungjawab
Penasihat British?

1. TOKOH TEMPATAN, SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN
TERHADAP CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

- Menerangkan latar belakang Haji Abdul Rahman Limbong, sebab dan peristiwa penentangan terhadap
campur tangan dan penjajahan British di Kuala Berang.


Click to View FlipBook Version