The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qariz.danial04, 2024-02-22 10:56:42

PUISI MELAYU TRADISIONAL

TUGASAN 1 BMMB1104

Keywords: puisi tradisional

PUISI TRADISIONAL


TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1104 1.NAMA : QARIZ DANIAL BIN CHE KAMARUDIN 2.KELAS : A1 3.NOMBOR MATRIK : P23240941 4.NAMA PENSYARAH : DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA 5.KOD KURSUS : BMMB 1114 6.NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


ISI KANDUNGAN 1.Pengenalan.................................................................5 2.Definisi Pantun............................................................7 3.Bentuk/ Ciri Pantun.....................................................8 4.Fungsi Pantun.............................................................9 5.Jenis Pantun..............................................................9-10 6.Contoh Pantun dan Manifestasi akal Budi...............11 7.Definisi Syair................................................................13 8.Bentuk/ Ciri Syair.........................................................14 9.Fungsi Syair.................................................................15 10.Jenis Syair....................................................................15 11.Contoh Syair dan Manifestasi Akal Budi...................16 12.Definisi Gurindam........................................................18 13.Bentuk/ Ciri Gurindam.................................................19 14.Fungsi Gurindam..........................................................20 15.Jenis Gurindam.............................................................20 16.Contoh Gurindam dan Manifestasi Akal Budi............21 17.Definisi Seloka..............................................................23 18.Bentuk/ Ciri Seloka........................................................24 19.Fungai Seloka................................................................25 20.Jenis Seloka...................................................................25 21.Contoh Seloka dan Manifestasi Akal Budi..................26 22.Kesimpulan.....................................................................27 23.Rujukan


PENGENALAN PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu Tradisional ialah puisi lama yang lahir dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Puisi Melayu tradisional merupakan warisan bahasa dan bangsa Melayu yang sangat unik. Puisi ini muncul sebelum rakyat tanah Melayu mengenal bentuk tulisan dan hanya disampaikan dalam bentuk lisan sahaja pada zaman dahulu. Puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan (Abdul Halim Ali, 2006) Puisi Melayu Tradisional ini terdiri daripada pantun, syair, gurindam, seloka dan sebagainya.


PANTUN


Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Definisi Pantun


Setiap rangkap itu sempurna dari segi maknanya. Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud. Sebagai penjelasannya, bagi pantun 2 kerat, baris pertama merupakan pembayang, manakala baris kedua ialah maksud. Selain itu, bagi pantun 4 kerat dan seterusnya, rangkap pantun akan terbahagi kepada dua, iaitu bahagian baris yang pertama merupakan pembayang dan bahagian berikutnya merupakan maksud. Rima akhir dihujung baris adalah sejajar. Sebagai contoh bagi pantun 2 kerat, rima akhir yang digunakan ialah (a,a) manakala bagi pantun 4 kerat, rima akhir yang digunakan ialah rima akhir (a,b). Seterusnya bagi pantun 6 kerat dan ke atas, bilangan rima akan bertambah menjadi (a,b,c) dan seterusnya. Setiap baris dalam pantun mempunyai 4-5 perkataan serta 8-12 suku kata. Bentuk dan Ciri-ciri Pantun


Fungsi Pantun Jenis Pantun Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. 1. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. 2. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan. 3. Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang. 4. Jenis Nasihat Jenis Adat Jenis Agama Jenis Menduga Akal Jenis Jenaka Jenis Peribahasa


Pantun Nasihat : Bandar baru Seberang Perai, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan tulang berkecai, Budi yang baik dikenang juga. Pantun Adat : Gadis Acheh berhati gundah, Menanti teruna menghulur tepak; Gula manis sirih menyembah, Adat dijunjung dipinggir tidak. Pantun Agama : Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan. Pantun Menduga Akal : Ada si tuan pakai celana, Melihat bintang di malam hari; Jikalau tuan memang bijaksana, Binatang apa tanduk di kaki? Pantun Jenaka : Limau perut di tepi rawa, Buah dilanting belum masak; Sakit perut sebab tertawa, Melihat kucing memakai bedak. Pantun Peribahasa : Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.


Contoh Pantun dan Manifestasi Akal Budi Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas cara nasihat disampaikan agar masyarakat memandang tinggi akan nilai budi kerana kalau diperbandingkan nilai budi itu lebih tinggi berbanding emas tetapi pemahaman konsep itu dijelmakan dalam pembayang yang membuat bandingan antara nanas dan ubi Nanas mempunyai tarikan dalam aspek warna dan rasanya yang manis. Namun dalam konteks keperluan hidup, ubi lebih bermanfaat berbanding nanas. Begitulag diumpamakan antara emas dan budi.


SYAIR


Definisi Syair Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongeng.


Bentuk dan Ciri-ciri Syair Merupakan puisi terikat Jumlah baris setiap rangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea, maksud atau isi cerita syair itu. Syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. Bilangan perkataan setiap baris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. Bilangan sukukata setiap baris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris. Rima akhir dalam setiap rangkap juga tetap iaitu a/a/a/a Fungsi Syair Syair dapat digunakan untuk kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat. 1. Syair dapat dijadikan sebagai lagu atau nyanyian untuk mengiringi tarian-tarian tertentu. 2. Syair dapat dijadikan sebagai hiburan, sebagai contoh dalam majlis tertentu dan pernikahan. 3.


Syair Kiasan Syair kiasan merupakan menyampaikan pesanan dalam bentuk kiasan. Syair ini sering disebut sebagai syair binatang dan bunga-bungaan, kerana isinya sebagai sindiran atau berupa kiasan terhadap suatu peristiwa. Syair Agama Syair agama merupakan syair yang sangat penting, syair agama ini memiliki beberapa jenis iaitu syair sufi, syair tentang ajaran Islam, syair nasihat dan syair sejarah kisah nabi. Jenis Syair Syair Romantis syair yang berisi tentang percintaan yang terdapat pada cerita pelipur lara hikayat maupun cerita rakyat. Syair ini digunakan untuk menampilkan suasana yang panjang, misalnya mengenai kiasan, kehidupan, agama, cinta, persahabatan dan sejenisnya. Syair Panji Syair panji merupakan pelipur lara. Syair ini bertemakan pergambaran peperangan, didalam syair ini terdapat unsur percintaan. Syair Sejarah syair yang didasarkan peristiwa sejarah dimasa lampau. Sebagian besar syair sejarah berisi tentang peperangan.


Contoh Syair dan Manifestasi Syair Inilah gerangan suatu madah, mengarangkan syair terlalu indah, membetulkan jalan tempat berpindah, di sanalah i’ktikaf diperbetul sesudah. (Syair Perahu, rangkap 1, Hamzah Fansuri) Berdasarkan rangkap satu, penyair ingin menceritakan berkaitan perjalanan hidup yang perlu diperbetulkan demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Malahan, penyair menganjurkan umat manusia untuk sentiasa berfikiran terbuka dalam usaha memantapkan keimanan kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana hanya melalui iman yang mantap sahaja boleh mendorong manusia ke arah kejayaan hakiki. Akal budi mengenai pemikiran agama akan menyebabkan ketakwaan seseorang individu itu bertambah disebabkan oleh kesedaran untuk sentiasa beribadah.


GURINDAM


Definisi Gurindam Guridam ialah perkataan yang bersajak pada akhir pasangannya. Maka bentuknya seperti sajak kerana rangkap pertama itu sebagai syarat dan rangkap yang kedua itu sebagai jawab.


Merupakan puisi bebas atau tidak terikat. Mempunyai dua baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap untuk membawa makna yang lengkap. Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua (jawapan) pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. Setiap baris biasanya mengandungi tiga, empat, enam atau lebih perkataan. Jumlah perkataan sebaris tidak tetap. Jumlah suku kata juga tidak tetap. Rima a/a;a/b atau serima (Monoryme). Bentuk dan Ciri-ciri Gurindam


Fungsi Gurindam Jenis Gurindam Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuan pendidikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal. Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkan ialah iman dan moral yang baik. Gurindam serangkap dua baris Gurindam serangkap empat baris Gurindam bebas


Contoh Gurindam dan Manifestasi Akal Budi Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilang nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka itulah orang yang makrifat. Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia mengalah. Barang siapa mengenal diri, Maka telah mengenal akan tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat. (Gurindam Dua Belas Fasal 1) Akal budi pengarang pada fasal pertama ini menjelaskan bahawa kehidupan seseorang individu yang tidak mengenal Tuhan akan musnah tanpa tunjuan dan matlamat yang jelas. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu itu sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Jika seseorang itu mengenal agamanya, maka kehidupan mereka akan lebih teratur dan kukuh walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Konsep falsafah turut terkandung dalam puisi tersebut. Falsafah merujuk kepada sifat cinta terhadap ilmu dan kebenaran. Konsep falsafah yang terdapat dalam gurindam ini berkait rapat dengan pelbagai persoalan mengenai kehidupan manusia lebih-lebih lagi dari aspek akidah, tasawuf, syariat, rukun islam, dan kepentingan menjaga akhlak.


SELOKA


Definisi Seloka Seloka ialah karangan berangkap atau bahasa berirama. Seloka merupakan pepatah atau perumpamaan yang mengandungi kejenakaan, gurau senda, kegiatan, ejekan dan malah sindiran.


Bemtuk dan Ciri-ciri Seloka Merupakan puisi bebas atau tidak terikat. Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan. Tidak mempunyai pembayang. Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap. Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap. Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap. Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.


Fungsi Seloka Seloka dapat menggambarkan Jenis Seloka masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial. 1.Seloka sindiran. 2.Seloka mengejek. 3.Seloka menempelak. 4.Seloka nasihat. 5.Seloka pengajaran. 6.Seloka khayal. 7.Seloka gurau senda.


Contoh Seloka dan Manifestasi Akal Budi Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang, Berak habis padi tak jadi. (Seloka Emak Si Randang, Dewan Bahasa dan Pustaka) Seloka ini berbentuk sindiran kepada sesetengah masyarakat yang terlalu melebihkan orang lain dalam setiap urusan. Contohnya, Emak Si Randang yang mengabaikan anaknya malah membiarkannya dalam keadaan kelaparan sebagaimana dalam frasa anak pulang kelaparan. Namun, beliau memberi perhatian dan layanan baik kepada orang yang langsung tidak mempunyai pertalian darah dengannya. Oleh itu, kita seharusnya mendahulukan ahli keluarga kita sebelum orang lain dalam setiap perkara. Seloka ini juga memberi sindiran kepada golongan yang terlalu murah hati tidak bertempat. Tamsilnya, Emak Si Randang bersikap terlalu baik hati walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya. Kebaikan tersebut akhirnya lebih merugikan diri dan keluarganya. Maka, kita sebaiknya bersikap lebih berwaspada dalam setiap tindakan kita terhadap orang lain.


Seloka ini berbentuk sindiran kepada sesetengah masyarakat yang terlalu melebihkan orang lain dalam setiap urusan. Contohnya, Emak Si Randang yang mengabaikan anaknya malah membiarkannya dalam keadaan kelaparan sebagaimana dalam frasa anak pulang kelaparan. Namun, beliau memberi perhatian dan layanan baik kepada orang yang langsung tidak mempunyai pertalian darah dengannya. Oleh itu, kita seharusnya mendahulukan ahli keluarga kita sebelum orang lain dalam setiap perkara. Seloka ini juga memberi sindiran kepada golongan yang terlalu murah hati tidak bertempat. Tamsilnya, Emak Si Randang bersikap terlalu baik hati walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya. Kebaikan tersebut akhirnya lebih merugikan diri dan keluarganya. Maka, kita sebaiknya bersikap lebih berwaspada dalam setiap tindakan kita terhadap orang lain. RUMUSAN


RUJUKAN Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan kritikan. Penerbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia. Abu Hassan Sham. (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji. R. A. (2022). Gurindam dua belas. Re-Publish. Izzat Hakim. (2021). Pemikiran dan Akal Budi Masyarakat Melayu. Slideshare.net. Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InJET), 1(2), 1-10. Rahmat. A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka AlEhsan


Click to View FlipBook Version