The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ucapan Tuan Pengetua Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Bongor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Fatimah El Zahra', 2023-04-10 11:07:26

Ucapan Tuan Pengetua Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Bongor

Ucapan Tuan Pengetua Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Bongor

Keywords: ucapan,pengetua,majlis,watikah,pelantikan,pemimpin,smk bongor

TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SMK BONGOR 09 April 2023 | Ahad Dataran Perhimpunan SMK Bongor


Terima kasih kepada pengacara majlis. Bismillahirrahmanirrahim.


Assallamualaikum wmt wassolatuwassolamu ala ashrafil anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main, dan selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang dihormati, Insp. Muhammad Hazim Bin Bachok, Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Bongor, Ibu Pejabat Daerah Baling. Yang berusaha, Encik Shahrin Bin Mohd Shah, Penolong Kanan Kokurikulum dan memangku Guru Penolong Kanan Pentadbiran Barisan Guru - Guru Kanan Matapelajaran, Guru - Guru Kaunselor, Rakan - rakan guru, Barisan pemimpin pelajar dan anak - anak pelajar sekalian.


Terlebih dahulu, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, maka kita semua dapat berkumpul dipagi yg ceria ini meraikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Bongor pada pagi ini. Alhamdulillah. Dikesempatan ini juga saya mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Insp. yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah kita, yang sudi hadir untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini. Terima kasih tuan.


Ucapan tahniah kepada semua Jawatankuasa Kerja terutama guru - guru Pengawas Sekolah, guru - guru Pengawas Pusat Sumber Sekolah, guru - guru Koperasi Sekolah, guru - guru Kaunseling, unit - unit HEM yg terlibat , guru - guru tingkatan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan majlis yg bersejarah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan syabas kepada semua pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), pengawas SPBT dan pengawas Koperasi serta Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi.


Untuk makluman, keseluruhan pemimpin pelajar yang akan menerima watikah padd pagi ini ialah seramai 163 orang. Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan oleh guru - guru agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain dalam tugas masing - masing. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru agar semua pelajar yang dilantik ini bersyukur menerima pelantikan ini dengan berlapang dada bagi menggalas tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.


Jadikan jawatan yang kamu terima ini sebagai platform untuk melatih diri bukan saja sebagai pemimpin malah menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik serta mempunyai disiplin diri yang tinggi dan sahsiah terpuji. Besar harapan pihak sekolah dan ibubapa atau penjaga tentunya ingin melihat kamu menjadi anak yang baik lagi cerdik ABC selari dengan hasrat KPM dan Falsafah Pendidikan Negara agar pendidikan di sekolah khususnya mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan sahsiah.


Kepada semua pemimpin pelajar yang dilantik, nasihat saya, jadilah 'role model' kepada pelajar lain. Jaga tingkah laku dan contoh teladan yang baik kerana kamu sentiasa diperhatikan dan diteladani. Perlu diingat bahawa tugas utama kamu berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab, membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Sebagai khalifah muda milikilah sifat - sifat terpuji, berketerampilan kemas dan cemerlang dalam akademik agar menjadi insan yang disegani dan dihormati.


Kepada pelajar - pelajar lain pula, teruskan dan jangan terasa hati kerana belum dilantik memegang sebarang jawatan. Teruskan buktikan yang kamu juga layak dipilih untuk berada dibarisan hadapan. InshaAllah, setiap kelebihan yang ada pada kita itu akan diperhati dan dinilai dari masa ke semasa. Dan inshaAllah kamu juga akan menjadi insan terpilih seperti mana mereka yang berada dibarisan hadapan ini. Kepada semua pelajar, sentiasalah memberi kerjasama kepada semua Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua & Penolong yang dilantik. Patuhilah segala peraturan yang ditetapkan agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha sekolah membentuk kemenjadian kamu serta peningkatan akademik bagi meletakkan kecemerlangan sekolah SMK Bongor pada platform yang lebih tinggi.


Hadirin sekalian, Jom kita sederap memacu kecemerlangan SMK Bongor ini supaya menjadi sekolah yang berkualiti dan kita sama - sama berdoa agar sekolah ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi perlindungan agar dipermudahkan urusan serta sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna dan boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, barisan pentadbir dan guru-guru tidak jemu - jemu mencari formula dan melipatgandakan usaha menbentuk nilai-nilai insan madani dalam diri setiap pelajar kita.


Akhir kalam, kepada semua pelajar saya mendoakan agar kamu semua menjadi anak yang baik lagi cerdik dan berjaya dalam segenap bidang. Berpegang kepada motto sekolah kita. Jadilah pelajar yang 'Berilmu Beramal & Beriman'. Sekian daripada saya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok doakan semoga lebih baik dari hari ini. Terima kasih. Yang baik itu dari Allah SWT yang kurang itu atas kelemahan saya sendiri. Sekian.


Click to View FlipBook Version