The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Ucapan Tuan Pengetua Majlis Khatam Quran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Fatimah El Zahra', 2023-04-19 11:43:06

Teks Ucapan Tuan Pengetua Majlis Khatam Quran

Teks Ucapan Tuan Pengetua Majlis Khatam Quran

Keywords: ihya,ramadhan,ramadan,smk,sekolah,majlis,pengetua,tuan,smkbr

TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA Majlis Khatam Quran & Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan SMK Bongor Majlis Khatam Quran & Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan SMK Bongor Selasa | 18 April 2023 Dewan Terbuka SMK Bongor


Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Malaysia Madani.


Yang Berusaha, Encik Shahrin Bin Mohd Shah, Penolong Kanan Kokurikulum, Merangkap Pemangku Penolong Kanan 1. Guru - guru Kanan Mata Pelajaran, Guru – guru Kaunselor, Jawatankuasa Kerja Program Ihya’ Ramadhan 1444H, Barisan pengawas serta anak – anak pelajar sekalian.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan berkat rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam Quran dan Penutupan Program Semarak Ihya' Ramadhan bagi tahun 1444H bersamaan 2023M peringkat sekolah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kehadiran kamu pada hari ini. Tahniah.


Hari ini 18 April bersamaan 27 Ramadhan, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan dipertemukan pula dengan Syawal. Untuk itu sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam bermula 1 Ramadhan hingga 28 Ramadhan telah melaksanakan beberapa program antaranya, Al - Quran di hatiku, Tadarus murabbi, Buletin Ramadhan, Ceramah Nuzul Quran, Iftar Jama'ie, Bubur lambuk kerjasama BSMM dan PIBG dan hari ini Majlis Khatam Quran & Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan serta sumbangan duit raya.


Kepada Panitia Pendidikan Islam yang menganjurkan program ini, tidak lupa semua jawantkuasa kerja program, kelab guru dan staff dan juga kepada para pelajar yang memberikan komitmen yg sangat tinggi bagi menjayakan program ini sepanjang bulan Ramadhan ini, saya ucapkan tahniah dan syabas. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala penat lelah dan kerja buat anda semua. Amiin…


Saya menyambut baik usaha ini dan diharap menjadi acara tahunan kerana ia bukan sahaja dapat menyemarakkan & menyuburkan bulan Ramadhan ini malah dpt membina pelajar yang mempunyai sifat insaniah dan sahsiah terpuji. Ia juga dapat membuka ruang untuk kita sama - sama melipat gandakan pahala sempena bulan yg mulia ini. Contohnya, program Tadarus Alquran yang diiharap dapat menyuburkan minat membaca Al-Quran yang mendalam dalam kalangan anak-anak pelajar. Tahniah kepada barisan guru dan staff serta pelajar yangg mengambil bahagian. InsyaAllah besar ganjaran pahala yg menanti anda.


Saya percaya, majlis hari ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-anak menamatkan pengajian membaca alQuran, tetapi apa yang paling penting ialah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana Al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan.


Penghayatan kita kepada Ramadhan dengan menganjurkan pelbagai program keagamaan bukan sahaja mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T malah diharap dapat membina modal insan yang berpegang teguh kepada agama, mempunyai minda kelas pertama dan bersifat terpuji. Nasihat saya, sebagai pelajar, dekatkan lah diri kamu dengan Tuhan. InshaAllah kamu akan peroleh kemenangan dunia dan akhirat.


Perlu diingat kamulah yang akan menjadi pemimpin pada generasi akan datang dan seterusnya merealisasikan agenda dan wawasan negara dan ummah. Kepada Panitia Pendidikan Islam dibawah peneraju Ketua Panitianya Ustaz Fuad dan semua ahli panitianya, syabas dan tahniah sekali lagi. Teruskan program seperti ini. Maaf bagi diri saya jika ada kekurangan dan Allah itu sebaik-baik perancang.


Sebelum saya akhiri, saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri. Maaf zahir batin. Dan juga selamat bercuti. Jaga diri, jaga peribadi, insafi diri.


Akhir kalam, percayalah...setiap kebaikan yg kita buat, pasti ada ganjarannya. InshaAllah... Sama-sama kita doakan agar kita dipanjangkan usia dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang..Aminn...


Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim... saya merasmikan Penutup Program Semarak Ihya’ Ramadhan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor.


Sekian.


Ikhlas dari saya, Cikgu Mawardi Bin Saari, Pengetua SMKBr. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Dzahir Bathin


Click to View FlipBook Version