TEL : 06 6791017
FAX : 06 6795017
EMAIL: [email protected]
Ruj Kami : SKS3-13/1/6( 05 )
Tarikh: 29 September 2021
Kepada
Ibu bapa / Penjaga Murid
SK.Senawang 3,
70450 Taman Matahari Indah,
Seremban, N.S.
Tuan / Puan
MAKLUMAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH DI SK SENAWANG 3
SECARA BERPERINGKAT
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sebagai makluman permulaan PEMBUKAAN SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA di SK.SENAWANG 3 adalah merujuk ketetapan Jadual 2.1
berikut :
Jadual 2.1 HARI KELAS KEHADIRAN MURID
TARIKH
04 OKTOBER ISNIN PRASEKOLAH Kehadiran penuh tanpa penggiliran
18 OKTOBER ISNIN TAHUN 1, 2 DAN 3 Kehadiran 50% secara penggiliran
01 NOVEMBER ISNIN TAHUN 4, 5 DAN 6 Kehadiran 50% secara penggiliran
3. Bagi sesi pembelajaran yang akan bermula pada 04 Oktober 2021, SK. Senawang 3
akan melaksanakan :
3.1 Pendekatan MODEL 2 iaitu Persekolahan Dua Sesi.
3.2 Model Pengawalan Keberadaan Murid Di Pintu Pagar Sekolah pula
melaksanakan MODEL 4 iaitu Penyuraian Murid Secara Berpeingkat.
3.3 Waktu persekolahan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
ALIRAN
HARI SESI PAGI CATATAN
MASA PERSEKOLAHAN
PRASEKOLAH ISNIN Waktu
HINGGA Kehadiran Imbas
JUMAAT 7.30 Pagi hingga 11.30 Pagi Suhu
7.00 Pagi
TAHUN 3 ISNIN
SELASA 7.30 Pagi hingga 1.00 Petang 1M1S
Ditangguhkan
RABU 7.30 Pagi hingga 12.30 Petang
KHAMIS
TAHUN 4 JUMAAT 7.30 Pagi hingga 12.00 Tengah hari 1M1S
TAHUN 5 ISNIN 7.30 Pagi hingga 2.00 petang Ditangguhkan
TAHUN 6 SELASA 7.30 Pagi hingga 12.30
Aktiviti
RABU Kokurikulum
Ditangguhkan
KHAMIS 7.30 Pagi hingga 1.30 Petang
JUMAAT 7.30 Pagi hingga 12.00 Tengah hari
SESI PETANG
ALIRAN HARI MASA PERSEKOLAHAN CATATAN
TAHUN 1 ISNIN, SELASA,
TAHUN 2
KHAMIS DAN 12.30 Tengah hari hingga 5.30
JUMAAT Petang
RABU 1.30 Tengah hari hingga 5.30
Petang
4. Untuk tindakan ibu bapa/penjaga, Rujuk Jadual 4.1 untuk imbasan suhu murid.
Demi keselamatan, tuan/ puan diminta menghantar anak pada ketetapan berikut:
Jadual 4.1 Masa Hari Aliran
7.00 pagi Isnin hingga Jumaat Prasekolah
Sesi
Sesi Pagi
Sesi Pagi 7.00 pagi Isnin hingga Jumaat Tahun 3, Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6
Sesi Petang 12.15 petang Isnin Selasa Khamis Jumaat
1.15 petang Rabu Tahun 1 dan Tahun 2
4.2 Bagi mematuhi arahan KPM , anak-anak tuan / puan yang berada di Tahap 1
dan Tahap 2 akan dibahagikan pada dua kumpulan oleh guru kelas iaitu
Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Mohon rujuk guru kelas anak-anak tuan/puan.
5. Pengoperasian KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) bagi murid Tahun 1
hingga Tahun 6 adalah secara PdPR sehingga Takwim Persekolahan Tahun 2021 berakhir.
Rujuk Jadual 5.1 di bawah.
Jadual 5.1 Masa Hari Aliran
Isnin, Selasa dan Khamis
Sesi 2.30 - 3.30 Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5
Murid petang Isnin, Selasa dan Khamis dan Tahun 6
Sesi Pagi
Kelas Petang 9.00 - 10.00 Tahun 1 dan Tahun 2
Murid pagi
Sesi Petang
Kelas Pagi
6. Pihak sekolah berharap ibu bapa/ penjaga dapat merujuk dan mematuhi SOP
Persekolahan yang telah ditetapkan. Semoga anak-anak dapat meneruskan pembelajaran
dengan tenang dalam keadaan yang selamat.
7. Segala perubahan / pindaan akan dimaklumkan dan tertakluk kepada arahan
terkini MKN /KKM/ KPM.
MOHON RUJUK TATACARA PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH
DALAM LAMPIRAN DI BAWAH.
Segala kerjasama dan keperihatinan tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah
LAMPIRAN PENGOPERASIAN SEKOLAH
KEPADA:
SEMUA IBU BAPA/ PENJAGA SK.SENAWANG 3
YANG DIKASIHI
MOHON SEMUA IBU BAPA/ PENJAGA MEMBACA DENGAN
TELITI MAKLUMAN DARIPADA KPM YANG TELAH
DILAMPIRKAN
SEBARANG KEKELIRUAN ATAU PERMASALAHAN MOHON
HUBUNGI GURU KELAS ATAU PIHAK PENTADBIR
PATUHI SEGALA SOP YANG TELAH DIMAKLUMKAN
KERJASAMA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA AMAT KAMI HARGAI
DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN SETINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH.
KAMI PIHAK SEKOLAH MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT
SEBARANG KESULITAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
SEGALA KEKURANGAN ADALAH DARIPADA PIHAK KAMI DAN
YANG BAIK ITU ADALAH DARIPADA ALLAH SWT.
“Kebersamaan Membawa Kecemerlangan”
Berdisiplin Berjaya
Murid Cemerlang
Sekolah Terbilang
Normamisah Binti Abd Rahman
Guru Besar
SK Senawang 3
70450 Taman Matahari Indah
Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan.