Kata Ganti
Nama Diri
Bersama Cikgu Khadijah
Objektif:
1.Mengetahui dan memahami tentang Kata
Ganti Nama Diri.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Apakah itu Kata Ganti
Nama Diri?
Kata Ganti Nama Diri ialah
kata yang digunakan untuk
menggantikan nama
manusia. Kata Ganti Nama
Diri terbahagi kepada tiga
jenis.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri.
Jenis-jenis Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Kata Ganti Kata Ganti
Nama Diri Nama Diri Nama Diri
Pertama Kedua Ketiga
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama
Diri Pertama
Kata Ganti Nama Diri
Pertama digunakan
untuk menggantikan diri
orang yang bercakap.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Saya
Saya merujuk kepada diri sendiri. Penggunaan Kata
Ganti Nama Diri Pertama 'saya' adalah lebih sopan.
Contoh:
Saya suka makan nasi.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Aku
Ketika bercakap dengan orang yang rapat, sama
taraf, atau ketika berdoa kepada Tuhan.
Contoh:
"Aku akan pulang sekarang", kata Ali.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kita
Merujuk diri orang yang bercakap serta orang lain
yang mendengarnya.
Contoh:
"Jom kita bermain," kata Salim
kepada rakan-rakannya.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kami
Merujuk diri sendiri serta rakannya apabila bercakap
dengan pihak lain.
Contoh:
"Maafkan kami kerana terlambat
cikgu," kataku serta rakan-rakan.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama
Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri
Kedua digunakan bagi
menggantikan diri orang
yang diajak bercakap /
yang sedang
mendengar percakapan
orang pertama.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kamu
Ditujukan kepada orang yang disapa oleh orang
dewasa.
Contoh:
"Saya lantik kamu jadi ketua kelas,
Akmal," kata Cikgu Harun.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Awak
Untuk orang kedua yang rapat dengan si penutur
termasuk panggilan orang atasan kepada orang
bawahan.
Contoh:
"Awak hantarkan saya ke lapangan terbang,"
pinta Datuk Kamal kepada pembantunya.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kalian
Untuk menyebut atau bercakap dengan diri orang
kedua yang lebih daripada seorang.
Contoh:
"Kalian bawalah apa-apa yang patut," kata
Cikgu Amir kepada murid-muridnya.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama
Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri
Ketiga digunakan bagi
menggantikan diri orang
lain yang
diperkatakannya.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Mereka
Untuk menyebut diri orang lain yang ramai
bilangannya (jamak).
Contoh:
Mereka sedang meyiapkan latihan.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Dia
Untuk menyebut diri orang biasa (tunggal) yang lain.
Contoh:
Dia memakai cermin mata.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Beliau
Untuk menyebut diri orang lain (tunggal) yang
dihormati.
Contoh:
Bapa Rita pegawai polis. Beliau
bertugas di Ipoh.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Ia
Untuk menyebut diri orang lain (tunggal) yang
diperkatakannya.
Contoh:
Wajahnya tetap ceria walaupun ia sakit.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri
Terima Kasih kerana membaca
nota yang telah cikgu sediakan.
Sila jawab aktiviti dan soalan yang telah cikgu pautkan pada bahagian 'Aktiviti' bagi
menguji pemahaman kamu tentang topik kita pada hari ini.
Jika kamu ada sebarang soalan, sila kemukan pada cikgu di aplikasi Whatsapp, ya.
Bahasa Melayu l Kata Ganti Nama Diri