The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahidan.ppdpu, 2021-09-12 03:54:33

BUKU PROGRAM CANTIK

BUKU PROGRAM CANTIK

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Sekalung tahniah saya hulurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama atas inisiatif murni dan
komitmen padu untuk menganjurkan Petaling Utama Innovative Conference On Education (PUICE) 2021
secara dalam talian pada hari ini.

PUICE 2021 ini bertemakan Inovasi: Realiti Transformasi Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0. Tema ini amat
menarik dan seiring dengan perkembangan dan kamajuan seantero dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam
dunia VUCA pada hari ini, kita perlu senantiasa berdepan dengan perubahan dan dengan itu, amat penting untuk
kita melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran mutakhir agar kita mampu menyesuaikan diri dengan
pelbagai keadaan di luar jangkaan. Sebagai contoh, kita tidak dapat menjangkakan pandemik COVID-19 akan
melanda seluruh dunia sehingga mengakibatkan sekolah terpaksa ditutup dalam tempoh yang sebegitu panjang.
Oleh sebab itu, andai kata tiadanya kreativiti dan inovasi, murid-murid kita pasti terkesan dan akhirnya terus tercicir.
Maka, penganjuran PUICE sesungguhnya tepat pada masanya.

Inovasi didefinisikan sebagai pembaharuan. Pembaharuan ini terhasil daripada pemikiran kritis dan kreativiti.
Kreativiti dan inovasi pula begitu mustahak kerana guru-guru kini berdepan dengan murid-murid yang
berlatarbelakangkan tahap intelektual, tahap kecerdasan serta status sosioekonomi yang berbeza-beza. Sekiranya
pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak murid-murid kita,
nescaya kita tidak dapat melahirkan murid yang berjaya menguasai kemahiran-kemahiran mutakhir abad ke-21,
iaitu kemahiran komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis yang didasari oleh penerapan nilai-nilai murni.
Oleh sebab itu, marilah kita menjalankan refleksi, membudayakan inovasi, dan akhirnya merealisasikan
transformasi.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah dan syabas yang setinggi-tingginya kepada
semua guru yang terlibat dalam pembentangan kertas ilmiah dalam PUICE 2021. Perkongsian ilmiah ini pasti akan
membawa manfaat yang tidak ternilai sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja di sekolah,
malah di seluruh daerah Petaling Utama serta tidak keterlaluan jika dikatakan di seluruh negeri Selangor dan
seterusnya di seluruh negara. Kepada PPD Petaling Utama, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen dan istiqamah untuk menganjurkan Petaling Utama
Innovative Conference On Education (PUICE) Tahun 2021.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

HAJAH ANISMAH BT MOHD NOH
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PERANCANGAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, Petaling Utama Innovative Conference On Education (PUICE)
2021 dapat dilaksankan secara maya pada hari ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua warga PPD Petaling Utama khususnya Sektor Pembelajaran yang menjadikan konferens ini
satu realiti yang berinspirasi.

PUICE 2021 yang bertemakan Inovasi: Realiti Transformasi Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 perlulah sama-
sama kita fahami dan hayati. Budaya inovasi dalam sesebuah institusi pendidikan amat penting dalam usaha untuk
menghadapi Revolusi Industri 4.0. Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status
quo. Guru bukanlah lilin yang membakar diri, tetapi umpama matahari yang menyebarkan cahaya harapan dalam
kehidupan insan. Dalam usaha menjadikan proses pendidikan itu sesuai dengan tahap dan keupayaan murid,
maka guru sebagai agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan kritis untuk membuat beberapa
inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Para pendidik perlu sentiasa bersedia ketika berhadapan
perubahan situasi semasa terutama ketika dunia dan negara kita berada dalam pandemik COVID-19. Guru
sebagai suri teladan pendidikan perlu lebih berinovatif untuk menyampaikan ilmu dengan lebih efisien supaya para
pelajar yang dididik bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut kaya dengan adab selain mandiri.

Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era Revolusi Industri 4.0 yang kian mencabar ini, beberapa
anjakan paradigma perlu dilakukan oleh warga pendidik. Persekitaran ekosistem cara bekerja dalam organisasi
perlu dilonjakkan bagi memastikan kita terus kekal kompetitif melalui pemikiran di luar kotak. Oleh itu, kita haruslah
berupaya melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), pembelajaran hibrid/ blended learning dan flipped classroom.
Kita juga mampu mencipta iklim pembelajaran yang berkualiti dan bermaklumat, menilai tahap pencapaian dan
pengetahuan pelajar serta menggalakkan murid mengeksplorasi jawapan melalui penemuan kendiri dalam isi
pelajaran. Oleh hal yang demikaian, sewajarnya kita memiliki mindset baharu, pekerjaan yang bermakna dan
bersikap “agile” iaitu mampu untuk melakukan perubahan dengan cepat.

Akhirulkalam, syabas dan tahniah saya ucapakan kepada para guru yang terpilih untuk membentangkan kajian
ilmiah pada hari ini. Semoga segala inisiatif untuk menjayakan konferens ini dapat memberikan motivasi dan
membuka minda warga pendidik khususnya di daerah Petaling Utama untuk melakukan perubahan melalui kajian
tindakan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Oleh itu, saya amat berharap konferens ini akan menjadi agenda
tahunan secara berterusan dan menjadikan platform ini sebagai medan transformasi dalam pendidikan kini.
Sesungguhnya, Inovasi: Realiti Transformasi Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 satu inspirasi.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

PUAN AZLINA BINTI HUSSIN
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBELAJARAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan kesyukuran saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Sektor Pembelajaran PPD Petaling Utama berjaya merealisasikan objektif untuk menganjurkan Petaling
Utama Innovative Conference On Education (PUICE) 2021 yang diadakan secara dalam talian untuk julung-
julung kalinya. Sehubungan dengan itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pengarah Jebatan Pendidikan Negeri Selangor atas sokongan moral dan suntikan
motivasi kepada PPD Petaling Utama untuk mengadakan konferens maya ini. Rakaman penghargaan saya
yang seterusnya ditujukan kepada tulang belakang PUICE 2021, iaitu seluruh Jawatankuasa Induk dan
Pelaksana PUICE 2021, khususnya Sektor Pembelajaran yang telah bertungkus lumus untuk merencanakan
dan melaksanakan program yang amat bermakna ini. Tanpa iltizam, istiqamah serta gemblengan kudrat dan
kepakaran semua, PUICE 2021 mustahil menjadi realiti..

Revolusi Industri 4.0 yang berlaku di seantero dunia pada hari ini wajib kita fahami dan hayati. Sehubungan
dengan itu, anjakan paradigma perlu dibudayakan untuk merekayasa mekanisme penyampaian ilmu dan
kemahiran pada setiap peringkat pesekolahan supaya kita tidak tergelincir daripada landasan kemajuan.
Sekiranya warga pendidik berjaya membentuk murid yang dilengkapi kemahiran abad ke-21, nescaya modal
insan kita akan berupaya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Oleh
sebab itu, perubahan yang telahpun berlaku dalam kurikulum kebangsaan sebagaimana yang termaktub
dalam DSKP wajib diimplementasikan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru melalui transformasi dalam
amalan pedagogi. Untuk merealisasikan transformasi ini pula, guru-guru wajib mencuba dan mencipta pelbagai
inovasi. Atas kesedaran inilah, PUICE 2021 kita pada kali ini bertemakan Inovasi: Realiti Transformasi
Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 dengan harapan warga pendidik dapat berkongsi pelbagai amalan
terbaik hasil inovasi yang berkesan demi kemenjadian murid dan keberhasilan prestasi.

Melalui PUICE 2021, saya juga berharap agar PPD Petaling Utama dapat menyediakan satu platform yang
cukup ampuh walaupun secara maya untuk membolehkan guru-guru berkongsi ilmu sekali gus
mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Saya yakin program ini dapat berperanan sebagai satu Jaringan
Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Network yang memungkinkan ilmu, kemahiran dan
amalan terbaik warga pendidik disebarluaskan lantas membudaya dalam landskap pendidikan kita. Akhir kata,
saya mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua pembentang kertas ilmiah dalam PUICE
2021.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

NOORIN BINTI ZAKARIA
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama

LATAR BELAKANG

1. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovasi bermaksud perubahan, modifikasi, atau membaiki idea, ilmu dan ciptaan seni budaya
tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi
pasaran tertentu manakala Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih
baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

2. Perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini dilihat telah mengalami cabaran
keperluan teknologi dalam mendepani revolusi industri 4.0. Para pendidik perlu sentiasa bersedia ketika
berhadapan perubahan situasi semasa terutama ketika dunia dan negara kita berada dalam pandemik
Covid-19.

3. Budaya inovatif perlu diterapkan dalam kalangan warga pendidik ketika melaksanakan pembelajaran di
kelas secara bersemuka atau secara dalam talian apatah lagi murid-murid mempunyai pelbagai aras
kebolehan dalam menentukan hala tuju negara selari dengan Revolusi Industri 4.0.

4. Oleh itu, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif perlu menjadi amalan guru-guru
sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan
minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Kaedah ini dapat mencorakkan suasana pembelajaran dan
meningkatkan tahap penguasaan pencapaian murid tentang sesuatu yang dipelajari.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan tahap pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan warga pendidik
2. seterusnya dapat memartabatkan pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan.
3. Menvariasikan inovasi dalam PdPC berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19.
4. Memberi pendedahan kepada pendidik tentang teknik, pendekatan dan kaedah PdP menggunakan

teknologi terkini selari dengan Revolusi Industri 4.0.
5. Meningkatkan kefahaman dan kesediaan guru untuk menggunakan teknologi dalam penyampaian PdP

ketika mendepani Revolusi Industri 4.0 khususnya dalam dunia


Click to View FlipBook Version