KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Sekalung tahniah saya hulurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama atas inisiatif murni dan
komitmen padu untuk menganjurkan Petaling Utama Innovative Conference on Education (PUICE) 2021 secara
dalam talian pada hari ini.
PUICE 2021 ini bertemakan Inovasi: Realiti Transformasi Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0. Tema ini amat
menarik dan seiring dengan perkembangan dan kamajuan seantero dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam
dunia VUCA pada hari ini, kita perlu senantiasa berdepan dengan perubahan dan dengan itu, amat penting untuk
kita melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran mutakhir agar kita mampu menyesuaikan diri dengan
pelbagai keadaan di luar jangkaan. Sebagai contoh, kita tidak dapat menjangkakan pandemik Covid-19 akan
melanda seluruh dunia sehingga mengakibatkan sekolah terpaksa ditutup dalam tempoh yang sebegitu panjang.
Oleh sebab itu, andai kata tiadanya kreativiti dan inovasi, murid-murid kita pasti terkesan dan akhirnya terus tercicir.
Maka, penganjuran PUICE sesungguhnya tepat pada masanya.
Inovasi didefinisikan sebagai pembaharuan. Pembaharuan ini terhasil daripada pemikiran kritis dan kreativiti.
Kreativiti dan inovasi pula begitu mustahak kerana guru-guru kini berdepan dengan murid-murid yang
berlatarbelakangkan tahap intelektual, tahap kecerdasan serta status sosioekonomi yang berbeza-beza. Sekiranya
pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak murid-murid kita,
nescaya kita tidak dapat melahirkan murid yang berjaya menguasai kemahiran-kemahiran mutakhir abad ke-21,
iaitu kemahiran komunikasi, kolaboratif, kreativiti dan pemikiran kritis yang didasari oleh penerapan nilai-nilai murni.
Oleh sebab itu, marilah kita menjalankan refleksi, membudayakan inovasi, dan akhirnya merealisasikan
transformasi.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah dan syabas yang setinggi-tingginya kepada
semua guru yang terlibat dalam pembentangan kertas ilmiah dalam PUICE 2021. Perkongsian ilmiah ini pasti akan
membawa manfaat yang tidak ternilai sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja di sekolah,
malah di seluruh daerah Petaling Utama serta tidak keterlaluan jika dikatakan di seluruh negeri Selangor dan
seterusnya di seluruh negara. Kepada PPD Petaling Utama, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen dan istiqamah untuk menganjurkan Petaling Utama
Innovative Conference on Education (PUICE) Tahun 2021.
Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
HAJAH ANISMAH BINTI M. NOH
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
1
KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PERANCANGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, Petaling Utama Innovative Conference on Education (PUICE)
2021 dapat dilaksanakan secara maya pada hari ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua warga PPD Petaling Utama khususnya Sektor Pembelajaran yang menjadikan konferens ini
satu realiti yang berinspirasi.
PUICE 2021 yang bertemakan Inovasi: Realiti Transformasi Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 perlulah sama-
sama kita fahami dan hayati. Budaya inovasi dalam sesebuah institusi pendidikan amat penting dalam usaha untuk
menghadapi Revolusi Industri 4.0. Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status
quo. Guru bukanlah lilin yang membakar diri, tetapi umpama matahari yang menyebarkan cahaya harapan dalam
kehidupan insan. Dalam usaha menjadikan proses pendidikan itu sesuai dengan tahap dan keupayaan murid,
maka guru sebagai agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan kritis untuk membuat beberapa
inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Para pendidik perlu sentiasa bersedia ketika berhadapan
perubahan situasi semasa terutama ketika dunia dan negara kita berada dalam pandemik Covid-19. Guru sebagai
suri teladan pendidikan perlu lebih berinovatif untuk menyampaikan ilmu dengan lebih efisien supaya murid-murid
yang dididik bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut kaya dengan adab selain mandiri.
Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era Revolusi Industri 4.0 yang kian mencabar ini, beberapa
anjakan paradigma perlu dilakukan oleh warga pendidik. Persekitaran ekosistem cara bekerja dalam organisasi
perlu dilonjakkan bagi memastikan kita terus kekal kompetitif melalui pemikiran di luar kotak. Oleh itu, kita haruslah
berupaya melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), pembelajaran hibrid/ blended learning dan flipped classroom.
Kita juga mampu mencipta iklim pembelajaran yang berkualiti dan bermaklumat, menilai tahap pencapaian dan
pengetahuan pelajar serta menggalakkan murid mengeksplorasi jawapan melalui penemuan kendiri dalam isi
pelajaran. Oleh hal yang demikaian, sewajarnya kita memiliki mindset baharu, pekerjaan yang bermakna dan
bersikap “agile” iaitu mampu untuk melakukan perubahan dengan cepat.
Akhirulkalam, syabas dan tahniah saya ucapakan kepada para guru yang terpilih untuk membentangkan kajian
ilmiah pada hari ini. Semoga segala inisiatif untuk menjayakan konferens ini dapat memberikan motivasi dan
membuka minda warga pendidik khususnya di daerah Petaling Utama untuk melakukan perubahan melalui kajian
tindakan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Oleh itu, saya amat berharap konferens ini akan menjadi agenda
tahunan secara berterusan dan menjadikan platform ini sebagai medan transformasi dalam pendidikan kini.
Sesungguhnya, Inovasi: Realiti Transformasi Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 satu inspirasi.
Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
AZLINA BINTI HUSSIN 2
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan kesyukuran saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Sektor Pembelajaran PPD Petaling Utama berjaya merealisasikan objektif untuk menganjurkan Petaling
Utama Innovative Conference on Education (PUICE) 2021 yang diadakan secara dalam talian untuk julung-
julung kalinya. Sehubungan dengan itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atas sokongan moral dan suntikan
motivasi kepada PPD Petaling Utama untuk mengadakan konferens maya ini. Rakaman penghargaan saya
yang seterusnya ditujukan kepada tulang belakang PUICE 2021, iaitu seluruh Jawatankuasa Induk dan
Pelaksana PUICE 2021, khususnya Sektor Pembelajaran yang telah bertungkus lumus untuk merencanakan
dan melaksanakan program yang amat bermakna ini. Tanpa iltizam, istiqamah serta gemblengan kudrat dan
kepakaran semua, PUICE 2021 mustahil menjadi realiti.
Revolusi Industri 4.0 yang berlaku di seantero dunia pada hari ini wajib kita fahami dan hayati. Sehubungan
dengan itu, anjakan paradigma perlu dibudayakan untuk merekayasa mekanisme penyampaian ilmu dan
kemahiran pada setiap peringkat persekolahan supaya kita tidak tergelincir daripada landasan kemajuan.
Sekiranya warga pendidik berjaya membentuk murid yang dilengkapi kemahiran abad ke-21, nescaya modal
insan kita akan berupaya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Oleh
sebab itu, perubahan yang telahpun berlaku dalam kurikulum kebangsaan sebagaimana yang termaktub
dalam DSKP wajib diimplementasikan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru melalui transformasi dalam
amalan pedagogi. Untuk merealisasikan transformasi ini pula, guru-guru wajib mencuba dan mencipta pelbagai
inovasi. Atas kesedaran inilah, PUICE 2021 kita pada kali ini bertemakan Inovasi: Realiti Transformasi
Pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 dengan harapan warga pendidik dapat berkongsi pelbagai amalan
terbaik hasil inovasi yang berkesan demi kemenjadian murid dan keberhasilan prestasi.
Melalui PUICE 2021, saya juga berharap agar PPD Petaling Utama dapat menyediakan satu platform yang
cukup ampuh walaupun secara maya untuk membolehkan guru-guru berkongsi ilmu sekali gus
mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Saya yakin program ini dapat berperanan sebagai satu Jaringan
Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Network yang memungkinkan ilmu, kemahiran dan
amalan terbaik warga pendidik disebarluaskan lantas membudaya dalam landskap pendidikan kita. Akhir kata,
saya mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua pembentang kertas ilmiah dalam PUICE
2021.
Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
NOORIN BINTI ZAKARIA
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
3
LATAR BELAKANG
1. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovasi bermaksud perubahan, modifikasi, atau membaiki idea, ilmu dan ciptaan seni budaya
tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi
pasaran tertentu manakala Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih
baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
2. Perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini dilihat telah mengalami cabaran
keperluan teknologi dalam mendepani Revolusi Industri 4.0. Para pendidik perlu sentiasa bersedia ketika
berhadapan perubahan situasi semasa terutama ketika dunia dan negara kita berada dalam pandemik
Covid-19.
3. Budaya inovatif perlu diterapkan dalam kalangan warga pendidik ketika melaksanakan pembelajaran di
kelas secara bersemuka atau secara dalam talian apatah lagi murid-murid mempunyai pelbagai aras
kebolehan dalam menentukan hala tuju negara selari dengan Revolusi Industri 4.0.
4. Oleh itu, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif perlu menjadi amalan guru-guru
sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan
minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Kaedah ini dapat mencorakkan suasana pembelajaran dan
meningkatkan tahap penguasaan pencapaian murid tentang sesuatu yang dipelajari.
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan tahap pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan warga pendidik seterusnya dapat
memartabatkan pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan.
2. Menvariasikan inovasi dalam PdPc berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19.
3. Memberi pendedahan kepada pendidik tentang teknik, pendekatan dan kaedah PdPc menggunakan
teknologi terkini selari dengan Revolusi Industri 4.0.
4. Meningkatkan kefahaman dan kesediaan guru untuk menggunakan teknologi dalam penyampaian PdPc
ketika mendepani Revolusi Industri 4.0 khususnya dalam dunia pendidikan.
4
8.30 Pagi ATUR CARA
9.00 Pagi
Pendaftaran
10.25 Pagi
10.30 Pagi Ucapan Pembukaan (Pengacara Majlis)
11.55 Pagi Bacaan Doa
12.00 Tengah Hari Ustaz Zamidi bin Ahmad Sohaimi
1.50 Tengah Hari Ucapan Alu-aluan
2.00 Petang Puan Azlina binti Hussin
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Ucap Tama PUICE 2021
Prof. Dr. Ramlee bin Mustapha
Mantan Dekan
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ucapan Perasmian
Hajah Anismah binti M. Noh
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sesi Pengenalan Moderator
Sesi Pembentangan 1
1. Kathleen a/p A.Saiman – SJK(T) Seaport
2. Hanan Sofia binti Mohamed Ghazali - SMK (L) Bukit Bintang
3. Irene Yong Siew Fei – SJK(C) Chung Hwa Damansara
4. Nurhashimah binti Nawawi - SMK (P) Taman Petaling
5. Noor Arbaiah binti Ismail - SMK Damansara Jaya
Tayangan Montaj
Sesi Pembentangan 2
1. Subhiyatun Nazriah binti Mohd Aspar - SK Sri Petaling
2. Kavitha a/p Maslamany - SK Taman Dato Harun 2
3. Muhd Nizamuddin bin Samsudin - SMK Lembah Subang
4. Siti Sofiah binti Zilman – SK Sri Kelana
5. Tong Pei Pei – SJK(C) Desa Jaya 2
Penutupan (Pengacara Majlis)
Bersurai
5
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat Azlina binti Hussin
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Pengerusi Noorin binti Zakaria
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Naib i. i. Mohd Kamal Azizi bin Abdul Aziz
Pengerusi Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
ii. ii. Hajah Marhani binti M. Haniff
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Penyelaras Zaini bin Mat Husin
Penolong PPD
Penolong Unit Pemulihan Khas
Penyelaras Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Setiausaha
Nurulhidayah binti Ramli
Bendahari Penolong PPD
Unit Pemulihan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Risahida binti Bahari
Penolong PPD
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Rasyikah binti Mohamad
Hairoon Nadia binti Hashim
6
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Program Zaini bin Mat Husin
Penolong Penyelaras
Setiausaha & Penilaian Nurulhidayah binti Ramli
Program
Penolong Setiausaha Risahida binti Bahari
Pendaftaran
Sathiah a/p Shammugam
Teks Ucapan & Kata
Alu-aluan 1. Hilwana binti Ahmad Shaari
Buku Abstrak/ Buku 2. Norafiza binti Mohamed Noor
Program
1. Alex Leong Jun Wei
Editor 2. Rosliza binti Basar
Pengacara Majlis 1. Mohd Shahidan bin Zainuddin Zainal Abidin
2. Hanisah binti Mohd Ali
Bacaan Doa 3. Julia binti Hamzah
Moderator
1. Noorin binti Zakaria
Publisiti/Promosi 2. Antoinette Gerardine Maria Raj
Montaj 1. Rosliza binti Basar
2. Normawati binti Jasman
Backdrop
Zamidi bin Ahmad Sohaimi
1. Alex Leong Jun Wei
2. Musa bin Mohd Walid
1. Khairul Anuar bin Abdul Azid
2. Kuhanis binti Mohamad Zain
3. Marina binti Ahmad
1. Badieah binti Mustakin
2. Mohd Fazdli Zaman bin Othman
1. Suriazana binti Shahri
2. Maria Farinna binti Zainal Abidin
7
JAWATANKUASA PELAKSANA
Teknikal Wasilah Minda 1. Maria Farinna binti Zainal Abidin
2. Badieah binti Mustakin
3. Suriazana binti Shahri
4. Mohd. Idaham bin Ibrahim
5. Muhammad Syukry bin Muhammad Sabri
6. Jam Arif bin Abd. Wahab
7. Norsilawa binti Bohari
Sijil & Cenderamata 1. Nadiah binti Jahidin
2. Marina binti Ahmad
3. Bibi Virdayati binti Ilyas @ Alias
4. Zaharah binti Abdullah @ Sudi
5. Zaihasra binti Hasan
Dokumentasi & Fotografi 1. Muhamad Zuraidi bin Md Nor
2. Nik Ashikin bin Nik Othman
3. Darnalis bin Abu Bakar
4. Mohamad Muslihat bin Ismail
5. Yusyahrul Nizar bin Md Yusof
Kejurulatihan & 1. Hilwana binti Ahmad Shaari
Pembentangan 2. Alex Leong Jun Wei
3. Antoinette Gerardine Maria Raj
4. Nadiah binti Jahidin
5. Badieah binti Mustakin
6. Rosliza binti Basar
7. Nurulhidayah binti Ramli
8. Risahida binti Bahari
9. Mohd Shahidan bin Zainuddin Zainal Abidin
Jemputan 1. Norhafizah binti Zaini
2. Nurhanani Husna binti Harme
8
SENARAI PEMBENTANG
1. “LAMPU SULUH MISTERI” MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN
KVK KV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS MELALUI TEORI VAK
Kathleen a/p A.Saiman, SJK(T) Seaport
Pemulihan Khas
2. UTILISING INSTAGRAM TO IMPROVE WRITING: SENTENCE STRUCTURE
Hanan Sofia binti Mohamed Ghazali, SMK (L) Bukit Bintang
Bahasa
3. KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI INTERAKTIF DALAM PDPR MURID PPKI
Irene Yong Siew Fei, SJK(C) Chung Hwa Damansara
Pendidikan Khas
4. HYPERDOC: INOVASI DIGITAL DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KERTAS 1 SEJARAH SPM
Nurhashimah binti Nawawi, SMK (P) Taman Petaling
Sejarah
5. MODUL MAHIR A+ SEJARAH:SMART PDPC
Noor Arbaiah Ismail, SMK Damansara Jaya
Sejarah
6. PENGGUNAAN KAD SAHABAT TAJWID DALAM PENGUASAAN HUKUM NUN SAKINAH DAN
TANWIN
Subhiyatun Nazriah binti Mohd Aspar, SK Sri Petaling
Al-Quran
7. KESAN PENGGUNAAN KUIZ INTERAKTIF WORDWALL TERHADAP MINAT DAN KEFAHAMAN
MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK PERUBAHAN KEADAAN JIRIM
Kavitha A/P Maslamany, SK Taman Dato’ Harun 2
Sains
8. KEBERKESANAN KAEDAH “ZERO” DALAM MENGENAL PASTI ELEMEN PADA PRODUK
MEKATRONIK.
Muhd Nizamuddin bin Samsudin, SMK Lembah Subang
Reka Bentuk Teknologi
9. KEBERKESANAN KAEDAH AMALI MASAKAN DAPAT MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN DAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DALAM KOMPONEN
MASAKAN SEMASA PDPR
Siti Sofiah binti Zilman, SK Sri Kelana
Pendidikan Khas
10. PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PEMAHAMAN SIMPULAN
BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT DI SEKOLAH
Tong Pei Pei, SJK(C) Desa Jaya 2
Bahasa Melayu
9
PEMBENTANG 1
“LAMPU SULUH MISTERI”8Mi ENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA
PERKATAAN KVK KV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS MELALUI TEORI VAK
Kathleen a/p A.Saiman
SJK(T) Seaport
ABSTRAK
Murid pemulihan khas sering menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam
penguasaan kemahiran membatangkan dua suku kata yang terdiri daripada pola KVK+KV. Kajian tindakan ini
dijalankan untuk membantu murid pemulihan khas meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
perkataan KVKKV melalui penggunaan bahan bantu mengajar “Lampu Suluh Misteri” yang berteraskan
pendekatan VAK. Berdasarkan ujian saringan lisan yang dilaksanakan, enam orang murid pemulihan khas
Tahun Dua Appar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan KVKKV telah dilibatkan dalam
kajian ini agar masalah mereka dapat diatasi dengan menggunakan bahan bantu mengajar “Lampu Suluh
Misteri” yang berteraskan pendekatan VAK. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data termasuklah
ujian sumatif sebelum dan selepas pengajaran, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pencapaian murid dalam kemahiran membaca perkataan KVKKV dapat ditingkatkan. Tambahan pula
murid telah memberi maklum balas positif tentang BBM “Lampu Suluh Misteri” yang berteraskan pendekatan
VAK seperti memupuk minat dalam bacaan, seronok, suka, mengingat dengan cepat serta tidak
membosankan. Melalui pemerhatian pula menunjukkan bahawa murid memberi respon, minat, keyakinan dan
penglibatan murid semasa PdPc yang amat digalakkan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan
bahawa BBM “Lampu Suluh Misteri” berkesan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan
KVKKV. Bahan bantu mengajar ini sesuai digunakan untuk membantu murid yang mempunyai masalah dalam
bacaan awal dan ia mempunyai daya tarikan yang amat besar terhadap murid-murid.
Kata Kunci: Lampu Suluh Misteri, kemahiran membaca, VAK, Pemulihan Khas
10
PEMBENTANG 2
UTILISING INSTAGRAM TO IMPROVE WRITING: IN THE WORD CHOICE ASPECT
Hanan Sofia binti Mohamed Ghazali
SMK (L) Bukit Bintang
ABSTRACT
Two methods are conducted in order to get the data for this research. The methods are through observation
and pre and post assessment. Six students from Three Budi of SMK (L) Bukit Bintang agreed to be the
respondents of the study. This study aims to identify the effectiveness of using social media as the platform
to improve students’ writing. Students encounter difficulty in productive skills which are speaking and writing
compared to reading and listening. Writing is deemed as the hardest among the other skills as it requires
accurate grammar, precise vocabulary – formal and informal - spelling and punctuation. Based on the
observation of students’ writing through exercises in class and in exam, it is found that students tend to make
mistakes on things that they already know. It is unknown whether they make mistakes because they forget or
they are simply careless. There is a dire need for the students to do revision constantly. This study also
recognizes the use of technology and the massive impact it has on the students. Thus, the goal of this study
is to use social media, Instagram specifically, to give students the exposure they need and the information
that might help them improve their writing. The content of the Instagram page is monitored by a teacher who
posts several pictures a week. The pictures cover topics of grammar, sentence structure, spelling and
vocabulary. Students spend an average of nine hours per day online. Hence, the probability for them to come
across the Instagram post and revise is higher rather than to wait for them to open a textbook. This study
shows tremendous potential with the improvement of the students’ writing in Post Assessment that indicates
the students use proper vocabulary and better grammar use in their writing. It is hoped that other teachers
aspire to using technology to support students to thrive in their education.
Keywords: Instagram, writing, word choice
11
PEMBENTANG 3
KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI INTERAKTIF DALAM PDPR MURID PPKI
Irene Yong Siew Fei
SJK(C) Chung Hwa Damansara
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan corak pengajaran yang berlaku dalam dunia Pendidikan Khas
kategori bermasalah pembelajaran sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kumpulan sasaran bagi
kajian ini melibatkan enam orang guru dan 38 orang murid di PPKI SJK(C) Chung Hwa Damansara. Kajian
ini dijalankan dengan menggunakan Kajian Tindakan dan ia difokuskan kepada perubahan daripada cara
pengajaran dan pembelajaran tradisional di sekolah (PdPC) kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di rumah (PdPR) serta bagaimana aplikasi interaktif membantu dalam PdPR murid Pendidikan Khas.
Tiada tinjauan awal dijalankan untuk kajian ini. Kajian ini bermula dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) diumumkan pada Mac 2020 hingga 18 Jun 2021. Dapatan kajian diperoleh melalui pemerhatian, rekod
anekdot dan penilaian. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan cara pengajaran telah mengalami
perubahan dan penggunaan aplikasi interaktif dapat membantu meningkatkan penglibatan murid dalam
PdPR. Diharapkan cadangan bagi kajian seterusnya boleh dilaksanakan dengan meneroka perubahan
dalam pendidikan khas dan bagaimana guru dapat memanfaatkan lagi aplikasi interaktif dalam pengajaran.
Kata Kunci: Aplikasi interaktif, PdPR, penglibatan murid
12
PEMBENTANG 4
HYPERDOC: INOVASI DIGITAL DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KERTAS 1
SEJARAH SPM
Nurhashimah binti Nawawi
SMK (P) Taman Petaling
ABSTRAK
Dalam ledakan arus pendidikan perdana Era Revolusi Industri 4.0 aplikasi Informasi, Komunikasi dan
Teknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah menjadi digunakan seperti
microsoft power point, flash, video dan lain-lain dapat memaparkan imej dan visual yang menarik serta
berwarna warni sekaligus dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti proses PdPc di dalam bilik
darjah (Hanita & Shamsuddin, 2018). Media memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Pengaplikasian ICT juga dapat meransang daya kefahaman dan ingatan
murid serta mendorong murid supaya lebih fokus. Penggunaan teknologi multimedia dapat membantu alam
kehidupan masa lalu, masa kini dan imaginasi akan datang dibawa ke bilik darjah. Ini akan menjadikan
pembelajaran lebih realistik. Murid-murid akan memperoleh gambaran yang lebih jelas terhadap peristiwa
yang lalu sebelum hayat mereka. Di samping itu mereka turut mendapat pertambahan perbendaharaan kata
yang berkaitan dengan Sejarah (Salleh Ahmad, & Ayudin,2009). Isu mata pelajaran Sejarah yang sering kali
dikaitkan membosankan kerana amalan dan corak pengajaran guru yang lebih berfokuskan penerangan satu
hala sahaja. Oleh iu, aplikasi hyperdoc adalah salah satu formula terbaik dalam mengatasi penguasaan yang
efektif semasa pembentangan isi pelajaran sejarah. Hyperdoc secara umumnya adalah satu pakej yang
terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran ynag interaktif yang digunakan oleh murid mengikut
kadar kendiri. Kajian ini dijalankan ke atas 29 orang murid Tingkatan Lima di SMK (P) Taman Petaling.
Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data diperoleh dengan menggunakan
instrumen soal selidik dan pemerhatian. Soal selidik ini hanya membabitkan pihak murid yang menggunakan
hyperdoc sebagai bahan bantu mengajar dalam pembelajaran Sejarah. Kajian ini mendapati penggunaan
hyperdoc dalam pembelajaran Sejarah bagi keseluruhan murid berada pada tahap yang tinggi.
Kata Kunci: hyperdoc, multimedia, persepsi, pencapaian, Sejarah
13
PEMBENTANG 5
MODUL MAHIR A+ SEJARAH: SMART PDPC
Noor Arbaiah Ismail
SMK Damansara Jaya
ABSTRAK
Modul Mahir A+ Sejarah: SMART PdPc merupakan sistem kerangka (frame) yang memandu individu
mengakses maklumat sesuatu topik sejarah dengan berkesan. Paradigma PdPc baharu yang koheren,
dinamik sesuai dengan alaf baru 21 boleh menjadi kayu ukur membuang paradigma yang lama bahawa
sejarah adalah subjek yang membosankan. Tinjauan awal mendapati masalah mempelajari sejarah bermula
dengan fakta yang terlalu rumit dan banyak. Situasi ini mendatangkan rasa bosan dan pelajar kurang
berminat dengan subjek ini. Fokus kajian adalah kepada pelajar yang gagal mengakses informasi kesan
ketiadaan kerangka pembelajaran dan pengajaran yang jelas, menjadikan mereka tidak dapat menguasai
Teknik Menjawab soalan dengan berkesan. Inovasi yang dijalankan Modul Smart A+ bertepatan dengan
Teori Bapa Sejarah, Herodotus, kaedah ini membolehkan individu penyelidik informasi sejarah daripada
pemikiran aras rendah sehingga pemikiran aras tinggi. Konsep penggabungjalinan 3 F iaitu Fun, Focus dan
Fantastic dan 4 K bagi PAK 21 iaitu Komunikasi, Kolaborasi, Kritikal (pemikiran) dan kreativiti. Kajian
menunjukkan bukti yang jelas perubahan sikap yang dinamik, kesan ketara dalam PdPR bahawa sistem ini
berjaya mencapai objektivitinya. Modul Mahir A+ Sejarah:SMART PdPc berpotensi menjadi bahan utama
PdPR pada masa hadapan kerana inovasi ini telah berjaya dibukukan dengan nama Modul Mahir Sejarah
Tingkatan Empat dan Modul mahir Sejarah Tingkatan Lima.
Kata kunci: SMART belajar sejarah, mahir menjawab sejarah, teknik membaca sejarah. teknik mengakses
informasi sejarah
14
PEMBENTANG 6
PENGGUNAAN KAD SAHABAT TAJWID DALAM PENGUASAAN HUKUM NUN SAKINAH
DAN TANWIN
Subhiyatun Nazriah binti Mohd Aspar
SK Sri Petaling
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina satu pendekatan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam ilmu
tajwid; nun sakinah dan tanwin yang terdiri daripada lima hukum iaitu Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah,
Idgham Bila Ghunnah, Iqlab dan Ihfa Hakiki. Kajian telah dijalankan kepada lima orang murid dan pencapaian
murid direkodkan. Kaedah Kad Sahabat Tajwid dipilih dengan memperkenalkan penggunaan warna bagi
membezakan lima hukum tajwid. Penggunaan warna ini didapati dapat membantu murid mengenal pasti dan
mengingat kelompok huruf dalam hukum nun sakinah dan tanwin dengan mudah dan pantas. Dapatan kajian
mendapati terdapat peningkatan pencapaian murid di dalam pascaujian dengan mempraktikkan Kad Sahabat
Tajwid ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada kepelbagaian kaedah pengajaran
dan pembelajaran ilmu tajwid agar dapat meningkatkan kualiti bacaan al-Quran murid.
Kata kunci: Hukum nun sakinah dan tanwin, Kad Sahabat Tajwid, penggunaan warna
15
PEMBENTANG 7
KESAN PENGGUNAAN KUIZ INTERAKTIF WORDWALL TERHADAP MINAT DAN
KEFAHAMAN MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK PERUBAHAN KEADAAN JIRIM
Kavitha a/p Maslamany
SK Taman Dato’ Harun 2
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meninjau kesan penggunaan Kuiz Interaktif Wordwall terhadap minat dan
kefahaman lima orang murid Tahun Lima dalam subtopik Perubahan Keadaan Jirim di Petaling Jaya. Data
penyelidikan tindakan ini dikumpul melalui pemerhatian refleksi kendiri, borang soal selidik, praujian dan
pascaujian. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Hasil dapatan
penyelidikan tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan Kuiz Interaktif Wordwall dapat meningkatkan
minat dan kefahaman murid-murid Tahun Lima dalam topik Perubahan Keadaan Jirim. Tindakan lanjut
dicadangkan untuk mengkaji kesan penggunaan Kuiz Interaktif Wordwall dalam mengajar topik-topik Sains
yang lain dan melibatkan lebih ramai murid demi menguji kesahan data yang dikumpul.
Kata Kunci: Kuiz Interaktif Wordwall, minat, kefahaman, Sains Tahun Lima, Jirim
16
PEMBENTANG 8
KEBERKESANAN KAEDAH “ZERO” DALAM MENGENAL PASTI ELEMEN PADA PRODUK
MEKATRONIK
Muhd Nizamuddin bin Samsudin
SMK Lembah Subang
ABSTRAK
Dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan, kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh murid adalah
mengingat. Hal ini kerana tanpa mengingat murid tidak dapat menguasai sesuatu bidang ilmu dan tidak dapat
mentafsirkannya dalam penilaian sama ada dalam bentuk pentaksiran dalam bilik darjah atau peperiksaan
secara khususnya. Kegagalan murid dalam menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari bukanlah disebabkan oleh
ketidakupayaan kognitif mereka, tetapi disebabkan oleh kesilapan dalam memilih strategi kognitif yang
bersesuaian. Topik Mekatronik merupakan salah satu daripada tiga topik utama yang diperkenalkan dalam mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di Tingkatan Tiga. Melalui topik ini, murid perlu mengaplikasikan empat
asas teknologi yang telah dipelajari sebelum ini iaitu teknologi elektrik, teknologi elektronik, teknologi mekanikal
serta kawalan dan pengaturcaraan yang diterjemahkan dalam produk mekatronik sedia ada. Murid Tingkatan
Tiga di SMK Lembah Subang menghadapi masalah dalam mengenal pasti elemen pada sesebuah produk
mekatronik kerana mereka tidak menguasai asas dalam topik yang telah dipelajari di tingkatan 2 secara
khususnya. Berdasarkan hasil dapatan praujian, murid Tingkatan Tiga menghadapi masalah dalam mengusai
kemahiran paling asas iaitu mengingat bagi elemen mekatronik sedia ada. Menyedari masalah ini, pengkaji
telah mencuba pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBD) yang diberi nama “ZERO”. Kelemahan
yang ketara boleh dikenal pasti melalui pemerhatian dan temubual pada murid yang telah dikenal pasti sebelum
ujian pra dijalankan pada kelompok sasaran. Kajian yang dijalankan ini menfokuskan kepada perbandingan
antara pembelajaran yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBD) dan
pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional. Fokus utama pendekatan ini diuji pada topik reka
bentuk mekatronik kerana ia merupakan gabungan empat asas teknologi yang telah dipelajari murid sebelum
ini. Dalam konteks dunia pendidikan pada zaman ini yang semakin mencabar PBP dilihat amat sesuai
diimplimentasikan dalam kurikulum di Malaysia (Balakrishnan et al. 2009). Hal ini kerana, matlamat utama
pembelajaran Berasaskan Projek adalah untuk memastikan murid dapat menghasilkan sesuatu projek
berdasarkan teori yang telah dipelajari. Kementerian Pendidikan Malaysia (2006) menyatakan pendekatan
tradisional yang berkonsepkan chalk and talk kurang berkesan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc).
Kata Kunci: Kaedah “ZERO”, elemen, mekatronik
17
PEMBENTANG 9
KEBERKESANAN KAEDAH AMALI MASAKAN DAPAT MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN
DAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DALAM KOMPONEN
MASAKAN SEMASA PDPR
Siti Sofiah binti Zilman
SK Sri Kelana
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah amali masakan dapat meningkatkan tahap
pemahaman dan penguasaan kemahiran Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam komponen masakan semasa
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pengkaji juga ingin melihat sejauh mana amalan amali
masakan yang telah dipraktikkan di bengkel masakan (sekolah) dapat membantu MBK dalam menjalani
pembelajaran di rumah selain membantu pengkaji dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah MeBu iaitu MeBu= Menu Buih dalam
amali masakan. Kumpulan sasaran melibatkan sembilan MBK Tahun Empat di SK Sri Kelana. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Responden diberikan
tugasan menyediakan tiga menu berdasarkan tiga kaedah dalam masakan iaitu menggoreng, mengukus dan
merebus. Data yang diperoleh dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan peratusan bagi tujuan analisis data.
Hasil Kajian menunjukkan aktiviti amali melalui kaedah MeBu dapat menarik minat, dan dapat tingkatkan
pemahaman dan kemahiran MBK dalam menguasai komponen masakan. Responden juga dapat
mengaplikasikan amali masakan yang dipelajari pada kehidupan seharian mereka dengan baik serta dapat
membantu mengembangkan bakat dan potensi diri pada masa depan.
Kata Kunci: Komponen Masakan, Murid Berkeperluan Khas, Kaedah MeBu
18
PEMBENTANG 10
PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PEMAHAMAN
SIMPULAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN TAHUN EMPAT DI SEKOLAH
Tong Pei Pei
SJK(C) Desa Jaya 2
ABSTRAK
Tajuk kajian ini ialah penggunaan TMK dalam pengajaran untuk meningkatkan pemahaman simpulan bahasa
dalam kalangan murid. Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa murid-murid kurang peka tentang
penggunaan simpulan bahasa dalam penulisan disebabkan mereka tidak berminat untuk belajar simpulan
bahasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan TMK
terhadap pengajaran simpulan Bahasa Melayu di sekolah rendah Tahun Empat. Kajian ini dilaksanakan dengan
empat langkah, iaitu pemerhatian, praujian, pascaujian dan analisis. Kedua-dua ujian ini mengandungi 10 soalan
simpulan bahasa yang sama tetapi menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, iaitu PdPc
penggunaan TMK dan PdPc tradisional. Bahan bantu belajar seperti slaid Microsoft Powerpoint, visualiser,
pembesar suara, dan aplikasi dalam talian, Quizizz telah digunakan untuk PdPc penggunaan TMK manakala
PdPc tradisional hanya menggunakan buku teks. Daripada hasil dapatan kajian ini, peningkatan skor ujian bagi
murid yang mengikuti PdPc penggunaan TMK adalah lebih ketara daripada murid-murid yang mengikuti PdPc
tradisional. Kesimpulannya, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan skor
pencapaian ujian murid Tahun Empat dalam pengajaran simpulan bahasa.
Kata Kunci: Penggunaan TMK, simpulan bahasa
19
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan…
20
SEKIAN, TERIMA KASIH
21