The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuradriani970, 2023-01-07 05:22:24

PERMAINAN GASING DI MALAYSIA..

PERMAINAN GASING DI MALAYSIA..

PERMAINAN
TRADISIONAL

GASING TRADISIONAL

1. Mohammad Syawal Bin Azhar Ahmad (293909)

2. Luqman Harith Bin Hashim (293875) 6. Nur Ayshah Binti Ayob (295228)
3. Muhammad Nadzrul Safuwan Bin Sharul Nizam (295411) 7. Nur Farra Malissa Binti Mohd Shuri (295327)
4.Nur Azwa Najiha Binti Mahamud (294800) 8. Mazura Afzaliza Binti Mazlan (294996)
5. Nurul Amirah binti Mohd Ros Hishamudin (294873) 9. Nurul Fasiha Binti Abd.Rahim (294920)
10. Nur Adriani Binti Azmi (294050)

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1
SEJARAH

TOKOH-TOKOH 2
JENIS-JENIS

BAHAN 3-4
CARA PEMBUATAN GASING

VIDEO PROSES PEMBUATAN GASING 5-7
BENTUK DAN TRADISI

CARA BERMAIN 8
VIDEO CARA BERMAIN GASING

KELEBIHAN 9
PERBEZAAN GASING TRADISIONAL DAN GASING MODEN

KESAN PEMODENAN 10
LANGKAH PEMELIHARAAN

KESIMPULAN 11
RUMUSAN

RUJUKAN 12


13


14


15


16


17


18


19


20-22

PENDAHULUAN

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, gasing merupakan permainan berpaksi
yang diperbuat daripada sumber semula jadi iaitu kayu dan ia dapat dipusingkan
menggunakan tali. Permainan gasing ini telah diperkenalkan sejak zaman dahulu
lagi dan diwarisi sehingga ke zaman moden ini serta masih dimainkan sehingga
sekarang. Masyarakat yang duduk di kampung merupakan antara individu-
individu yang paling gemar bermain gasing. Mereka lebih gemar bermain
permainan gasing ini beramai-ramai ketika mereka mempunyai masa lapang.
Mereka percaya bahawa permainan gasing ini mempunyai pelbagai kebaikan
terutamanya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan antara
penduduk setempat kerana pemain gasing ini terdiri daripada setiap lapisan
agama dan kaum.

Masyarakat daripada setiap lapisan umur dari muda sehingga tua melibatkan
diri dalam acara permainan gasing tradisional ini. Justeru itu, terdapat pelbagai
jenis bentuk gasing yang dicipta mengikut kesesuaian para pengguna. Gasing uri
dan gasing pangkah menjadi lebih dominan berbanding jenis-jenis gasing yang
lain kerana kedua-dua jenis gasing ini mempunyai acara perlawanannya sendiri.
Namun, peredaran zaman dan perubahan generasi telah mengubah perspektif
masyarakat terhadap permainan tradisional dan perkara ini menyebabkan
permain tradisional seperti gasing semakin lama semakin diabaikan oleh
masyarakat tempatan. Pembangunan teknologi yang kian pantas telah mencipta
pelbagai pengganti seperti telefon pintar,dan permainan moden telah
merencatkan permainan tradisional kerana telefon pintar dan permainan moden
tersebut mendapat sambutan yang sangat meriah daripada masyarakat
terutamanya generasi muda zaman moden ini. Kerajaan Malaysia telah
mengambil alternatif mengadakan sebuah Festival Permainan Malaysia untuk
menyemarakkan permainan trasdisional dan sukan rakyat yang kian pupus ditelan
zaman. Terdapat juga perlawanan gasing pangkah berlangsung semasa festival
tersebut diadakan (Malaysia Gazette,25 September 2022). Jelaslah bahawa
peredaran zaman tidak menjejaskan sambutan perlawanan gasing pangkah dan
pemain gasing di seluruh Malaysia dapat berkumpul dan menunjukkan kelebihan
masing-masing.

1

SEJARAH

Pada zaman dahulu, permainan gasing telah dimainkan di seluruh negara dan
perkara tersebut masih kekal sehingga sekarang. Sejarah telah menunjukkan
bahawa gasing tidak hanya dimainkan di Malaysia sahaja, namun turut dimainkan di
beberapa negara yang lain seperti China, Jepun, Amerika, Singapura dan
Indonesia.Sumber terdekat dan pemerhatian daripada keindahan alam semula jadi
telah memberikan inspirasi kepada pencipta untuk mencipta sebuah permainan.
Pada Dinasti Song, wanita berketurunan istana telah bermain ch’en- ch’ien atau
lebih mudah dikenali sebagai gasing pada ketika itu. Gasing bersenandung dan
bersiul lebih sinonim kepada penduduk jepun manakala sebuah alat permainan
yang mempunyai ciri fizikal yang sama seperti gasing menjadi satu populariti di
Amerika pada pertengahan tahun 1800-an. Di Indonesia, Gangsing, Panggal,
Lampung atau Pukang atau mudah dikenali sebagai Gasing diputarkan di atas kaca
dan membandingkan gasing pemain yang manakah yang dapat bertahan paling
lama di atas ruang kaca tersebut. Hal ini jelaslah bahawa tidak kisahlah negara
mana sekali pun, gasing tetap dapat menarik perhatian penduduk tempatan untuk
melibatkan diri dalam permainan ini.

Buah berembang merupakan sebuah anugerah semula jadi yang diciptakan oleh

Yang Maha Esa yang telah memberikan ilham kepada pencipta gasing. Ciri fizikal

buah berembang yang dapat dipintal pada hujungnya dan memutarkannya serta

bertanding untuk mencari pemain yang dapat bertahan lama. Namun, terdapat

sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa permainan gasing ini dicipta

berdasarkan daripada permainan kegemaran kanak-kanak, laga telur. Permainan

dahulu yang dimainkan oleh kanak-kanak bagi mencari kegembiraan telah

digantikan kepada penghasilan gasing yang berbentuk seperti telur ayam.

Walaupun banyak pendapat yang diketengahkan, terdapat juga beberapa buah

negeri memiliki ciptaan gasing tersendiri yang memberi simbolik terhadap negeri

tersebut. Gasing Uri dan Gasing Leper lebih terkenal di negeri pantai timur iaitu

Kelantan manakala Gasing Pangkah dan Gasing Baba lebih sinonim di negeri Johor

dan Negeri Sembilan. Pergerakan dan sumber yang terhad telah memaksa

penduduk setempat untuk mencari idea mencipta permainan menggunakan sumber

yang sedia ada dan terdekat. Pokok kayu merbau, kayu melawis kayu keranji dan

kayu kempas menjadi bahan utama bagi penciptaan gasing. Penduduk dahulu lebih

gemar bermain pada penghujung musim menuai padi. Pada ketika itu, para petani

memiliki lebih banyak masa lapang yang dapat diisi dengan bermain permainan

gasing ini. Hal ini memberikan pelbagai manfaat kepada pemain seperti

merapatkan hubungan antara satu sama lain dan memelihara kesihatan mental

mereka. 2

Date: TOKOH

Koh Kim Bok

Gambar diatas menunjukkan seorang figura yang terkenal
dalam bidang permainan gasing iaitu Koh Kim Bok. Beliau
dilahirkan pada 11 ogos 1942 di Bukit Rambai, Melaka. Beliau
mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sebanyak 200
hingga 300 buah gasing dalam masa setahun. Tambahan
pula, kebolehan beliau telah mendapat pengiktirafan oleh
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Hari Kraf
Kebangsaaan 2013. Beliau telah menceburi bidang ini sejak

beliau berumur 12 tahun dan lebih aktif apabila beliau
mencapai kejayaan pada peringkat negeri pada tahun 1957.
Persatuan Gasing Bukit Rambai telah ditubuhkan olehnya dan
beliau memegang jawatab sebagai pengerusi. Persatuan ini
mempunyai ahli seramai 40 orang. Akhir sekali , beliau telah

menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 77 tahun.



3

Date: TOKOH

Pak Teh

Abdul Razak Bin Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Pak
Teh juga merupakan seorang tokoh permainan gasing di
Malaysia. Beliau berasal dari Kampung Kubang Telaga,
Bachok, Kelantan. Beliau bekerja sebagai petani, namun

telah terlibat dalam permainan ini sejak berumur 18
tahun. Beliau memiliki kelebihan membuat Gasing Uri.






4

JENIS

1) Gasing Tanjung
sering dimainkan di daerah Muar, Johor.
dikenali sebagai Gasing Labu Lemak yang sering dimainkan
oleh penduduk di Selangor.

2) Gasing Uri
terkenal dalam kalangan penduduk di Kelantan.
dimainkan dengan penglibatan antara dua kampung sama ada
daerah yang sama atau berlainan bertanding antara satu sama
lain

3) Gasing Leper Kelantan
dimainkan oleh individu yang mahir bermain gasing tradisional
di Kelantan sahaja.
harga sebuah gasing dikatakan sangat mahal.

4) Gasing Toyol
dimainkan di Melaka.
pada masa kini kebanyakkannya terdapat di Negeri Sembilam
dan Selangor.

5

JENIS

5) Gasing Lang Laut
sering dimainkan oleh penduduk di negeri Johor.
namun kini, gasing ini mudah dan sering dilihat di
negeri Selangor.

6) Gasing Kuno atau Gasing Pangkah
merupakan gasing zaman lampau yang dahulunya
dimainkan di negeri Terengganu, Pahang, Kedah,
Kelantan, Johor dan Selangor.

7) Gasing Jantung
dikenali juga sebagai Gasing Lundu amat terkenal di
negeri Sarawak, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan
Negeri Sembilan.

8) Gasing Begelan
merupakan gasing berunsur Jawa yang terkenal di
negeri Sabah dan Brunei.

6

JENIS

9) Gasing Pancitan
salah satu gasing yang mempunyai unsur Jawa.
diperoleh dari kalagan pemain Jawa dari Pacitan di
negeri Johor.
terdapat juga di kawasan Lembah Kelang, Selangor.
Kuala Lipis, Pahang pula asing ini terdapat di mukim
pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

10) Gasing Baba atau Gasing Wang Seringgit
gasing jenis ini amat terkenal dan boleh ditemukan di
negeri-negeri sekitar Selangor, Melaka, Negeri
Sembilan, Perlis, Kelantan dan Pahang.

7

BAHAN

Gasing diperbuat daripada pelbagai
jenis kayu. Antaranya:

Kayu Merbau Kayu Leban

Kayu Asam Jawa Kayu Keranji

Kayu Kempas Kayu Bakau

8

CARA PEMBUATAN

1. Kayu untuk membuat gasing ditarah menggunakan kapak bagi
membentuk sebuah gasing.
2. Proses menebuk lubang di bahagian pusat kayu dilakukan
menggunakan gerudi supaya proses melarik dapat dilakukan dengan
mudah sekiranya keseimbangan gasing ditentukan.
3. Paku dibenamkan di bahagian pusat gasing.
4. Proses melarik dilakukan mengikut saiz dan ukuran gasing yang
diinginkan.
5. Kerja-kerja menggilap digunakan dengan menggunakan kertas
pasir .
6. Gasing yang telah siap menampakkan keindahan bentuk dan
rupanya.

9

VIDEO PROSES
PEMBUATAN GASING

Sumber: YouTube

10

BENTUK DAN

TRADISI

Gasing mempunyai pelbagai bentuk dan
setiap bentuknya melambangkan tradisi
sesebuah kaum. Antara bentuk gasing
adalah seperti paku berindu, gasing kayu,
gasing bambu dan gasing pinang.
Terdapat gasing yang di bahagian atasnya
diberi paku atau besi sebagai tempat
pemutar tali. Gasing seperti ini dikenali
sebagai gasing kayu. Selain itu, suku
Melayu Bengkulu menggunakan biji getah
untuk membuat gasing buah parah. Ini
menunjukkan terdapat suku kaum yang
membuat gasing khusus menggambarkan
suku mereka untuk dijadikan warisan.
Walaupun permainan gasing mulai lapuk
ditelan zaman, namun masih terdapat
banyak festival mahupun pertandingan
yang memartabatkan permainan ini..

11

01 CARA BERMAIN
02
03 MELILIT TALI
04 Merupakan kaedah penting.
05 Terdapat dua kaedah melilit iaitu tali dililit di jari kelingking dan di
bahagian lengan pemain.

MELILIT GASING

Bahagian leher gasing dililit menggunakan tali.
Ia dililit melalui dua kaedah iaitu dililit pada bahagian lengan dan
kemudian dililit pada gasing.
Cara kedua pula ialah tali dililit pada pokok dan kemudian ia dililit
pada gasing.

MEMUSING GASING

Kebiasaannya, gaya teknik pusingan sentap dan pusingan sorong
sering digunakan.
Pusingan tarik dan sorong (gasing berada dalam keadaan mengiring) :
perhatian yang penuh diberikan oleh pemain kepada sasaran dan
badan mereka akan dibongkokkan 45 darjah.

MEMANGKAH GASING

Penumpuan penuh diberikan oleh pemain yang ingin
memangkah gasing supaya sasaran mereka tepat.
Terdapat empat gaya ketika memangkah iaitu pangkah hentak,
pangkah totok, pangkah terbang dan pangkah layang.

MENGANGKAT GASING

Gasing diangkat menggunakan tali dan cokok ketika masih berpusing.
Tujuan mengangkat gasing adalah untuk membolehkan pusingan
gasing menjadi lebih lama.
Pemain akan berhati-hati semasa mengangkat gasing menggunakan
tali yang tegang kerana pada waktu ini gasing ligat berpusing.

12

VIDEO CARA
BERMAIN GASING

Sumber: YouTube

13

KELEBIHAN

1. TIDAK PERLU MENGELUARKAN 2. MENINGKATKAN DAYA
PERBELANJAAN YANG BESAR PEMIKIRAN DAN KREATIVITI
Pembuatan gasing dibuat boleh diperbuat Daya pemikiran dan kreativiti yang ada
menggunakan saki baki kayu yang pada masyarakat melayu dalam pembuatan
terbuang gasing membuka peluang kepada mereka
untuk membuat lebih banyak gasing yang
unik dan menarik untuk dijual kepada orang
ramai dan ini dapat meningkatkan ekonomi
keluarga mereka.

3. MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN 4. MENINGKATKAN SEMANGAT
TAHAP KEPANTASAN KEKITAAN
MASYARAKAT MELAYU
Permainan gasing boleh dimainkan oleh
Permainan ini memerlukan kemahiran dan sesiapa sahaja daripada golongan tua
kepantasan dalam gelanggang supaya teknik yang hinggalah kepada golongan muda.
digunakan betul seperti gerakan badan ketika Dalam masa yang sama,permainan ini
menghayunkan gasing agar gasing yang dimainkan akan mengeratkan lagi hubungan diantara
dapat memberikan paduan yang kuat dan masyarakat melayu dan seterusnya
seterusnya berjaya mengalahkan pihak lawan. membawa kepada hubungan sebuah kaum
Kebiasaannya, teknik dan kemahiran ini boleh di yang erat.
pelajari daripada orang yang lebih berpengalaman
dan diasah dari semasa ke semasa.

5.MENYERIKAN RUMAH-RUMAH
MASYARAKAT MELAYU

Gelanggang permainan gasing kebiasaan
dibina di halaman rumah penduduk
masyarakat melayu ataupun di bawah
kawasan pokok yang rendang kerana
kawasannya redup dan terlindung dari sinar
matahari.

14

GASING GASING

TRADISIONAL MODEN
(BEYBLADE)



REKA BENTUK Mempunyai bentuk unik Berbentuk leper dan terdapat
seperti berbentuk jantung, pelbagai hiasan di atasnya

loceng dan sebagainya,

BAHAN Menggunakan bahagian

kayu yang kuat seperti Diperbuat daripada plastik
akar dan batang pokok yang disertai dengan magnet
sebagai pemancing gerakan




CARA BERMAIN Melilit gasing dengan tali Memasukkan tali pelancar ke
pada bahagian leher lubang yang terdapat pada
gasing dan piring beyblade dan tali
melemparkannya ke pelancar tersebut ditarik
kawasan yang luas
untuk memusingkan beyblade
tersebut

HARGA Dijual pada harga yang Dijual dengan harga tinggi
berpatutan kerana bahan kerana bahan untuk
yang digunakan terdapat di
membuatnya adalah mahal
sekeliling kita dan sukar didapati

DAYA Lebih kuat kerana Mudah pecah kerana
KETAHANAN diperbuat daripada kayu diperbuat daripada plastik
pokok yang kuat dan tahan
yang lembut
lasak

15

KESAN PEMODENAN

1. Kekurangan pembuat gasing

Menurut Pengerusi Persatuan Gasing Pangkah Tradisional,Muhammad Mustakim Abdullah, di Kampung Bukit
Kapar misalnya, hanya ada dua individu yang boleh dianggap pakar dalam pembuatan gasing.
Hal ini dipercayai sedemikian kerana generasi kini yang kurang minat yang mendalam terhadap permainan
gasing ini disamping permainan ini susah untuk dibuat misalnya melibatkan proses yang rumit dan ketelitian yang
tinggi.
Pembuat gasing, Johari Mustamam,68, berkata sehingga kini beliau masih menggunakan kaedah tradisional bagi
menghasilkan mainan terbabit, walaupun ada mesin membuat gasing (pelarik) dijual dalam pasaran.
Golongan muda kini dipercayai hanya mengkaji serta mengambil tahu tentang permainan seumpama ini hanya
apabila mempunyai keperluan tersendiri sahaja.

2. Persaingan dengan 3. Kemunculan permainan
permainan video "beyblade" yang seakan gasing

Permainan video secara amnya adalah suatu Warisan gasing juga diletakkan tekanan keatasnya
permainan yang paling dekat dihati masyarakat apabila muncul klon gasing yang seakan-akan
zaman kini. sama cara permainannya namun alat permainan
Keadaan ini berikutan disebabkan kanak-kanak moden yang dinamakan’ ’beyblade’’ ini telah
lebih didedahkan dengan permainan yang dinaiktaraf.
canggih seperti Nintendo, PSP, komputer dan Plastik atau sintesis merupakan bahan yang
sebagainya. digunakan untuk membuat gasing moden ini
Bukan itu sahaja, gajet-gajet ini juga mempunyai manakala gasing tradisional diperbuat daripada
pelbagai bentuk, saiz dan warna yang bahan semula jadi iaitu kayu dan dimainkan
sememangnya mampu menarit minat sesiapa menggunakan tali yang dipintal sendiri daripada
sahaja untuk menggunakannya tambahan pula sabut.
dengan imej grafik yang dipaparkan di skrin. Bukan itu sahaja, permainan baru ini juga telah
Berbanding permainan tradisional, kanak-kanak merebut perhatian pelbagai lapisan umur untuk
terutamanya tidak lagi gemar untuk keluar memilikinya dengan mempromosikan animasi-
berpanas terik untuk bermain kerana mereka animasi yang mempunyai unsur penegasan
lebih gemar duduk bersantai dirumah bermain kepada “beyblade” tersebut misalnya animasi
permainan video yang tidak juga menjadikan Beyblade Burst. Beyblade terdiri daripada magnet
mereka berasa letih dek tidak menggunakan sebagai pemancing Gerakan.
sebarang tenaga. Ia menggunakan alat pelontar plastik yang
dimasukkan ke dalam lubang. Plastik ini berfungsi
untuk memutarkan Beyblade.

16

LANGKAH
PEMELIHARAAN

1. Menubuhkan persatuan gasing yang diiktiraf di setiap negeri.

Penubuhan persatuan ini mestilah mempunyai seorang pakar dalam permainan gasing.
Ini dapat memberi peluang kepada mereka mengajar serta mewariskan permainan gasing ini kepada
masyarakat.
Contoh pertubuhan gasing negara ialah Persekutuan Gasing Malaysia (PEGAMA). Ahli dalam persatuan ini
memainkan peranan mengekalkan tradisi permainan gasing di tanah air.
Walau bagaimanapun, persatuan gasing yang mempunyai spesifikasi permainannya juga boleh menjadi
penarik orang muda dengan nama yang unik.
Boleh dijadikan rujukan kita iaitu Persatuan Gasing Pangkah Tradisional yang ditubuhkan oleh Penduduk
Kampung Bukit Kapar sejak tahun 1970. Persatuan yang ditubuhkan di Selangor ini dapat membuka mata
masyarakat di negeri tersebut tentang kewujudan permainan gasing tradisional yang dikatakan kurang
popular sekali gus menghalang dari ditelan dek arus permodenan. Pengiktirafan persatuan amat penting
bagi beroleh kepercayaan netizen terhadap program yang dijalankan.

2. Mengadakan pameran-pameran permainan gasing tradisional.

Pameran dijalankan adalah bertujuan memperkenalkan atau memberi pengetahuan kepada masyarakat
soal permainan gasing traditional yang pernah dimainkan oleh nenek moyang pada suatu ketika dahulu.
Menggunakan media sosial untuk menjalankan langkah ini adalah cara yang bijak agar lebih cepat
disebarkan bukan sahaja dalam negara, malah luar negara.
Mempamerkan jenis-jenis gasing serta bentuk ukiran gasing unik yang pernah bertapak di tanah air boleh
menjadi satu daya penarik anak muda untuk bermain.
Sudah menjadi norma orang melayu akan merasa bangga apabila melihat kembali peralatan dan
permainan tradisi.
Ditambah pula orang yang menjalankan program memakai lengkap pakaian dahulu kala iaitu zaman
kesultanan Melayu.



3. Memberi dana untuk mengadakan program permainan gasing tradisional.
Tidak disangkal lagi mengadakan sesebuah program
terutama permainan tradisional menelan perbelanjaan

yang tinggi
Kos pembuatan gelanggang, kos pembuatan gasing juga biaya hadiah kepada pemenang.
Biasanya pertandingan seperti ini ditanggung sendiri oleh anggota persatuan juga peserta yang mendaftar
untuk bertanding.
Perkara ini membuat masyarakat tidak tertarik untuk bermain dan belajar bermain kerana sudah mengetahui
kos yang tinggi untuk memulakan kelas apatah lagi bertanding.
Justeru itu memberikan dana yang secukupnya kepada persatuan dan penyelia program dapat meringankan
beban mereka untuk teruskan niat suci mereka iaitu melestari permainan gasing tradisional.
Sumbangan boleh diberi oleh pelbagai pihak dan bentuk terutama kerajaan dan industri yang terlibat dengan
warisan membantu dari segi biaya tempat dan jurulatih manakala masyarakat menggunakan kepakaran
mereka boleh menjadi sukarelawan bagi menyelia program agar lebih lancar.

17

KESIMPULAN

Permainan gasing bukanlah suatu permainan yang asing
bagi kebanyakkan penduduk Di negara ini, khususnya dari
rantau Asia terutamanya di negeri Kelantan. Ia dapat
mewujudkan sistem permainan Yang baru sebagai satu
langkah untuk menyatukan permainan gasing supaya ia
dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tambahan
Pula, generasi muda zaman sekarang yang makin lupa
dengan permainan tradisional seperti gasing ini.
Diharapkan juga supaya ia 'tidak lapuk ditelan zaman' oleh
generasi muda pada masa kini. Sejajar dengan itu, kita juga
ingin permainan uang dimiliki oleh daerah dan negeri ini
dihayati, dipelajari dan dikekalkan keseniannya agar ia
tidak terus dilupakan. Sistem permainan gasing antara
negeri berbeza bukan sahaja Dari segi cara dan gaya
pengadilan malah pengurusan dan latihan juga dijalankan
dengan cara yang berbeza. Yang pentingnya ialah setiap
daerah mempunyai cara yang tersendiri yang telah diwarisi
sejak berzaman - zaman. Gaya permainan gasing ini
perlulah dikekalkan supaya ia dapat menjadikannya
sebagai pertunjukan dan pertandingan.

18

RUMUSAN

Nenek moyang kita telah mencipta dan memperkenalkan
gasing sebagai permainan tradisional yang menjadi
khazanah dan keunikan masyarakat negara kita . Identiti
kita sebagai orang melayu dapat dikenali dengan adanya
permainan tradisional yang menjadi warisan budaya
melayu. Permainan gasing bukan sahaja mudah dimainkan
malah menjadi aktiviti harian kanak-kanak kerana
kegembiraan yang mereka peroleh menjadi satu
kenangan indah yang tidak dapat berulang kembali.
Namun, zaman semakin moden yang membawa arus
teknologi menenggelamkan permainan gasing dan
permainan tradisional yang lain. Kemudahan teknologi dan
permainan digital lebih menarik berbanding permainan
lama membuatkan orang dewasa dan generasi muda
makin lupa akan khazanah lama. Oleh itu, sebagai
generasi yang akan meraju negara , kita hendaklah
membangunkan semua budaya dan tradisi kita supaya
warisan kita sebagai orang melayu masih hidup dan
dikekalkan sepanjang zaman.

19

RUJUKAN

20

RUJUKAN

21

RUJUKAN

22


Click to View FlipBook Version