MAKLUMAT PELAJAR
Nama Peserta : CHAN QI YANG
No K/P : 090927010231
Tahun : 6A
E-mel :[email protected]
Nama Penjaga : PHANG SIEW CHENG
Nama dan alamat : SJKC CHAAH
Sekolah JALAN YEW CHOR,
85400 CHAAH,
JOHOR.
PENGENALAN
Pertandingan e-Scrapbook merupakan salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan oleh
Kelab Rukun Negara. Tujuan program ini adalah bermatlamatkan perpaduan, maka aktiviti yang
dijalankan adalah berlandaskan kelima-lima prinsip Rukun Negara yang ianya bukan sahaja
difahami atau dihayati murid, malah dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Tema pertandingan e-Scrapbook ini ialah Perayaan Masyarakat Malaysia.Negara
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Kaum-kaum itu telah menyambut perayaan masing-
masing dengan meriah. Kaum-kaum utama di Malaysia seperti kaum Melayu telah menyambut
Hari Raya Aidilfitri. Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Kaum India menyambut
Deepavali.Kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak menyambut Hari Gawai dan Kaum Kadazan di
Sabah menyambut Tadau Kaamatan. Kaum-kaum di Malaysia saling menghormati perayaan,
budaya dan adat resam kaum-kaum lain.Dengan secara tidak langsung telah memupuk
perpaduan dan mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni.
OBJEKTIF
• Memperkenalkan perayaan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
• Meningkatkan kefahaman murid terhadap adat resam dan budaya
pelbagai kaum di Malaysia.
• Melahirkan semangat kekitaan dan sahsiah diri yang yang merangkumi
nilai kemasyarakatan.
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua murid daripada
pelbagai kaum.
• Memupuk semangat bekerjasama dan semangat perpaduan di kalangan
murid.
Isi Kandungan
1. Hari perayaan yang dirayakan oleh kaum Melayu – Hari Raya Aidilfitri.
2. Amalan atau budaya yang dijalankan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.
3. Hari perayaan yang dirayakan oleh kaum Cina – Tahun Baru Cina.
4. Amalan atau budaya yang dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina.
5. Hari perayaan yang dirayakan oleh kaum India – Deepavali.
6. Amalan atau budaya yang dijalankan semasa perayaan Deepavali.
7. Hari perayaan yang dirayakan oleh kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak – Hari Gawai.
8. Amalan atau budaya yang dijalankan semasa perayaan Hari Gawai.
9. Hari perayaan yang dirayakan oleh kaum Kadazan di Sabah - Tadau Kaamatan.
10. Amalan atau budaya yang dijalankan semasa perayaan Tadau Kaamatan.
11. Hari perayaan yang dirayakan oleh penganut Kristian – Hari Krismas.
12. Amalan atau budaya yang dijalankan semasa perayaan Hari Krismas.
Hari raya yang dirayakan oleh kaum Melayu
Hari Raya Aidilfitri
Amalan Dan Budaya Yang
dijalankan Semasa Perayaan
Hari Raya Aidilfitri
1. Hari raya Aidilfitri disambut pada 1 syawal tahun hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari
Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah.
2. Kaum Melayu akan menghias rumah dengan cantik, menziarahi keluarga dan
sahabat taulan untuk mengeratkan silaturahim.
3. Saling bermaaf-maafan
4. Memakai pakaian cantik
5. Balik kampung untuk menziarahi nenek dan datuk atau saudara-mara
6. Ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama.
7. Makan lemang dan ketupat.
8. Bersolat di masjid atau di rumah.
9. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.
.
Hari raya yang dirayakan oleh kaum Cina
Tahun Baru Cina
Amalan Atau Budaya Yang
Dijalankan Semasa Perayaan
Tahun Baru Cina
1. Tahun Baru Cina juga dipanggil Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga.
2. Diamalkan pada masyarakat cina.
3. Hari pertama calendar Cina (qamari)
4. Sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, makan besar bersama keluarga.
5. Memakai pakaian baru berwarna merah.
6. Memberi angpau
7. Memberikan ucapan yang baik.
8. Mengunjungi saudara-mara dan sahabat handai.
9. Makan limau manis dan kuih bakul.
10.Bermain bunga api.
Hari raya yang dirayakan oleh kaum India
Deepavali
Amalan Atau Budaya Yang Dijalankan
Semasa Perayaan Deepavali
1. Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan berkenangan oleh
kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.
2. Tahun ini Deepavali dirayakan pada 4 November 2021.
3. Deepavali diamalkan oleh penganut Hindu,Jain, Sikh dan sesetengah aliran Buddha.
4. Menyalakan pelita di halaman rumah. Mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan,
keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
5. Mandi minyak
6. Sembahyang di rumah atau kuil.
7. Memakai pakaian baru serta berkongsi makanan yang disediakan khas untuk Deepavali.
8. Mengunjungi sanak saudara dan rakan-rakan.
9. Kolam dihasilkan adalah sebagai makanan untuk serangga dan burung di sekitar rumah.
10. Selain daripada mencantikkan kediaman dengan corak hiasan yang menawan,elemen kebajikan juga diterapkan bermula di pintu
masuk rumah lagi.
11.Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
Perayaan yang dirayakan oieh kaum Iban
dan Bidayuh di Sarawak
Hari Gawai
Amalan Atau Budaya Yang
dijalankan Semasa Perayaan
Hari Gawai
1. Hari Gawai jatuh pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.
2. Ia disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak.
3. Ia merupakan majlis keagamaan dan sosial memandangkan perayaan ini menandakan
berakhirnya musim menuai.
4. Ia merupakan perayaan yang dipenuhi nyanyian serta tarian yang menandakan mereka akan
memulakan musim pertanian baru,
5. Sebelum sebulan Hari Gawai, kebanyakan penduduk tempatan akan menyediakan tuak atau wain
beras. Ramuan terkenal ini diperbuat daripada beras pulut yang dikumpul daripada tuaian
terbaharu dan dicampurkan dengan yis buatan sendiri serta dibiarkan untuk penapaian.
6. Sambutan Gawai merupakan sambutan yang amat meriah. Ianya tidak lengkap jika tidak diiringi
dengan nyanyian, tarian dan minuman.
Perayaan yang dirayakan oleh kaum Kadazan
di Sabah
Tadau Kaamatan
Amalan Atau Budaya Yang Dijalankan
Semasa Perayaan Tadau Kaamatan
1. Ia merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
2. Ia disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu selepas musim menuai padi.
3. Untuk menyambut Tadau Kaamatan, mereka menyediakan kuih-muih dan aor tapai.
4. Perayaan ini kebiasanya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan
upacara”magavau” atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh “bobohigan” dan beberapa
orang pembantunya.
5. Pada malam kedua, upacara “habot” iaitu beras diperam diberikan kepada bobohigan sebagai
tanda kegembiraan dan kesyukuran.
6. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian “Sumazau” dan “Megalang” sambal, meminum air lepai.
Penghargaan Saya mengucapkan terima kasih kepada guru
penasihat Kelab Rukun Negara saya , Cikgu Lee. Beliau
telah memberi peluang kepada saya untuk menyertai
pertandingan e-Scrapbook Rukun Negara. Melalui program
ini, saya telah mempelajari banyak pengetahuan mengenai
perayaan pelbagai kaum di negara kita dan kemahiran
membuat e-Scrapbook. Di bawah bimbingan Cikgu Lee,
saya telah berjaya menyempurnakan e-Scrapbook Rukun
Negara.Saya berharap dengan daya usaha saya, saya
berkeyakinan dapat berjaya dalam pertandingan ini.
Sekian,terima kasih.
Penutup Sambutan hari perayaan di negara Malaysia meliputi
pelbagai kaum. Mereka menyambut perayaan masing-
masing dengan kegembiraan. Pelbagai hidangan
makanan disediakan. Rakyat di negara Malaysia amat
bertuah kerana dapat merayakan perayaan kaum masing-
masing serta juga dapat menyaksikan dan menyertai
dengan perayaan-perayaan kaum lain. Mereka dapat
saling menghormati perayaan kaum lain demi
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni serta
dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan.
Rujukan • Wikipedia Malaysia
https://en.Wikipedia.org/wiki/Msia
• Google
google.com
--TAMAT--