The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SERASI SMK BELURAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK Beluran, 2021-06-26 23:54:38

Buku SERASI

BUKU SERASI SMK BELURAN

PENAFIAN DAN HAKCIPTA

BUKU INI MERUPAKAN TERBITAN SMK BELURAN, SABAH. TIDAK DIBENARKAN
MANA-MANA BAHAGIAN DITERBITKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN SAMA

ADA ELEKTRONIK, FOTOKOPI, RAKAMAN FIZIKAL ATAU SEBALIKNYA TANPA
KEBENARAN DARI PENULIS.

1

ISI KANDUNGAN

PENAFIAN DAN HAKCIPTA................................................. 1
ISI KANDUNGAN................................................................ 2
PENGENALAN SMK BELURAN ............................................ 3
PENGENALAN SERASI ........................................................ 6
CARTA ORGANISASI........................................................... 8
AKTIVITI PENGHIJAUAN................................................... 10
PENGGUNAAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU .................... 15
PROGRAM KESEDARAN................................................... 17
KECERIAAN SEKOLAH ...................................................... 21
TANDAS BERSIH DAN CERIA ............................................ 25
ANUGERAH SERASI………………………………………………………..26

2

PENGENALAN SMK BELURAN

SMK Beluran telah ditubuhkan pada tahun 1969. SMK
Beluran pada masa itu ia lebih dikenali dengan nama
Government Junior Secondary School dan menggunakan
bahasa Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.Di
awal penubuhannya SMK Beluran berkongsi tempat dan
bagunan bersama dengan SRK Pekan Beluran selama
lebih kurang 12 tahun. Bilangan pelajar pada masa itu,kira-
kira 95 orang dan 2 orang guru sahaja. Setelah bangunan
sekolah menengah siap dibina pada tahun 1981, SMK
Beluran (SMKB) telah berpindah ke bangunan baru yang
terletak kira-kira 2 km dari pekan Beluran.

Pada tahun 1982, bangunan baru SMK Beluran mula
beroperasi. Di dalam bangunan sekolah ini, terdapat 3 blok
sekolah, 3 blok asrama, 3 blok flat guru dan pelbagai
kemudahan bilik khas lain. Bangunan sekolah ini telah
dirasmikan oleh Dato’ Khalil Yaakob, timbalan Menteri
Pendidikan ketika itu. Pada tahun 2014, bilangan pelajar
SMK Beluran adalah seramai 1361 orang, 102 guru, 18 staf
sokongan.

3

Penglibatan SMK Beluran dalam Program Sekolah
Rakan Alam Sekitar (SERASI) adalah berasaskan kepada
kesedaran dan keperihatinan terhadap pengurusan dan
penjagaan alam sekitar. Pada tahun 2010 dan 2014, SMK
Beluran telah terpilih ke peringkat akhir pertandingan
SERASI peringkat negeri. Walaubagaimanapun SMK
Beluran hanya berjaya mendapat saguhati. Melalui
SERASI, SMK Beluran telah menetapkan misi dan visi
menlestarikan sekolah secara berterusan dan dinamik.

PETA LOKASI

4

PELAN SEKOLAH
5

PENGENALAN SERASI

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang
melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah
menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam
Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan
pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kokurikulum,
kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga
sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak
kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan
alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin
dan menghargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI
juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang
dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke
arah kehidupan lestari.

6

KENYATAAN ILTIZAM PROGRAM SEKOLAH SERASI

Menjadikan S.M.K BELURAN sebagai mentor alam sekitar
yang unggul di Daerah Beluran disamping melahirkan
warga sekolah yang mesra alam dan mencintai alam
sekitar.
Untuk mencapai visi tersebut maka warga sekolah akan:
i) Menerapkan pendidikan alam sekitar merentasi

kurIkulum dan kokurikulum.
ii) Memupuk sikap pelajar yang cintakan alam sekitar

selaras dengan penserasian sekolah.
iii) Merancang dan menjayakan pelbagai program alam

sekitar.
iv) Mewujudkan iklim dan budaya cintakan alam sekitar di

kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
v) Memantapkan persekitaran sekolah yang merangsang

prasarana pendidikan alam sekitar.
vi) Mengalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti

alam sekitar

7

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI UNIT SEKOLAH RAKAN ALAM
SEKITAR (SERASI)

8

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA UNIT PELAKSANA SEKOLAH ALAM
SEKITAR

9

AKTIVITI PENGHIJAUAN

1 MURID SATU POKOK

GOTONG ROYONG PERDANA

10

PROGRAM SAVE LIFE, SAVE EARTH
PROGRAM GOTONG-ROYONG MINI

11

PROGRAM TAMAN SEKOLAH
12

PROJEK TAMAN MINI SERASI
PROJEK TANAMAN KOMERSIAL
PROJEK PENGHIJAUAN HARI MALAYSIA

13

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN

PENANAMAN NENAS
Penanaman Nenas PENANAMAN

Nenas yang ditanam sangat manis dan sedap,
Penanaman diteruskan sehingga kini.

PENGHIJAUAN KAWASAN SEKOLAH
PENGHIJAUAN KAWASAN SEKOLAH
PENGHJAUAN KAWASAN SEKOLAH PENANAMAN

Tumbuhan hijau ditanam disekitar sekolah
untuk mewujudkan suasana pemandangan
yang mendamaikan.

14

PENGGUNAAN PRODUK
TEKNOLOGI HIJAU

SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN

BAJA ORGANIK (KOMPOS)

15

PENGGUNAAN BARANG KITAR SEMULA

PENGGUNAAN BAHAN TERPAKAI

PENGGUNAAN BAHAN TERPAKAI PENANAMAN

Kaki kerusi, tayar, rangka katil yang terpakai telah
digunakan semula sebagi pasu dan pagar. Selain
daripada dikitar semula, pembaziran dan pembuangan
barangan juga dapat dielakkan.

16

PROGRAM KESEDARAN

17

PROGRAM KESEDARAN

18

19

20

21

KECERIAAN SEKOLAH

22

KECERIAAN SEKOLAH

Penanaman pokok bunga oleh warga SMK Beluran

Sumbangan pokok bunga oleh Ibubapa pelajar melalui
PIBG Sekolah.

23

TANDAS BERSIH DAN CERIA

Pihak pentadbiran sekolah telah menetapkan bahawa penjagaan
kebersihan tandas dipertangungjawabka kepada pekerja
pembersihan. Tandas sekolah akan dibersihkan 3 kali sehari iaitu
lantai mangkuk tandas dan sinki tandas. Pihak pembersihan
mengunakan bahan pencuci detergent untuk membersihkan tandas.
Bagi mengelakkan tandas berbau, pihak sekolah telah mengunakan
daun pandan dan pewangi tandas.

Terdapat 4 buah tandas di sekolah iaitu 2 tandas pelajar dan
2 tandas guru. Setiap tandas mengunakan bahan kitar semula untuk
menceriakannya. Bunga-bungaan diletakkan di dalam tandas bagi
menceriakan tandas. Notis penjimatan dan cara pengunaan tandas
dengan betul ditampalkan di setiap tandas selain notis penjagaan
kebersihan. Keceriaan tandas adalah tanggungjawab Bahagian Flora
sekolah yang di sertai oleh guru-guru dan pelajar

Bagi memastikan penjimatan air dijalankan, notis penjimatan
ditampal disemua pili paip bagi mengingatkan pelajar. Skuad pemantau
juga diwujudkan untuk melaporkan sebarang kerosakan yang ada di
dalam tandas. Membaiki kerosakan dengan cepat merupakan cara
menjimatkan pengunaan air yang paling utama.

24

Setiap tandas disediakan alat kelengkapan untuk digunakan di
dalam tandas. Peralatan yang disediak didalam tandas sekolah adalah
baldi, gayung, sinki, bakul sampah, sabun, cermin muka penyapu dan
pewangi. Kebanyakan peralatan adalah mengunakan bahan kitar semula
seperti botol mineral, tumbuhan dan bekas terbuang. Kerosakan yang
berlaku di tandas akan dipantau oleh skuad flora dan dilaporkan kepada
pihak pentadbiran.

25

ANUGERAH SERASI

GAMBAR PENGETUA EN. NOR ASLAM MANO MENERIMA ANUGERAH PERTANDINGAN
SERASI UNTUK SMK BELURAN

26

27


Click to View FlipBook Version