The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDUP3043) (Pengurusan Grafik).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fathihahnorizan1, 2021-07-20 09:34:15

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDUP3043) (Pengurusan Grafik).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3 )

_____________________________________________________________________________

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
(EDUP 3043)

_____________________________________________________________________________

Disediakan oleh:
Nur Fathihah binti Norizan (2020192340225)

Tugasan:
Pengurusan Grafik

(EDUP3043)

NUR FATHIHAH BINTI NORIZAN
F12

Isi Kandungan: Slaid ke-
4
Perkara 5-6
Pengurusan Grafik 7
Huraian pengurusan grafik

Rujukan

Persekitaran Guru sebagai pengurus: Guru dapat mengenal pasti murid
Pembelajaran Yang Guru mengurus maklumat murid yang memerlukan bantuan dan
menggunakan Google Sheet dan berkomunikasi dengan murid,
Kondusif
Google Classroom. secara tidak langsung mewujudkan
Tempat murid melibatkan suasana psikososial yang sihat.
Guru sebagai perancang:
diri dalam pembelajaran Aliran Perdana: Guru memilih sumber Guru memberikan ganjaran kepada
pengajaran yang sesuai seperti buku digital. murid yang fokus. Murid-murid
dan mempunyai Aliran Inklusif: Untuk murid bermasalah terutamanya murid pendidikan
pendengaran, guru boleh menggunakan bahan inklusif akan berasa teruja dan
persekitaran yang visual dan dikongsikan di Google Classroom menghargai guru mereka.

merangsang minat murid Guru sebagai pengelola: Guru membantu murid dengan
Aliran Perdana: Guru mengajar dan memantau sentiasa memantau dan memberi
untuk belajar. murid membuat latihan menggunakan Google motivasi kepada mereka. Murid-
murid akan berasa dihargai dan
(Haliza Hamzah & Joy Sites.
Aliran Inklusif: Guru mengajar dan memantau dekat dengan guru.
Nesamalar Samuel, 2016)
menggunakan Google Meet. Guru tidak perlu lagi marah tetapi
perlu tegas mengajar murid
Guru sebagai pengawal:
Aliran Perdana: Guru mengawal tingkah laku berdisiplin dengan cara berikut.
murid semasa PdP seperti menggunakan audio Guru dan murid dapat bersikap
bunyi wisel sebagai tanda murid perlu fokus. mesra dan emosi mereka tidak
Aliran Inklusif: Guru menayangkan gambar
kartun yang menandakan murid perlu fokus. terganggu.

Guru sebagai pengarah: Guru dan murid boleh bekerjasama
Guru mengarah murid melakukan rutin bilik melaksanakan rutin bilik darjah.
Bahan pengajaran boleh dibuat
darjah seperti menukar ganti bahan
pengajaran di Google Classroom. menggunakan perisian multimedia
agar lebih menarik dan ceria.

Pengurusan bilik darjah adalah strategi yang digunakan oleh seseorang guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah.
Guru perlu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan menguruskan disiplin murid secara berkesan (Syed
Ismail Syed Mustafa et al., 2018). Di dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengurus, perancang, pengelola,
pengawal dan pengarah.

Peranan guru sebagai pengurus ialah mengurus maklumat murid seperti latar belakang murid, pencapaian dan
kemajuan akademik serta perkembangan fizikal. Di dalam kelas pendidikan inklusif, guru mudah untuk mengenal pasti
murid yang memerlukan bimbingan rapat jika guru menguruskan maklumat secara teratur seperti menggunakan Google
Sheet dan Google Classroom. Kesannya, guru dapat membimbing dan berkomunikasi dengan murid, secara tidak
langsung dapat mewujudkan hubungan yang positif.

Peranan guru sebagai perancang ialah guru perlu memilih sumber pengajaran yang sesuai. Untuk aliran perdana, guru
boleh menggunakan sumber pengajaran seperti buku digital, manakala untuk murid aliran inklusif, guru boleh
menggunakan bahan berbentuk visual dan dikongsikan dalam Google Classroom untuk memudahkan murid yang
bermasalah seperti murid bermasalah pendengaran. Hal ini juga selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang
menggunakan teknologi. Dalam membina hubungan positif, guru boleh memberikan ganjaran kepada murid yang fokus.
Murid-murid terutamanya murid pendidikan inklusif akan berasa teruja dan menghargai guru mereka.

Peranan guru sebagai pengelola ialah guru melaksanakan dan melakukan evolusi perjalanan proses pembelajaran.
Untuk kelas aliran perdana, guru boleh menggunakan Google Sites untuk mengajar dan memantau murid membuat
latihan. Bagi kelas aliran inklusif pula, guru boleh menggunakan Google meet untuk mengajar dan memantau murid
membuat latihan kerana terdapat murid berkeperluan khas yang memerlukan bimbingan. Guru akan membantu dan
memantau murid seperti memberi motivasi dan semangat. Jadi, murid akan berasa dihargai dan dekat dengan guru.
Guru dan murid juga akan berasa seronok untuk belajar apabila hubungan yang positif terbina.

Peranan guru sebagai pengawal ialah guru perlu memastikan tingkah laku murid terkawal agar proses PdP berjalan
dengan lancar. Contohnya, untuk kelas aliran perdana, guru menggunakan audio seperti bunyi wisel sebagai tanda
murid perlu fokus manakala untuk kelas aliran inklusif, guru boleh menayangkan gambar kartun yang menandakan
murid perlu fokus. Jadi, guru tidak perlu memarahi murid tetapi bersikap tegas. Kesannya, murid-murid dan guru
bersikap mesra dan emosi masing-masing tidak akan terganggu.

Peranan guru sebagai pengarah ialah guru mengarah murid melakukan rutin bilik darjah seperti murid perlu menukar
ganti bahan pengajaran dan meletakkannya di Google Classroom mengikut kreativiti. Walau bagaimanapun, guru boleh
melakukan bersama-sama dengan murid-murid agar dapat mewujudkan hubungan yang akrab. Bahan pengajaran
tersebut boleh dibuat menggunakan pelbagai perisian multimedia supaya lebih menarik dan bilik darjah kelihatan lebih
ceria dan kondusif.

Kesimpulannya, guru memerlukan pelbagai strategi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
membina hubungan yang positif antara guru dengan murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Penggunaan teknologi juga memainkan peranan yang penting selaras dengan keperluan pendidikan
abad ke-21. Justeru, guru mestilah berdedikasi dalam menjalankan tugas agar dapat melahirkan murid yang berdisiplin
dan berkualiti.

RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Edisi Kedua).
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan Strategi. Masa
Enterprise.

Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul Samad. (2018).
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sasbadi Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version