PENJODOH BILANGAN
Dua ekor burung Kata Bilangan PENJODOH BILANGAN Perkataan yang digunakan bersama-sama Kata Bilangan untuk menentukan Kata Nama Am mengikut saiz, rupa dan bentuknya. 1 2 3 Penjodoh bilangan hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Nama Am. Contoh: Penjodoh Bilangan Kata Nama Am
Untuk benda yang lurus, panjang dan keras. BATANG sebatang sungai sebatang penyapu sebatang pensel sebatang gigi
Untuk buah-buahan, benda yang bulat, dan benda yang kecil BIJI sebiji bola sebiji epal tiga biji telur sebiji cawan
Untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk tertentu. BUAH sebuah bas sebuah rumah sebuah kereta
Untuk semua jenis haiwan EKOR seekor ayam seekor monyet seekor ikan seekor panda
Untuk tumbuhan yang tumbuh berkelompok RUMPUN serumpun tebu serumpun buluh serumpun serai
Untuk benda yang berlekuk atau melengkung BENTUK sebentuk subang sebentuk cincin sebentuk mata kail
Untuk benda yang berpasangan PASANG sepasang stoking sepasang kasut sepasang anting-anting
Untuk kumpulan benda atau buah-buahan yang banyak dan rapat dalam setangkai, dan pulau. GUGUS segugus anggur segugus kunci segugus pulau
Untuk benda yang bergulung GULUNG segulung filem segulung karpet segulung kertas
Untuk haiwan dalam kumpulan KAWAN sekawan biri-biri sekawan lembu sekawan burung
Untuk benda-benda yang nipis dan lebar HELAI sehelai baju sehelai kertas sehelai tisu dua helai daun
Untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi CUCUK secucuk bebola ikan tujuh cucuk sate
Untuk benda yang tajam BILAH sebilah pisau sebilah parang sebilah gunting
Untuk benda yang berbongkah BUKU sebuku sabun tiga buku gula melaka sebuku roti
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung UTAS seutas jam tangan seutas tali seutas rantai
Untuk benda yang rata, nipis dan pipih KEPING enam keping roti empat keping gambar sekeping kad
Untuk isi buah-buahan yang berulas ULAS lima ulas durian empat ulas nangka tiga ulas bawang putih
Untuk bahan bacaan yang berjilid NASKHAH senaskhah surat khabar senaskhah buku senaskhah majalah
USAHA TANGGA KEJAYAAN!