REFLEKSI: PENGHAYATAN
RUKUN NEGARA
TAJUK: ADAB DAN ETIKA
PELAJAR DALAM BERINTERAKSI
NAMA PENSYARAH: MOHD FARADI
BIN MOHAMED GHAZALI
KOD KURSUS: MPU 31072
KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
PROGRAM: ISM DIETETIK
KUMPULAN: 9
NAMA : NUR AIDINA ZULAIQHA BINTI AZMI
NO. MATRIK : 066785
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
PENGENALAN
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah Adab dan Etika Pelajar dalam Berinteraksi. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, adab boleh didefinisikan sebagai tingkah laku serta tutur kata
yang sopan, budi bahasa, budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip
moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan. Interaksi pula bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain,
tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Oleh hal yang demikian, adab dan etika pelajar
dalam berinteraksi boleh didefinisikan sebagai tingkah laku pelajar terhadap guru, pensyarah
atau tenaga pengajar mereka sama ada semasa pembelajaran bersemuka atau atas talian.
OBJEKTIF
- Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
- Mengenalpasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
ANALISIS
Kajian ini telah dijalankan secara dua kaedah iaitu pertama melalui temubual guru, pensyarah,
dan pelajar. Kedua melalui pautan google form dengan menyasarkan komuniti yang masih
menyambung pelajaran. Platform yang telah digunakan semasa menjalankan kerja lapangan
ini ialah Webex dan google form. Sebanyak 10 soalan yang telah dikemukakan dan sebanyak
150 respon yang telah diterima daripada masyarakat pelbagai peringkat umur. Antara soalan
yang telah dikemukakan ialah adakah mereka tahu tentang prinsip Rukun Negara. Kesemua
responden menyatakan bahawa mereka tahu tentang prinsip Rukun Negara. 94.7 peratus
menyatakan bahawa mereka mula mendapat pendedahan tentang Rukun Negara di sekolah,
3.3 peratus di rumah, dan selebihnya di media sosial. Daripada soalan ini jelas menunjukkan
bahawa sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat tentang sesuatu
perkara. Tajuk adab dan etika dalam berinteraksi dipilih adalah kerana globalisasi ini adab
dalam berinteraksi semakin dipandang enteng oleh masyarakat terutama golongan belia
kerana dikatakan ingin mengikut trend. Isu ini sering dilihat di sekolah dan universiti
sehinggakan terdapat guru atau pensyarah yang menitiskan air mata kerana tidak tahan
dengan para pelajar yang berkelakuan biadap (Astuti, A. A., Abidin, Z., & Aly, A., 2011). Tajuk
kajian yang dijalankan ini ialah relevan kerana majoriti responden bersetuju bahawa adab dan
etika dalam berinteraksi semakin dipandang remeh oleh masyarakat.
Selain itu, terdapat kebaikan dan kelemahan semasa menjalankan kajian ini. Antara
kebaikannya ialah dapat mendidik sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang
telah diberikan. Seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Kajian yang dijalankan juga dapat memberikan ilmu tentang pengendalian google form dan
Webex. Antara kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini ialah sukar untuk menetapkan
masa bagi menjalankan temubual bersama responden. Masa yang diperuntukkan oleh
responden juga adalah singkat disebabkan terdapat hal yang tidak dapat dielakkan oleh
mereka. Walau bagaimanapun, kerja lapangan yang dijalankan dapat memberikan manfaat
dan pengalaman yang berharga kerana dapat mengetahui pendapat dan pandangan daripada
pihak lain tentang isu ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya semua pihak seharusnya berganding bahu dalam memupuk adab dan etika
ketika berinteraksi dalam diri para pelajar khususnya media massa melalui televisyen, radio,
Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana, pada era moden ini dipercayai bahawa
media massa mampu mempengaruhi golongan belia ini kerana majoriti mereka sudah celik
teknologi maklumat (Othman, M. I., 2006). Selain itu, pihak sekolah atau universiti juga
haruslah mementingkan amalan nilai murni dalam pengajaran kerana pendidikan merupakan
senjata dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri para pelajar. Tidak dinafikan juga
peranan ibu bapa amatlah penting dalam mendidik anak mereka supaya menjaga adab dalam
berkomunikasi dan berinteraksi dengan golongan yang lebih tua sejak kecil lagi supaya
mereka menjadi individu yang bermoral pada masa akan datang. Oleh yang demikian, setiap
pelajar perlulah memahami, mengambil berat dan mempraktikkan adab dalam berinteraksi
ketika belajar yang baik walaupun ianya dilakukan secara dalam talian (Dr. Hasnizam Hashim,
2020). Amalkan budi bahasa dan adab yang baik dalam berinteraksi dengan orang sekeliling.
Tidak rugi berbuat baik sesama manusia dengan mengamalkan nilai murni, kerana
kesejahteraan hidup akan membawa keharmonian dalam menjalani kehidupan (Haryati
Ariffin, 2019). Hasil kajian menunjukkan bahawa objektif yang dinyatakan telah dicapai.
SUMBER RUJUKAN
- Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Astuti, A. A., Abidin, Z., & Aly, A. (2011). ADAB INTERAKSI GURU DAN MURID MENURUT
IMAM GHAZALI
- Othman, M. I. (2006). Menangani disiplin di sekolah. Utusan Publications.
- Dr. Hasnizam Hashim. (2020). Adab Tuntut Ilmu Walau Belajar Secara Dalam Talian. Kuala
Lumpur. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1870416 (20
Disember 2021)
- Haryati Ariffin. (2019). Adab, budi bahasa harmoni kehidupan, elak kebencian. Kuala
Lumpur. BH Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/545062/adab-budi-
bahasa-harmoni-kehidupan-elak-kebencian (20 Disember 2021)
NAMA : NIK SYAZWANI BINTI SUKERI
NO. MATRIK : 067108
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
PENGENALAN
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, adab merupakan budi pekerti yang halus manakala
etika pula adalah prinsip moral, nilai-nilai adat,akhlak dan sopan santun yang menjadi
pegangan seseorang individu. Kedua-dua elemen ini sangat penting bagi setiap masyarakat
yang inginkan kemajuan dalam bertamadun. Hal ini adalah sejajar dengan tuntutan prinsip
rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan yang menekankan pembentukan
peribadi dan tingkah laku yang sopan,bersusila dan berbudi pekerti mulia demi keharmonian
negara. Maka,untuk menerapkan nilai-nilai ini, pendedahan tentang prinsip rukun negara
kepada masyarakat sedari awal signifikan bagi merealisasikan hasrat untuk membina
masyarakat yang bertatasusila.
OBJEKTIF
a. Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
b. Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipratikan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
ANALISIS/PERBINCANGAN
Proses pengumpulan maklumat bagi tugasan e-SULAM yang bertemakan Adab dan Etika
Pelajar Dalam Berinteraksi ini adalah dengan menggunakan kaedah soal selidik melalui
‘google form’ yang mengandungi 12 soalan.Tajuk ini dipilih adalah untuk mengetahui tahap
penggunaan adab dan etika dalam berinteraksi kerana dilihat adab ini semakin dilupakan oleh
generasi terutamanya dalam kalangan pelajar. Berdasarkan soalan soal selidik berkenaan
dengan sebab mengamalkan perinsip rukun negara telah mencatat sebanyak 150 orang
responden yang menyatakan tujuan rukun negara diamalkan adalah untuk memupuk
semangat patriotik dalam diri dan juga menunjukkan budi pekerti yang baik. Hal ini jelas sekali
menunjukkan bahawa, melatih diri dengan amalan prinsip rukun negara yang kelima juga
boleh dikatakan sebagai titik mula untuk seseorang itu mempunyai adab dan etika dengan
komuniti sekeliling.
Seterusnya, soalan kedua yang berkenaan dengan pertanyaan tentang apakah prinsip
rukun negara yang kelima juga mencatat sebanyak 150 orang responden di mana
kesemuanya mengetahui bahawa prinsip yang kelima adalah kesopanan dan kesusilaan. Hal
ini kerana,hampir kesuluruhan responden dalam kalangan pelajar menyatakan mereka masih
sedar dan cakna akan elemen yang terdapat dalam rukun negara hasil daripada pendedahan
mereka sejak dari kecil. Pandangan ini juga disokong oleh salah satu panel temu bual yang
dijalankan di mana beliau mengatakan kebanyakan pelajar telah mendapat pendedahan
tentang prinsip ini semasa di peringkat sekolah iaitu mereka sering terlibat dengan kempen
kesedaran dan prinsip ini juga telah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka.Justeru itu,untuk beradab dan beretika sama ada secara maya mahupun bersemuka
adalah menjadi tidak sukar bagi pelajar kerana ternyata prinsip tersebut sudahpun sebati
dalam jiwa mereka. Walau bagaimanapun,terdapat beberapa cabaran dan halangan yang
dilalui dalam menyiapkan tugasan ini antaranya adalah masalah capaian internet di setiap
kediaman ahli kumpulan serta ketepatan pemilihan masa untuk menemu bual responden.
KESIMPULAN
Konklusinya, pelbagai pihak terutamanya ibu bapa,guru dan kerajaan memainkan peranan
yang sangat penting dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat pendedahan yang
secukupnya tentang prinsip-prinsip rukun negara terutamanya dalam aspek kesopanan dan
kesusilaan. Semoga peradaban yang diamalkan dapat mewujudkan suasana masyarakat
yang harmoni dan sejahtera sekali gus dapat memberi sumbangan kepada negara supaya
terus membangun dalam arus kemodenan.
RUJUKAN
1. Ahmad, N. Rukun Negara Malaysia dalam perspektif ketatanegaraan Islam.
2. Abdul Aziz, A. R. (2010). Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan
negara (pp. 443-457). Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti
Utara Malaysia.
3. Ahmad, S., & Mat Zin, R. (2001). Adab & etika kerja dalam organisasi. Penerbit
Universiti Utara Malaysia.
NAMA : ATIAH NAUFAL BINTI ARIFIN
NO. MATRIK : 068181
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
Pengenalan
Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian
dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Prinsip kesopanan dan
kesusilaan dapat dilihat daripada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut
dan bersopan santun dengan tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang
harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Nilai kerjasama dan
muafakat akan terlaksana dengan sikap toleransi dan menghormati antara semua pihak
dalam sesebuah masyarakat (Ayu Nor Azilah et.al, 2013). Oleh itu, satu kajian bertajuk adab
dan etika pelajar dalam berinteraksi telah dijalankan berdasarkan objektif dan komuniti pilihan.
Menurut kamus dewan edisi keempat, adab didefinisikan sebagai tingkah laku bermoral serta
bahasa percakapan yang sopan, etika pula bermaksud nilai-nilai akhlak seperti amanah,
ikhlas dan sabar menjadi pegangan seseorang individu mahupun sesuatu kumpulan ketika
melakukan sesuatu perkara manakala berinteraksi ialah bertindak atau berhubungan secara
aktif antara satu sama lain.
Objektif
I. Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
II. Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
Analisis dan Perbincangan
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif berbentuk tinjauan deskriptif melalui
soal selidik dan temu bual bagi mendapatkan maklumat mengenai tajuk kajian. Seramai 150
orang responden yang terdiri daripada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia
berusia dalam lingkungan 18 sehingga 24 tahun terlibat dalam soal selidik ini sebagai
responden kajian melalui platform Google Form. Selain itu, temu bual bersama guru
kaunseling, pensyarah kanan fakulti sains gunaan dan pelajar tahun akhir kejuruteraan
mekanikal juga telah diadakan melalui medium Google Meet pada hari berbeza iaitu Isnin (22
November 2021), Jumaat (27 November 2021) dan Ahad (29 November 2021). Sebanyak 16
soalan yang dikemukakan dalam soal selidik manakala 5-7 soalan telah diajukan kepada
informan semasa temu bual dijalankan.
Tajuk ini dipilih kerana akhir ini para pelajar seakan selesa berinteraksi menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam serta di media sosial.
Berdasarkan kepada soalan kelima bahagian Prinsip Rukun Negara yang diajukan dalam soal
selidik iaitu tentang tahap kefahaman masyarakat berkenaan Prinsip Rukun Negara yang ke-
5, seramai 6% responden daripada 150 orang responden memberi jawapan kurang
memahami tentang Prinsip Rukun Negara yang ke-5 ini. Hal ini kerana generasi muda kurang
mendapat pendedahan daripada pihak-pihak tertentu tentang Prinsip Rukun Negara.
Contohnya, kerajaan tidak mengambil inisiatif seperti menganjurkan program yang
bertemakan Rukun Negara, masyarakat setempat tidak mengadakan kempen kesedaran
untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri setiap individu serta
media massa tidak mempromosikan hal-hal berkaitan kenegaraan dan Rukun Negara. Oleh
itu, kerajaan wajar memperkasakan semula Rukun Negara yang menjadi pengikat perpaduan
kaum kerana Prinsip Rukun Negara itu wajib diamalkan bagi membina sebuah negara bangsa
yang berdaulat dan disegani (Mingguan Malaysia, 2018). Walau bagaimanapun, kebaikan
pelaksanaan kajian ini dapat dilihat apabila seramai 36% responden memberi jawapan sangat
faham tentang Prinsip Rukun Negara yang ke-5. Hal ini menunjukkan segelintir generasi muda
masih mengambil berat dan menghayati prinsip kesopanan dan kesusilaan ini. Dalam pada
itu, terdapat juga kelemahan pada projek yang dijalankan iaitu kesukaran dalam memilih tarikh
untuk mengadakan proses temu bual. Hal ini kerana kajian ini dijalankan dalam talian yang
menyebabkan sedikit sukar untuk menemui waktu senggang untuk semua ahli kumpulan dan
informan temu bual.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap pelajar perlulah memahami, mengambil berat dan mempraktikkan
prinsip kesopanan dan kesusilaan supaya adab berinteraksi yang baik dapat disemai. Hal ini
kerana adab dan etika pelajar ketika berinteraksi masih berada di tahap yang kurang
memuaskan. Harapan kajian yang dijalankan ini ialah nilai-nilai murni daripada prinsip
kesopanan dan kesusilaan dapat dipupuk dan diamalkan oleh para pelajar bagi menjadikan
Malaysia negara maju mengikut acuan nilai dan budaya setempat. Hasil dari kajian yang
dijalankan ini adalah selari dengan objektif yang dinyatakan.
Sumber Rujukan
1. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Mohamad, A. N. A., Haniffa, M. A., & Shatir, M. A. A. A. (2021). Rukun Negara Medium
Keharmonian Di Malaysia: Tinjauan Dalam Kalangan Para Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Di Malaysia: Rukun Negara As A Medium of Harmonization in Malaysia: A Survey Among
Higher Learning Institution’s Students in Malaysia. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Journal (JSASS), 8(2), 17-31.
3. Johari, H., & Ahmad, A. S. (2019). Persepsi terhadap konsep Rukun Negara melalui
pengajaran kursus Pengajian Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial
dan Kemanusiaan.
NAMA : CHE WAN NUR SYAHIRAH BINTI CHE WAN SUDIN
NO. MATRIK : 067152
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
PENGENALAN
E-sulam merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan hasil
pembelajaran kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dengan khidmat komuniti yang
melibatkan hasil interaksi antara pelajar dan komuniti bagi menyelesaikan sesuatu
permasalahan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Sejajar
dengan tema penghayatan rukun negara dibawah rukun negara yang ke-5 iaitu kesopanan
dan kesusilaan, Adab dan Etika Pelajar dalam Berinteraksi merupakan tajuk kajian lapangan
yang telah dipilih untuk dijalankan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, adab dapat
didefinisikan sebagai tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi
perkerti yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi
tertentu dan pengetahuan mengenai baik buruk kelakuan manusia. Selain itu, menurut Dr. H.
Hamzah, etika pula dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana
yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui
oleh akal. Justeru itu, adab dan etika pelajar ketika berinteraksi dapat disimpulkan sebagai
tingkah laku atau kelakuan yang ada dalam diri seseorang pelajar ketika berkomunikasi
dengan orang lain sama ada secara maya ataupun bersemuka.
OBJEKTIF
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat dua objektif utama bagi memastikan kajian ini
dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara objektif tersebut adalah untuk
(a) mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka
(b) mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak
ANALISIS
Fokus utama bagi kajian e-Sulam ini ialah komuniti pelajar. Hal ini kerana, pelajar memainkan
peranan penting sebagai generasi muda yang patut didedahkan dengan cara beradab yang
betul ketika berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat luar. Terdapat dua kaedah
utama yang digunakan dalam kajian ini untuk mengukur pengetahuan para pelajar tentang
prinsip rukun negara. Antara kaedah yang digunakan ialah melalui pengedaran borang soal
selidik menggunakan google form dan juga melalui sesi temubual bersama pelajar, guru dan
juga pensyarah yang telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform google meet.
Terdapat 16 soalan ringkas yang telah dikemukakan di dalam borang soal selidik manakala
15 soalan melalui temubual bersama pelajar, guru dan juga pensyarah. Seramai 150 orang
responden yang terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan yang berlainan bangsa dan
agama telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Daripada jumlah tersebut,
seramai 135 orang responden telah bersetuju bahawa dengan menunjukkan tingkah laku
yang baik dan berbudi pekerti dalam kehidupan seharian mampu memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan prinsip rukun negara yang ke-5 iaitu kesopanan dan
kesusilaan. Hal ini kerana, dengan menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain mampu
menyebabkan seseorang itu menjadi ikutan kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.
Selain itu, terdapat juga segelintir responden yang beranggapan bahawa melalui
penyebaran maklumat dan kesedaran di media sosial mampu menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana,
media sosial merupakan salah satu platform yang paling banyak digunakan oleh masyarakat
untuk berkomunikasi pada masa kini. Sementara itu, terdapat juga responden yang
mengatakan bahawa kempen dan ceramah merupakan platform terbaik dalam memberi
pendedahan kepada masyarakat luar tentang pentingnya adab dan etika dalam kehidupan.
Hal ini kerana, kempen dan ceramah yang diadakan dapat membuka mata dan minda mereka
tentang kepentingan adab dan etika ketika berinteraksi.
Adab dan etika pelajar dalam berinteraksi merupakan tajuk kajian yang telah dipilih
kerana isu ini didapati sesuai untuk diberi penekanan sejajar dengan kepesatan teknologi
pada masa kini. Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini telah banyak membantu dalam
mengukur tahap adab dan etika para pelajar dalam berinteraksi.
KESIMPULAN
Secara konklusinya, adab dan etika ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling merupakan suatu kepastian yang perlu ada dalam diri setiap orang
khususnya para pelajar dan generasi muda pada hari ini kerana mereka adalah tiang dan
harapan negara. Ketiadaan adab dalam diri mereka akan mendatangkan pelbagai kesan
negatif dalam hidup mereka kelak. Oleh itu, ibu bapa khususnya memainkan peranan
penting dalam mendidik anak-anak mereka sejak kecil tentang kepentingan adab dalam
kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam kehidupan
mereka. Selain ibu bapa, pihak kerajaan juga berperanan penting dalam mengadakan
kempen-kempen kesedaran tentang adab dan etika kepada para remaja bagi mengekalkan
sahsiah terpuji dalam diri mereka agar tidak luput ditelan zaman. Melalui kajian yang telah
dijalankan, para pelajar pada masa kini masih mempunyai pengetahuan tentang cara
beradab dan beretika ketika berinteraksi dengan orang lain namun terdapat juga pelajar
yang kurang berpengetahuan tentang hal ini. Justeru itu, adab dan etika ketika berinteraksi
merupakan perkara penting yang patut diberi perhatian pada masa kini lebih-lebih lagi pada
era revolusi teknologi yang semakin canggih ini.
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
H.Hamzah Ya’kub. Dr. (1991), Etika Islam: Pembinaan Akhlaqul Karimah. C.5. Bandung :
c.v Diponegoro, hal.12
Rizka, N. H. (2021, January 20). Pentingnya Adab selama Pembelajaran Online.
https://doi.org/10.31219/osf.io/r4dzk
Machsun, T. (2016). Pendidikan Adab, Kunci Sukses Pendidikan. EL-BANAT: Jurnal
Pemikiran Dan Pendidikan Islam, 6(2), 102-113.
https://doi.org/10.54180/elbanat.2016.6.2.102-113
NAMA : SYAKIRATUL HAFIZAH ALWI BINTI MUHAMAD FAISOL
NO. MATRIK : 066763
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
Pengenalan
Kajian bertajuk Adab dan Etika Pelajar Dalam Berinteraksi dilaksanakan selepas melihat pada
situasi semasa para pelajar yang perlu menjalani pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara. Komuniti pilihan bagi kajian ini ialah
pelajar. Menurut kamus dewan edisi keempat, adab didefinisikan sebagai tingkah laku
bermoral serta bahasa percakapan yang sopan. Etika pula bermaksud nila-nilai akhlak seperti
amanah, ikhlas dan sabar menjadi pegangan seseorang individu mahupun suatu kumpulan
ketika melakukan sesuatu perkara.
Objektif
- Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
- Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak
Analisis
Data dan maklumat berkaitan kajian kerja lapangan dikumpul menggunakan dua kaedah iaitu
sesi temubual dan soal selidik. Tiga sesi temubual telah dijalankan menggunakan platform
‘Google Meet’. Temubual pertama dijalankan bersama guru disiplin di Sekolah Maahad
Pengajian Islam, Puan Aflah Na'iman binti Arifin pada 22 November 2021. Sebanyak lima
soalan diajukan kepada Puan Aflah berkaitan adab dan etika pelajar ketika berinteraksi.
Temubual kedua pula melibatkan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Muhammad Syafiq Bin Mohd Zaidi pada
27 November 2021. Tujuh soalan telah diajukan kepada Muhammad Syafiq. Temu bual
terakhir melibatkan pensyarah kanan dari Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Dr. Shamsul Onn pada 29 November 2021.
Sebanyak lima soalan diajukan pada Dr. Shamsul. Informan dipilih atas sebab mempunyai
kaitan rapat dengan tajuk kajian iaitu individu yang terlibat secara langsung dalam berinteraksi
dengan pelajar. Kerja lapangan soal selidik dilaksanakan dengan mengagihkan pautan
‘Google Form’ melalui setiap laman media sosial seperti ‘Whatsapp’, ‘Instagram’ dan
‘Facebook’. Pautan itu juga dihebahkan kepada kenalan ahli kumpulan yang majoriti
merupakan pelajar. Terdapat 16 soalan yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian soalan-soalan berkaitan adab dan etika. Manakala satu lagi bahagian ialah
bahagian soalan-soalan berkaitan Prinsip Rukun Negara. Sebanyak 150 respon telah
dikumpul hasil daripada hebahan pautan tersebut. Berdasarkan soalan pertama daripada
bahagian soalan-soalan berkaitan adab yang berbunyi “Setiap agama menitikberatkan nilai
yang baik dalam berinteraksi sama ada secara bersemuka atau maya supaya dapat membina
kehidupan yang lebih harmoni” menerima 99.3% daripada 150 respon setuju dengan
kenyataan tersebut. Agama islam adalah antara agama yang meliputi segala perkembangan
manusia dari aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi supaya dapat meningkatkan pelbagai
aspek kehidupan manusia serta menekankan kemajuan dan kebahagiaan hidup manusia di
dunia dan akhirat (Suhid,A. 2007). Soalan kedua pula berbunyi “Penggunaan bahasa yang
kurang sopan atau mencarut yang semakin berleluasa dituturkan atau disiarkan dalam media
sosial membuatkan interaksi maya lebih rancak dengan komen dan respon orang ramai.”
menerima 74.7% setuju dengan pernyataan tersebut dan selebihnya tidak bersetuju.
Kepesatan teknologi menyebabkan ramai anak muda yang menyingkatkan perkataan dan
menggunakan bahasa yang kasar (Ladius, A., & Tayep, M. S.2015). Daripada respon dua
soalan ini kita dapat rumuskan masyarakat setuju bahawa penggunaan bahasa yang kasar
dan tidak sopan selari dengan teknologi terkini yang membenarkan interaksi secara atas
talian. Namun begitu, ajaran agama mengajar manusia untuk beradab dan etika untuk
menjamin keharmonian hidup. Justeru, kajian ini amatlah relevan dijalankan memandangkan
kebanyakan pelajar kini lebih banyak berinteraksi secara maya bersama kawan-kawan dan
juga pengajar disebabkan situasi pandemik.
Sepanjang kajian dilaksanakan terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang
dapat dikesan. Antara kelemahannya ialah kesukaran berhubung dengan informan temu bual
dari segi menetapkan tarikh dan masa tertentu untuk menjalankan temu bual memandangkan
informan merupakan orang yang berkerjaya. Seterusnya kelebihan daripada pelaksanaan
kajian ini ialah dapat pengetahuan secara langsung tentang adab dan etika pelajar ketika
berinteraksi dari sudut pihak pengajar sama ada pengajar sekolah menengah mahupun
pengajar universiti. Kajian ini juga memberi peluang untuk meneroka cara penghasilan
‘Google site’. Malah penghasilan blog didapati menjadi mudah walaupun buat mereka yang
baru pertama kali membina laman blog.
Kesimpulan
Kesimpulannya, ibu bapa seharusnya menitikberatkan penerapan adab dan etika dalam diri
anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Harapan daripada kajian
ini ialah dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan adab dalam berinteraksi
lebih-lebih lagi bagi pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan pengajar kerana mereka dalam
proses menimba ilmu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa objektif kajian telah dicapai.
Sumber rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suhid, A. (2007). Pengajaran adab & akhlak Islam dalam membangunkan modal insan. Jurnal
Pengajian Umum Bil, 8, 167.
<https://scholar.google.com.my/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1&q=adab+dal
am+agama+islam&btnG=#d=gs_cit&u=%2Fscholar%3Fq%3Dinfo%3AZwj7HO40V8sJ
%3Ascholar.google.com%2F%26output%3Dcite%26scirp%3D0%26hl%3Den>
Ladius, A., & Yayep, M. S. (2015). Remaja Cemar Bahasa. Berita Harian (Sisipan
BH2/Segmen Famili), 13 Jun 2015 (Selasa), ms. 8.
<https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=mencarut+di+media+so
sial&oq=mencarut#d=gs_cit&u=%2Fscholar%3Fq%3Dinfo%3AbVRstVv1qb0J%3Asch
olar.google.com%2F%26output%3Dcite%26scirp%3D3%26hl%3Den>
NAMA : NUR’AISYAH BINTI MOHD ZAIDI
NO. MATRIK : 068040
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
Pengenalan
Pada era pasca moden ini, teknologi informasi dan komunikasi sedang mengalami
perkembangan pesat dan salah satu diantaranya adalah media sosial. Media sosial telah
menjadi medium utama oleh semua golongan masyarakat khususnya generasi muda untuk
berinteraksi pada masa kini. Namun, akhir-akhir ini sebahagian pelajar didapati tidak
mengamalkan nilai murni Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan ketika
berinteraksi dengan warga pendidik dan rakan-rakan. Oleh hal yang demikian, satu kajian
bertajuk adab dan etika pelajar dalam berinteraksi telah dijalankan berdasarkan objektif dan
komuniti pilihan. Menurut kamus dewan edisi keempat, adab didefinisikan sebagai tingkah
laku bermoral serta bahasa percakapan yang sopan manakala etika bermaksud nilai-nilai
akhlak seperti amanah, ikhlas dan sabar menjadi pegangan seseorang individu mahupun
sesuatu kumpulan ketika melakukan sesuatu perkara.
Objektif
I. Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
II. Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
Analisis dan Perbincangan
Kajian kerja lapangan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab
objektif kajian. Ia melibatkan dua fasa pengumpulan data. Fasa pengumpulan data pertama
menggunakan kaedah soal selidik melalui goggle form. Seramai 150 orang responden yang
terlibat terdiri daripada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dan berusia
dalam lingkungan 18 sehingga 24 tahun. Terdapat tiga bahagian soalan di dalam goggle form,
bahagian pertama melibatkan demografi responden manakala bahagian kedua dan ketiga
melibatkan pengetahuan serta kesedaran responden terhadap prinsip rukun negara dan adab
ketika berinteraksi. Daripada 150 orang responden yang dipilih, 76.7% merupakan pelajar
Ijazah Sarjana Muda, 14% pelajar Diploma, 8.7% pelajar Asasi dan Matrikulasi manakala
selebihnya merupakan pelajar Ijazah Sarjana. Fasa pengumpulan data kedua melibatkan
temu ramah dalam talian menggunakan platform goggle meet bersama seorang guru
kaunseling, pensyarah kanan fakulti sains gunaan dan pelajar tahun akhir kejuruteraan
mekanikal.
Tajuk ini dipilih kerana belakangan ini, masyarakat terutamanya remaja seakan selesa
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan di media sosial mahupun
di tempat awam. Sebanyak 96.7% daripada kesemua responden bersetuju bahawa
penggunaan perkataan yang tidak berhemah ini seakan diterima pakai dalam masyarakat
apabila perkataan tersebut telah dinormalisasikan dalam perbualan harian. Malah, situasi ini
lebih merisaukan apabila ramai dalam kalangan remaja beranggapan perkataan seperti
bodoh, sial, bangang dan sebagainya adalah salah satu bentuk komunikasi yang diucapkan
kepada sahabat karib sahaja dan ianya dianggap sebagai gurauan semata-mata (Hariyati
Ariffin, 2019). Tidak dinafikan adakalanya perkataan ini kurang enak untuk didengari
khususnya di tempat awam. Namun, sifat malu di dalam diri remaja masa kini semakin
merudum sehingga ada pelajar bertindak kurang ajar dengan mengeluarkan kata-kata kesat
terhadap warga pendidik secara terbuka di media sosial dan secara bersemuka seperti
insiden yang berlaku di Johor iaitu seorang murid perempuan menunjukkan sikap biadap
apabila menggelar gurunya dengan perkataan pondan (Abd Jalil Ali, 2019). Ada juga pihak
yang berbangga apabila dilabelkan mempunyai gaya percakapan buruk seolah-olah tidak
melambangkan budaya rakyat Malaysia yang terkenal dengan perilaku sopan santun dan budi
bahasa yang tinggi. Perkataan yang indah bukan sahaja sesuatu yang enak pada
pendengaran telinga malah diterima baik dalam kalangan masyarakat. Seramai 98.7%
responden bersetuju bahawa sesuatu lafaz, bicara atau bahasa yang dijaga ketika
berinteraksi mencerminkan peribadi mulia dan ketinggian adab seseorang.
Kesimpulan
Konklusinya, prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan menekankan
perkembangan personaliti serta tingkah laku seseorang rakyat dan hubungan antara
masyarakat. Maka, sikap bersopan santun dan bersusila patut dititikberatkan oleh semua
individu bagi membentuk peribadi yang bersahsiah tinggi bertepatan dengan prinsip kelima
dan objektif kajian ini. Apapun bentuk proses belajar yang dilakukan secara maya atau
bersemuka hendaknya para pelajar menerapkan perihal adab dengan sebaik mungkin. Bukan
hanya para pelajar yang harus memahami perihal adab, namun ibu bapa serta guru haruslah
memberikan contoh teladan yang sempurna agar golongan pelajar dapat mencontohi
komunikasi berhemah ketika berinteraksi. Oleh itu, kajian ini berharap agar nilai-nilai murni
ketika berinteraksi tidak seharusnya hilang dan lenyap ditelan kepesatan teknologi masa kini.
Sumber rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hariyati Ariffin. (2019). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Dimuat
turun daripada https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/pe-
ndapat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
Abd Jalil Ali. (2019). Apabila murid berani menghina cikgu. Dimuat turun daripada htt-
ps://www.sinarharian.com.my/article/34586/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Apa-bila-
murid-berani-menghina-cikgu
NAMA : NUR AZLEEN NATASHA BINTI AZHAR
NO. MATRIK : 065997
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
Pengenalan
Adab dan etika pelajar ketika berinteraksi kurang dipraktikkan oleh pelajar masa kini sama
ada secara bersemuka mahupun maya. Menurut kamus dewan edisi keempat, adab
bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus manakala interaksi pula bermaksud
tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, adab berinteraksi
bermaksud perbuatan dan perkataan yang baik dan sopan dalam pergaulan. Adab dan etika
dalam berinteraksi perlu ada dalam diri pelajar kerana perkara tersebut dapat melambangkan
akhlak dan jati diri seorang pelajar. Menekan adab dan etika ketika berinteraksi dapat
menghalang pelajar dari melakukan perkara yang salah dan terus melakukan perkara yang
baik.
Objektif
Berdasarkan kajian yang dijalankan dua objektif telah disenaraikan bagi kajian ini:
i. Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
ii. Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
Analisis dan perbincangan
Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu bual.
150 responden berjaya dikumpul melalui kaedah soal selidik yang menggunakan ‘google form’
secara atas talian. Temu bual bersama seorang guru Maahad Pengajian Islam, pelajar
universiti dan pensyarah kanan Fakulti Sains Gunaan UITM telah dijalankan melalui platform
Google Meet. Sebanyak 16 soalan yang diajukan dalam borang soal selidik. 98.7% responden
bersetuju bahawa intonasi suara merupakan elemen emosi yang sangat penting digunakan
dalam berinteraksi. Penggunaan intonasi yang tidak tepat dan bernada sinis membuatkan
individu lain berasa kurang selesa untuk berinteraksi. Pelajar perlulah menggunakan intonasi
yang tepat ketika berinteraksi supaya proses komunikasi berjalan lancar. 98.7% responden
juga bersetuju gurauan berunsur penipuan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti
masyarakat boleh menjatuhkan maruah individu. Gurauan tersebut tidak sepatutnya wujud
kerana setiap perkataan yang dituturkan itu melambangkan akhlak seseorang individu.
Mengamalkan adab dan etika ketika berinteraksi dapat membendung individu daripada
menuturkan perkataan yang tidak baik. Tajuk ini dipilih kerana mempunyai kaitan dengan
rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Ramai para pelajar yang tidak
mempraktikkan adab dan etika ketika berinteraksi dengan orang sekeliling malah dengan
bangga menunjukkan perbuatan tidak beradab itu kepada orang ramai. Perbuatan ini bukan
sahaja menjatuhkan imej pelajar itu sendiri tapi imej keluarga juga. Menurut Nor Asmah
Abdullah dan Muhammad Syazwan Amran (2021), penyelesaian bagi isu interaksi antara
pelajar dan pendidik masih belum diterokai secara meluas dan mendalam. Oleh itu, tajuk yang
dipilih adalah relevan. Pelbagai pandangan masyarakat terhadap kajian yang dijalankan iaitu
masyarakat berpandangan ramai pelajar pada masa kini tidak mempratikkan adab dan etika
dalam berinteraksi. Ada juga segelintir masyarakat menganggap adab dan etika ketika
berinteraksi adalah isu yang tidak penting. Sepanjang menjalankan projek e-sulam ini terdapat
beberapa kebaikan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti. Kebaikan yang diperolehi ialah
dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan dapat berkongsi idea-idea
yang menarik bagi menjayakan projek ini. Kelemahan yang ada pada projek e-sulam ini
adalah masalah rangkaian internet kerana projek ini dijalankan atas talian.
Kesimpulan
Secara konklusinya, adab dan etika ketika berinteraksi masih berada di tahap yang kurang
memuaskan. Ibubapa dan pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan
adab dan etika berinteraksi dalam diri para pelajar untuk membentuk sahsiah pelajar. Ibubapa
dan pendidik mestilah menunjukkan contoh yang terbaik kepada para pelajar. Pihak sekolah
juga boleh memasukkan elemen-elemen adab dan etika ini dalam mata pelajaran agama dan
sivik. Harapan dari kajian ini ialah isu berkaitan adab dan etika pelajar ketika berinteraksi
dapat diketengahkan lagi oleh pihak yang terlibat supaya kepentingan adab dan etika ketika
berinteraksi terjaga. Hasil dari kajian yang dijalankan ini adalah selari dengan objektif yang
dinyatakan.
Rujukan
1. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abdullah, N. A., & Amran, M. S. (2021). PERSPEKTIF GURU TERHADAP PENGLIBATAN
MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN SEMASA
PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA [TEACHER PERSPECTIVE OF STUDENT
INVOLMENT IN ONLINE TEACHING AND LEARNING DURING THE COVID-19 PANDEMIC
IN MALAYSIA]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and
Education, 1(4), 32-39.
3. Mohamad, W. M. W., Teh, K. S. M., & Abdullah, W. A. A. W. (2021). Elements of Interaction
in Self and Human Beings Based on the Qur'an in the Learning of 21st Century Islamic
Education/Elemen Interaksi Dalam Diri Dan Sesama Manusia Berasaskan Al-Quran Dalam
Pembelajaran Abad Ke-21 Pendidikan Islam. Sains Humanika, 13(2).
NAMA : NUR EQMA BINTI ISMAIL
NO. MATRIK : 067153
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
Pengenalan
Semakin hari, semakin luntur adab orang ramai terutamanya ketika mereka berinteraksi.
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, adab bermaksud tinglah laku serta tutur kata yang halus
(sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus atau cara seseorang berkelakuan dalam situasi
tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan
manusia. Kelunturan adab dalam berinteraksi ini jelas terlihat pada bahasa yang digunakan
oleh anak-anak muda pada hari ini. Ketika berinteraksi sama ada secara bersemuka atau
maya, mereka lebih gemar menggunakan perkataan-perkataan yang kasar, kesat, dan lucah.
Oleh itu, satu kajian bertajuk Adab dan Etika Pelajar Ketika Berintersi telah dijalankan
terhadap para pelajar.
Objektif
Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
Mengenal pasti adab dan etika yang perlu dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
Analisis dan Perbincangan
Kerja lapangan bagi tujuan pengumpulan data telah dilakukan melalui dua kaedah iaitu proses
temu bual dan proses soal selidik. Proses temu bual telah dilakukan melalui platform Google
Meet, seramai tiga orang tetamu jemputan telah di temu bual pada hari yang berbeza iaitu
pada 22,27 dan 29 November 2021. Ketiga-tiga orang tetamu jemputan ini ialah Puan Aflah
Na’iman bin Arifin,26; Encik Muhammad Syafiq Bin Mohd Zaidi,23; dan Dr. Shamsul Onn,54
yang merupakan seorang guru, pensyarah dan pelajar tahun akhir UITM Shah Alam. Di
samping itu, soalan soal selidik diedarkan kepada responden melalui pautan Google form dan
sebanyak 150 orang responden berjaya diperoleh.
Seterusnya, hasil yang diperoleh daripada kaedah soal selidik ialah sebanyak 148 orang
responden bersetuju bahawa penyampaian dan penyebaran maklumat atau mesej yang tidak
sahih akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Antara ciri maklumat atau
mesej yang tidak sahih ialah maklumat daripada sumber yang tidak jelas dan tidak boleh
dipercayai; satu provokasi yang melampau yang bertujuan untuk mengundang kemarahan;
penyebaran sesuatu fakta yang tidak tepat dan gambar diedit dengan pelbagai tulisan yang
tiada kaitan dengan pemilik untuk menfitnah pemilik gambar tersebut.Maklumat atau mesej
seperti inilah yang akan menyebabkan berlakunya salah faham sehingga mampu
mencetuskan huru-hara, permusuhan dan perbalahan. Keadaan seperti ini akan
menyebabkan kehidupan bermasyarakat, keamanan sejagat dan kesejahteraan hidup akan
tergugat. Perkara ini akan terus berlaku sekiranya orang ramai tidak cakna untuk
mengesahkan sesuatu berita atau maklumat yang diterima.
Selain itu, kesemua responden turut bersetuju bahawa hubungan silaturahim dapat
dieratkan apabila masyarakat beradab ketika berinteraksi. Antara adab ketika berinteraksi
adalah seperti merendahkan suara ketika berbicara, menggunakan bahasa yang sopan,
mendengar dan tidak memotong ketika orang lain bercakap, dan tidak bercakap bohong.
Pengamalan adab ketika berinteraksi penting untuk tidak menyinggung perasaan mana-mana
pihak dan sebagai satu tanda hormat kepada orang lain. Ini dapat mengelak daripada
berlakunya perselisihan faham dan permusuhan antara satu sama lain.Dengan itu, sebuah
masyarakat yang mempunyai ikatan yang erat, saling menghotmati dan harmoni akan
terbentuk. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab kepada semua orang untuk mempraktikkan
adab-adab ketika berkomunikasi walau dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,
agama, budaya, pangkat dan darjat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penyebaran maklumat atau mesej yang tidak sahih mestilah dihentikan
segera untuk kebaikan bersama. Berdasarkan pendapat Adlan (2018) setiap peringkat dalam
penyaluran sesuatu berita perlu diteliti hingga ke sumber asalnya. Berita mahupun maklumat
yang tidak sahih sepatutnya dipadam, diabai dan dibuang, bukannya dikongsi dan
disampaikan kepada orang ramai. Diharapkan agar masyarakat hari ini untuk mengenalpasti
kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain.
Seterusnya, penting untuk semua lapisan masyarakat untuk memahami akan adab ketika
berinteraksi dan cara untuk menerapkannya dalam kehidupan. Dengan itu, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak sejak mereka kecil untuk beradab
ketika berinteraksi supaya mereka dapat mempraktikkannya apabila sudah besar tanpa rasa
kekok. Menjadi satu harapan agar semua pihak untuk tidak memandang enteng akan adab
berinteraksi ini supaya hubungan silaturrahim antara satu sama lain akan sentiasa utuh
walaupun Malaysia semakin maju.
Sumber Rujukan :
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ghani, M. Z. A., Nordin, M. N., Osman, K., Mohamad, A. D., & Mokhtar, A. I. (2020).
PERANAN PENDAKWAH UNTUK MENANGANI BERITA PALSU DARI PERSPEKTIF
DAKWAH. Jurnal Maw'izah, 3(1), 42-54.
Hakis, H. (2020). Adab Bicara Dalam Prespektif Komunikasi Islam. Jurnal
Mercusuar, 1(1).
Nurul Badriyah Ali. (2021). Jaga Adab Ketika Berkomunikasi di Media Sosial. Berita
Harian Online:https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/03/800725/jaga-adab-ketika-berkomunikasi-di-media-sosial
NAMA : NURFARAH DAYANA BINTI MARZUKI
NO. MATRIK : 068311
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
PENGENALAN
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, berinteraksi ialah bertindak atau berhubungan secara
aktif antara satu sama lain. Konsep yang diketengahkan dalam kajian e-sulam ini ialah
Penghayatan Prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan dengan
menumpukan aspek Adab dan Etika Pelajar dalam Berinteraksi sama ada secara maya atau
bersemuka. Adab dan etika berinteraksi antara pelajar dan pendidik adalah sebahagian
daripada adab menuntut ilmu yang harus diberi perhatian. Pada pandangan saya, tajuk ini
masih relevan untuk dibincangkan rentetan daripada isu pelajar menghina guru dengan
tulisan berbentuk penghinaan di baju sekolah (Nor Fazlina Abdul Rahim, 2021). Walaupun
kini medium interaksi sudah mengalami sedikit perubahan iaitu lebih menjurus kepada
interaksi secara maya, namun adab dan etika yang kebiasaanya diamalkan semasa
berinteraksi secara fizikal masih lagi wajar diguna pakai.
OBJEKTIF
i. Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka.
ii. Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika mereka
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kajian ini dijalankan melalui soal selidik dan temubual. Sebanyak 16 soalan yang
dikemukakan dalam soal selidik berkaitan Prinsip Rukun Negara dan Adab dan Etika ketika
Berinteraksi menerusi platform Google Form dan melibatkan 150 orang pelajar Institut
Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 18-24 tahun. Selain itu, temu bual bersama pensyarah,
guru dan pelajar juga telah diadakan melalui medium Google Meet. Sebanyak lima (5) hingga
tujuh (7) soalan telah diajukan bagi mendapatkan penjelasan tentang realiti yang berlaku
berkaitan sikap pelajar dalam berinteraksi dengan para pendidik. Hasil kajian mendapati
bahawa pelajar dan pendidik bersetuju adab dan etika ketika berinteraksi perlu diamalkan
bagi mewujudkan hubungan yang harmoni.
Antara soalan soal selidik yang dikemukakan kepada pelajar selaku responden ialah
kaedah untuk merealisasikan Prinsip Rukun Negara ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan
melalui interaksi dengan orang sekeliling. Majoritinya berpendapat bahawa pelajar perlu
bersikap sopan santun apabila berinteraksi dengan guru mahupun pensyarah. Kesopanan
berbahasa ialah proses komunikasi yang tidak menyinggung perasaan penutur atau
pendengar (Nasimah Abdullah, Lubna Abd. Rahman dan Norfazila Ab. Hamid, 2017). Ayuni
Mohamad Bakari dan Rohaidah Kamaruddin (2019) menyatakan “kesantunan berbahasa
ditakrif sebagai perlakuan dan tutur kata yang tidak menyinggung hati kedua-dua pihak”.
Contoh sikap sopan santun yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah menepati masa
perjumpaan, menggunakan bahasa yang baik dan panggilan hormat kepada pendidik,
memberi respon terhadap pertanyaan guru dan pensyarah dan mengucapkan terima kasih
sebagai tanda menghargai mereka atas ilmu yang disampaikan. Sikap-sikap ini mestilah
dipraktikkan tanpa mengira medium interaksi dan penyampaian ilmu. Sopan santun dalam
pertuturan dan tingkah laku amat penting supaya tidak berlaku konflik antara pelajar dengan
pendidik dan adab berinteraksi ini adalah sebahagian daripada adab menuntut ilmu dengan
pendidik. Kata Imam Malik RA: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari ilmu. Justeru itu, adab
dan etika pelajar dalam berinteraksi dengan para pendidik merupakan perkara utama yang
perlu dibentuk agar mudah memahami ilmu.
Perlaksanaan kajian ini memberikan kelebihan terhadap pendedahan kaedah yang
efektif untuk melibatkan diri dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat dan
mendapatkan respon daripada mereka khususnya dalam era norma baharu seperti
penggunaan aplikasi Google Site dan Google Form. Kekangan yang dihadapi semasa
perlaksanaan kajian ini ialah tidak dapat berbincang bersama ahli kumpulan dengan lebih
efektif kerana diadakan secara maya. Namun begitu, kesemua ahli kumpulan telah memberi
kerjasama sepenuhnya dalam menyelesaikan tugasan masing-masing.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa pelajar IPT, sebagai wakil generasi muda
mempunyai kesedaran tentang adab dan etika berinteraksi dan mengamalkannya untuk
menjaga hubungan silaturrahim mereka dengan warga pendidik. Ibu bapa yang merupakan
guru pertama anak-anak perlu mendidik mereka dengan menunjukkan teladan yang baik
seperti menggunakan bahasa yang sopan ketika berinteraksi dengan ahli keluarga. Didikan
yang diberikan sejak kecil amat penting dalam melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa
dan sopan santun. Sebagai generasi muda yang bakal meneraju negara, kita mestilah
mengamalkan adab dan etika berinteraksi dalam kehidupan seharian kerana tutur kata dan
tingkah laku seseorang melambangkan peribadi, institusi dan negara.
RUJUKAN
Abdullah, N., Rahman, L. A., & Hamid, N. A. (2017). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Tinjauan
Terhadap Unsur Kesopanan Dalam Sosiolinguistik Melayu: Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah (JSASS), 4(2), 135-149.
Ayuni Mohamad Bakari & Rohaidah Kamaruddin. (2019). Prinsip Kesopanan dalam
Kesantunan Bahasa Drama Zahira International Journal of the Malay World and
Civilisation, 7(1), 2019: 15 – 26.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Pelajar: Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Fazlina Abdul Rahim. (2021, 11 Mac). Dua Pelajar Hina Guru Didakwa. Berita Harian
Online daripada https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/03/795015/dua-pelajar-
hina-guru-didakwa
NAMA : ASMA NAJIBAH BINTI MOHD ASRI
NO. MATRIK : 068259
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK
Pengenalan
Kajian yang bertajuk ‘Adab dan etika dalam berkomunikasi’ yang ditujukan kepada
masyarakat telah dijalankan bagi melaksanakan tugasan e-sulam ini. Adab dimaknai
sebagai kehalusan dan kebaikan budi pekerti; kesopanan; akhlak (Hakis,2020). Menurut
kamus dewan edisi keempat etika didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, manakala komunikasi
ialah perhubungan secara langsung,perantaraan surat, radio dan sebagainya. Adab ketika
berkomunikasi adalah sangat penting kerana ia melambangkan personaliti seseorang.
Bertepatan dengan spekulasi umum masyarakat bahawa tidak beradap terutamanya ketika
berinteraksi dianggap mempunyai personaliti yang buruk. Adab dan etika dalam
berkomunikasi ini mempunyai hubungkait yang rapat dalam membangunkan negara kerana
untuk membina negara maju haruslah dimulakan dengan membina identiti dan jati diri
rakyat terlebih dahulu supaya dapat melahirkat masyarakat yang harmoni dan menhormati
satu sama lain.
Objektif
i. Mengkaji adab para pelajar ketika berinteraksi secara maya mahupun bersemuka
ii. Mengenal pasti adab dan etika yang mesti dipraktikkan oleh pelajar ketika berinteraksi
dengan pelbagai pihak
Analisis dan perbincangan
Kerja lapangan untuk melaksanakan tugasan e-sulam ini telah dijalankan melalui dua kaedah
iaitu kaedah temu bual dan kaedah soal selidik. Kaedah temubual telah dijalankan dengan
menemubual tiga informen iaitu informen pertama merupakan seorang guru, informen
kedua ialah seorang pelajar dan informen terakhir ialah seorang pensyarah. Soal selidik
yang telah dilakukan adalah berkaitan prinsip rukun negara yang kelima iaitu kesopanan
dan kesusilaan yang berkait secara langsung dengan tajuk projek e -sulam ini iaitu adab
dan etika pelajar dalam berinteraksi. Melalui soal selidik, seramai 150 orang reponden telah
memberi maklumbalas yang banyak membantu sepanjang tempoh pelaksanaan tugas e -
sulam ini. Terdapat empat bahagian soalan yang disediakan untuk responden di mana,
bahagian pertama berkaitan maklumat peribadi responden, bahagian kedua berkaitan
prinsip rukun negara kelima, manakala bahagian ketiga adalah berkaitan adab dan etika
berinteraksi, dan bahagian keempat adalah untuk mendapatkan pendapat responden
berkaitan dengan tugasan e-sulam ini.
Salah satu daripada soalan yang diajukan di bahagian keempat soal selidik adalah
cara untuk memastikan adab dan tatasusila semasa berkomunikasi terus diamalkan oleh
generasi akan datang. Majoriti responden berpandangan dengan memberi pendidikan atau
pendedahan awal kepada anak-anak. Hal ini persis peribahasa melayu iaitu melentur buluh
biarlah dari rebungnya,kerana pada peringkat kecil mereka masih membina peribadi diri
atau sifat dan sikap mereka. Maka,pada peringkat ini nilai-nilai murni termasuk adab patut
diterapkan dalam diri anak-anak supaya mereka dapat mempraktikkannya apabila
meningkat usia. Bahkan, karena keutamaan dan pentingnya adab, orang tua diwajibkan untuk
mengajarkan adab kepada anak-anaknya, agar menjadi keturunan yang memiliki adab
(Hakis,2020).Selain itu,pendedahan awal juga dapat dikaitkan dengan menunjukkan contoh
teladan yang baik. Menurut salah seorang responden, cara ini tidak terhad kepada ibu bapa
sahaja malah ia adalah tanggungjawab untuk semua yang lebih dewasa. Hal ini kerana
individu akan cenderung untuk mengikut perbuatan yang mereka perhatikan sama ada baik
atau buruk. Lebih lagi bagi kanak-kanak yang menyimpulkan setiap perkara yang dilihat,
didengar dan diperhatikan adalah patut diikuti dan akan mengamalkannya sehingga
besar.Justeru, golongan yang lebih berusia perlu menunjukkan tingkah laku yang baik
supaya dapat menjadi ikutan yang lebih muda. Kelebihan melaksanakan tugasan e -sulam
ini adalah dapat menambah baik adab yang sepatutnya dipraktikkan ketika berkomunikasi,
dapat bermuhasabah tentang kepentingan mempraktikkan adab dan etika yang baik,
berpeluang menambah pengetahuan baru melalui pandangan dan pendapat responden
yang pelbagai serta dapat membina kerjasama yang baik antara rakan kumpulan kerana
tugasan yang memerlukan bantuan semua pihak untuk disempurnakan. Di samping itu,
kelemahannya ialah,agak susah untuk mendapatkan masa yang sesuai untuk menemubual
informen kerana jadual mereka yang padat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adab dan etika dalam berkomunikasi memainkan peranan yang penting
dalam menentukan keperibadian seseorang kerana berkomunikasi merupakan perbuatan
yang dilakukan setiap hari. Ia juga akan mencerminkan bagaimana seseorang dididik dan
dibesarkan. Jelaslah bahawa pendidikan dan pendedahan awal merupakan cara yang
efektif untuk melahirkan masayarakat yang terus mengamalkan adab berkomunikasi pada
masa akan datang. Semua pihak haruslah mengambil serius dan berusaha untuk
menerapkan adab dan etika yang baik dalam diri dan anak-anak. Harapan daripada
tugasan ini adalah supaya masyarakat cakna tentang adab dan etika dalam berkomunikasi
supaya dapat mempraktikkannya dan dapat mencegah berlaku salah faham semasa
berkomunikasi bersama pihak lain.
Rujukan
1. Sulaiman, A., Noh, N. C., & Jamsari, E. A. (2020). Jati Diri Kanak-Kanak Melayu-Islam
Menerusi Pendidikan Awal: Malay-Muslim Children Identity through Early
Education. Sains Insani, 5(2), 98-106.
2. Busthami, S. H. (2018). Pendidikan Berbasis Adab Menurut A. Hassan. Jurnal
Pendidikan Agama Islam, 15(1), 1-18.
3. Zakaria Stapa, A. M. (2012). Faktor Persekitaran Sosial dan Hubunganya. Jurnal
Hadhari Special Edition (2012) 155-172, 18
4. Hakis, H. (2020). Adab Bicara Dalam Prespektif Komunikasi Islam. Jurnal
Mercusuar, 1(1).
5. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka