The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA (KUMPULAN I)<br><br>DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ong Wei Heng, 2024-06-06 11:16:41

Memperingati Tradisi Songkran Warisan Budaya Kaum Siam di Malaysia

MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA (KUMPULAN I)<br><br>DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 5

Keywords: Memperingati Tradisi Songkran Warisan Budaya Kaum Siam di Malaysia,MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA,EMAJALAH

MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA (KUMPULAN I) Dr. Sharifah binti Ismail MEMPERINGATI TRADISI SONGKRAN: WARISAN BUDAYA KAUM SIAM DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 6


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN KEPADA PERAYAAN SONGKRAN Apa itu perayaan Songkran Berapa lama perayaan ini disambut Dimanakah perayaan Songkran disambut 2.0 TUJUAN PERAYAAN SONGKRAN DISAMBUT Sejarah mengenai perayaan Songkran Makna tradisi ini terhadap kaum Siam 3.0 CARA PERAYAAN SONGKRAN DIKENDALIKAN DI MALAYSIA 4.0 MENELUSURI KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN: Kesan positif perayaan Songkran 5.0 MENYAMBUT PERAYAAN SONGKRAN DENGAN SEDERHANA Isu dan langkah mengatasi 6.0 LEGASI DAN WARISAN MASA HADAPAN Bagaimana untuk memeliharaan tradisi lama? Harapan bagi generasi muda 7.0 KESIMPULAN RUJUKAN


AHLI KUMPULAN AMMAR LUTFI BIN MOHD.NOOR HISHAM (300466) NUR LIYANA BINTI RUSLI (300458) AMYLIA NADIA BINTI MOHD BORHAN (300464) ONG WEI HENG (300426) LOSHINI TURGA A/P SHANTRU (300425)


PRAVIN A/L V.NILAVARASAN (300539) ANIS ADRIANA BINTI JAMRI (300545) IMAN NURAINA AILA BINTI SHAIPUL AZMI (300513) EDWIN GAN CHUN SIANG (300502) CHOI YONG XIN (300528)


Di Malaysia, perayaan Songkran oleh komunitas Siam biasanya berlangsung selama satu hari, dan sering kali diadakan pada tanggal 14 April. Ini adalah observasi yang konsisten dengan kegiatan tahunan yang dilaksanakan di kuil-kuil Buddha Siam di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Perlis. Songkran adalah perayaan tahun baru tradisional Siam yang juga dirayakan oleh masyarakat Siam di Kelantan, Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai festival air yang dirayakan pada pertengahan bulan April mengikut kalendar masihi. Pesta ini melambangkan perpaduan dan kemakmuran, dengan menonjolkan nilai-nilai seperti menghormati orang tua dan bersyukur, yang penting dalam membentuk masyarakat berbudi bahasa di Malaysia. 1.0 PENGENALAN KEPADA PERAYAAN SONGKRAN Apa itu perayaan Songkran Berapa lama perayaan ini disambut


Kuil-kuil ini menjadi pusat aktiviti Songkran, menarik partisipasi besar dari masyarakat setempat dan juga pengunjung yang ingin merasakan budaya Siam melalui festival air ini. Dimanakah perayaan Songkran disambut Di Malaysia, perayaan Songkran sering diadakan di beberapa kuil Buddha utama di Kedah, Perlis, dan Kelantan. Berikut adalah beberapa lokasi khusus di mana perayaan Songkran biasanya disambut: Kedah Wat Nikrodharam Kuil ini terletak di Alor Setar dan merupakan salah satu pusat kegiatan budaya bagi komunitas Siam di Kedah. Perlis Wat Suwankhiri Dikenal untuk perayaan Songkran yang meriah, melibatkan upacara keagamaan dan aktiviti semburan air, sebagai simbol penyucian dan permulaan tahun baru. Kelantan Wat Phikulthong Vararam Terletak di Kampung Jubakar, Tumpat, kuil ini dikenali sebagai pusat perayaan Songkran, dengan aktiviti yang meliputi persembahan budaya dan tradisi Siam.


2.0 SEJARAH PERAYAAN SONGKRAN Perayaan songkran atau lebih dikenali sebagai pesta Songkran ialah perayaan tahun baru yang berasal daripada Siam. Songkran disambut mengikut Kalendar Lunar Siam, pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh kepada hari ke- 15. Jika mengikut kalendar masihi, Songkran akan disambut pada bulan April. Pesta Songkran ialah pesta mandi air dimana mereka akan saling simbah air antara satu sama lain dan orang ramai. Pada asalnya, adat menyimbah air adalah cara untuk memberi hormat kepada orang lain. Air itu dianggap air bertuah dimana ia sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu disiram ke arah orang tua bagi memberi tuah kepada mereka sekeluarga. Terdapat lebih kurang 30,000 masyarakat berketurunan Siam di negeri Kedah yang meraikan perayaan ini. Antara komuniti Siam yang aktif di Malaysia adalah di negeri Perlis, Kedah, Perak, Penang, Kelantan dan Terengganu. Selain aktiviti utama mencurah air, terdapat juga aktiviti komuniti seperti konsert, pertandingan ratu cantik, perarakan dan pertandingan sukan. Komuniti Siam di kampung Tasek, Perak telah berjaya mengekalkan tradisi mereka walaupun berpindah ke negeri lain kerana menyambut Songkran selama 40 tahun.


MAKNA PERAYAAN SONGKRAN KEPADA KAUM SIAM 1. Pembaharuan dan penyucian diri Songkran melambangkan permulaan tahun baru dalam kalendar Thailand. Perayaan ini adalah masa untuk membersihkan diri dari masa lalu dan menyiapkan diri untuk tahun baharu dengan hati yang bersih. 2. Penghormatan kepada leluhur dan orang tua Anak- anak akan melaksanakan upacara “Rod Nam Dun Hua” iaitu upacara menuangkan air wangi ke tangan orang tua atau orang yang lebih tua sebagai lambang memohon berkat dan penghormatan. 3. Aktiviti Keagamaan Songkran mempunyai dimensi keagamaan yang signifikan. Orang Siam akan mengunjungi kuil untuk menjalankan merit-making (berbuat kebajikan). Antaranya ialah memberi makan kepada sami, melepaskan burung atau ikan dan menyiram patung Buddha dengan air wangi. 4. Waktu kebersamaan dan kegembiraan Songkran juga merupakan waktu bersenang-senang dan bersuka cita bersama orang-orang terkasih. Mewujudkan kesempatan untuk merayakan tradisi kaum siam serta untuk menikmati waktu bersama dalam suasana yang penuh kehangatan dan keceriaan.


3.0 CARA PERAYAAN SONGKRAN DIKENDALIKAN DI MALAYSIA PESTA AIR Di Malaysia, perayaan Songkran selalunya di rayakan di beberapa buah negeri di Malaysia contohnya Pulau Pinang. Kuil Wat Chayamangkalaram di Georgetown merupakan salah satu tempat untuk meraikan perayaan Songkran. Selalunya, mereka yang beragama budis akan datang ke kuil untuk berdoa. Ada juga yang membawa pistol air untuk upacara “water fight”. Mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga orang ramai sebagai tanda hormat dan meminta maaf. UPACARA KEAGAMAAN Songkran juga merupakan waktu untuk melakukan upacara keagamaan dan tradisional. Banyak orang mengunjungi kuil-kuil untuk memberikan persembahan kepada Buddha dan berdoa untuk keberuntungan dan keselamatan di tahun yang akan datang.


PERAYAAN BERSAMA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum, perayaan Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni dalam perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati orang tua, dan bersyukur menjadi nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. 3.0 CARA PERAYAAN SONGKRAN DIKENDALIKAN DI MALAYSIA AMALAN KEBAJIKAN Semasa perayaan Songkran, masyarakat Siam di Malaysia melakukan amalan kebajikan seperti menderma barangbarang keperluan, wang dan sebagainya kepada kuil-kuil untuk mengumpul pahala dan keberkatan.


4.0 MENELUSURIKEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN: KESAN POSITIF PERAYAAN SONGKRAN


KESAN POSITIF PERAYAAN SONGKRAN MEMPROMOSIKAN AMALAN KEBAJIKAN: PEMBERSIHAN DAN PENYEGARAN ROHANI: Pada hari perayaan Songkran, masyarakat Siam di Kelantan menganggapnya sebagai waktu yang sesuai untuk amalan kebajikan. Mereka menderma barang-barang seperti kain persalinan, duit, dan sebagainya untuk menambah pahala. Pada hari berikutnya, upacara Sai Bhat diadakan di pagi hari, dimana tujuannya adalah memberi makan kepada bhiku. Suri rumah biasanya menyediakan makanan dan memberikannya kepada bhiku sebagai bagian dari upacara tersebut. Tradisi menyimbah air semasa Songkran melambangkan pembersihan dan penyegaran rohani. Ini memberi mesej positif tentang pentingnya memulakan tahun baru dengan hati yang bersih dan fikiran yang segar. Perayaan Songkran ini sebagai hari pembersihan diri dari segala kesalahan di masa lalu, dan mulai kehidupan baru dengan menghilangkan segala pikiran negatif dan tindakan yang kurang baik dilakukan.


MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN : MEWUJUDKAN MASA BERKUALITI BERSAMA DENGAN ORANG DISAYANGI : Perayaan Songkran menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan kawan-kawan dan keluarga. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memperkukuh ikatan keluarga dan persahabatan. Ini memberi peluang untuk meluangkan masa dengan orang tercinta. Perayaan Songkran sering kali disambut oleh pelbagai komuniti di Malaysia, bukan sahaja oleh masyarakat Thai. Penyertaan dari pelbagai latar belakang agama dalam aktiviti seperti perang air, acara kebajikan, dan upacara tradisional memperlihatkan bagaimana agama dan budaya boleh disatukan dalam semangat keseronokan dan penghormatan bersama. KESAN POSITIF PERAYAAN SONGKRAN


Acara bermain air adalah aktiviti yang dinanti-nantikan dalam perayaan Songkran. Namun, setiap pihak harus bijak menguruskan dan menyambut perayaan ini agar ia dapat berjalan dengan aman dan selamat. 5.0 MENYAMBUT PERAYAAN SONGKRAN DENGAN SEDERHANA


Mengamalkan kaedah tradisional dengan merenjis sedikit air kepada orang ramai dan bukannya menyimbah air dalam baldi. ISU: PEMBAZIRAN AIR Songkran yang dirayakan dengan permainan air secara besarbesaran menyebabkan penggunaan air yang berlebihan. Sempena musim kemarau (sekitar bulan April), di mana bekalan air mungkin sudah terhad LANGKAH MENGATASI Tidak membazirkan banyak air dengan menggunakan pistol air.


Songkran biasanya disambut beramai-ramai di jalan raya, dan ada juga yang menyambut dengan memandu kenderaan. Perlu menyambut dengan berwaspada terutama bagi penunggang motosikal yang memandu melebihi had laju dan tidak memakai topi keledar. Pemandu harus menyambut dengan sederhana, memandu dalam keadaan yang selamat bagi mengelakkan kemalangan. ISU: KEMALANGAN JALAN RAYA LANGKAH MENGATASI Penganjur perlu merancang laluan untuk mengelakkan pertembungan orang ramai yang meraikan perayaan Songkran dengan aliran trafik.


Sediakan sanitasi tangan di tempat perayaan untuk mencegah penyebaran penyakit. ISU: PENYAKIT BERJANGKIT Aktiviti berkumpul dan bermain air boleh meningkatkan risiko penyebaran penyakit berjangkit seperti demam panas, loya, muntah, dan cirit-birit. LANGKAH MENGATASI Lakukan pemeriksaan kesihatan selepas menyambut perayaan untuk mencegahkan gejala penyakit.


Pihak penganjur perlu menyediakan pusat pembuangan sampah ISU: SAMPAH DAN PENCEMARAN Pelancong ataupun penyambut yang tidak bermoral meninggalkan sampah selapas perayaan Songkran. Menyebabkan peningkatan sampah, termasuk botol plastik, bekas makanan, dan sisa lain yang dibuang merata- rata. LANGKAH MENGATASI Aktiviti sukarelawan untuk mengutip sampah.


6.0 LEGASI DAN WARISAN MASA HADAPAN BAGAIMANA UNTUK MEMELIHARAAN TRADISI LAMA?


Mempromosi Tradisi Pihak kebudayaan perlu memainkan peranan penting dalam mempromosikan perayaan Songkran agar ia diketahui oleh masyarakat umum. Membantu Penganjuran Mereka juga menyediakan sumber dana dan sumber dan sumber tenaga untuk membantu penganjuran perayaan Songkran yang lebih meriah dan bermakna. Melestarikan Warisan Selain itu, pihak kebudayaan berperanan dalam melestarikan tradisi Songkran sebagai warisan budaya kaum Siam di Malaysia. PIHAK KEBUDAYAAN


PIHAK SEKOLAH Pembelajaran dalam Kelas Masukkan info tentang Songkran dalam kurikulum atau sejarah. Berikan pengetahuan tentang asal usul, makna, dan cara perayaan Songkran. Perayaan di Sekolah Organisasikan perayaan Songkran di sekolah dengan melibatkan semua pelajar. Sediakan kegiatan seperti siram-siraman air, pembuatan makanan tradisional, dan lain-lain. Media Sekolah Manfaatkan media sekolah seperti majalah dinding, buletin, dan media sosial untuk menyebarkan informasi tentang Songkran. Ceritakan sejarah, cara perayaan, dan makna tradisi ini.


PIHAK KERAJAAN Dukungan Kewangan Menyediakan dana dan subsidi untuk komuniti Siam dalam peyambutan perayaan Songkran, termasuk festival, upacara, dan kegiatan budaya. Pusat Budaya Siam Membangunkan pusat budaya bagi komuniti Siam di berbagai lokasi di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan, Kedah , Peris dan Pulau Pinang. Pusat ini boleh menjadi tempat bagi kaum Siam untuk berkumpul dan merayakan tradisi mereka.


HARAPAN BAGI GENARASI MUDA Harapan bagi generasi muda Malaysia adalah agar mereka memelihara dan merayakan Songkran dengan bangga, memahami makna budaya di baliknya, serta memupuk kebersamaan dan toleransi. Dengan begitu, tradisi ini akan terus ada dan berkembang, menjadi suatu khazanah budaya bagi negara Malaysia.


KESIMPULAN Dalam perkembangan terkini, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO Negeri, Wong Chia Zhen, menyatakan bahawa pesta Songkran 2024 telah menarik kehadiran masyarakat dari pelbagai tempat termasuk Kampung Lamdin, Kuala Nerang, Jitra, Pendang, Alor Setar, dan kawasan-kawasan lain. Ini menunjukkan bahawa perayaan Songkran semakin berkembang menjadi acara yang lebih besar dan melibatkan penyertaan daripada komuniti yang lebih luas. Perayaan ini bukan sahaja membasahi tubuh dengan air, tetapi juga mengalirkan kegembiraan, harapan, dan penghargaan terhadap kepelbagaian yang menyatukan kita sebagai manusia. Walaupun terdapat beberapa impak negatif, perayaan ini masih berada dalam keadaan terkawal, dengan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko, menjadikannya satu momen yang menyenangkan, bermakna, dan berkesan untuk semua yang terlibat.


RUJUKAN 1. Astro Awani. (2024). Ratusan masyarakat Siam mandi air sambutan Songkran meriah di Pulau Pinang. Retrieved from https://www.astroawani.com/gaya-hidup/ratusan-masyarakat-siam-mandi-air-sambutansongkran-meriah-di-pulau-pinang-466334?amp=1 2. Berita Harian. (2024, April). 116 maut dalam tempoh tiga hari Pesta Songkran. Retrieved from https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/04/1234804/116-maut-dalam-tempoh-tiga-hari-pestasongkran 3. Berita Harian. (2024, April). 65 kanak-kanak sakit selepas hadiri festival Songkran. Retrieved from https://api.bharian.com.my/dunia/asean/2024/04/1237801/65-kanak-kanak-sakit-selepas-hadiri-festivalsongkran 4. Gunawan, J. (n.d.). Makna dari tahun baru tradisional Thailand, Songkran. **Kompasiana**. Retrieved from https://www.kompasiana.com/jokogunawan/570e20ff587b6173075f45a4/makna-daritahun-baru-tradisional-thailand-songkran 5. Harian Metro. (n.d.). Jimat air-kemarau. Retrieved from https://api.hmetro.com.my/node/121918 6. Kerajaan Negeri Kedah. (2024, April 22). Tahun Melawat Kedah 2025: Pesta Songkran akan diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri. Retrieved from https://www.kedah.gov.my/2024/04/22/tahun-melawat-kedah-2025-pesta-songkran-akan-diketengahkansebagai-produk-pelancongan-negeri/ 7. Kosmo. (2022, April 19). Lima jam kutip sampah pengunjung berpesta di Batu Ferringhi. Retrieved from https://www.kosmo.com.my/2022/04/19/lima-jam-kutip-sampah-pengunjung-berpesta-di-batuferringhi/#google_vignette 8. Kosmo. (2023, April 14). Songkran di Perlis kembali meriah. Retrieved from https://www.kosmo.com.my/2023/04/14/songkran-di-perlis-kembali-meriah/ 9. Kosmo. (2024, April 23). Lebih 400 masyarakat pelbagai kaum meriahkan Pesta Songkran di Karak. Retrieved from https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/lebih-400-masyarakat-pelbagai-kaum-meriahkanpesta-songkran-di-karak/ 10. Majlis Keselamatan Negara. (2022, April 13). Hari Songkran 2022. Retrieved from https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/13/hari-songkran-2022/


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version