File Edit Format View TEACHER OLIVIA'S CLASS
BUKU SKRAP SAINS, TINGKATAN 3 BIU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH PERAK
TAJUK : KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI
YANG SIHAT
NAMA AHLI KUMPULAN :
NURAISHA SYADIA BINTI ARIF
NUR AQILAH NAJLA BINTI AHMAD NAZLAN
SITI HAJAR BINTI SULAIMAN
SUHA SUFIA BINTI CHE DAUD
TINGKATAN : 3 MIU
ISI KANDUNGAN BUKU SKRAP
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN
1. PENGHARGAAN 3
2. PENDAHULUAN 3
3. STRUKTUR SISTEM RESPIRASI MANUSIA 4
4. FUNGSI BAHAGIAN SISTEM RESPIRASI 5
5. BAHAN-BAHAN PENCEMAR UDARA, SUMBER DAN KESAN 8
6. PENYAKIT-PENYAKIT BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI 10
7. CARA-CARA UNTUK PERBAIKI KUALITI UDARA 11
8. PENUTUP 12
PENGHARGAAN
Dengan segala izin Tuhan, dapat kami menyiapkan buku skrap ini dengan mudah
dan baik serta diberikan kemudahan dalam merancang idea bagi menghasilkan
buku skrap ini. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Sains Tingkatan 3, Puan Fadhilah binti Abdullah, kerana telah
memberi tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan buku skrap. Begitu juga
kepada ibu ayah kami yang memberikan kemudahan kepada kami serta pertolongan
yang dihulurkan dari segi penggunaan gadjet dan lain-lain. Turut diucapkan
terima kasih kepada ahli kumpulan yang memberikan kerjasama yang baik dan
saling tolong menolong antara satu sama lain dalam menjalankan tugasan ini.
PENDAHULUAN
Sistem respirasi ialah sistem di dalam badan manusia yang membantu manusia
untuk bernafas. Pernafasan merupakan proses menyedut udara atau menarik nafas
dan menghembus udara oleh peparu. Sistem respirasi manusia juga berfungsi
untuk membekalkan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel
badan.
STRUKTUR SISTEM RESPIRASI MANUSIA
FUNGSI BAHAGIAN SISTEM RESPIRASI
1. Trakea
fungsi utama trakea adalah untuk membawa udara masuk dan keluar
dari paru-paru.
2. Diafragma
Ketika sedang mengembuskan nafas, pengenduran diafragma akan
meningkatkan tekanan udara dalam rongga dada untuk mendorong
udara keluar.
3. Alveolus
Fungsi alveolus ialah tempat terjadinya pertukaran gas pada
paru-paru.
4. Paru-paru
Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon
dioksida dari darah dengan bantuan hemoglobin.
5. Rongga hidung & lubang hidung
fungsi rongga hidung adalah untuk mengatur suhu pernafasan dan
menghidu bau manakala fungsi lubang hidung adalah untuk
melindungi hidung daripada sesuatu yang boleh masuk ke hidung.
6. Farinks
bertindak sebagai laluan udara ke larinks iaitu peti suara dan
saluran penghadaman.
7. Bronkiol
fungsi bronkiol adalah untuk menyalurkan udara dari bronkus ke
aveolus dan berfungsi untuk mengawal jumlah udara.
8. Epiglotis
epiglotis berfungsi sebagai suatu injap untuk mengalihkan laluan
tekak sama ada ke trakea ataupun esofagus.
9. Larinks
fungsi larinks adalah untuk menghasilkan bunyi atau suara
dan berfungsi untuk melindungi objek daripada memasuki
paru-paru melalui batuk dan tindakan refleksif.
10. Otot interkostal
otot interkostal berfungsi untuk membantu dalam
respirasi. Otot interkostal juga berfungsi mengisi
kekosongan tulang rusuk.
BAHAN-BAHAN PENCEMAR UDARA : SUMBER DAN KESAN KE
ATAS SISTEM RESPIRASI
TAR ROKOK NITROGEN DIOKSIDA
SUMBER : BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK SUMBER : DIHASILKAN OLEH PEMBAKARAN API
KESAN : MENYEBABKAN KANSER PEPARU SEPERTI PETROL DAN DIESEL DALAM
KENDERAAN
KARBON MONOKSIDA
KESAN : MERENGSA LALUAN PERNAFASAN LALU
SUMBER : DIHASILKAN DARIPADA ASAP MENYEBABKAN BATUK, SUKAR BERNAFAS
KENDERAAN DAN ASMA
KESAN : PENGURANGAN OKSIHEMOGLOBIN JEREBU DAN DEBU
DALAM DARAH
SUMBER : DIHASILKAN OLEH ASAP DARIPADA
SULFUR DIOKSIDA EKZOS KENDERAAN, PEMBAKARAN
TERBUKA DAN KEBAKARAN HUTAN
SUMBER : DIHASILKAN OLEH PEMBAKARAN
ARANG BATU OLEH STESEN JANA KUASA KESAN : MERENGSA SISTEM RESPIRASI DAN
MENYEBABKAN PENYAKIT RESPIRATORI
KESAN : MERENGSA LALUAN PERNAFASAN SEPERTI ASMA
YANG MENYEBABKAN BATUK, SUKAR BERNAFAS,
BRONKITIS DAN KANSER PEPARU
DEBUNGA NIKOTIN
SUMBER : DIBEBASKAN OLEH ANTER KE DALAM SUMBER : DIJUMPAI DALAM POKOK TEMBAKAU
UDARA KESAN : MENYEBABKAN KETAGIHAN DAN
KESAN : MERENGSA SISTEM RESPIRASI DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN SERTA
MENYEBABKAN PENYAKIT RESPIRATORI MENINGKATKAN DENYUTAN JANTUNG DAN
SEPERTI ASMA TEKANAN DARAH
TOKSIN
SUMBER : DIBEBASKAN KE UDARA MELALUI ASAP ROKOK DAN
PEMBAKARAN BAHAN API SERTA ASAP EKZOS
KENDERAAN
KESAN : MENYEBABKAN KERACUNAN YANG BOLEH MEMBUNUH SEL,
MEROSAKKAN OTAK DAN PEPARU, BATUK DAN EMFISEMA
PENYAKIT-PENYAKIT BERKAITAN DENGAN
SISTEM RESPIRASI
ASMA > Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit yang menyebabkan kesukaran
bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput
dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga asap industri.
BRONKITIS > Bronkitis adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa
lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering
tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.
EMFISEMA > Emfisema adalah penyakit di mana alveolus pesakit menjadi
besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang
tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah
sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas
kerja ringan.
KANSER PEPARU > Kanser peparu terjadi disebabkan oleh karsinogen
ataupun agen penyebab kanser yang ada pada asap rokok. Antara gejala
kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa
sakit ketika bernafas.
Mewajibkan semua kilang Mengetatkan undang-undang
menggunakan penapis asap tentang penjagaan alam sekitar
Pihak berwajib harus memastikan kilang- Hal ini dapat mengajar rakyat untuk
kilang yang beroperasi supaya memasang tidak membuang sampah di merata tempat
penapis asap bagi memastikan tiada bahan agar dapat menjaga alam sekitar dan
berbahaya yang disebarkan bersama asap. udara daripada bahan-bahan yang kotor
tercemar.
CARA-CARA Tanam lebih banyak
pokok
Menganjurkan kempen UNTUK
kesedaran kepada masyarakat PERBAIKI Usaha menanam lebih banyak
KUALITI UDARA pokok juga dapat memperbaiki
Kempen kesedaran dapat dilakukan bagi kualiti udara. Semakin banyak
menyedarkan masyarakat tentang Berkongsi kenderaan atau pokok ditanam, semakin banyak
kepentingan udara di dalam kehidupan menggunakan kenderaan awam kuantiti gas oksigen dibebaskan
sekaligus mendidik diri masyarakat ke udara.
untuk menjaga kualiti udara dengan
baik.
Amalan berkongsi kenderaan atau menggunakan kenderaan
awam ini dapat mengurangkan pencemaran udara dan
mengelakkan kesesakan di jalanraya. Hal ini juga
dapat mengurangkan pembebasan bahan pencemaran udara
yang dibebaskan melalui kenderaan.
PENUTUP
Kami sebagai satu kumpulan amat bersyukur dan berpuas hati kerana dapat
menyiapkan buku skrap ini. Kami sangat gembira kerana dapat menambah pengetahuan
tentang proses pernafasan yang kami lalui setiap masa dan menyedari bahawa
pentingnya untuk menjaga kesihatan dalam dan luar tubuh badan. Kami juga
menyedari bahawa kita seharusnya menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah
diberikan oleh Tuhan. Sepanjang menghasilkan dan mencari idea dalam menjalankan
tugasan ini, kami dapat mempelajari bagaimana berfungsinya sistem-sistem di dalam
tubuh badan dan cara untuk menjaga udara supaya bersih dan selamat. Akhir kata,
sistem respirasi dan pelbagai sel badan di dalam tubuh badan ini perlu kita jaga
dengan baik supaya dapat menjalani hidup dengan sihat.
TAMAT
SEKIAN, TERIMA KASIH