The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguanne15, 2019-02-07 22:35:54

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 3 2018

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 3 2018

MINIT MESYUARAT PIBG
SMK KG. DATO’ SERI KAMARUDDIN SERI MANJUNG

BIL 3/2018

Tarikh : 11 Januari 2018 (Jumaat)
Masa
Tempat : 3.00 Petang
: War Room SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin.

KEHADIRAN

HADIR

1. En. Puzelan bin Isa Yang Dipertua PIBG
2. Tn. Hj. Jamahari bin Abu Bakar Naib Yang Dipertua PIBG
3. Pn. Nor Naimmah binti Othman Setiausaha
4. En. Mohammad Iqbal bin Zulkifli Naib Setiausaha
5. Pn. Nazura binti Ghazali Bendahari
6. En. Kunnasagar A/L Rajoo AJK
7. Pn. Norarni binti Md. Johan AJK
8. Pn. Asnawiah binti Yusof Pardi AJK
9. Pn. Nor Aishah binti Hasbullah AJK
AJK
10. Pn. Bazurah binti Mohamed Nayan

TIDAK HADIR BERSEBAB AJK
AJK
1. Tn. Hj. Ahmad Ridzuan bin Zaini AJK
2. En. Nor Asraf bin Budjang AJK
3. En. Muhamad Nujeib bin Ab Rahim AJK
4. En. Mohamad Noh bin Sahel AJK
5. Cik Nur Adilah binti Mohammad Arshad
6. Pn. Norsolihah binti Zainal Pengetua
PK Pentadbiran
HADIR BERSAMA PK Kokurikulum
PK Pendidikan Khas
1. Pn. Hjh Roslina binti Ishak
2. Tn. Hj. Azman b. Lin
3. Pn. Kalthom binti Fa’at
4. En. Mohamad Kazi bin Wahi

SETIAUSAHA MINIT
1. Pn. Nor Naimmah binti Othman

1

1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Puzelan bin Isa
1.1.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
dan pentadbir sekolah.

1.1.2 Beliau mengucapkan selamat datang kepaada Pn. Kalthom binti Fa’at, Penolong
Kanan Kokurikulum yang baharu wakil daripada pihak PIBG SMK Kg. Dato’
Seri Kamaruddin.

1.1.3 Beliau memohon kepada ahli mesyuarat untuk bersama-sama dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli persatuan ibu bapa dan guru
di sekolah ini.

1.1.4 Beliau juga menasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa PIBG untuk
menghadiri mesyuarat AJK PIBG pada hari yang telah ditetapkan serta memberi
komitmen sebaik mungkin bagi menjayakan segala perancangan dan ketetapan
yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyaurat.

2. UCAPAN PENASIHAT

2.1 Ucapan Penasihat Pn. Hjh Roslina binti Ishak
2.1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP dan semua ahli yang hadir pada
hari ini.

2.1.2 Ucapan tahniah dan selamat datang kepada Pn. Kalthom binti Fa’at, Penolong
Kanan Kokurikulum SMK KDSK yang baharu menggantikan Pn. Hjh Esah binti
Salleh.

2.1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah telah menetapkan target iaitu 94.6%
bagi penanda aras untuk mencapai kejayaan SPM di SMK KDSK. Untuk
Kokurikulum pula, target untuk tahun 2019 juga telah dibuat seiring dengan
target unit Hal Ehwal Murid SMK KDSK. Semua perancangan yang telah dibuat,
diharapkan dapat dijalankan dengan jayanya.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2018

3.1 Bagi Minit Mesyuarat AJK PIBG Bilangan 3/ 2018 pengesahan dan sokongan adalah
seperti berikut:

Disahkan: Pn. Asnawiah binti Yusof Pardi
Disokong: En. Kunnasagar A/L Rajoo

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Kelewatan tentang pembayaran sumbangan PIBG telah diatasi dengan baik. Tindakan
oleh pihak HEM telah dibuat seperti memanggil dan mengingatkan pelajar untuk
menyelesaikan pembayaran sumbangan tersebut. Jumlah pelajar yang tidak membayar
bayaran tambahan PIBG juga telah berkurang.

4.2 Pelaksanaan Solat Hajat Perdana boleh dilaksanakan dengan perbincangan bersama
dengan pihak masjid dari semasa ke semasa. Program sebegini adalah salah satu usaha

2

baik yang perlu diteruskan agar hubungan baik antara pihak sekolah dan pihak masjid
berterusan demi kemaslahatan dan kebajikan pelajar. Perancangan aktiviti dengan pihak
masjid boleh dilakukan awal pada tahun 2019 ini.

5. LAPORAN KEWANGAN
5.1 Pn. Nazura memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang baki terkini sumbangan PIBG
berakhir pada 31 Disember Julai 2018 adalah seperti yang tercatat pada lampiran (rujuk
lampiran)

5.2 Naib Yang Dipertua PIBG memohon Bendahari PIBG untuk menyusun dan
mengemaskini jadual dengan baik sebelum mesyuarat terakhir yang akan di adakan pada
akhir bulan Januari ini. Jadual yang telah lengkap akan dibincangkan semula.

6. LAPORAN KESELURUHAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIBG PADA
TAHUN 2018

Bil. Aktiviti Tarikh Catatan
1. Maklum Balas Kutipan Bayaran Tambahan Sepanjang tahun /

Persekolahan Tahun 2018

2. Klinik Kem dan Undang-undang Bola Jaring 31 Mac 2018 (Sabtu) /

3. Program Riadah dan Rekreasi di Bukit 300 Teluk 14 April 2018 (Sabtu) /
Batik

4. Program Jaringan Komuniti Bersama Giatmara Lumut 25 Julai 2018 (Rabu) /

5. Program Tahsin Surah Al-Fatihah oleh Ustaz 3 Ogos 2018 (Jumaat) /
Ramadan Al Setiawaniy Bin Hj Ghazali

6. Program Lawatan Kerjaya ke IKM Lumut 4 September 2018 (Selasa) /

7. Program Jom Memasak Bersama-sama Anak 5 September 2018 (Rabu) /
Istimewa Kerjasama KEMAS Manjung

8. Program Jalinan Kasih Ke Rumah Anak-Anak Yatim 1 November 2018 /
(Khamis)

6.1 Pembentangan daripada Setiausaha PIBG tentang keseluruhan aktiviti yang telah
dijalankan.

6.1.1 Setiausaha mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
PIBG dan pihak pentadbir yang telah bersama-sama berganding bahu
menjayakan program-program yang telah dirancang sepanjang tahun 2018.

6.1.2 Respon daripada semua ahli mesyuarat mencadangkan agar program-program
sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Contohnya, Tahsin Surah
Al-Fatihah oleh Ustaz Ramadhan boleh dijalankan bagi pelajar-pelajar tingkatan
lain juga. Selain itu, program bersama UNIKL juga boleh diadakan. Program
Jalinan Kasih melawat ke rumah anak-anak yatim juga boleh dilaksanakan di
kawasan setempat di sekitar Seri Manjung juga.

3

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Pn. Hjh Roslina binti Ishak

7.1.1 Pengetua memaklumkan bahawa Program Kecemerlangan Akademik SPM
sedang diusahakan. Antara program yang akan dijalankan ialah Latih tubi
terancang, Elite Student, Kelas Tuisyen bagi (subjek kritikal seperti Matematik
Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia), Perjumpaan 30 orang pelajar terbaik, Dialog
Prestasi dan Aku Janji, Kelas Tambahan Petang, Kelas Tambahan Cuti Sekolah,
Pakej Percutian Gemilang, Peperiksaan Awal Tahun, Program Galus Bahasa
Melayu dan Sejarah, Bengkel dan Teknik Menjawab Peperiksaan dan Pecutan
Akhir SPM.

7.1.2 Beliau memberitahu kepada ahli mesyuarat bahawa pihak sekolah sedang
berusaha untuk membantu murid yang lemah 2M (membaca dan menulis) yang
akan ditempatkan di dalam sebuah kelas pemulihan. Program untuk murid
pemulihan ini akan di adakan selepas waktu sekolah pada hari Isnin dan Selasa.

7.1.3 Pengetua juga memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan pelajar yang berada di
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin adalah seramai 700 orang. Berlaku

peningkatan pelajar pada tahun 2019 berikutan kemasukan ramai pelajar di

Tingkatan 1.

7.1.4 Pihak sekolah telah menerima bantuan daripada pihak ABIM dan TNB
Janamanjung Sdn. Bhd. pada cuti persekolahan akhir tahun yang lepas. Bantuan
adalah berbentuk keperluan awal persekolahan bagi murid dan pelajar daripada
keluarga miskin dan susah. Seramai 50 orang murid yang terlibat.

7.1.5 Seramai 20 orang murid yang berpendapatan keluarga dalam kategori miskin dan
susah diberikan bantuan makanan di kantin sewaktu rehat. Dana ini adalah
sumbangan daripada guru-guru sekolah dan kantin sekolah.

7.1.6 Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan (BBTP) tidak turun ke sekolah pada
tahun ini. BBTP yang masih belum turun adalah bantuan untuk digunakan dalam
kategori Kokurikulum, Kertas Ujian Dalaman, Sukan Tahunan Sekolah serta
Kegiatan Pendidikan Islam dan Moral. Pengetua memaklumkan perkara ini
kepada semua ahli mesyuarat pada hari ini.

7.1.7 Pengetua mencadangkan agar program Tahsin Surah Al-Fatihah dijalankan
kepada unit persatuan dan unit beruniform secara bergilir-gilir.

7.1.8 Pengetua memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2019 yang
berjumlah RM41,000 telah diterima oleh pihak sekolah. Bantuan ini akan
diberikan kepada jumlah pendapatan keluarga ibu dan ayah kurang dari
RM3000.00 dan ke bawah sahaja. Ibu bapa akan dipanggil untuk hadir bagi
majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan dalam masa yang terdekat.

7.1.9 Pengetua memaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung PIBG akan
dimaklumkan kepada AJK PIBG dalam masa terdekat ini.

7.1.10 Pengetua memaklumkan bahawa para pelajar perlu mencapai 50% markah

4

daripada kehadiran Kokurikulum untuk dimasukkan ke dalam markah PAJSK.
PAJSK sangat penting bagi membantu pelajar mendapat tempat di university atau
di peringkat pengajian seterusnya. Oleh yang demikian, penekanan pada aspek
kehadiran dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum akan dititik beratkan dari
semasa ke semasa. Diharapkan agar semua pihak memberi sokongan bagi
membantu anak didik di sekolah ini.

7.2 Pn. Kalthom binti Fa’at

7.2.1 Beliau memberitahu kepada ahli mesyuarat tentang aktiviti-aktiviti yang
dijalankan bermula awal tahun sehingga kini berkaitan dengan unit kokurikulum
SMK KDSK. Antaranya ialah Kejohanan Merentas Desa dan kegiatan
Kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu 2.00 petang hingga 4.00
petang. Pada minggu ini juga dijalankan latihan rumah sukan pada setiap hari
Khamis.

7.2.2 Beliau memohon peruntukkan daripada pihak PIBG bagi kursus kepimpinan dan
perkhemahan. Namun, unit Kokurikulum perlu menghantar kertas kerja bagi
mendapat kelulusan daripada ahli mesyuarat pada sesi akan datang. Selain itu,
unit kokurikulum disaran untuk mengutip yuran penyertaan daripada pelajar
dalam menjalankan aktiviti di bawah unit kokurikulum SMK KDSK.

7.3 En. Puzelan bin Isa

7.3.1 Beliau mencadangkan agar pencapaian murid dari sekolah rendah direkodkan dan
diambil kira untuk digilap potensi mereka di peringkat sekolah menengah. Bakat
sedia ada pada pelajar akan sia-sia jika pihak sekolah tidak mengambil peluang
ini untuk terus membantu dan mendorong murid bergiat aktif dalam
kokurikulum.

7.3.2 Beliau mencadangkan agar rekod-rekod prestasi pelajar di pastikan benar atau
tidak dari segi ketelusan dan nilai prestij bagi setiap kejohanan yang diadakan.
Seharusnya perkara ini diambil kira dalam proses memberi penghargaan kepada
pelajar atau tidak. Segala bentuk pamphlet atau buku program juga perlu
diperiksa kesahihan pencapaian bagi setiap pelajar berkenaan.

7.3.3 Beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah mencari alternatif yang sesuai
bagi membantu pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran kerana bergiat aktif
dalam bidang kokurikulum. Sumbangan pelajar ini harus dihargai dan pencapaian
mereka juga harus dibantu oleh semua pihak. Dicadangkan agar diberi kelas
tambahan atau program yang sesuai meningkatkan pencapaian akademik mereka.

7.3.4 Penghargaan kepada pelajar yang telah mengharumkan nama di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan harus diberikan dan diberi penekanan. Ini adalah kerana,
pelajar-pelajar ini telah bersusah payah mencapai kecemerlangan dalam apa jua
bidang yang mereka ceburi. Untuk itu, penghargaan ini merupakan motivasi
mereka untuk terus cemerlang dan mencipta lagi kejayaan-kejayaan. Sokongan
moral dan penghargaan harus diberikan dari semasa ke semasa.

7.3.5 Beliau mencadangkan agar pihak sekolah dan guru menyalurkan maklumat yang
betul dan telus untuk mengelakkan masalah dengan pihak ibu bapa. Hal ini

5

adalah berkaitan dengan latihan kokurikulum atau latihan pusat di peringkat
daerah atau negeri. Maklumat perlu disampaikan dengan tepat dan awal bagi
membantu pihak ibu bapa bersedia jika berlaku sebarang kelewatan tamat latihan
anak atau sebagainya.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kesudian
meluangkan masa demi membantu kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan
kokurikulum.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat tamat pada pukul 5.45
petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................ .......................................
(NOR NAIMMAH BINTI OTHMAN) (EN. PUZELAN BIN ISA)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG

6


Click to View FlipBook Version