The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sang kancil dan sang gajah disediakan oleh Nor syhafiqah Bt zamakhshari kohort 33

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Syhafiqah, 2020-11-24 11:30:31

Sang kancil dan sang gajah

Sang kancil dan sang gajah disediakan oleh Nor syhafiqah Bt zamakhshari kohort 33

Cerita Kanak-
kanak : Sang
Kancil dan Sang
Gajah



• “Kalau bunyi tapak kaki
macamni, ni tak lain, mesti
gajah ni!”

• Kemudian Sang Kancil
mendapat satu idea yang
bernas untuk menyelamatkan
diri untuk keluar dari lubang.

• Kemudian sang gajah yang
lalu itupun menegur sang
kancil;

• “Eh sang kancil, tengah buat
apa?” Tanya si Gajah.

• “Menyelamatkan diri!”

• “Dari apa?” Tanya gajah lagi.

• “Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak
runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.

• Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai
sang kancil bulat-bulat.

• “Habis tu macam mana nak selamatkan diri?”
Tanya si gajah.

• “Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau
langit runtuh pun selamat kita dekat sini”

• Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat
ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya.
Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan
untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar
dari lubang yang dalam itu.

• “Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian
sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah
yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.

• Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini.
Teringat masa kecil dulu, inilah cerita dongeng dan turun
temurun yang diwarisi dari zaman berzaman. Namun bila
difikirkan kembali, apa yang cuba untuk disampaikan
melalui cerita ini?

• Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?

• Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?

• “Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak
baik akan menipu”

• Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana
sang kancil yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang
gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti
sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.

• Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik
kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak
menipu. Dan pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah
itu sepatutnya begini.

• “Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.

• “Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-
kali aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau
engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan
bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas
sang kancil

• “Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak
keluarkan engkau bagaimana?”

• “Cuba engkau tengok sekeliling, mana
tau ada dahan kayu ke pokok tumbang
ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”

• “Oh aku Nampak ada dahan kayu”

• Kemudian sang gajah menggunakan
kekuatannya menolak tunggul kayu dan
menggunakan belalainya untuk menolak
tunggul kayu ke dalam lubang.

• Kemudian sang kancil pun keluar dari
lubang itu dan seperti yang dijanjikan,
memberikan sang gajah tebu yang paling
besar dalam hutan rimba.


Click to View FlipBook Version