The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfaiza0212, 2021-04-20 20:55:00

TOKOH PEMIMPIN JOHOR DATO' ONN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR DATO' ONN

Keywords: PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

ONN JAAFAR

PENGASAS UMNO

12 Februari 1895
-

19 Januari 1962

BIODATA

Nama:Nur Aira Sofea Binti Mohd Faizal
Kelas:5 Ibnu Sina
Email : [email protected]
Nama sekolah: SK Felda Lok Heng Selatan

81900 Kota Tinggi,Johor

PENDAHULUAN

Pada 1946 menubuhkan Persatuan Melayu
Semenanjung Johor

Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur
Kongres Melayu Pertama mencapai persetujuan
menubuhkan satu parti mewakili kaum melayu
menentang Malayan Union dan kerana inilah
tubuhnya UMNO.

BIODATA

Dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit Gambir Jalan
Gertak Merah , Johor Bahru
Anak kepada Datuk Jaafar Bin Hj Muhammad Menteri
Besar Pertama Johor
Dipelihara oleh seorang kerabat diraja iaitu Sultan
Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar
Melanjutkan pelajaran ke England
Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
UMNO
Menjadi Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947

PENDIDIKAN

Belajar di Alderburgh Lodge
School Suffolk,England

Maktab Melayu Kuala Kangsar

KERJAYA

1911:Bermula sebagai kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan
Johor
1924:Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar
1930:Wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
1934: Pengarang Lembaga Malaya
1936:Ahli Mesyuarat Negeri Johor
1742:Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945:Pegawai Daerah Batu Pahat
1946:Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung Johor
1946:Menganjurkan Kongres Melayu 1946 dan Penubuhan UMNO
1947:Menjadi Menteri Besar Johor
1949:Meletak Jawatan sebagai Menteri Besar
1951:Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas keluar UMNO

SUMBANGAN
Politik

Mei 1946 menubuhkan UMNO bertujuan menubuhkan satu kesatuan
mewakili kaum Melayu menentang Malayan Union dan akhirnya Malayan
Union tumbang dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 bertujuan memelihara semula
kedudukan Raja-raja Melayu,memperketat syarat-syarat kerakyatan bagi
orang asing dan memelihara hak keistimewaan orang melayu

Pendidikan

Pemberian Biasiswa UMNO adalah idea beliau terhadap anak melayu yang
cemerlang dalam pelajaran.

NILAI KEPIMPINAN

Pada pendapat saya beliau adalah pemimpin yang berkarisma dan
berpandangan jauh.Isu Malayan Union dapat ditangani dalam menjaga
kepentingan Kaum Melayu.Kesan daripada isu Malayan Union Kaum Melayu
bersatu melalui UMNO.

Beliau mengundur diri dari UMNO kerana pandangan beliau untuk
membuka keahlian UMNO kepada kaum lain tidak diterima .Hakikatnya
Malaysia adalah negara pelbagai Kaum dan beliau telah nampak hakikat
ini.Meskipun UMNO tidak membuka keahlian parti kepada kaum lain UMNO
perlukan sokongan dan bekerjasama dengan kaum lain untuk menerajui
Politik Malaysia.

Beliau pemimpin yang mendahului zamannya dalam memelihara
keharmonian antara kaum di Malaysia.

PENUTUP

Perjuangan Dato' Onn Bin Jaafar ke arah kemerdekaan Tanah Melayu
tidak dapat dinafikan.Beliau adalah tokoh yang
berwawasan.Walaupun ditolak oleh UMNO namun idea bekerjasama
atas prinsip perkongsian kuasa dengan kaum lain kini diterima.
Walaupun beliau di dalam sejarah tidak memegang tampuk
pemerintahan negara beliau wajar diktiraf sebagai pemimpin atas
sumbangan mengerakkan perjuangan kemerdekaan daripada
British.Laungan "Hidup Melayu " bukanlah hanya slogan semata -
mata kerana perjuangan ini sarat dengan perjuangan membela
agama,bahasa,kebudayaan,pendidikan,ekonomi dan hak-hak
istimewa orang melayu.

SUMBER RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
http://thina75.blogspot.com/2015/12/pengajianmalaysia-
peranan-tokoh-isu_24.html?m=1
Ramlah Adam,(1992)Dato' Onn Jaafar Pengasas
Kemerdekaan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Haji Kamdi Kamil (2003) Tokoh Ternama Johor: Sultan
Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar:Yayasan Warisan Johor

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version