1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN SAINS SOSIAL DAN STEM TAHUN AKADEMIK : Semester 2 TAHUN 2 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM : PISMP AMBILAN: AMBILAN JUN 2021/2026 SEMESTER: SEMESTER 2 TAHUN 2 NAMA PENSYARAH: EN. BENEDICT CLEMENT D’SILVA NAMA PELAJAR: MUHAMMAD NAUFAL BIN RAMDAN ANGKA GILIRAN: 2021152340320 NO KAD PENGENALAN: 031029-12-0033 TARIKH HANTAR: 20 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: NAUFAL Tarikh: 20 MAC 2024
2 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN..….. ………………………………………………………………….....................4 2.0 KELEBIHAN, KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BAGI INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM MENTAKSIR PENTAKSIRAN ALTERNATIF…………………………..………………………………………………………………...4 2.1 PENTAKSIRAN ALTERNATIF (BUKU SKRAP)………………………………………..4 2.1.1 KELEBIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (SENARAI SEMAK) DALAM MENTAKSIR BUKU SKRAP……………………………………………………………………………5 2.1.2 KELEMAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (SENARAI SEMAK) DALAM MENTAKSIR BUKU SKRAP……………………………………………………………………………5 2.1.3 PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DALAM MENTAKSIR BUKU SKRAP……………………………………………………………………………………………6 2.2 PENTAKSIRAN ALTERNATIF (PEMBENTANGAN LISAN)……………………………………7 2.2.1 KELEBIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (RUBRIK) DALAM MENTAKSIR PEMBENTANGAN LISAN………………………………………………………………………………7 2.2.2 KELEMAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (RUBRIK) DALAM MENTAKSIR PEMBENTANGAN LISAN………………………………………………………………………………7 2.2.3 PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (RUBRIK) DALAM MENTAKSIR PEMBENTANGAN LISAN………………………………………………………………8 2.3 PENTAKSIRAN ALTERNATIF TUGASAN BERTULIS………………………………………….8 2.3.1 KELEBIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) DALAM MENTAKSIR TUGASAN BERTULIS…………………………………………………………………..9 2.3.2 KELEMAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) DALAM MENTAKSIR TUGASAN BERTULIS…………………………………………………………………..9 2.3.3 PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) DALAM MENTAKSIR UJIAN BERTULIS……………………………………………………………10 3.0 REFLEKSI…………………………………………………………………………………..10 4.0 SUMBER RUJUKAN………………………………………………………………………11
3 LAMPIRAN 1…………………………………………………………………………………………….12 LAMPIRAN 2…………………………………………………………………………………………….13 LAMPIRAN 3…………………………………………………………………………………………….14
4 1.0 PENDAHULUAN Pentaksiran merupakan salah satu elemen yang signifkan dalam melahirkan seorang individu atau murid yang holistik daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Menurut Alice, 2022, pentaksiran adalah suatu proses untuk memperoleh maklumat yang kemudiannya digunakan untuk melaksanakan penghakiman terhadap hasil sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks yang lebih luas, terdapat pentaksiran yang dipanggil sebagai pentaksiran alternatif. Pentaksiran alternatif ialah guru merancang pentaksiran pada peringkat sekolah selain daripada pentaksiran berpusat. Menurut Haidzir, 2019, pentaksiran alternatif ialah sistem pentaksiran baharu yang digunakan untuk menilai kemampuan dan pencapaian murid secara holistik dan autentik. Perkara ini bermaksud, pentaksiran tidak hanya menekankan penggunaan ujian kertas dan pen sematasemata. Untuk melaksanakan pentaksiran alterantif ini, terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu guru dalam menilai pemahaman dan pengetahuan murid secara holistik. Instrumen ialah, alat atau bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk menilai pelajar. 2.0 KELEBIHAN, KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BAGI INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM MENTAKSIR PENTAKSIRAN ALTERNATIF 2.1 PENTAKSIRAN ALTERNATIF (BUKU SKRAP) Menurut Mahaya et al., 2024, buku skrap atau folio ialah bahan bermaklumat yang dibina oleh murid berdasarkan tema yang telah diberikan oleh guru. Tugasan buku skrap ialah tugasan secara berkumpulan yang dihasilkan dengan kerjasama dan kreatviti ahli kumpulan tersebut dan penilaian akan dilakukan oleh guru berdasarkan maklumat isi utama, huraian dan contoh bagi topik yang dipilih, kreativiti dan kekemasan buku skrap (Monica, 2020). Salah satu tujuan penghasilan buku skrap ialah, tugasan ini dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menulis, menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber serta memberikan pendedahan kepada aktiviti menulis karangan yang boleh membantu untuk mengembangkan lagi daya kreativiti murid. Dalam hal ini, guru boleh mengaplikasikan instrumen senarai semak untuk menilai buku skrap murid berdasarkan kriteria yang terkandung di dalam senarai semak sebelum memberikan markah kepada murid.
5 2.1.1 KELEBIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (SENARAI SEMAK) DALAM MENTAKSIR BUKU SKRAP Senarai semak merupakan senarai kriteria yang telah disusun dengan tujuan untuk menilai hasil kerja murid. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian dan menggunakan instrumen senarai semak untuk menilai buku skrap yang dihasilkan oleh murid sama ada buku tersebut sudah memenuhi kriteria yang terdapat di dalam senarai semak atau pun tidak. Perkara ini memudahkan guru sebagai penilai oleh kerana dengan adanya kriteria yang telah ditetapkan, guru dapat melakukan penilaian dengan lebih sistematik dan konsisten dan sekaligus dapat meningkatkan unsur kesahan kandungan dalam penilaian. Kesahan kandungan ialah ujian itu dianggap sah apabila isi kandungannya menguji apa yang sepatutnya diiju. Dengan adanya senarai semak, maka sudah tentu kandungan di dalam buku skrap itu memenuhi apa yang ingin diuji oleh guru. Secara tidak langsung, tugasan pembuatan buku skrap ini mempunyai kesahan kandungan yang baik. Guru juga boleh memberikan senarai semak sebagai panduan kepada murid untuk membuat buku skrap. Hal ini demikian supaya, mereka memiliki kesempatan untuk memahami setiap kriteria dengan lebih mendalam. Ini tidak hanya membantu mereka dalam mencapai standard yang ditetapkan, tetapi juga membolehkan mereka untuk melakukan penambahbaikan terhadap buku skrap mereka daripada semasa ke semasa. Maka, buku skrap yang lebih berkualiti dapat dihasilkan oleh murid. 2.1.2 KELEMAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (SENARAI SEMAK) DALAM MENTAKSIR BUKU SKRAP Namun pada hakikatnya, senarai semak juga tidak terlepas daripada kelemahannya sebagai instrumen atau pengukur untuk menilai buku skrap. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat kemungkinan bahawa sesetengah item atau kriteria itu berkemungkinan secara tidak sengaja tidak disenaraikan semasa penyediaan borang senarai semak. Perkara ini menyebabkan penilaian buku skrap tersebut menjadi tidak lengkap dan tidak adil oleh kerana, jika sesuatu item dan kriteria tertentu tidak disenaraikan di dalam senarai semak, maka sudah tentu aspek tersebut tidak akan dinilai oleh guru dan secara tidak langsung penilaian terhadap buku skrap tersebut menjadi tidak sempurna dan tidak lengkap yang sekaligus menyebabkan pencapaian dan pengetahuan murid di dalam buku skrap itu tidak dapat dinilai dengan berkesan. Perkara ini sudah tentu dapat mengurangkan kesahan instrumen tersebut yang seharusnya mengukur apa yang sepatutnya diikur. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk memastikan bahawa semua item
6 atau kriteria yang penting sudah disenaraikan dalam senarai semak sebelum proses penilaian bermula. 2.1.3 PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DALAM MENTAKSIR BUKU SKRAP Penambahbaikan juga perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam penggunaan instrumen senarai semak untuk mentaksir buku skrap murid. Dalam hal ini, guru seharusnya lebih peka terhadap kritetia dan item apa yang hendak dinilai terhadap buku skrap tersebut melalui perbincangan bersama guru yang lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut. Contohnya, sesi perbincangan secara berkumpulan antara guru-guru dalam subjek atau bidang yang sama dapat menjadi langkah yang berguna untuk saling berkongsi pengalaman, pandangan, dan strategi dalam penilaian buku skrap serta memberi nasihat tentang kriteria-kriteria yang perlu ada dan diberi penekakan di dalam buku skrap murid. Tambahan pula, mereka juga boleh membantu untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang kelemahan dalam senarai semak yang digunakan serta memberikan cadangan untuk memperbaikinya agar instrumen senarai semak yang lebih berkualiti dapat dihasilkan. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya lebih peka dengan masalah-masalah seperti masalah terlepas pandang item dan kriteria yang perlu dinilai di samping perlu mengambil langkah intervensi untuk mengatasi isu tersebut agar penilaian terhadap buku skrap dapat dijalankan dengan lebih baik. 2.2 PENTAKSIRAN ALTERNATIF (PEMBENTANGAN LISAN) Selain daripada buku skrap, pembentangan lisan juga merupakan salah satu daripada pentaksiran alternatif. Menurut Halimah dan Rozita, 2019, pembentangan lisan dapat ditakrifkan sebagai kemampuan seseorang murid itu untuk menyampaikan pendapat, maklumat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis secara lisan melalui penggunaan tatabahasa yang betul. Guru boleh menjalankan pembentangan lisan ini untuk menilai kemahiran insaniah murid seperti kemahiran berkomunikasi di samping dapat menilai kefahaman murid serta penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang telah diajar. Dalam hal ini, guru boleh menggunakan rubrik pemarkahan untuk menilai pembentangan lisan murid di dalam kelas dengan melihat sama ada pembentangan lisan yang dipamerkan oleh murid mencapai kriteria yang telah ditetapkan di dalam rubrik ataupun belum.
7 2.2.1 KELEBIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (RUBRIK) DALAM MENTAKSIR PEMBENTANGAN LISAN Menurut Lee et al., 2024, rubrik ialah satu set kriteria yang telah ditetapkan oleh guru yang digunakan untuk tujuan pemarkahan bagi hasil kerja murid. Di dalam buku Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah juga, rubrik dikategorikan sebagi instrumen pentaksiran, maka guru boleh menggunakan instrumen ini untuk menilai kriteria-kriteteria yang perlu ada semasa murid melakukan pembentangan tentang topik yang sudah dipelajari oleh mereka. Salah satu kelebihan penggunaan rubrik untuk menilai pembentangan lisan ialah, rubrik memberikan gambaran kriteria yang konsisten yang mana membantu guru untuk menilai tahap penguasaan murid dengan lebih sistematik dan spesifik daripada pelbagai sudut sama ada dalam aspek kreativiti, komunikasi, penyampaian maklumat dan bahasa tubuh ketika membentang. Muridmurid mampu mencapai kecemerlangan sekiranya mereka dapat memenuhi kehendak di dalam rubrik. Tambahan pula, rubrik juga membolehkan proses penilaian menjadi lebih adil dan konsisten. Dengan adanya penggunaan rubrik yang sama untuk semua murid, guru dapat memastikan semua murid dinilai berdasarkan kriteria yang sama. Perkara ini sudah tentu membantu guru untuk mengurangkan sikap subjektiviti dalam menilai pembentangan murid. 2.2.2 KELEMAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (RUBRIK) DALAM MENTAKSIR PEMBENTANGAN LISAN Walaupun rubrik mempunyai banyak kelebihan, tetapi instrumen ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Salah satu kelemahan tersebut ialah, ketidakfleksibilitian dalam penilaian. Hal ini dikatakan demikian kerana, penilai mungkin terlalu terikat dengan kriteria yang telah ditetapkan di dalam rubrik sehingga tidak memberi ruang untuk faktor-faktor tambahan yang mungkin penting tetapi tidak termasuk dalam rubrik tersebut. Asifa, 2015, turut berpandangan bahawa, rubrik biasanya tidak memberi ruang untuk fleksibiliti dalam penilaian. Contohnya, aspek-aspek seperti kecekapan dalam menjawab soalan yang dilontarkan oleh guru dan rakan kepada ahli pembentang dan pengurusan masa tidak dimasukkan secara khusus dalam rubrik. Boleh jadi sesebuah kumpulan itu mempunyai pembentangan yang baik berdasarkan kriteria di dalam rubrik tetapi ahli kumpulannya tidak dapat menjawab soalan yang diajukan kepada mereka serta tidak bijak dalam menguruskan masa dan manakala ada kumpulan yang mungkin pembentangannya sederhana sahaja namun mereka dapat menjawab soalan yang diajukan
8 dengan baik dan dapat menguruskan masa mereka dengan cemerlang. Maka, unsur ketidakfleksibilitan di dalam penilaian melalui penggunaan rubrik dapat menyebabkan guru hanya memberi tumpuan kepada kriteria yang telah ditetapkan dalam rubrik dan mengabaikan faktorfaktor tambahan ini. 2.2.3 PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (RUBRIK) DALAM MENTAKSIR PEMBENTANGAN LISAN Inisiatif yang boleh digunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah ketidakfleksibilitian dalam penilaian melalui rubrik ialah, rubrik tersebut boleh diperluaskan dengan menambah kriteria tambahan yang mungkin penting tetapi tidak termasuk dalam rubrik asal. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengemaskini rubrik secara berkala mengikut keperluan atau menyediakan ruang khas bagi kriteria tambahan pada rubrik tersebut semasa proses penilaian. Dengan adanya ruang khas bagi kriteria tambahan ini, guru dapat menggunakan pertimbangan professional untuk menilai kriteria-kriteria yang tidak tercakup dalam rubrik asal. Oleh hal yang demikian, perkara ini bukan sahaja dapat menjadikan rubrik yang dicipta oleh guru lebih fleksible malahan rubrik ini juga dapat membantu guru untuk menilai pembentangan lisan murid degan lebih holistik. 2.3 PENTAKSIRAN ALTERNATIF (TUGASAN BERTULIS) Tugasan bertulis merupakan pentaksiran secara autentik dan perlakuan di mana tugasan ini memberikan murid peluang untuk menjawab secara bebas jawapan mereka ke dalam bentuk penulisan. Selain itu, tugasan bertulis juga memerlukan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis agar mereka dapat mengelola dan mencipta idea agar tugasan bertulis mereka lebih menarik. Tugasan bertulis yang dimaksudkan adalah berbentuk esei dan berstukur yang mana tujuannya adalah untuk mengukur pemahaman murid terhadap topik yang diajar serta mengembangkan kemahiran berfikir kritis di mana murid harus menilai, menganalisis, dan membuat kesimpulan tentang idea yang ditulis. Rosmawati, 2008, turut berpandangan bahawa, ujian bertulis adalah lebih sistematik supaya kebolehan murid dapat diukur dengan lebih efektif. Oleh itu, guru boleh mengedarkan lembaran kerja kepada murid selepas sesi pengajaran bagi menguji tahap kefahaman dan pengetahuan murid. Salah satu instrumen yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan lembaran kerja ini adalah dengane menggunakan instrumen lembaran kerja.
9 2.3.1 KELEBIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) DALAM MENTAKSIR TUGASAN BERTULIS Lembaran kerja merupakan salah satu instrumen yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, kelebihan lembaran kerja ialah instrumen ini dapat mengukur kebolehan murid dalam memahami serta menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar oleh guru di dalam sesuatu subjek. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan pentakisran formatif seperti tugasan bertulis menggunakan lembaran kerja yang selalunya disediakan berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Melalui cara ini, guru dapat mengesan sama ada standard pembelajaran tersebut sudah dikuasai oleh murid atau sebaliknya. Selain itu, lembaran kerja juga mempunyai kemudahtafisran yang tinggi. Hal ini demikian kerana, guru mudah menukarkan markah yang sudah diperoleh oleh murid kepada bentuk data statistik seperti min, sisihan piawai dan skor piawai (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2022). Melalui data ini, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid supaya guru dapat mengambil langkah susulan melalui tugasan pengukuhan dan pemulihan kepada murid. Selain itu, guru juga dapat mengetahui sama ada kaedah dan strategi pengajaran yang digunakan adalah sesuai dan berkesan melalui hasil lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid. Maka, guru dapat melalukan penambahbaikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. 2.3.2 KELEMAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) DALAM MENTAKSIR TUGASAN BERTULIS Kelemahan yang wujud dalam instrumen lembaran kerja ialah, sesetengah lembaran kerja yang diberikan oleh guru adalah tidak sesuai untuk semua peringkat pencapaian murid. Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor yang antaranya ialah, wujudnya kekangan untuk mengukur kemajuan murid daripada segi pengetahuan dan pemahaman sama ada tinggi atau rendah melalui lembaran kerja. Misalnya, sesetengah murid mempunyai keupayaan yang tinggi melebihi jangkaan guru untuk menjawab soalan di dalam lembaran kerja tersebut dengan mudah, maka sudah tentu lembaran kerja tersebut adalah terlalu mudah bagi mereka sehingga menyebabkan instrumen tersebut tidak dapat menggambar pencapaian murid yang sebenarnya. Perkara yang sama juga berlaku kepada murid yang lemah, jika lembaran kerja yang diberikan adalah terlalu
10 sukar maka sudah tentu murid akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Maka, instrumen tersebut tidak dapat mengukur dengan tepat prestasi dengan baik. 2.3.3 PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) DALAM MENTAKSIR UJIAN BERTULIS Usaha yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ketidaksesuaian lembaran kerja yang diberikan oleh guru untuk semua tahap kebolehan murid ialah, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran terbeza dengan merancang dan menyusun lembaran kerja berdasarkan tahap kemampuan murid. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan pelbagai soalan berdasarkan kemapuan murid di dalam kelas kerana setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang berbeza-beza. Melalui inisiatif ini, lembaran kerja yang lebih adil terhadap semua peringkat murid dapat diwujudkan agar lembaran kerja ini dapat benar-benar mengukur pencapain murid berdasarkan keupayaan dan kebolehan murid. Tambahan pula, hasil jawapan murid pada lembaran kerja itu juga menjadi indikator tentang keberkesanan pengajaran yang dijalankan oleh guru itu. Maka, guru boleh membuat refleksi dan membuat penambahbaikan pada masa yang akan datang. 3.0 REFLEKSI Selepas menganalisis pentaksiran alternatif beserta instrumen seperti senarai semak, rubrik pemarkahan dan lembaran kerja, saya dapati bahawa instrumen ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, guru sebagai pendidik dan penggerak utama dalam bilik darjah seharusnya bijak dalam mengendalikan instrume-instrumen tersebut untuk mengoptimumkan penilaian. Guru harus mengambil pendekatan yang teliti untuk memilih instrumen yang paling sesuai berdasarkan pentaksiran alterantif yang dilakukan. Selain itu, guru perlu sedar bahawa penggunaan instrumen penilaian tidak hanya tentang memberikan markah atau menilai prestasi semata-mata, namun guru juga boleh menggunakan instrumen-instrumen ini secara berterusan untuk membantu guru mengesan sendiri perkara-perkara yang perlu ditambahbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hasil pencapaian yang diperoleh daripada instrumen tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik berkualiti dan efektif dapat dilaksanakan.
11 4.0 SUMBER RUJUKAN Asifa Qasim. (2015). Using Rubrics to Assess Writing: Pros and Cons in Pakistani Teachers’ Opinions. Journal of Literature, Languages and Linguistics, 16 (1), 51-58. Alice, A,E. (2022). Ethical concerns in assessment and research in education. Journal of Eductional Research and Development volumn, 5 (2), 1-10. Halimah dan Rozita. (2019). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu Dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (2), 25-36 Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2022). Buku Panduan Pentaksiran. Institut Pendidikan Guru. Lee Leh Hong, Boon Pong Ying, Lawrence Aloysius Aerie dan Ilhavenil A/P Narinasamy. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Pustaka Nadwa Sdn. Bhd. Mahaya Binti Salleh, Suzana Binti Abd Mutalib, Hashiroh Binti Hussein dan Zakirah Imana Ho Binti Abdullah. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications Sdn. Bhd. Mohd Haidzir Yusof@Jusoh dan Norasmah Othman. (2019). Isu Dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif Dalam Sistem Penilaian Di Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Monica Laina Tonge dan Zamri Mahamod. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1), 12-20. Rosmawati Musa. (2008). Pengesahan Dan Penggunaan Ujian Matematik Tahun Empat Sekolah Rendah : Analisis Rasch. Universiti Sains Malaysia.
12 LAMPIRAN 1 SENARAI SEMAK BUKU SKRAP
13 LAMPIRAN 2 RUBRIK PEMARKAHAN PEMBENTANGAN LISAN
14 LAMPIRAN 3 LEMBARAN KERJA
15