TIGA EKOR TUPAI NAMA : NUR MAISARAH BINTI SALEHUDDIN ANGKA GILIRAN : 2021232340445 KELAS : BAHASA MELAYU G NAMA PENSYARAH : PUAN MASNI BINTI JAMIN HASIL KARYA : SARAH SALEH BMMB3283
TIGA EKOR TUPAI
Di tepi hutan rimba yang penuh misteri, terdapat tiga ekor tupai yang tinggal bersama-sama. Tempat tinggal mereka berhampiran dengan perumahan dan pembinaan. Oleh itu, tiadalah sebarang masalah bagi mereka untuk mencari makanan. Mereka boleh mencari makanan di pinggir hutan.
Pada musim sejuk pula, mereka boleh pergi mencari makanan di tepi perumahan. Hal ini kerana mereka gemar mencuri makanan di kawasan perumahan tersebut. Pendek kata, mereka hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, mereka selalu bersama-sama. Mereka tidak pernah mementingkan diri sendiri. Mereka sering tolongmenolong antara satu dengan lain.
Pada suatu hari, mereka bertiga bercadang untuk berpindah tempat. Mereka bergerak bersama-sama ke dalam hutan. Tujuan mereka berpindah kerana mereka ingat di dalam hutan akan lebih mudah dapat makanan dan mempunyai pokok yang lebih selesa untuk mereka tinggal bersama. Masuk sahaja mereka ke dalam hutan, mereka kagum dengan keindahan tengah-tengah hutan dan lebih redup berbanding tempat tinggal mereka yang dahulu. Selepas ketiga-tiga ekor tupai ini meneroka kawasan hutan tersebut, mereka bertiga bersetuju untuk terus tinggal di tengah-tengah hutan tersebut.
Pada suatu ketika, berlakulah musim kemarau. Tumbuhan banyak yang mati. Pokok-pokok besar pula hanya tinggal ranting. Semua daun telah gugur. Malah, tanaman ketiga-tiga tupai itu iaitu kacang dan bijirin yang dahulu mereka simpan banyak yang telah rosak kerana terlampau panas. Oleh hal yang demikian, payahlah ketiga-tiga ekor tupai itu hendak mencari makanan. Tambahan pula, cuaca panas sangat terik.
"Apakah ikhtiar kita sekarang?" tupai pertama bertanya. "Entahlah, tidak tahu apa lagi yang harus kita lakukan sekarang. Makanan sudah semakin payah untuk dicari," jawab tupai kedua. "Kita harus berjimat-cermat. Tiap-tiap hari, kita mesti makan sedikit sahaja. Makanan yang lebih haruslah disimpan," sampuk tupai ketiga.
Setiap hari, mereka terpaksa pergi jauh untuk mencari makanan. Pagi-pagi lagi, mereka sudah harus keluar mencari makanan. Lewat petang, barulah mereka pulang. Itu pun kadang-kadang mereka pulang dengan perut yang lapar. Ada ketikanya, mereka tidak berjaya menemui sebarang makanan. Ada ketikanya, makanan yang mereka temui hanyalah sedikit sahaja. Mereka terpaksa berkongsi makan makanan yang sedikit itu. "Kalau musim kemarau ini berterusan, matilah kita sekali ini!" kata tupai kedua. "Jangan mudah berputus asa! Kita harus tetap bersabar," tupai pertama menasihatinya.
Pada suatu hari, tupai ketiga berlari pulang. Ketika itu, tupai pertama dan kedua belum keluar mencari makanan. "Wahai kawan-kawanku! Wahai kawankawanku!" tupai ketiga menjerit-jerit. Tupai pertama dan kedua terkejut mendengar jeritan tersebut. Mereka segera pergi menemui tupai ketiga itu. "Mengapa? Apakah yang telah terjadi?" tupai pertama bertanya dengan perasaan cemas. Tupai kedua juga cepat bertanya, "Adakah engkau dikejar oleh burung helang?"
Tupai ketiga masih tercungapcungap. Tupai ketiga sangat kepenatan kerana berkejar pulang. "Mengapa?" tupai pertama bertanya lagi. "Aku terjumpa buah strawberi”. Masih ada tiga buah strawberi pada tangkainya," jelas tupai ketiga. Gembiralah tupai pertama dan kedua mendengar berita itu. Tanpa berlengah lagi, mereka segera pergi ke tempat itu.
Melelehlah air liur mereka melihat strawberi itu. Mereka sangat kempunan hendak makan buah. Sudah lama mereka tidak makan buah-buah. Mereka selalu makan kacang dan bijirin kerana makanan tersebut mudah untuk didapati di pokok-pokok hutan tersebut. Musim kemarau menyebabkan banyak pokok kekeringan menyebabkan tiada lagi kacang dan bijirin.
Mereka lalu memetik strawberi itu. Tetapi sebelum sempat mereka makan strawberi itu, tiba-tiba tupai pertama bersuara. "Wahai kawan-kawanku, janganlah kita makan strawberi ini!" kata tupai pertama. Tupai kedua dan ketiga berasa sangat hairan mendengar kata-kata itu. "Mengapakah pula begitu?" tanya tupai kedua. "Lebih baiklah kita simpan strawberi ini. Esok-esok kita boleh tanam strawberi ini. Apabila berbuah, tangkainya mengeluarkan lebih banyak strawberi," tupai pertama memberikan cadangan. "Apabila masak bolehlah kita makan," kata tupai pertama lagi.
Tupai kedua dan ketiga bersetuju dengan cadangan itu. Melelehlah air liur mereka berdua kerana sangat teringin makan strawberi itu. Tetapi apa boleh buat? Mereka terpaksa patuh pada nasihat tersebut. Mereka lalu menyimpan tiga buah strawberi itu di bawah tempurung. "Sang Helang tidak akan tahu kita menyembunyikan strawberi ini di sini," ujar tupai pertama. Mereka sangat gembira.
Pada sebelah malamnya, tupai pertama berasa tersangat lapar. Perutnya terasa sakit kerana tidak dapat menahan lapar. Mahu tidak mahu, terpaksalah tupai pertama mengambil keputusan untuk pergi mengambil strawberi itu. "Kalau aku hanya makan sebuah strawberi, masih ada dua buah lagi yang boleh ditanam," fikirnya dalam hati. Tanpa berlengah lagi, tupai pertama segera pergi makan sebuah strawberi itu.
Tidak lama kemudian, tupai kedua juga berasa lapar. Tupai kedua tidak dapat menahan rasa laparnya. Oleh yang demikian, tupai kedua terus pergi makan sebuah strawberi itu. "Aku hanya makan sebiji padi sahaja. Masih ada dua biji padi lagi untuk ditanam," ujarnya dalam hati. Tidak lama selepas itu, tupai ketiga pula berasa lapar. Lagipun, sejak siang tadi, tupai ketiga memang sangat terliur hendak makan strawberi. "Tentulah tidak mengapa, kalau aku hanya makan sebuah strawberi sahaja. Masih ada dua buah strawberi lagi untuk ditanam," fikirnya dalam hati. Tanpa bertangguh-tangguh lagi, tupai ketiga segera pergi makan sebuah strawberi itu.
Kira-kira sebulan kemudian, barulah tiba musim hujan. Mereka bersoraksorak kegembiraan. Mereka tahu, tumbuh-tumbuhan akan hidup subur semula.
"Marilah kita pergi menanam strawberi simpanan kita," kata tupai pertama. Mereka lalu pergi ke tempat simpanan buah strawberi itu. Tetapi alangkah terkejutnya mereka kerana mendapati sudah tiada sebuah strawberi pun lagi. "Aku hanya makan sebuah strawberi sahaja. Tetapi bagaimanakah dua buah strawberi lagi itu boleh hilang?" kata tupai pertama.
Tupai kedua dan ketiga turut menceritakan kisah sebenar. "Aku pun hanya makan sebuah strawberi sahaja," ujar tupai kedua. "Aku juga hanya makan sebuah strawberi saja," jelas tupai ketiga pula. "Itulah sebabnya semua strawberi kita sudah tiada lagi," sampuk tupai pertama.
Mereka berasa sangat malu atas perbuatan mereka itu. Mereka berasa sangat menyesal kerana mereka mementingkan diri sendiri. Akibatnya, semua strawberi itu sudah tiada lagi. Oleh yang demikian, tiadalah dapat mereka menanam strawberi itu. TAMAT
Tupai lincah berkeliaran, Amanah terlupa, harta diabaikan. Hutan saksi bisu, tupai tak tahu malu, Buah tercuri, kepercayaan pun layu. Berlari mencuri, tanpa belas kasihan, Tupai tak amanah, kecewa menjadi guratan. Buah yang indah dicuri di malam sepi , Kepercayaan pudar, seperti embun di pagi. Harapan pupus, seperti angan-angan, Strawberi terpencar, hilanglah kepercayaan. Strawberi yang manis diambil dengan rakus, Amanah terbang bersama angin berhembus.