The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Final Assessment
KAA 3063 - Pengurusan Pusat Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kumpulan G

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Nabilah Binti Mat Kholil, 2022-02-20 09:33:01

Buku Panduan Ibu Bapa Di Tadika

Final Assessment
KAA 3063 - Pengurusan Pusat Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kumpulan G

TADIKA SWEET GENIUS

BUKU
PANDUAN
IBU BAPA

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NABILAH BINTI MAT KHOLIL
D20182085963

KAA 3063
KUMPULAN A

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 02




03 - POLISI PENAMATAN
- DISIPLIN

- MENGHANTAR DAN 06
MENJEMPUT

- POLISI MAKANAN




11 - KESIMPULAN
- RUJUKAN

PENGENALAN

Buku panduan ibu bapa daripada pihak
tadika ini adalah bertujuan untuk
membantu dan memudahkan segala urusan
ibu bapa berkaitan anak-anak dengan
pihak tadika. Buku panduan ini digunakan
sebagai rujukan oleh ibu bapa bersama
pihak tadika bagi memahami dengan lebih
mendalam tentang beberapa perkara
mengenai tadika ini. Di dalam buku
panduan ibu bapa ini, terdapat tentang
polisi penamatan, disiplin anak,
menghantar dan menjemput anak dan
polisi makanan yang terdapat di Tadika
Sweet Genius (TSG).

1.0 Polisi Penamatan

Ibu bapa perlu memberi notis pemberitahuan
kepada pihak tadika 3 minggu sebelum
melalui notis surat bertulis.
Sekiranya tiada notis pemberitahuan dibuat,
pihak tadika menganggap anak puan/tuan
menerima perkhidmatan di tadika dan yuran
bulanan perlu dijelaskan seperti biasa.
Sekiranya anak berhenti di antara tempoh
masa setahun iaitu dari Januari hingga
November, yuran yang telah dibayar pada
bulan tersebut atau lain-lain bayaran tidak
akan dikembalikan semula.
Ibu bapa juga perlu menyelesaikan bayaran
yang tertunggak sebelum penamatan anak di
tadika.

2.0 Disiplin

Guru memberi penekanan " Do's" daripada "Don'ts"
ketika berada di tadika.
Guru tidak dibenarkan menghukum kanak-kanak
seperti memukul, mendera secara fizikal dan
sebagainya.
Guru tidak dibenarkan meletakkan kanak-kanak
di dalam bilik berkunci, almari, atau kotak sebagai
hukuman.
Guru tidak dibenarkan menahan masa makan,
rehat, atau penggunaan tandas.
Guru tidak dibenarkan meninggalkan mana-
mana kanak-kanak tanpa pengawasan.
Mengekalkan sikap bertimbang rasa semasa berada
di dalam tadika mahupun diluar.
Memberi pujian bagi pencapaian anak dalam semua
perkara.
Memberi anak ruang dengan mendengar dan
membantu menyelesaikan masalah.
Memastikan anak berdikari dan membuat
keputusan sendiri dengan bimbingan guru dan ibu
bapa dirumah.
Menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
kanak-kanak.
Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang selesa,
selamat dan memberi kebabsan kepada kanak-
kanak.

Mengajar kanak-kanak kemahiran sosial dan
berkomunikasi secara langsung jika ingin
menyatakan sesuatu.
Menepati masa yang ditetapkan seperti waktu
pembelajaran, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa boleh memberi ganjaran yang
bermanfaat kepada anak semasa melakukan
aktiviti bersama seperti memberi pelekat
berwarna untuk anak-anak kumpul dan mereka
boleh menuntut jumlah pelekat warna tersebut
pada hujung tahun dan ibu bapa
menggantikannya dengan hadiah yang
bermanfaat mengikut permintaan mereka.
Memberi perkataan yang sesuai untuk membantu
menyelesaikan konflik.
Menggunakan strategi yang positif dalam
mengawal anak.
Permodelan ibu bapa tentang tingkah laku yang
sesuai.
Ibu bapa digalakkan memberi dorongan yang jelas
dan deskriptif

3.0 Menghantar dan
Menjemput Anak

3.1 Masa Operasi
7.30 pagi - 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat kecuali
cuti umum dan kelepasan am).
8.00 pagi hingga 12 tengah hari (masa pembelajaran)
(mengikut pakej yang dipilih).
12 tengah hari - 3.00 aktiviti bebas (beriadah)/
mengaji/ pembelajaran tentang adab.
Cuti peristiwa yang diambil akan dimaklumkan
kepada ibu bapa/ penjaga.
Pihak TSG tidak membenarkan ibu bapa
mengambil anak selewat jam 4.30 petang (denda
akan dikenakan jika lewat).

3.2 Menghantar anak
Ibu bapa/ penjaga dikehendaki menghantar anak
mengikut masa tadika beroperasi dan ditetapkan.
Tidak dibenarkan menghantar anak terlalu awal
daripada masa beroperasi bagi memastikan
keselamatan anak terjamin. Pihak tadika tidak
bertanggungjawab jika berlakunya perkara yang tidak
diingini selain daripada masa tadika beroperasi.
Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak
terlalu lewat daripada masa yang ditetapkan supaya
tidak menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak yang lain.

Ibu bapa perlu memastikan anak dihantar sehingga
dihadapan pintu pagar tadika atau sehingga
dijemput oleh guru di tadika.
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak tadika
jika terpaksa mengambil anak pulang lewat dan
sebagainya.
Pemeriksaan suhu dan kesihatan anak dilakukan
sebelum kanak-kanak masuk ke dalam tadika.
Guru berhak untuk tidak menerima kanak-kanak
jika mengalami simpton/tidak sihat/ sakit dan ibu
bapa perlu membawa anak ke klinik kesihatan bagi
mengelakkan berlakunya penyakit berjangkit kepada
kanak-kanak lain.
Anak perlu dihantar dalam keadaan yang bersih,
kemas dan memakai baju seragam lengkap ke
tadika.

3.3 Menjemput anak
Pihak tadika hanya akan menyerahkan anak kepada
ibu bapa/ penjaga yang telah disenaraikan dan sah
seperti nama yang dinyatakan dalam borang
kebenaran menghantar dan menjemput anak.
Sekiranya ibu bapa terpaksa mewakilkan orang lain
atas sebab tertentu, ibu bapa perlu memaklumkan
kepada pihak tadika terlebih dahulu dan wakil
diminta untuk menjemput anak berserta surat yang
ditandatangani oleh ibu bapa.

ATAU ibu bapa diminta untuk memaklumkan nama,
rupa paras, nombor kenderaan wakil, minta wakil
tunjukkan maklumat ibu bapa kepada pihak
tadika/guru sebelum menjemput anak.
Denda atau cas tambahan akan dikenakan kepada
ibu bapa mengikut pakej yang diambil dan dibayar
terus kepada kakitangan yang bertugas secara tunai.
Jika pengambilan lewat berterusan, pihak tadika
berhak membuat pindaan berkaitan dengan
mengeluarkan kanak-kanak untuk berada di tadika
tersebut.
Ibu bapa/ penjaga diminta untuk memastikan anak
tidak mengalami sebarang kecederaan semasa
dalam jagaan tadika, segala barang keperluan dan
peribadi anak mencukupi di dalam beg dan tidak
tertukar serta kasut yang dipakai adalah betul dan
tidak tertukar dengan kanak-kanak yang lain.
Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam tadika
sekiranya tidak mempunyai urusan. Segala urusan
hendaklah dibuat di dalam pejabat sahaja.

4.0 Polisi Makanan

Setiap kanak-kanak akan diberi sarapan, makan
tengah hari dan petang di tadika mengikut pakej
yang diambil oleh ibu bapa.
Ibu bapa dibenarkan untuk membekalkan anak
sarapan dari rumah dan membawanya ke tadika.
Ibu bapa perlu memastikan bekal yang dibawa
adalah berkhasiat dan seimbang untuk anak.
Tidak dibenarkan untuk membekalkan anak
dengan makanan ringan dan tidak sihat.
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak tadika
jika anak mempunyai alahan alergi terhadap
makanan bagi mengelakkan perkara yang tidak
diingini.
Guru akan membimbing anak adab sebelum dan
selepas makan seperti mencuci tangan, tidak
berebut-rebut membaca doa dan lain-lain
Kanak-kanak di tadika digalakkan untuk makan
sendiri menggunakan peralatan yang disediakan.

Tidak dibenarkan berkongsi peralatan
makanan dengan kanak-kanak yang lain
seperti sudu, garpu, bekas makanan dan lain-
lain.
Sekiranya berlaku keracunan makanan atau
perkara yang tidak diingini seperti muntah,
cirit-birit dan lain-lain, pihak tadika akan
memeriksa keadaan kanak-kanak terlebih
dahulu dan memaklumkan kepada ibu bapa
dengan segera. Jika berlarutan, ibu bapa
diminta untuk hadir ke tadika dan
membawanya ke klinik bagi pemeriksaan
lanjut.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya,buku panduan ibu
bapa amat penting supaya ia dapat
digunakan sebagai rujukan semula
jika ibu bapa mempunyai keraguan/
masalah tentang sesuatu syarat/
dasar/ polisi yang telah ditetapkan
oleh pihak tadika.

RUJUKAN



Bright Horizons Education Team. (2020, March

15). Positive guidance: A guide for parents.
Retrieved from

https://www.brighthorizons.com/family-
resources/articles/e-news/positive-guidance-

guide-for-parents
Child dismissal withdrawal policy of kids'
kingdom learning center in Laurel MS. (n.d.).

Retrieved from
https://www.kidskingdomlearningcenter.com/ad

missions/dismissal.phtml
Kindergarten: Discipline and your child. (n.d.).

Retrieved from
https://ohioline.osu.edu/factsheet/BB-K-5

P0LISI tadiKA. (n.d.). Retrieved from
https://duniakecilku312.blogspot.com/2012/05/p0

lisi-tadika.html

RUJUKAN



https://www.scchildcare.org/media/6935

/GH_Sample-Level-A-Discipline-
Policy.pdf

https://www.ums.edu.my/pml/files/DAS
AR-PENGAMBILAN-DAN-SYARAT-
KEMASUKAN.pdf

https://fliphtml5.com/cjvgq/oanw/basic

TERIMA KASIH

LET OUR CHILDREN
PLAY

IT ' S THEIR RIGHT


Click to View FlipBook Version