The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haniyusraarzm, 2021-10-28 13:06:01

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

SLIDESMANIA.COM ETIKA DAN
PERADABAN
YANG MENJADI
AMALAN KAUM
INDIA DI
MALAYSIA

NAMA PENSYARAH :
EN. NAHRAWI BIN KASIM

HANI YUSRA BINTI ROSLIZAM MUHD HAFIZ BIN ZAINAL NURUL AISHAH BINTI MAHFUD
17DHF21F1021 ABIDIN 17DHF21F1025

17DHF21F1023

SLIDESMANIA.COM NURUL NAJWA ADLINA NUR SYUHANNY BINTI RAMLI
BINTI ZAWAWI 17DHF21F1029
17DHF21F1027

SLIDESMANIA.COM 1. Pengenalan kaun india
2. Agama yang dianuti
3. Kepercayaan kepada dewa-dewa
4. Konsep karma dan kelahiran semula
5. Kitab - kitab veda
6. Pakaian bagi lelaki dan perempuan
7. Perayaan yang disambut oleh kaum india
8. Adat resam kaum india
9. Pantang larang kaum india

PENGENALAN KAUM
INDIA

SLIDESMANIA.COM

● Penghijrahan masyarakat india ke Tanah Melayu berlaku secara
besar besaran dari tahun 1840-an.

● Kedatangan buruh india keTanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19
dan ke-20 , Sebenarnya hubungan Semenanjung Tanah Melayu dan
India telah berlaku lebih awal lagi .

● Kebanyakkan buruh india dating dari Selatan India.
● Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang ladang tebu dan kopi di

Seberang Perai.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM ● Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910, iaitu seramai
480000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu

● Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun 1911 hingga 1920
apabila dianggarkan seramai 908800 buruh india berhijrah ke Tanah
Melayu

● 90% daripada golongan penghijrahan terdiri daripada orang Tamil yang
berasal daripada Chennai ,Telegu dan Malayalam

● Selain orang Tamil ,terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon

● Kumpulan etnik penduduk india terbesar ialah Tamil yang terbentuk 80%
daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang
Malayali meliputi 7%

● Orang Telegu ialah berjumlah 4%

● Selain kelompok etnik di atas ,orang Punjabi turut datang dan pada
peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan
keretapi serta menjadi pengawal keselamatan.

● Populasi kaum india semakin meningkat tahun demi tahun , jumlah
populasi kaum india pada tahun 2016 ialah 2,210,000 , ia menunjukkan
peningkatan populasi kaum india di Malaysia.

● Kaum india merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum
melayu dan cina

SLIDESMANIA.COM

 Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India.

 Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi
masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhannya

 Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit
dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka
menewaskan musuh dalam sebarang peperangan .

 Namun ada juga segelintir kaum india yang menganut agama
Kristian,islam,sikh dan baha’i

SLIDESMANIA.COM

Info tambahan

Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti
Kristian dan Islam.Terdapat juga komuniti Punjabi yang beragama

Sikh.Jumlah penduduk Hindu lebih kurang 1,904,578 atau 6.93%
daripada jumlah penduduk Malaysia.Terdapat juga 132,379 Kristian ,

91,273 Islam dan 81,870 lain-lain.

SLIDESMANIA.COM

 Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu .

 Namun, penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu sering dilihat
beraliran politeisme, walaupun tidak tepat.

 Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme (satu
tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme (struktur tuhan
mengikut kekuasaan), dan panteisme (semua benda adalah
tuhan)

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM  Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat
dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu.

 Keperibadian dalam hayat yang sedang diallui perlulah baik dan berbudi
supaya mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang akan
datang.

 Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas kelahiran
semula ialah karma.

 Hukum hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan
kebahagiaan,kemakmuran dan usia yang panjang.

 Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat
pengamal agama Hindu.

 Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik,
kebudayaan, tempat, pakaian, minuman, dan sebagainya

 Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan tentang kedatangan
seorang nabi

SLIDESMANIA.COM

Perayaan Kaum India Di Malaysia

⬤ DEEPAVALI
- ‘ perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau

‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’.
Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat india. Pada hari ini sembahyang
akan diadakan terutamanya untuk mendoakan roh keluarga yang sudah
meninggal dunia.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM ● THAIPUSAM
- Perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan

susu,madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa
Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan , ‘Kavadi’ yang berisi buah –
buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.

● THAIPONGGAL
- Perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’.

Masa yang amat baik untuk mengadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah
akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak dalam periuk baru
untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada
jiran tetangga

Perayaan Deepavali

● MALAM SEBELUM PERAYAAN DEEPAVALI
- Memasang Vilakku
- Kolam Atau Rangoli

● HARI DEEPAVALI
- Persiapan Pagi
- Mansan Dan Juadah
- Pakaian
- Upacara Sembahyang

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Pakaian Tradisional Kaum India

Terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

1. SARI
 Sari merupakan pakaian tradisional india yang mudah dikenali di seluruh dunia.
 Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang seakan –

akan kain sari tersebut.

 Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletakkan di atas bahu

kiri, kain dalam di pakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari

tersebut daripada terlucut.

 Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya menarik dan

indah.

 Sari juga merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang India.

Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga

dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita

India.

Contoh – contoh sari :

SLIDESMANIA.COM

2. PUNJABI

 Pakaian Salwar Kameez atau baju Punjabi, juga popular dikalangan wanita di utara India.
 Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar Panjang yang longgar serta

tudung kepala yang sesuai warnanya.

 Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai Salwar Kameez.
 Contoh – contoh pakaian Salwar Kameez atau baju Punjabi :

SLIDESMANIA.COM

3. KURTA & DHOTI

■ Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.

■ Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau linen dan

sutera.

■ Pada kebiasaannya, kurta dipakai bersama Salwar longgar, seluar longgar atau seluar

churidar.

■ Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama yang mana kurta

pijama ini kebanyakkannya dipakai Ketika majlis – majlis rasmi.

■ Kurta juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat

panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

SLIDESMANIA.COM

● Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
berwarna putih. Kebanyakkan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

● Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian
kain tersebut dihiasi dengan manik – manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga Dhoti
yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan
ceti

SLIDESMANIA.COM

Contoh – contoh kurta dan dhoti :

SLIDESMANIA.COM

Adat
Resam Dan
Pantang
Larang

SLIDESMANIA.COM

ADAT RESAM KAUM INDIA

⬤ Perkahwinan.
⬤ Upacara Valaikaapu / kelahiran

SLIDESMANIA.COM

Adat Dalam INFO :
Perkahwinan THAALI merupakan
lambing suci perkahwinan
yang dikalung pada leher
pengantin perempuan.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM SEBELUM PERKAHWINAN

ADAKAN UPACARA IKAT JANJI ATAU NICCAYAM

● Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-
bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.

● Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.

● Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.

● Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang
dinamakan taambuulan maatruthal.

SEMASA PERKAHWINAN

● Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air
mawar). Kemudian pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke
pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari
pertunangan pada hari perkahwinan.

● Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan
upacara perkahwinan.

● Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan dan seterusnya
pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.

SLIDESMANIA.COM

● Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.

● Selepas itu, pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan
manakala bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai cincin
pada jari kaki pengantin lelaki.

● Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin
emas kedalamnya dan meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-
merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas,
akan menyarungkan pada jari tangan suami atau isterinya.

SLIDESMANIA.COM

SELEPAS PERKAHWINAN

● Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami
isteri.

● Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah pisang.

● Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama
tiga hari.

● Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.

● Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan
kehidupan baru yang bahagia.

SLIDESMANIA.COM

Adat Dalam INFO:
Upacara Adat Valaikaappu dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil
Valaikaappu menjangkau usia tujuh hingga sembilan
/ kelahiran bulan.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM UPACARA VALAIKAAPPU

 UPACARA SEBELUM KELAHIRAN

● Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali
sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud
‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan
daripada kesukaran semasa bersalin.

● Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu
gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.

● Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat
perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

● Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai
ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.

SLIDESMANIA.COM ● Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ‘ciir’

diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.

● Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih

pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu.

● Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih,

dan buah-buahan.

● Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan dan didudukkan di ruang tamu

.

● Seterusnya lampu minyak kuttu villaku dihidupkan sebagai memohon restu tuhan dan sebagai

memulakan upacara.

● Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan dan pipi ibu mengelilingkan beras di atas keala sebanyak

tiga kali. Akhirnya suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri .

SLIDESMANIA.COM  Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India . Setelah

bayi itu dilahirkan , si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang
kelahiran tersebut secara lisan atau melalui surat .

 Pada masa kini , banyak lagi alat komunikasi yang boleh digunakan . Selama enam belas

hari , bermula bayi dilahirkan , keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada
hari yang ke enam belas untuk merasmikan penamaan anak itu .

 Pada hari itu , rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para jemputan .

Nama yang akan diberi kepada bayi itu , biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada
takwim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya . nama yang diberikan kepada bayi
itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut . Waktu memberi nama ,
bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagu-lagu yang dinyanyikan
oleh kaum wanita . Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan dan
gelang kaki .

 Pada suatu hari yang sesuai (misalnya hari yang ketiga puluh ) bayi itu dibawa ke rumah

berhala di mana satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan.

PANTANG LARANG KAUM INDIA

● Pantang larang ketika berkunjung ke rumah
● Pantang larang merisik
● Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aarati) sireh
● Mandian seleas bersalin
● Pantang larang kematian

SLIDESMANIA.COM

Pantang ● INFO : Bahasa pantang larang ini terhasil daripada
Larang kepercayaan masyarakat dahulu kala berdasarkan
Kaum pengamatannya terhadap alam sekitar dan
India kejadian alam yang bersifat 'sebab dan akibat'. Jika
bahasa pantang larang tersebut dilanggar,
seseorang individu itu dikhuatiri akan menerima
kecelakaan atau ditimpa perkara yang buruk.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM PANTANG LARANG KAUM INDIA

 Pantang larang ketika berkunjung ke rumah

● Tuan rumah tidak boleh embenarkan tetamu yang pertama
kali berkunjungi ke rumah melakukan kerja seperti
membasuh pinggan kerana dipercayai membawa sial.

 Pantang larang merisik

● bakal pasangan akan saling membalas kunjungan Ketika
merisik tetapi ketika rombongan bakal pengantin
perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta
kerana dianggap tidak sopan.

 Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aarati) sireh

• Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih
dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah
jam dan juga lawan jam.

• Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.Seterusnya para cumanggali akan
mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu
dan anak.Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aarati
dibuang.

SLIDESMANIA.COM

 Mandian selepas bersalin
● Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan

menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan
herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga
digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

● Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah
kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah
itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang
diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi
akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

SLIDESMANIA.COM

 Pantang larang kematian

• Gambar simati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik

• Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu

• Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai
tanda penghormatan

• Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir
(vaaikkarisi)

SLIDESMANIA.COM

• Untuk memahami etika dan
peradaban yang menjadi
amalan kaum india di
Malaysia

• Untuk mengenali
kebudayaan kaum india
di Malaysia , sama ada ianya
masih dilakukan oleh kaum
india ataupun sudah
ketinggalan zaman

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM 1. Kaum india merupakan kaum ketiga
terbesar selepas cina dan melayu,
Jadinya ketiga tiga kaum ini perlulah
memperbaiki kedudukan mereka bagi
menyeimbangkan sosio ekonomi .

2. Bagi mengembangkan lagi
kebudayaan india , pihak atasan
perlulah menitikberatkan sejaran dan
amalan setiap kaum di sekolah , Hal
ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
kefahaman tentang sejarah dan
amalan kaum di Malaysia

• Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan didominasi oleh
tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga tiga rumpun bangsa ini beramal
dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian ini sebenarnya tidak
menghalang mereka untuk tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, dibawah satu
kepimpinan meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang diamalkan .

• Kita harus belajar dari pengalaman dalam dekad-dekad yang lampau untuk memperbaiki
kedudukan sosio-ekonomi kaum India. Masa depan kaum India adalah bergantung
kepada masyarakat india itu sendiri . Jika kaum india sendiri tidak menjaga kebudayaan
mereka , siapa lagi akan menerajui kebudayaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang
mereka

SLIDESMANIA.COM

Terima
kasih!

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version