The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku digital ini menerangkan latar belakang Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan, Sabah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kasihsyuhada, 2023-04-07 20:23:25

BUKU PROFIL ISMA PUTATAN

Buku digital ini menerangkan latar belakang Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan, Sabah.

Keywords: Latar Belakang

Ikatan Muslimin Malaysia 2023 - 2026 Cawangan Putatan www.isma.org.my MU2040


PENGENALAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) CAWANGAN PUTATAN ADALAH MERUPAKAN SEBUAH ORGANISASI BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG BERDAFTAR DI BAWAH PERTUBUHAN PENDAFTARAN MALAYSIA (NO. PENDAFTARAN:PPM-030-10- 07071997-000053 ) PADA 2 MAC 2023. PUTATAN


Visi Misi Visi Misi Malaysia Unggul 2040 Seiring dengan impian nasional ini, dengan segala kelebihan dan keistimewaan yang ada di Wilayah Sabah, ia mampu menjadi sebuah Wilayah yang maju, kuat dan berdaulat. Membangun Peradaban Masyarakat Berkualiti Negara yang kuat, maju dan berdaulat adalah negara yang dimakmurkan oleh ummah yang memiliki ciri-ciri khusus sebagai warga tinggi nilai dan bertamadun.


Taburan Data Di Sabah 70% 22% 9% Bilangan Penduduk Pengangguran Muslim Masalah jenayah Pemilikan hartanah bumiputera sumber: berita dan data negara tahun 2020 - 2022 21% 25% Kadar Buta Bilangan Masjid Huruf Kemiskinan Pemilikan tanah bumiputera 1141


Persatuan Islam Putatan antara 3 gabungan gerakan dakwah awal di Sabah yang membentuk USIA SABAH


8 Ciri Masyarakat Berkualiti Beragama dalam segenap aspek hidup Ummah perlu dididik agar sentiasa merujuk dan patuh kepada agama dalam segenap aspek kehidupan. Satu bentuk kehidupan beragama yang syumul dari sudut tasawwur dan amalinya perlu diterapkan di dalam jiwa ummah. Kita tidak mahu masyarakat hanya beragama ketika berada di masjid dan surau, tetapi tidak di medan kehidupan hariannya yang lain. Kebersamaan dalam membangun ummah Islam adalah agama jama’ie dan ummah Islam adalah ummah yang bersosial. Institusi sosial paling kecil adalah keluarga. Dan banyak lagi institusi sosial lain dalam masyarakat Islam seperti masjid dan surau, komuniti penduduk, kelab, pertubuhan dan sebagainya. Menjadi contoh Sejarah ummah Islam yang cemerlang satu ketika dahulu dilatari dengan kemunculan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang yang menjadi qudwah ikutan masyarakat. Tokoh-tokoh qudwah ini melahirkan suasana berlumba di dalam masyarakat. Masing- masing berusaha untuk menjadi yang terbaik di bidang mereka. Bangga membangunkan peradaban Islam Kita perlu mendidik ummah agar mempunyai jiwa yang besar, kehendak yang tinggi, berdisiplin dalam mengawal diri, memiliki kesetiaan, kesiapsiagaan dan semangat juang. Ummah perlu menjadi cerminan hidup kepada seluruh manusia dalam penegakan makruf dan membenteras kemungkaran dan kezaliman. Bersatu padu membina kekuatan Aktiviti-aktiviti yang merapatkan ukhuwwah dan merapatkan jurang sesama anggota di dalam komuniti perlu disusun sebaiknya. Dari situ potensi yang ada pada masyarakat akan dapat digembeling semaksima mungkin untuk memberi pulangan terbaik kepada pembangunan ummah.


8 Ciri Masyarakat Berkualiti Ummah pencipta yang merintis kemajuan Ummah yang cerdik dan mahir membangunkan keluarga dan masyarakat seterusnya membina generasi akan datang. Ummah yang ada keupayaan survival diri yang tinggi dalam pengurusan keselamatan masyarakat sekelilingnya. Ummah yang hidup berkualiti Ummah yang hidup dalam persekitaran yang bersih dan tenteram, dihiasi dengan suasana dan budaya masyarakat yang saling peduli, berkasih sayang, menolak gejala tidak sihat dan menyuburkan perkara-perkara makruf. Ummah yang hidup dalam suasana kejiranan yang baik. Berdikari dan bebas pengaruh asing Kita mahu ummah ini mandiri, dengan erti mampu berdikari sendiri tanpa perlu bergantung kepada kuasa asing. Menguruskan sumber tanahair secara maksima dan membina rantaian ekonomi ummah khususnya rantaian bekalan strategik. Seterusnya ummah yang memiliki kuasa beli bagi menampung keperluan hidup yang berkualiti dan bebas dari monopoli kapitalis.


Sungai Putatan menjadi laluan kepada Paduka Mat Salleh dan askaraskarnya bersembunyi di Kubu yang dibina di atas bukit kota (Memorial Tun Mustafa) di Kg. Ulu Putatan . (Sumber Perpustakaan Desa Ulu Putatan dan The North Borneo Herald. TUESDAY, 1ST AUGUST 1922. )


YANG DI-PERTUA AHMAD FARHAN BIN SELAMAT ” Sabah adalah sebuah wilayah yang unik, kaya dengan hasil bumi dan laut. Ia juga merupakan pusat dakwah Islam yang bermula seawal kurun ke 15 sehingga dikukuhkan kedudukan Islam di dalam perlembagaan oleh Allahyarham Tun Datu Mustapa Tun Harun “ .


Jawatankuasa Cawangan KETUA WANITA DR WAHIDATUL HUSNA ZULDIN NAIB YDP MUHAMMAD AMIN RIBBANG SETIAUSAHA NURUL AQILAH JAMIL


Jawatankuasa Cawangan KEAHLIAN NUR NURULFA MAT SAAD BENDAHARI NUR SYUHADA ABD RAHIM MEDIA AFSHAN MUHAMMAD


Jawatankuasa Cawangan KELUARGA LATIFAH ABDUL GHANI DAKWAH MASYARAKAT MUHAMMAD ASYRAF OTHMAN PEMUDA DR MOHD. SOBRI MOHD SAUPI


Madrasah Tahzibiah Putatan merupakan sekolah terawal yang dibina di Sabah pada tahun 1966 yang dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha


SENARAI KERJASAMA Masjid Nurul Ihsan Masjid Al Amin Kg Serigai Masjid AL Baari, Taman Ketiau Surau Raudhatul Jannah, PPR Keramat Surau Al Fateh, PPR Taman Seri Serigai Surau As Sohabah, Kg Lembising Masjid Jamek Ulu Putatan Masjid As Sobirin, Sipanggil


Pusat gerakan dakwah Islam terawal di Sabah pasca pemerintahan British ditubuhkan di Putatan pada tahun 1959 diketuai oleh Awang Sahari Abd Latif


AKTIVITI YANG DIJALANKAN


Pengukuhan Jati Diri Muslim Program Kelas Quran dan Bimbingan penghayatan islam yang diadakan


Pengukuhan Jati Diri Muslim Program Kelas Quran dan Bimbingan penghayatan islam yang diadakan


Ummah yang hidup berkualiti - sihat, sejahtera dan produktif Aktiviti kesukanan dan kesihatan yang dijalankan


Masjid Kampung Ulu Putatan yang dibina sekitar awal tahun 1800an yang juga antara masjid tertua yang masih wujud di Putatan. (sumber: putatankini)


Kebersamaan dalam membangun ummah Kerjasama yang dijalankan bersama pelbagai badan, agensi, masjid dan surau


Kebersamaan dalam membangun ummah Kerjasama yang dijalankan bersama pelbagai badan, agensi, masjid dan surau


TERIMA KASIH www.isma.org.my MU2040


Click to View FlipBook Version