TOKOH
KEMERDEKAAN
MALAYSIA
TOK JANGGUT
PEJUANG JIHAD
TOK JANGGUT
(1853 - 1915)
"Sepanjang hidup insan ini sehingga ke akhir hayat beliau,
beliau berjuang. Beliau berjuang bersama mereka yang
ingin bersama."
--- Setelah ‘kerajaan’ sendiri waktu itu menyokong penjajah, perjuangan beliau
telah disalah erti oleh pemerintah waktu itu sehingga menggelarnya sebagai
penderhaka!
2
ISI KANDUNGAN
M/S
Pendahuluan 2
Biodata Murid 4
Biodata Tokoh 5
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh 6
Faktor Penentangan 7
Kelebihan Tokoh 8
Bukti Kredibiliti Tokoh 9
Jasa dan Sumbangan 10
Galeri 11
BIODATA MURID
Nama Penuh :
Nor Amni Syauqina binti Mohd Asrol Shahariwan
Sekolah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda,
Johor Bahru, Johor
Umur : 13 Tahun (Kini Berada di Tingkatan 1)
Tarikh Lahir : 29 Jun 2008
Tempat Lahir : Pusat Perubatan Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Hobi : Membaca dan Melukis
4
BIODATA TOKOH
Nama : Haji Mat Hassan bin Munas
Dikenali sebagai : Tok Janggut
(Kerana beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada)
Tarikh dan tempat lahir : Pada tahun 1853 di
Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Pendidikan : Kelantan dan Makkah
Kelebihan : Mahir dalam ilmu persilatan
Tempat Tinggal: Kampung Nering, Kelantan
Perkerjaan : Petani dan Peniaga
Tahun Kematian : 1915 ( berusia 65 tahun )
5
RASIONALISASI
PEMILIHAN TOKOH
Saya memilih Tok Janggut dalam Pertandingan
Buku Skrap Digital Tokoh Kemerdekaan di
Malaysia kerana beliau merupakan salah
seorang Tokoh Kemerdekaan yang patut
dikenang. Tok Janggut bukan sahaja pahlawan
Melayu yang sanggup menggadai nyawa
menentang British, malah beliau merupakan
seorang ulama yang telah mendalami ilmu
agama di pondok sebelum ke Makkah.
Beliau bukan sahaja berjuang demi masyarakat
Melayu yang ditindas, malah beliau juga
mempertahankan agama Islam daripada orang
British yang tidak menghormati agama Islam.
6
FAKTOR
PENENTANGAN
British memperkenalkan peraturan cukai
tanah yang mewajibkan petani membayar
cukai tanah pada tahun 1915.
Petani dikenakan pelbagai cukai yang
membebankan seperti cukai pokok kelapa
yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai
daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat
cukai terletak di bandar. Penduduk yang
gagal membayar cukai akan ditangkap dan
didenda. Sikap biadap pengawai British yang
bertugas menimbulkan kemarahan penduduk
terhadap British.
7
KELEBIHAN
TOK JANGGUT
Tok Janggut mahir dalam pelbagai bidang
ilmu termasuklah ilmu persilatan dan
mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang
kuat.
Beliau dianggap sebagai Pahlawan
Kebanggaan Orang Melayu kerana ketabahan
hatinya menentang penjajah Inggeris yang
mula mencengkam Negeri Kelantan.
Tok Janggut merupakan tokoh agama Islam
yang berjaya menarik sokongan ramai
pengikut di Kelantan.
Tok Janggut dikhabarkan seorang tokoh
yang suka menolong orang.
8
BUKTI KREDIBILITI
TOK JANGGUT
Tok Janggut merayu kepada Sultan
Muhammad IV agar berpihak kepada
kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah, namun
begitu Baginda tetap berpendirian
menyokong British.
Tok Janggut berjuang membela masyarakat
Kelantan yang ditindas sehingga digelar
penderhaka oleh Sultan.
Walaupun beliau sedar penentangannya
akan berakhir dengan maut, beliau tetap
berani dan bersungguh meneruskan
perjuangan demi orang Melayu dan agama
Islam.
9
JASA DAN
SUMBANGAN
Sentimen anti-British meningkat apabila
kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat
Islam berjihad menentang penjajah Barat.
Oleh itu, Tok Janggut menyahut seruan
tersebut dengan melancarkan penentangan
terhadap British di Pasir Puteh.
Pada tahun 1915, Tok Janggut menyerang
dan berjaya menguasai Pasir Puteh.
British menyerang balas Tok Janggut yang
berkubu di Kampung Dalam Pupuh.
Tok Janggut terkorban dalam pertempuran
itu.
10
GALERI
TOK JANGGUT
Wajah Tok Janggut
Makam Tok Janggut
11
PENUTUP
Meskipun kebangkitan pada tahun 1915 berjaya
dipatahkan oleh British, tetapi semangat juang
Tok Janggut dan pengikutnya menjadi sejarah
kebanggaan untuk kita terutama kepada
generasi muda.
Rakyat Malaysia hendaklah mencontohi
semangat juang yang tinggi seperti tokoh
kemerdekaan terdahulu.
Semangat patriotik perlu dipupuk sejak kecil
lagi supaya negara kita sentiasa selamat
daripada penjajah.
Jangan jadikan sejarah dijajah berulang semula.
Cintailah tanah air kita, Malaysia!
12