The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tqhjh1999, 2020-12-16 01:33:19

BML 3053 KATA ADVERBA (K.6) (GP B)

KATA ADVERBA (Kumpulan 6) (GP B)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK TUGASAN: KATA ADVERBA

NAMA NO KAD MATRIK
NURUL ATIQAH BINTI JOHAN D20191087814
JACQUELINE ANAK CHENDANG D20191087799
MARCELLA MELANIE ANAK LATOK D20191087864
CYNTHIA CHEL SEA JONATHAN D20191087841

PENSYARAH
ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 1
1
2.0 Kata Averba Jati
3.0 Kata Averba yang asalnya Kata Adjektif 2-5
4.0 Kata Averba yang Asalnya Kata Kerja 6-10
5.0 Kata Averba Bentuk Gandaan 11-15
6.0 Kesimpulan 16-22
Rujukan
Lampiran 23
24-26

1.0 PENGENALAN
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa
yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan pergolonggan kata. Struktur
kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula yang dimaksudkan ialah rupa
unit tatabahasa sama ada dalam bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata ialah
proses mengelaskan perkataan berdasarkan bentuk atau fungsi perkataan tersebut.
Keseluruhannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa
sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Terdapat empat jenis kata adverba iaitu
kata adverba jati, kata adverba asal kata adjektif, kata adverba asal kata kerja dan kata
adverba gandaan. Setiap jenis kata adverba ini mempunyai fungsinya tersendiri.

1

2.0 KATA ADVERBA JATI
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), kata adverba jati terdiri daripada perkataan
yang berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata
kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang tidak
termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain. Formula kata adverb jati adalah
seperti berikut:

Kata Adverba Jati = penerang + Kata Kerja / Frasa Kerja / Kata Adjektif / Frasa
Adjektif / Frasa Sendi Nama

KAJ = penerang + KK / FK / KA / FA / FSN

Contoh kata adverba jati dalam ayat:
a) Amirah menghadiri latihan bola tampar petang nanti.
b) Ibu kerapkali memasak ayam kicap kesukaan Siti.
c) Mereka saling membantu dalam menjayakan projek besar itu.
d) Pegawai kesihatan itu akan tiba esok di Hospital Sibu.
e) Amir begitu rajin menolong ibunya di kebun.
f) Atiqah sering kali menjawab soalan ujiannya dengan tepat.

Contoh kata adverba jati : Kadangkala Begitu
Kemudian Saling Begini
Barangkali Demikian
Sering kali Sekali gus Pertama kali
Acap kali Serentak Agaknya
Kerap kali Jarang kali Nanti
Julung kali Sempat Semalam
Langsung Kelmarin
Sentiasa/senantiasa Nyaris Tulat
Kadang-kadang Kelak
Esok Lusa
Sekarang Dahulu

2

Contoh kata adverba jati dalam keratan surat khabar:
SABAH - Mistirine berkata, sebanyak 1,296 sekolah rendah dan menengah dengan
seramai kira-kira 500,000 murid dan pelajar terbabit dengan penutupan sekolah di
Sabah mulai esok.
Sekolah di Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sudah ditutup sejak akhir
bulan lalu, manakala sekolah di sekitar ibu negeri, Penampang dan Putatan ditutup
sejak awal minggu ini, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB).

( Sumber Berita Harian, 11 Oktober 2020 )

KUALA KRAI: "Lima tahun menunggu kepulangan Nik Hafizi yang bekerja di
Australia demi mencari rezeki. Sepatutnya dia pulang ke tanah air September ini.

"Namun, kami sekeluarga dikejutkan dengan kejadian Nik Hafizi terjatuh dan
dibawa arus" kata Rosidah Abdul Manaf, 54, iaitu ibu kepada Nik Hafizi Nik Long,
25, yang tergelincir sebelum dibawa arus di Little Beach, New South Wales,
Australia, kelmarin.

AKTIVITI
1. Guru menyediakan teks kepada pelajar.
2. Pelajar dikehendaki membaca teks dalam masa 5 minit.
3. Kemudian, guru meminta semua pelajar untuk berdiri.
4. Guru meminta pelajar menyenaraikan kata adverb jati pada papan tulis.
5. Pelajar yang selesai menulis dikehendaki duduk.
6. Akhir sekali, guru dan pelajar menyemak jawapan yang ditulis pada papan
tulis bersama.

3

SOALAN
Soalan Objektif
Bulatkan jawapan yang tepat.

1. Anisha ………. tekun mengulangkaji pelajarannya memandangkan
peperiksaan akhir tahun semakin mendekat.
A. Begitu
B. Sempat
C. Tadi
D. Agaknya

2. Dia ……… dilanggar kereta ketika menyelamatkan wanita tua itu.
A. Sering kali
B. Langsung
C. Nyaris
D. Kemudian

3. Pelakon terkenal itu akan tiba petang ………. di Kuala Lumpur.
A. Sekarang
B. Esok
C. Semalam
D. Kemudian

4. Dia tidak tidur ………. kerana asyik teringatkan tragedi yang menimpa
keluarganya.
A. Semalam
B. Kini
C. Serentak
D. Pertama kali

5. Kami akan berbincang di dalam kelas ………. menunggu ketibaan cikgu
Rozimah masuk ke kelas.
A. Langsung
B. Saling
C. Sentiasa
D. Sekali gus

4

Soalan Subjektif
1) Bina ayat berdasarkan kata adverb yang diberi.
a) Begitu
b) Esok
c) Sekaligus
2) Isi tempat kosong dengan menggunakan kata adverba jati yang sesuai.
a) Dia ………. dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
b) Alias ……… mendapat tempat pertama dalam peperiksaan setiap tahun.

5

3.0 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF
Menurut Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang ditulis oleh Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2015) mengatakan
bahawa kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai
penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Berikut merupakan
formula bagi kata adverba yang asalnya kata adjektif :

Kata Adverba Asal Kata Adjektif (KAAKA) = Menjadi penerang KK, KA & FN

Contoh kata adverba yang asalnya kata adjektif dalam ayat :
1. Kata adverba yang menerangkan kata kerja

i. Ali hampir terjatuh ketika berjalan di titi itu.
ii. Program itu berjalan dengan lancar.

2. Kata adverba yang menerangkan kata adjektif
i. Suami Munirah tinggi lampai orangnya.
ii. Anak Pak Samad sudah besar panjang.

3. Kata adverba yang menerangkan frasa sendi nama
i. Pengetua itu sering di pejabat walaupun pada hari minggu.
ii. Kami akan segera ke hospital.

Contoh kata adverba yang asalnya kata adjektif :

Berjalan laju Kurang berhati-hati

Bergerak perlahan Sakit tenat

Ketawa besar Panjang lebar

Mengalir lesu Tinggi lampai

Hampir roboh Ke hospital segera

Terbang tinggi Sering terlambat

Tegak berdiri Bertindak tegas

Hampir terjatuh Sering di pejabat

Tidur nyenyak Di rumah selalu

Berpura-pura tenang Besar panjang

6

Contoh kata adverba yang asalnya kata adjektif dalam keratan surat khabar:

KULAI - Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong
Penguatkuasa Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, kedua juru terbang itu adalah warga
Singapura. Berdasarkan maklumat awal, mereka dimaklumkan bahawa pesawat
ringan itu mengalami kerosakkan enjin.
Pesawat yang mendarat cemas di laluan kecemasan lebuh raya dialihkan di kawasan
lapang berumpur kira-kira 100 meter sebelah lokasi ia mendarat cemas bagi
melancarkan aliran trafik lebih raya.

(Sumber Berita Harian, 22 November 2020)

KUCHING - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan
ihsan membawa tiga bayi yang mengalami masalah jantung dari Kuching ke
Pangkalan Tentera Udara Subang untuk mendapatkan rawatan segera di Institut
Jantung Negara (IJN) dan juga Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, bayi perempuan, Eliora Mia
Nawan berusia 20 hari mengalami masalah jantung “Transposition Of Great Arteries”
akan dirawat di Hospital Gleneagles. Manakala dua bayi lagi mengalami “Congenital
Heart Block”.

(Sumber Utusan Borneo, 21 November 2020)

AKTIVITI
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Kemudian guru memberi soalan kuiz berkaitan dengan topik yang diajar.
3. Muird-murid diminta untuk menjawab kuiz tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan.
4. Murid yang mendapat markah tertinggi akan diberi ganjaran.

7

SOALAN
Soalan objektif
Bulatkan jawapan yang tepat.

1. Amirul berharap majlis doa selamat keluarganya kelak berjalan dengan ………… .
A. nanti
B. kelak
C. kemudian
D. lancar

2. Daud ……… jatuh ketika meniti titi kayu yang licin itu.
A. segera
B. akan
C. hampir
D. kemudian

3. Burung bangau itu tidak mampu untuk terbang ………. .
A. tinggi
B. lambat
C. rendah
D. laju

4. Gadis itu merupakan salah satu gadis yang tinggi ……… di sekolah itu.
A. lebar
B. kurus
C. lampai
D. cantik

5. Hancur ………. hatinya mendengar berita itu.
A. luluh
B. lumat
C. rosak
D. patah

6. Kami berasa mengantuk mendengar ucapan perasmian yang panjang ……… itu.
A. hebat
B. pendek
C. lama
D. lebar

8

7. Suami Mak Leha ………. berada di rumah kerana bertugas di luar negeri.
A. selalu
B. jarang
C. sentiasa
D. akan

8. Gadis itu ……… dihantar ke hospital kerana kepalanya cedera teruk.
A. cepat
B. sekarang
C. segera
D. selalu

9. Pohon kelapa di tepi rumah nenek berbuah …….. .
A. hebat
B. lebat
C. tinggi
D. bulat

10. Antara berikut, ayat yang manakah mempunyai kata adverba asalnya kata
adjekitif?
A. Pemain bola sepak itu tinggi lampai.
B. Anak buah ibu semua sudah besar.
C. Kadir tetap ke pejabat walaupun pada hari cuti.
D. Lina jatuh tersungkur ketika menuruni tangga itu.

9

Soalan subjektif.
1. Berikan definisi kata adverba yang asalnya kata adjektif.

….…………………………………………………………………………………
2. Apakah formula bagi kata adverba yang asalnya kata adjektif ?

….…………………………………………………………………………………
3. Berdasarkan pemahaman anda, bina tiga ayat yang menggunakan kata adverba

asalnya kata adjektif.
i. ….……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………….
ii. ….……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………….
iii. ….……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………….

10

4.0 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA

Menurut Nawi Ismail et al. (2016), kata adverba yang asalnya kata kerja merupakan
kata adverb yang terdiri daripada kata kerja yang menerangkan kata adjektif, kata
kerja, atau frasa sendi nama. Selain itu, menurut panel penulis Tatabahasa Dewan
(dalam Vijaya Letchumi, 2016) mendefinisikan kata adverba yang asalnya kata kerja
sebagai kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif
atau frasa sendi nama.
Formula kata adverba yang asalnya kata kerja adalah seperti berikut:

Kata Kerja (KK) + Penerang

Contoh kata adverba yang asalnya kata kerja dalam ayat:
2.1.1 Aina makan sambil duduk bersila di atas lantai.
2.1.2 Jacqueline tinggal bersendirian kerana ibu bapanya telah bertolak ke
London.
2.1.3 Rambut anak Kak Leha hitam berkilat.
2.1.4 Pakaian yang belum berlipat itu tinggi menggunung.
2.1.5 Afiq jalan berjingkit kerana kakinya cedera terpijak kaca.
2.1.6 Kulit wanita itu putih berseri.

Contoh kata adverba yang asalnya kata kerja: Tinggi menggunung
Tenang membiru Tidur meniarap
Tinggi mengawan
Putih berseri Berjalan berjingkit
Tidur berdengkur Berbincang berkumpulan
Tinggi melangit
Baring mengiring Senyum meleret
Duduk bersila Duduk berlima
Hitam berkilat Tinggal bersendirian
Merah menyala Pergi bersama-sama
Ke hutan menyendiri

11

Contoh kata adverba yang asalnya kata kerja dalam keratan surat khabar:
Kebanyakan orang menganggap tidur berdengkur hanya masalah biasa dan mungkin
petanda seseorang itu terlalu penat. Malah ada mengatakan dengkur itu menandakan
seseorang itu nyenyak tidur.
Bagaimanapun, semua itu adalah mitos dan boleh membawa masalah lebih serius jika
tidak dirawat segera. Masalah itu bukan hanya pada individu dewasa tetapi, juga dikesan
dalam kalangan kanak-kanak.
( Sumber Berita Harian, 26 September 2020)

LONDON: West Ham bertandang ke Tottenham dengan keyakinan tinggi melangit
selepas menundukkan dua pasukan yang dianggap antara pasukan terbaik dalam Liga
Perdana England.
Anak didik David Moyes bukan sahaja membelasah Wolverhampton Rovers 4-0, malah
menyusuli perlawanan itu, menewaskan Leicester City 3-0.

( Sumber Berita Harian, 18 Oktober 2020)

SERDANG: “Saya tidak sangka ibu saya dibunuh dalam keadaan ngeri dengan lehernya
hampir putus,” kata anak kepada wanita yang ditemui mati, dipercayai dibunuh di
tempat letak kereta Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, di sini, malam tadi.
Anak perempuan mangsa yang enggan dikenali berkata, ibunya berusia 49 tahun itu
tinggal bersendirian di pangsapuri berhampiran lokasi kejadian berkenaan.

( Sumber Berita Harian, 20 Februari 2020)

12

AKTIVITI
1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan yang merangkumi

sekurang-kurangnya 5 orang.
2. Pelajar kemudiannya dikehendaki menulis skrip lakonan pendek yang

mengaplikasikan sebanyak mungkin kata adverba yang asalnya kata kerja di
dalam skrip lakonan tersebut.
3. Pelajar diwajibkan melakonkan skrip lakonan yang telah ditulis dan watak
lakonan bebas dipilih oleh pelajar.
4. Setiap kumpulan akan melakonkan skrip yang telah disediakan di hadapan kelas.
5. Kumpulan yang menggunakan kata adverba yang asalnya kata kerja terbanyak
dalam skrip lakonan mereka akan diberikan ganjaran.

SOALAN LATIHAN
Soalan objektif
Bulatkan jawapan yang tepat bagi soalan di bawah.

1. Baju yang dipakai Alisa merah .
a) Membiru
b) Mengawan
c) Mengiring
d) Menyala

2. Farah senyum apabila kajian yang dilakukannya mendapat

pujian daripada pensyarah.

a) Menawan
b) Menggunung
c) Menyendiri
d) Meleret

13

3. Mangsa dikatakan tinggal ketika kejadian bunuh itu berlaku.

a) Melangit
b) Berkumpulan
c) Besendirian
d) Mengiring

4. Kapal terbang itu terbang ke arah awan.
a) Meninggi .
b) Mengiring
c) Menyenget
d) Melintang

5. Ketam ialah haiwan yang berjalan
a) Melintang
b) Mengiring
c) Bersila
d) Berlima

Soalan Subjektif
1. Bina satu ayat bagi setiap kata adverba yang diberikan

Bersila Membiru Menyendiri

a)
b)
c)

14

2. Isikan tempat kosong dengan kata adverba yang asalnya kata kerja yang
sesuai.

a) Aminah berjalan kerana kakinya cedera terpijak paku.

b) Amir suka melihat pemandangan laut yang dan

menenangkan.

c) Kesemua pokok-pokok kelapa itu tinggi .

d) Aziz senyum apabila dipuji gurunya.

3. Bina satu cerpen dengan mengaplikasikan penggunaan kata adverba yang
asalnya kata kerja. Panjang cerpen hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan.

15

5.0 KATA ADVERBA BERBENTUK GANDAAN
DEFINISI
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba berbentuk gandaan ialah
perkataan yang mengalami proses pengandaan yang berfungsi menerangkan kata
kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverba
berganda seperti yang berikut:

i. Kata adverba penggandaan penuh.
ii. Kata adverba penggandaan separa.
iii. Kata adverba penggandaan berentak.

5.1 KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba penggandaan penuh ialah
perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.
Formula kata adverba penggandaan penuh adalah seperti berikut:

KA+KK = Kata adverba penggandaan penuh

Contoh kata adverba penggandaan penuh: Diam-diam
Betul-betul Tinggi-tinggi
Sama-sama
Sedikit-sedikit Cepat-cepat
Jarang-jarang
Pura-pura
Laju-laju
Malam-malam

Contoh dalam ayat:
1. Adik betul-betul gembira setelah mendapat sebuah basikal yang dibeli oleh
ayah sempena hari lahir adik.
2. Kebelakangan ini saya dan Aisyah jarang-jarang pergi ke perpustakaan.
3. Farid berjalan laju-laju setelah merasa dirinya diekori

16

5.2 KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba penggandaan jenis ini terhasil
daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa
menggandakan imbuhannya. Terdapat jenis penggandaan separa iaitu penggandaan
separa berawalan dan penggandaan separa berakhiran. Formula kata adverba
penggandaan separa adalah seperti berikut:

KK+KA = Kata adverba penggandaan separa awalan dan akhiran

i. Kata adverba penggandaan separa berawalan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba penggandaan separa
berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata
dasar sahaja tetapi tidak awalannya.

Contoh kata adverba penggandaan separa kawalan:

Berdikit-dikit Bermalam-malam Bersungguh-sungguh
Sekali-kali
Terkeseng-keseng Terkedek-kedek Teresak-esak
Tersipu-sipu
Berderet-deret Terkial-kial

Sepandai-pandai Terburu-buru

Contoh dalam ayat:
1. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
2. Pelajar hendaklah belajar bersungguh-sungguh supaya Berjaya pada
kemudian hari.
3. Siti menangis teresak-esak apabila dimarahi oleh ibunya.

ii. Kata adverba penggandaan separa berakhiran

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba penggandaan separa

berakhiran ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan

hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.

Contoh kata adverba penggandaan separa berakhiran:

Gila-gilaan Habis-habisan

Kecil-kecilan Besar-besaran

17

Contoh dalam ayat:
1. Pelakon terkenal itu mengadakan majlis hari jadinya secara
besar-besaran.
2. Para pahlawan kita sanggup berjuang mati-matian untuk menjaga
keamanan dan keselamatan negara.
3. Hazim mengusahakan perniagaan keropok lekornya secara
kecil-kecilan dahulu.

5.3 KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba penggandaan berentak ialah
perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu. Formula kata adverba penggandaan berentak adalah seperti berikut:

KK+KA = Kata adverba penggandaan berentak

Contoh kata adverba penggandaan berentak:
Menangis sedu-sedan
Berbunyi hingar-bingar
Berlari susup-sasap

Berjalan mundar-mandir
Berjalan huyung-hayang

Datang serta-merta

Contoh dalam ayat:
1. Pasar malam itu sentiasa hingar-bingar disebabkan keriuhan para penjual.
2. Aiman lari lintang-pukang apabila dikejar anjing garang.
3. Pemuda itu berjalan huyung-hayang kerana mabuk.

18

Contoh kata adverba pengandaan dalam keratan surat khabar:

i) Kata adverba penggandaan penuh : macam-macam
ii) Kata adverba penggandaan separa awalan: bersiar-siar

SELASA lalu, kita dikejutkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menahan lebih 20 pegawai Jabatan Imigresen didakwa terbabit dalam sindiket
keluar masuk warga asing mengikut pintu masuk di Johor dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.
Ucapan tahniah mesti diberi kepada SPRM kerana berjaya membongkar kegiatan itu.
Namun pada masa sama, kita melihat tangkapan dilakukan membabitkan terlalu ramai
pegawai.
Pemeriksaan keluar masuk di klia2, jika dilihat standard ketika ini, adalah tidak
bersesuaian kerana proses berlaku dalam kawasan luas di lapangan terbang.
Contohnya jika di luar negara, apabila kita keluar saja daripada pesawat, akan terus
berurusan di kaunter imigresen.
Berbeza di klia2, orang ramai termasuk warga asing masih diberi pilihan bersiar-siar di
pusat beli-belah, malah ada yang boleh mendapatkan khidmat di ruangan rehat dan tempat
makan.
Ini memberi risiko kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab cuba membuka
peluang untuk warga asing melepasi tapisan imigresen.
Malah, ia juga ruang untuk mereka mengatur masa dan waktu berurusan di kaunter
imigresen terutama selepas mendapat lampu hijau daripada pihak tertentu termasuk
pegawai imigresen sendiri atau pekerja dan petugas di klia2.
Kawasan luas di klia2 sedikit sebanyak menyukarkan imigresen menjalankan pemantauan
di semua lokasi yang mungkin dijadikan laluan tikus.
Ini semua perlu diambil kira dan diteliti semula bukan sahaja Jabatan Imigresen, bahkan
pengendali lapangan terbang sendiri.
Sebelum ini, memang ada tangkapan membabitkan pekerja di lapangan terbang. Menukar
baju, pasport dan macam-macam lagi. Ia boleh berlaku dalam kawasan berkenaan,
berbeza di pintu masuk seperti Tambak Johor.
Jadi, semua pihak berwajib perlu duduk untuk menambah baik kerjasama dengan pihak
keselamatan di klia2, polis dan kastam untuk mengatasi kelemahan dikenal pasti.

(Sumber Berita Harian, 22 November 2020)

19

iii) Kata adverba penggandaan separa akhiran : besar-besaran

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, hari ini mengumumkan ujian
percubaan terbesar bakal dijalankan di kawasan mencatatkan kes jangkitan COVID-19
tertinggi ketika negara itu melaksanakan sistem sekatan berperingkat.
Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan di Parlimen mengenai kemasukan
bantuan tentera ke kawasan yang berisiko tinggi apabila ujian besar-besaran dalam
Pelan Musim Sejuk COVID-19 itu dilaksana kerajaan.
Langkah itu dibuat selepas ujian percubaan pertama dijalankan untuk satu bandar di
Liverpool bulan ini berjaya dengan kes jangkitan berkurangan secara mendadak.

(Sumber Berita Harian, 23 November 2020)

AKTIVITI
1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.
2. Guru mengedarkan teks petikan yang mengandungi jenis kata adverba
gandaan kepada setiap kumpulan.
3. Pelajar diminta membaca teks petikan bersama-sama guru.
4. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan kata adverba gandaan sama ada jenis
gandaan penuh, gandaan separa atau gandaan berentak di atas kad manila yang
telah disediakan.
5. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan jawapan kata adverba
gandaan yang terdapat dalam teks petikan di hadapan kelas dan menerangkan
jenis kata adverba yang terdapat dalam teks berdasarkan jawapan yang telah
dikemukakan oleh pelajar.
6. Guru dan pelajar saling berinteraksi membincangkan tugasan yang telah
dilaksanakan.

20

SOALAN
Soalan objektif
1. Tangan Haikal ………….. oleh kesan cakaran kucing peliharaanya.

A. Punah-ranah
B. Lekuk-lekuk
C. Robak-rabik
D. Calar-balar
2. Rambut Nina ………… setelah bangun dari tidur.
A. Huru-hara
B. Compang-camping
C. Kusut-masai
D. Robak-rabik
3. Guru disiplin mengambil tindakan tatatertib……….. terhadap murid-murid
yang terlibat dengan kes buli itu.
A. Serta-merta
B. Remeh-temeh
C. Porak-peranda
D. Lambat-laun
4. Tilam yang berisi ………. amat empuk sekali.
A. Bebiri
B. Bebola
C. Kekabu
D. Dedaun

5. Maisarah berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ……….. itu.

21

A. Haru-biru
B. Bengkang-bengkok
C. Kacau-bilau
D. Batu-batan

Soalan Subjektif
1) Bina ayat berdasarkan kata adverba berikut di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
i. Seikhlas-ikhlasnya
ii. Mundar-mandir
iii. Betul-betul
2) Gariskan perkataan yang menunjukkan kata adverb berbentuk gandaan
i. Faris lari lintang-pukang apabila dikejar oleh anjing.
ii. Kumar berjalan terhoyong-hayang kerana kakinya terseliuh.
iii. Mimi menangis tersedu-sedan kerana kucing kesayangannya mati.

22

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kata adverba adalah sangat luas walaupun kata ini tidak
dianggap sebagai golongan kata utama. Akan tetapi, penggunaan kata adverba yang
diperolehi dalam akhbar dapat membuktikan bahawa kata adverba digunakan secara
meluas mengikut tatatertib yang betul. Maka ditegaskan semula bahawa kata adverba
mengandungi empat bentuk iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata
adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan.
Setiap bentuk kata adverba tersebut mempunyai fungsinya tersendiri dan
penggunaanya pada ayat. Oleh itu, kata adverba hendaklah didukung dan digunakan
dalam penulisan bahasa Melayu agar kata ini tidak luput ditelan zaman.

23

RUJUKAN
Ahmad Khair. (2017) Teks Lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu STPM. Selangor:

Pustaka Salam

Izwan Abdullah. (2020, 11 Oktober). Sekolah Tutup: Calon Guna E-Buku. Berita
Harian Online. Bahan diakses pada 11 Oktober 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2020/10/740708/sekolah-tutup
-calon-spm-guna-e-buku

Muhammed Sallehudin Aman (2012). Adjektif atau Adverba?. Diakses pada
November 21, 2020 daripada
http://ahmadfaziljpmipgktb.blogspot.com/2012/07/adjektif-atau-adverba.html

?m

Mohd Roji Kawi. (2020, 21 November). TUDM Lakukan Penerbangan Ihsan Untuk 3
Bayi. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 21 November 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756488/tudm-lakukan-pene
rbangan-ihsan-untuk-3-bayi

Mahani Ishak. (2020, 26 September). Masalah Dengkur Undang Bahana. Berita
Harian Online. Bahan diakses pada 10 Oktober 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/09/735250/masalah-dengkur-und
ang-bahana

Nik Safiah Karim et. al., 2015. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah, Farid, Hashim & Abdul Hamid. (2014) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nawi Ismail et al., 2016. Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu.
Cetakan Pertama. Selangor : Pustaka Salam SDN. BHD.
24

Nurul Hidayah Bauhudin. (2020, 20 Februari). Leher Ibu Hampir Putus: Anak
Mangsa. Bahan diakses pada 11 Oktober 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/657431/leher-ibu-hampir-putus-
anak-mangsa

Nor Fazlina Abdul Rahim. (2020, 31 Ogos). Ibu Berdoa Jasad Anak di Australia
Ditemui. Bahan diakses pada 11 Oktober 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/726581/ibu-berdoa-jasad-anak-d
i-australia-ditemui

Omar Ahmad. (2020, 22 November). Pesawat ringan mendarat cemas di lebuh raya

kerana kerosakan enjin. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 21 November

2020 daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756930/pesawat-ringan-me

ndarat-cemas-di-lebuh-raya-kerana-kerosakan-enjin

Perdana Menteri Britain umum ujian virus besar-besaran. (2020, 23 November).
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 23 November 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/11/757492/perdana-menteri-brit
ain-umum-ujian-virus-besar-besaran

Shahul A. Rahim. (2020, 23 November) SPRM perlu cermat, teliti buat kenyataan.
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 23 November 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/11/756821/sprm-perlu-cer
mat-teliti-buat-kenyataan

25

Vijaya Letchumi. (2016). Kata adverba dalam karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(TesisSarjana).Diperoleh daripada

http://studentsrepo.um.edu.my/9051/4/vijaya.pdf

(2020, 18 Oktober). Keyakinan West Ham Tinggi Melangit. Berita Harian Online.

Bahan diakses pada 10 Oktober 2020 daripada

https://www.beritaharian.sg/sukan/keyakinan-west-ham-tinggi-melangit

26

LAMPIRAN






















Click to View FlipBook Version