JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMM1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : SHARIFAH UMMI NOR ZAKIRAH BT SYED JAMAL No. K/P : 041027-11-0228 Angka Giliran : 2022242310196 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y3 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BT MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Sharifah Ummi Nor Zakirah Bt Syed Jamal Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugas an Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak
JKA/Ogos2022 “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki; i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari.
JKA/Ogos2022 b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan: 13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang
JKA/Ogos2022 disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan
JKA/Ogos2022 Penghargaan Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyiapkan penghasilan produk dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan produk ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan yang mana banyak rujukan dan bahan yang boleh didapati disana. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini Mohamed yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan yang tinggi kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan produk ini, tanpa sokongan dan dorongan mereka tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Seterusnya, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang berhempas pulas menghasilkan produk ini dan juga bertukar-tukar idea serta pandangan dalam membantu saya menyiapkan penghasilan produk ini. Akhir sekali,harapan saya agar tugasan yang saya hasilkan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat memberi manfaat kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat.
JKA/Ogos2022 Isi kandungan Penghargaan............................................................................................................. 6 1.0 Pengenalan ......................................................................................................... 8 2.0 Konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional .............................................. 8 3.0 Analisis manifestasi akal budi dalam pantun .............................................. 9 4.0 Kesimpulan....................................................................................................... 11 5.0 Rujukan.............................................................................................................. 12
JKA/Ogos2022 1.0 Pengenalan Mengikut konteks pendidikan, Kesusasteraan Melayu merupakan hasil penulisan atau karya yang menggunakan bahasa Melayu. Karya-karya itu boleh terbentuk dalam prosa tradisional, puisi tradisional, novel, cerpen, atau drama. Objektifnya adalah untuk menjadikan intelek, rohani, emosi dan jasmani manusia seimbang. Jadi, secara ringkasnya Kesusasteraan Melayu ini ialah karya-karya yang dicipta atau dihasilkan oleh orang Melayu dengan tujuan menyampaikan mesej, meluahkan sesuatu keadaan mahupun perasaan kepada masyarakat sekeliling. 2.0 Konsep dan fungsi puisi Melayu Tradisional Puisi Melayu Tradisional merupakan tradisi lisan dimana bentuk dan perkataannya sudah ditetapkan. Pantun, gurindam, seloka dan syair antara jenis-jenis pusi tradisional. Dikatakan penciptaan pantun mengandungi antara dua rangkap sehingga dua belas rangkap. Setiap rangkap pantun akan ada dua bahagian yang penting iaitu pembayang dan maksud. Kebiasaanya pantun menyentuh berkenaan kehidupan masyarakat Melayu. Pantun bukan sahaja dihasilkan untuk menasihati malah untuk menghibur, berjenaka dan lain-lain. Bagi gurindam pula ianya ialah sejenis syair yang meleret di mana sukatan dan rangkapnya telah ditetapkan. Isinya merangkumi fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang. Mengikut sejarah, syair berasal dari Parsi yang dibawa masuk ke Nusantara seiring dengan kedatangan Islam. Syair Melayu tidak dipengaruhi dengan syair dari Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi dan dikatakan bentuk dan acuannya asli dari orang Melayu. Seloka dapat dikenal pasti apabila bentuknya bercorak karangan berangkap dan penuh dengan bahasa berirama. Seloka terdiri daripada pepatah, perumpamaan atau bidalan yang mengandungi sindiran, jenaka mahupun gurau senda. Oleh kerana isinya penuh dengan sendiran maka masyarakat menjadikannya sebagai teladan dan pengajaran. Kesusasteraan Melayu berdaya guna selaku alat pendidikan di mana pengalaman dari para pengarang diluahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka. Pengalaman mereka menjadikan prosa atau puisi dihiasi dengan unsur-unsur ilmu pengetahuan, moral dan pengajaran. Dengan itu, berlakulah pendidikan secara tidak langsung. Seterusnya sastera Melayu berperanan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Contohnya dalam cerita rakyat, masyarakat didedahkan dengan perbuatan yang patut atau tidak patut dilakukan. Perlakuan baik dalam cerita rakyat ini akan menjadi ikutan manusia. Disamping itu, sastera Melayu juga menjadi medium protes dan kritik sosial di mana wujudnya jurang dalam kalangan masyarakat asbab dari berbagai susun lapis dan kehidupan. Keadaan ini akan mempengaruhi
JKA/Ogos2022 tindakan sama ada untuk mengkritik, menyampaikan mesej mahupun menegur. Selain itu, sastera Melayu juga berguna sebagai alat untuk hiburan. Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan. Contohnya, penyampaian pantun dalam lirik lagu popular, dikir barat Kelantan dan sebagainya. Selain itu, melalui sastera kita boleh menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang mana proses penyampaian pesan disampaikan dengan bekesan dan efektif melalui penulisan. 3.0 Analisis manifestasi akal budi dalam pantun Pada kali ini saya telah membuat keputusan untuk menganalis pantun bagi penghasilan produk saya. Berikut adalah beberapa contoh pantun yang saya sediakan. Anak ayam turunnya lima, Mati satu tinggallah empat, Kita hidup harus punya agama, Supaya kita tidaklah sesat Pantun ini terdiri daripada empat rangkap. Berdasarkan pantun tersebut dapat kita lihat setiap insan yang dilahirkan haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat. Dengan berpandukan kepada ajaran agama manusia boleh membezakan yang mana benar dan mana yang batil. Apabila manusia memiliki pegangan agama secara tidak langsung ia akan membentuk peribadi, akhlak dan budi pekerti yang mulia. Agama juga menjadi penghalang kepada manusia untuk melakukan kemaksiatan mahupun perbuatan yang mendatangkan dosa. Hal ini kerana, agama yang dianuti akan menunujukkan identiti seseorang manusia. Hidup ini perlukan tali yang kukuh untuk kita bertatih agar kita tidak tesesat mahupun terpesong ke arah lain. Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam pantun ini ialah nasihat yang ditujukan buat manusia betapa pentingnya pegangan agama terhadap seseorang individu. Kedua ibu bapa mestilah mengambil cakna dalam menerapkan pegangan agama terhadap anak-anak pada peringkat awal. Dalam konteks perbincangan ini, pantun amat serasi dengan jiwa orang Melayu kerana keperibadian orang Melayu boleh ditonjolkan dalam menasihati mempunyai keunikan serta kesenian tersendiri.
JKA/Ogos2022 Kusangka nanas di tengah padang, Rupanya pandan yang berduri, Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari Pantun di atas menunjukkan sebuah pantun yang berkait rapat dengan perpisahan. Berdasarkan rangkap pantun ini dapat saya simpulkan bahawa suasana dalam pembayang dengan maksud bagi pantun ini adalah sama, iaitu suasana kecewa. Pantun ini membawa maksud apa yang disangka tidak menjadi kenyataan. Kenyataan “kusangka nanas di tengah padang”, rupanya pandan yang berduri membawa erti pokok buah nanas yang dilihat dari jauh itu sepertinya boleh dimakan namun sebenarnya tidak boleh kerana ia hanyalah pokok pandan yang tampak seperti nanas dan tidak berbuah. Manakala maksud untuk pembayang pantun pula ialah yang diharapkan ialah keadaan yang baik dan selesa namun kecewa di pertengahan di mana keadaan yang baik tadi tidak seperti yang diharapkan. Konklusinya penulis ingin menyampaikan bahawa apa yang kita nampak sama itu tidak semestinya sama dan jangan beranggapan sesuatu yang indah dan manis pada mulanya itu tidak akan ada masalah yang berlaku pada akhirnya. Ketinggian akal budi dalam pantun ini menegaskan supaya manusia tidak boleh terlalu berharap terhadap apa yang kita rancangkan kerana hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Sebagai manusia, kita perlulah sentiasa membuat persiapan dengan segala kebarangkalian yang akan terjadi. Penerangan di atas membuktikan tidak bermakna setiap kebahagian yang kita kecapi akan berkekalan kerana akan ada masanya kita akan diuji. Cantik memanjat pohon ara Nampaknya cantik berseri laman Besar hajat kami tidak terkira Hendak memetik bunga di taman Kata-kata pujangga yang digunakan dalam pantun ini kebiasaannya digunakan untuk merisik. Salah satu keunikan masyarakat Melayu pada zaman dahulu untuk meminang anak dara ialah selalu berbalas pantun. Kebiasaannya pantun ini digunakan oleh pihak lelaki untuk bertanyakan status wanita yang ingin dipinang. Dalam pembayang pantun ini, pohon ara merupakan sebuah pohon unik di mana akarnya akan membelit pokoknya sendiri dan ini membuatkan pokok itu mempunyai keunikan yang tersendiri seperti cerita pembayang dalam baris pertama dan kedua. Bagi maksudnya pula, keluarga lelaki akan berpantun dan berkias untuk menyoalkan status anak
JKA/Ogos2022 perempuan tuan rumah. “Bunga di taman” berumpama menunjukkan wanita yang berada di rumah tersebut dan maksudnya pihak lelaki berkeinginan untuk menyunting bunga tersebut untuk dijadikan suri hati atau lebih tepat sebagai isteri. Manifestasi yang dapat diungkapkan berdasarkan pantun ini ialah masyarakat pada zaman dahulu amat menjaga adab dan tatasusila. Namun masyarakan kini kurang menadaptasikan perkara ini untuk menyunting bunga di taman. Walaubagaimanapun, masih wujud lagi segelintir masyarakat Melayu yang mengamalkan dan mengekalkan adat ini ketika datang merisik. Adat inilah yang menampakkan mahalnya sesebuah budaya sesutu bangsa. 4.0 Kesimpulan Tuntasnya, kita dapat mengetahui bagaimana Puisi Melayu Tradisional ini berfungsi atau berperanan dalam menjadi wahana kesantunan bahasa dan budaya masyarakat Malaysia. Melalui pantun ini, ia menjadi perantaraan pada zaman dahulu dimana banyak nasihat, hiburan, kiasan mahupun sindiran yang dihasilkan oleh penulis bagi membentuk keperibadian seseorang individu. Pantun bukan sahaja menjadi sebahagian daripada adat orang Melayu malah menjadi identiti dan bukti pengenalan bangsa Melayu itu sendiri. (1122 patah perkataan)
JKA/Ogos2022 5.0 Rujukan Al-Afzan, M. (2018, April 17). Konsep Pantun. Retrieved from https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-pantun.html Azuandi, M. (2012, September 7). Pantun Melayu. Retrieved from http://cikgunazuandi.blogspot.com/2012/09/ciri-ciri-pantun.html Mh, Z. (2013, November 1). Syair dan Gurindam. Retrieved from https://www.slideshare.net/zulawanis/syair-dan-gurindam Murni, I. (2019, Januari 25). Bentuk dan Ciri-Ciri Seloka. Retrieved from https://intanmurni2.wordpress.com/2019/01/25/bentuk-dan-ciri-ciri-seloka/ Noor, R. M. (2010, Oktober 25). Puisi Tradisional. Retrieved from http://cikgurohanasmkkamil.blogspot.com/2010/10/puisi-tradisional-definisipuisi.html Nor, R. M. (2012, September 20). Jenis Pantun. Retrieved from https://www.slideshare.net/Awok/jenis-pantun Online, S. G. (2023, Februari 11). Definisi Puisi Melayu Tradisional. Retrieved from canva.com/design/DAFZEO1Z8_Y/5S2dmgwj1J8OWmA2Bqqobg/edit?utm_co ntent=DAFZEO1Z8_Y&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_ source=sharebutton Piah, H. M. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria, N. (2018). Sejarah Melayu Sebagai Lambang Tradisi Akal Budi Bangsa Yang Tinggi. 191-209. Zill, D. (2020, November 15). 1001 Contoh Pantun. Retrieved from https://1001contoh.com/20-pantun-peribahasa-4-kerat-dan-maknanya/