The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamariah Awang, 2022-04-17 12:25:53

PROJEK INOVASI BFF SKGB

PROJEK INOVASI BFF SKGB

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BALAI
21610 MARANG, TERENGGANU

Tajuk Inovasi: BFF ( BEST FERTIGATION FOREVER)

Tema : BUMI HIJAU

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains, Matematik, RBT, Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris memerlukan penerokaan ilmu serta alat bantu mengajar yang
menggunakan persekitaran sedia ada . Terdapat pelbagai ciri inovatif yang boleh diadaptasi
menggunakan projek BFF (Best Fertigation Forever) tanaman ini serta penerokaan alam
semula jadi untuk pembelajaran bagi matapelajaran yang terlibat. Namun begitu, buku teks
yang digunakan di dalam kelas menggunakan kaedah konvensional untuk pembelajaran murid
masih tidak mencukupi. Ini menimbulkan isu ketidakfahaman murid yang hanya berfokuskan
teori dan fakta-fakta tanpa pengalamian. Murid tidak dapat menghayati sepenuhnya apa yang
ditulis dalam buku teks, manakala guru menghadapi masalah untuk menarik minat pelajar dan
memberikan input terbaik yang menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan pengajaran
dengan efektif.

Tujuan projek inovasi BFF ini adalah untuk memberikan pemahaman teori dan penerokaan
ilmu secara praktikal. Pendekatan penerokaan projek inovasi BFF ini adalah sebagai kaedah
pembelajaran secara realiti atau maujud untuk murid mempelajari dan memahami konsep asal
proses penanaman dan penjagaan tanaman selari dengan matlamat Sustainable
Development Goals (SDG 13 dan 15). Metodologi projek ini melibatkan beberapa langkah
dalam setiap minggu dan bulan memandangkan ada sesetengah matapelajaran yang terlibat
hanya beberapa masa dalam seminggu. Projek BFF ini merupakan satu projek penerokaan
alam semula jadi, kemahiran bercucuk tanam yang melibatkan kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran ICT, selari dengan 21st Century
Learning Design.

Dengan persekitaran sekolah yang lengkap dengan hasil tanaman dan pengamatan seharian
yang bermula dari awal sehingga tanaman mengeluarkan hasil dan menimbulkan perasaan
minat di hati murid-murid SK Gong Balai, maka dengan itu kesepakatan dicapai untuk
menamakan inisiatif kami ini sebagai projek inovasi BFF yang bermaksud:
B = BEST
F = FERTIGATION
F = FOREVER

Kumpulan Sasaran : Semua murid SK Gong Balai

Objektif Projek Inovasi BFF

Objektif projek Inovasi BFF ini adalah untuk
1. Memberikan pemahaman teori dan penerokaan ilmu secara praktikal.
2. Integrasi Projek Inovasi BFF dengan gabungjalin beberapa matapelajaran.
3. Pendekatan penerokaan projek inovasi BFF ini adalah sebagai kaedah pembelajaran
secara realiti atau maujud untuk mempelajari dan memahami konsep asal proses
penanaman dan penjagaan tanaman seperti yang kita ikuti SDG 13 dan 15.
4. Kemenjadian murid seiring dengan Pembangunan Lestari SDG 13 dan 15.
5. Inisiatif peningkatan matapelajaran yang terlibat adalah terhad dalam seminggu dengan
penggarapan penerokaan alam semula jadi, kemahiran komunikasi dan kemahiran
menyelesaikan masalah.

PELAKSANAAN PROJEK INOVASI BFF

Kaedah Pelaksanaan

November 2021 : Pemilihan tempat projek BFF
• Guru membawa murid melihat persekitaran sekolah dan memilih tempat yang paling
sesuai untuk dijadikan sebagai tapak Projek BFF (Sains/Matematik )
-

Disember 2021 : Penyediaan kelengkapan penanaman
• Guru dan murid bersama menyediakan keperluan untuk tanaman seperti polibeg, batu-
bata dan medium tanaman (BM / RBT/ BI/ MT DAN SAINS)
• Kolaboratif Bersama dengan PEJABAT PELADANG MARANG.

Januari 2022: Proses penyemaian benih tanaman
• Guru menunjukkan dan membimbing murid untuk proses penyemaian benih tanaman.
(SAINS / MATEMATIK)
• Kolaboratif Bersama dengan PEJABAT PERTANIAN MARANG, AJIL dan RANTAU
ABANG.

Februari 2022 : Proses penjagaan anak pokok
• Guru membimbing murid melaksanakan proses penjagaan anak pokok seperti
mengawal rumpai yang tumbuh meliar dan kawalan serangga perosak . (RBT/ SAINS)
• Selain itu guru membimbing dan menunjukkan kaedah siraman menggunakan mesin /
motor kaedah fertigasi.(SAINS/ MATEMATIK)
• Guru membimbing murid dalam proses pembajaan tanaman yang menggunakan
kaedah automatik. (baja foliar AB mengikut sukatan yang disyorkan oleh Jabatan
Pertanian) (SAINS/ MATEMATIK)

Mac 2022 : Proses penjagaan tanaman yang telah matang.
• Guru membawa murid untuk melihat tanaman yang telah mengeluarkan bunga.
• Guru juga membimbing murid cara memetik hasil tanaman dengan betul
• Guru menunjukkkan kepada murid perubahan saiz tanaman daripada anak pokok
sehinggalah tanaman membesar (MATEMATIK/ SAINS / BM/ BI)

April 2022: Projek Keusahawanan
• Keupayaan membentuk nilai dan semangat keusahawan yang tinggi di dalam hati dan
sanubari murid-murid melalui Projek BFF

Keunikan Projek Inovasi BFF
• Murid dapat mengalami sendiri proses penanaman dan menginterasikan terus ke dalam
matapelajaran yang mereka pelajari.
• Proses penerokaan ilmu berlaku dan dialami oleh murid pada setiap hari.
• Murid dapat aplikasikan ilmu yang dipelajari dirumah mereka.
• Tapak BFF yang sangat strategik, berdekatan dengan bilik darjah.

Impak Projek Inovasi BFF

• Melahirkan murid dengan perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk mencuba
kaedah Inovasi BFF ini dirumah mereka.

• Murid menjadi lebih yakin untuk membentangkan hasil kerja dengan lebih saintifik dan
terperinci.

• Murid mengembangkan begitu banyak kemahiran menyelesaikan masalah sepanjang
projek ini, mencabar diri mereka sendiri untuk menghasilkan idea inovatif untuk menjaga
ekosistem

Kekuatan Projek Inovasi BFF
• Murid dapat libatkan diri mereka sepenuhnya di dalam kelas dan diluar kelas bersama
hasil tanaman yang telah mereka usahakan bersama.
• Mereka semakin menyayangi dan menjaga sekolah serta alam sekitar, sekaligus
memahami konsep pengajaran yang telah diterapkan dalam Buku Teks matapelajaran
yang terlibat.
• Lokasi Projek Inovasi BFF yang sangat strategik, mudah dipantau dan dekat dengan
murid serta guru.

Gambar Projek Inovasi BFF
Tapak sebelum Projek Inovasi BFF dilaksanakan

Kerjasama daripada Pertubuhan PELADANG Marang
Murid dan guru sewaktu proses penyediaan

Kerjasama daripada Pejabat Pertanian
Murid menjalankan aktiviti pdpc
Murid menjalankan aktiviti pdpc

Sewaktu anak pokok mula tumbuh dengan baik
Murid menjalankan aktiviti pdpc

Guru memantau hasil tanaman
Sokongan daripada PIBG dan PPD Marang serta Focal Person PIBKS

Menyokong Matlamat Pembangunan Lestari SDG 13 dan 15

Penutup
Murid dan guru berjaya mewujudkan jalinan kerja yang sepakat dan bersistematik melalui
usahasama secara inovatif dan juga mewujudkan kesedaran mereka dengan menyokong
SDG 13 dan 15, hasilnya dapat dimanfaatkan secara bersama dalam sebuah keluarga besar
iaitu seluruh warga SK Gong Balai. Murid-murid dan guru mendapat maklum balas yang baik
dan positif daripada penduduk kampung, komuniti masyarakat dan Pegawai Pendidikan
Daerah, Focal Person PIBKS Terengganu dan Jemaah Nazir. Pengajaran matapelajaran yang
terlibat dapat dicapai dengan baik sekaligus digabungjalinkan bersama.

DOKUMENTASI INOVASI BBF INI DIHASILKAN OLEH:

1. MOHD KHAIRUL AFIZAM BIN MAMAT (PENYELARAS PROJEK)
2. SHAHRUL AZLIE BIN EMBONG (PEMBANTU PENYELARAS PROJEK)
3. KAMARIAH BINTI AWANG (SETIAUSAHA)
4. ZAKI BIN SELIMIN (PENGURUS SUMBER MAKLUMAT)
5. HASNIZAH BINTI HUSIN (PENGURUS BEKALAN)


Click to View FlipBook Version