BAHASA MELAYU SINOPSIS
TINGKATAN 3
NOVEL HEMPASAN OMBAK
BAB 1 HINGGA 14
ASSESSEMENT : UNIT PLAN 1
Nama : Nurul Ain Nazira binti Azman
Kelas : 3 Inquirer
Sekolah : SMK Pantai IBWS
Guru Subjek : Pn. Sa’adiah binti Bohari
SINOPSIS BAB 1 : WARISAN ?
Sejak Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid yang
baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara.
Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada
Farid kerana kakak sulungnya, Latifah mempunyai lima orang anak tidak
pernah dilatih untuk mewarisi perniagaan ayahnya. Abang Farid, iaitu Lotfi
sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang
ke bawah setelah kelibat dalam kemalangan jalan raya, manakala Hanisyah
yang berumur 15 tahun dan Hisyam yang berumur 10 tahun masih terlalu
muda.
Pada hari pertama berada di pejabat syarikat yang terletak tidak jauh dari
rumah, Farid sudah dilanda kerisauan. Hal ini dikatakan demikian kerana
banyak tugas arwah ayahnya yang tertangguh di samping kewangan syarikat
tidak kukuh dan masalah wujudnya ejen yang tidak mahu membayar hutang.
Tomsiah, kerani syarikat yang bekerja lebih 10 tahun di syarikat tersebut
menerangkan kedudukan syarikat. Menurut Tomsiah, kewangan syarikat
masih mampu membayar gaji pekerja, tetapi pengeluaran batik dikurangkan
kerana permintaan yang semakin berkurangan. Tomsiah kemudiannya
mencatat nombor telefon dan menyerahkan nombor tersebut kepada Farid.
Tomsiah meminta Farid menghubungi nombor itu sekiranya dia mahukan
penjelasan yang lebih mendalam. Farid segera menghubungi lelaki itu
menerusi telefon.
SINOPSIS BAB 2 : MENGGAPAI AWAN
Bagi Farid, kematian ayahnya adalah kerana ketentuan
Allah, bukan kerana perbuatan orang yang dengki terhadap
syarikat. Dia kemudian melawat bengkel, untuk melihat
proses penghasilan batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu
menerangkan keadaan syarikat, iaitu batik keluaran syarikat
sudah kurang laris dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu
melumpuhkan syarikat mereka. Namun demikian, Pak Nik
tidak menyatakan syarikat pesaing tersebut. Kemudian,
Tomsiah menunjukkan bil hutang yang perlu dijelaskan
dengan segeranya untuk mengelakkan saman daripada
mahkamah kepada Farid. Memikirkan hutang syarikat yang
banyak, Farid menimbangkan kemungkinan untuk menjual
harta syarikat seperti lori dan dua buah van bagi
menyelesaikan hutang tersebut.
SINOPSIS 3 : TITIAN NIAGA
Farid sudah hilang selera untuk makan kerana memikirkan
masalh kedudukan syarikat yang tidak stabil. Dia
menceritakan masalah syarikat tersebut kepada ibunya. Pada
pandangan Farid, syarikat tidak akan mampu membayar
hutang kepada ejen pembekal bahan-bahan mentah sekiranya
gagal mengutip hutang daripada ejen yang menjual batik
syarikat. Lotfi menyalahkan dirinya yang lumpuh hingga
menyebabkan dia tidak mampu membantu menguruskan
syarikat.
Pada malam hari, Farid berbincang dengan ahli keluarganya
tentang cara untuk menyelesaikan masalah syarikat. Farid
tidak bersedia sekiranya syarikat ditutup kerana akan
menyebabkan kakitangan yang setia seperti Tomsiah dan Pak
Nik kehilangan mata pencarian. Untuk memperkukuhkan
kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang mahu
menggadaikan emas dan tanah miliknya. Baginya, tidak ada
maknanya jika harta tersebut disimpan jika masalah syarikat
tidak dapat diselesaikan. Malam itu, Farid sukar untuk
melelapkan mata apabila memikirkan permasalahan kedudukan
syarikat yang tidak stabil.
SINOPSIS BAB 4 : AZAM USAHAWAN
MUDA
Farid sudah berada di pejabat sejak jam 7:00 pagi lagi. Kemudian dia meninjau
bengkel batik. Dia memerhatikan sekitar bengkel yang masih luas daripada
ke s e l u ru h a n t a n a h s e l u a s d u a n e k t a r. A p ab i l a Pa k N i k t i b a , Fa r i d m e l u a h ka n
keinginannya untuk memperbesar bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin
kukuh. Kemudian, dia teringat akan kawannya, Abdul Kabeer yang berjaya
membangunkan kedai kain walaupun tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan
perniagaan. Begitu juga dengan Chew Teck Heng yang hanya menjual mi, tetapi mampu
m e ra i h u n t u n g y a n g b e s a r. Ke j ay a a n m e re ka b e rd u a m e m b e r i p e ra n g s a n g kep a d a Fa r i d
untuk berusaha memajukan syarikat.
Pada jam 9:00 pagi, Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama.
Selain Farid, Tomsiah dan Pak Nik, lima orang pekerja yang lain turut hadir dalam
m es y uarat ters ebu t , iaitu term as u kl a h d reb ar, d ua orang juruj u a l d an ketua p em b atik .
Dalam mesyuarat tersebut, tujuan penubuhan syarikat diperjelaskan lebih dahulu.
Antaranya termasuklah membekalkan batik ke gerai kecil, kedai pakaia dan arked di
negeri Pantai Timur serta memenuhi permintaan pemborong batik untuk dibekalkan
kepada bahan-bahan pertubuhan. Pada pandangan Farid, sekiranya tujuan penubuhan
syarikat tidak diubah, jumlah pengeluaran menghasilkan produk batik dalam bentuk
pakaian siap dengan jenama tersendiri. Seterusnya, batik tersebut dijual melalui
peruncil di bandar dan ekspo. Farid mencadangkan agar bengkel batik itu diperbesar
dan membeli mesin baharu. Usaha tersebut melibatkan kewangan yang besar dan
masalah tersebut dapat diatasi dengan bantuan ibunya yang sanggup menggadai emas
dan tanah.
SINOPSIS BAB 5 : LANGKAH PERTAMA
Farid mengunjungi pejabat firma pemborong binaan Nadi Zaman
kepunyaan Mokhsein, iaitu bekas pekerja ayahnya. Pada suatu ketika
dahulu Mokhsein bekerja dengan arwah Haji Badrul lebih 10 tahun.
Oleh sebab itu, dia menyanjungi dan berasa terhutang budi kerana
Haji Badrul telah mendidiknya dalam dunia perniagaan. Mokhsein
meninggalkan Syarikat Batik Nusantara ketika syarikat sudah
mendapat tempat dalam pasaran kerana dia mahu memulakan
perniagaannya sendiri.
Farid menceritakan keadaan aliran tunai syarikatnya yang tidak
lancar. Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat
pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran
batik. Syarikat pesaing tersebut menjual batik dengan harga yang
murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein
kemudian menerangkan keperluan Farid menjalankan strategi
terkunci jika mahu syarikatnya kukuh kembali. Antara cadangan
pelaksanaan strategi terkunci adalah dengan mengadakan promosi
batik dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,
membuat demonstrasi batik di Kuala Lumpur, mendapatkan kontrak
dengan agensi yang bertujuan untuk membekalkan pakaian rasmi
persatuan atau pertubuhan dan akhir sekali mengadakan pameran
bertaraf antarabangsa. Mokhsein berjanji untuk membantu Farid
sekiranya Farid menghadapi sebarang masalah.
SINOPSIS BAB 6 : ILHAM DARIPADA
ZURAIDA
Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan
Banggol sejak tujuh tahun lalu sejak dari bangku sekolah
lagi dia membantu ibunya, seorang janda anak lima
dengan berniaga. Sebelum mendapat sebuah gerai,
Zuraida berniaga menjual minuman dan makanan ringan
tanpa lesen selama tiga tahun sehingga sering diburu oleh
penguatkuasa. Kini, dia menguruskan gerai tersebut
dengan dibantu oleh adik-adiknya. Farid yang merupakan
rakan sekelas Zuraida ketika berada di tingkatan satu
hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman
datang berkunjung di gerai Zuraida untuk bertanyakan
khabar. Zuraida menjelaskan bahawa dia menggunakan
modal semula jadi yang dia miliki, iaitu kesabaran dan
bermanis muka ketika melayani pelanggan. Setelah tiga
jam bersembang, Farid kembali ke pejabatnya.
SINOPSIS BAB 7 : BATIK, CINTA
Seminggu kemudian, Farid mengunjung lagi gerai
Zuraida. Dia mengajak gadis itu makan tengah hari. Ketika
mereka berada di Restoran Mali, gerai pakaian tersebut
dijaga oleh adik Zuraida, Zaharah. Dalam perbualan,
Zuraida melahirkan rasa bangga terhadap Farid kerana
Farid sahaja yang menjadi pengarah syarikatnya daripada
seramai 40 orang murid Tingkatan 5 Sastera 1. Seterusnya,
Zuraida berjanji membantu Farid dengan menjualkan batik
keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan
sebarang komisen. Kain batik di gerainya berjaya dijual
lebih daripada 400 helai pada setiap bulan. Namun Zuraida
mencadangkan agar Farid mengeluarkan batik bercorak
baharu dan moden untuk menarik perhatian pembeli.
Pelancong yang berkunjung di Kuala Terengganu juga boleh
melihat proses penghasilan batik selain membeli batik untuk
dibawa pulang ke negara asal mereka.
SINOPSIS BAB 8 : CORAK BAHARU
Farid membelek-belek batik asli cap sarang keluaran
syarikatnya di pejabat. Mereka lebih mengutamakan
kemahuan pelanggannya. Dengan pertemuan kali ketiga
Farid dan Zuraida, gadis itu mencadangkan dia
mengeluarkan batik canting. Idea tersebut mendapat
sokongan terbaik daripada Tomsiah. Tetapi, untuk
mengeluarkan corak tersebut memerlukan kos yang agak
mahal namun prospeknya cukup baik. Farid berjumpa
dengan Mokhsein untuk meneliti kertas kerjanya. Dia
mengagumi usaha yang dilakukan oleh Farid. Mokhsein
yakin bahawa usaha Farid akan membuahkan hasil.
Mokhsein juga menasihati Farid agar mengikuti program
latihan yang dapat diperoleh menerusi khidmat nasihat
agensi terbabit seperti MARA dan MIDA. Oleh hal yang
demikian, Farid melaburkan modal sebanyak 75 ribu ringgit
untuk menghasilkan bangsal batik tambahan.
SINOPSIS BAB 9 : SUMBER REZEKI
Mokhsein merupakan seorang usahawan yang berjaya.
Oleh hal yang demikian, Mokhsein turut diundang untuk
merasmikan bangsal batik moden. Majlis tersebut
dilancarkan secara sederhana dengan dihadiri oleh 200
orang penduduk kampung. Hartini Noor, adik sepupu
Mokhsein juga turut hadir. Hartini Noor diberikan tugasan
untuk mereka corak batik juga membimbing pekerja baharu
berkaitan dengan batik canting. Mokhsein mencadangkan
agar Farid mencari pekerja sebagai tambahan.
Hari seterusnya, Mokhsein memantau keadaan mereka
mencorakkan batik tersebut. Dia berasa kagum akan hasil
rekaan pekerjanya iaitu Hartini Noor dengan bantuan 7
orang pekerja baharu yang diambil bekerja oleh Farid
beberapa hari yang lalu.
SINOPSIS BAB 10 : MAAFKAN AKU, EDA
Farid mengunjungi gerai pakaiannya namun Zuraida
seperti marah apabila melayan Farid kerana cemburu
selepas melihat hubungannya dengan Hartini Noor yang kini
semakin akrab. Farid menjelaskan hal tersebut kepada
Zuraida bahawa Hartini Noor bekerja hanya selama sebulan
sahaja. Tambahan pula Hartini Noor sudah menjadi tunang
orang. Farid membawa Zuraida mengunjungi negeri lain
untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang perniagaan ini.
Zuraida juga mengunjungi bangsal kepunyaan syarikat
Farid. Dia mengambil kesempatan untuk beramah mesra
dengan Hartini Noor pada hari itu. Selepas itu, Zuraida
berpeluang untuk beramah mesra dengan keluarga Farid.
Kemudiannya, Farid menghantar Zuraida pulang bersama
dengan kereta Peugeot tua pusaka ayahnya.
SINOPSIS BAB 11 : BARA DENDAM
Mukhtar berasa marah apabila mendapat tahu
bahawa ejennya di Seremban menghubunginya dan
memberitahu batik keluaran syarikatnya tidak
mendapat sambutan selepas keluarnya batik
bercorak baharu di Syarikat Batik Nusantara
kepunyaan Farid. Batik keluaran Farid tidak dapat
dijual di Johor Baharu. Farid terus berfikiran
menuju ke hadapan sekiranya masalah ini
berterusan. Farid sudah mengeluarkan banyak
modal dan ejen penjual pula diberi sebanyak 35
peratus.
SINOPSIS BAB 12 : SAMSENG
Sebelum Farid ke tempat kerja, Farid mendapat
panggilan daripada Zuraida seperti tengah panik.
Zuraida ingin berjumpa dengannya lalu Farid
bergerak ke gerai Zuraida. Setelah itu, Zuraida
memberitahunya bahawa ada orang mengugut
gerainya akan dirobohkan sekiranya menjual batik
moden syarikat. Di bengkel Farid, Mahmoud telah
diupah oleh syarikat pesaing untuk membuat kacau
di bengkelnya.
SINOPSIS BAB 13 : API
Ketika jam menunjukkan 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan
bunyi letupan yang kuat. Penghuni rumah terjaga. Alangkah terkejutnya mereka
apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batikdijilat api. Farid berusaha
memadamkan api dengan alat pemadam api, tetapi gagal lalu jiran tetangga datang dan
cuba membantu. Menurut Farid, terdapat banyak tong gas di dalam bengkel itu.
Pasukan bomba dan penyelamat datang memadamkan api tersebut dan Kakitangan
Tenaga Nasional juga datang untuk memutuskan bekalan eletrik. Akhirnya, 75 peratus
peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik telah musnah.
Farid terpaku melihat kejadian tersebut kemudian dia mengarahkan pekerjaan batik
asli bekerja seperti biasa. Sementara itu, mereka yang bekerja di bengkel batik moden
diarahkan membantu mana-mana kerja yang perlu.
Pasukan polis, bomba dan penyelamat, dan Kakitangan Bahagian Forensik datang
untuk menyiasat dan mereka merumuskan bahawa kebakaran berlaku angkara sabotaj.
Ketika itu, Farid langsung teringatkan akan surat layang dan ancaman oleh lelaki yang
membuat kecoh di bengkelnya itu lalu Farid diminta untuk ikut ke balai polis untuk
membuat keterangan kerana kes ini berkaitan dengan jenayah. Inspektor Rusman
menjelaskan pihaknya telah memberkas Mahmood. Mahmood mempunyai rekod jenayah
dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah
Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya. Apabila Farid
pulang ke rumah, dia memberitahu tentang kebakaran itu dirancang oleh Mukhtar lalu
ibunya dan Zuraida amat terkejut.
SINOPSIS BAB 14 : OMBAK
Mukhtar telah ditangkap atas tuduhan membakar bengkel
kepunyaan Farid dan berita tersebut telah disiarkan oleh
akhbar. Mukhtar didakwa mengupah tiga orang samseng
untuk melakukan hal tersebut. Rayuan Mukhtar untuk diikat
jamin telah ditolak oleh hakim.
Tiga hari selepas kebakaran tersebut, Mokhsein datang
ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein
memberitahu bahawa dia juga menerima surat ugutan
daripada Mukhtar agar tidak membantu perniagaan Farid.
Kemudian Mokhsein memberi semangat semula ke dalam
jiwa Farid. Zuraida pula menjelaskan, kerana kekurangan
ilmu dalam bidang perniagaan, dia mengikuti kursus luar
kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM.
Zuraida mencadangkan agar Farid menimba ilmu lagi
memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu.
SINOPSIS KESELURUHAN
Farid seorang pemuda yang berusia 19 tahun menggalas tugas
yang besar apabila terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara
setelah ayahnya meninggal dunia. Dia yang tiada pengalaman berasa
kurang yakin untuk menguruskan syarikat tersebut. Namun, Kak Tom,
kerani syarikatnya banyak memberi tunjuk ajar kepadanya. Farid
merasakan bahawa kematian ayahnya akibat barah dalam perut telah
meninggalkan amanah kepadanya untuk menguruskan perniagaan.
Tambah pula, abangnya, Lotfi lumpuh. Untuk memulihkan
perniagaannya, Farid berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya
ialah kain batik mereka tidak laku dan mereka juga berdepan dengan
masalah kewangan. Farid telah memikirkan strategi. Antara strategi
itu adalah dengan memperbesar bangsal dan menghasilkan batik
bercorak moden. Sambutan batik bercorak baharu ini menyebabkan
batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak mendapat sambutan lalu
menyebabkan Mukhtar pemilik Syarikat Batik Rajawali berdendam
terhadap Farid. Mukhtar meminta Zuraida, anak saudaranya agar
tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di kedainya dan ia juga
mengirim surat berbaur ugutan kepada Farid. Mukhtar mengupah
sameng untuk membuat kacau dan akhirnya bangsal Farid terbakar
dan musnah. Hasil siasatan, pihak polis mendapati bahaawa kejadian
tersebut disebabkan sabotaj. Mukhtar akhirnya ditangkap polis dan
dihukum penjara selama tiga tahun.