BIODATA
NAMA PESERTA : NUR AINAA
QALESYA BINTI NORHAIROLLAH
KELAS : 5 CEKAL
E-MAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SK DATO’ ONN
JAAFAR
ALAMAT SEKOLAH : KM 72 JALAN
JOHOR 86200 SIMPANG RENGGAM
1. Pendahuluan
2. Biodata tokoh pemimpin
3. Pendidikan tokoh yang dipilih
4. Kerjaya tokoh
5. Sumbangan tokoh
6. Nilai kepimpinan
7. Garis Masa
8. Kesimpulan
9. Sumber rujukan
Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya kurang membangun dan sangat
bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap sebagai negara makmur dengan ekonomi
pelbagai.
Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman
Negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama berates-ratus tahun menjadikan semangat
sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki Negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh
itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga Berjaya member
kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.
Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu.Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat di
sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan pengasas dan Yang DiPertua
pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan
tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.
NAMA : DATO’ ONN BIN DATO’ JAAFAR
TARIKH LAHIR : 12 FEBRUARI 2012
TEMPAT LAHIR : BUKIT GAMBIR
MENINGGAL : 19 JANUARI 1962
DIMAKAMKAN : MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH
PASANGAN : RAFEAH ABDULLAH , CHE JAMILAH, CHE KAH,
HALIMAH HUSSEIN
PENDIDIKAN : KOLEJ KUALA KANGSAR
ANUGERAH DAN KEHORMATAN
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)
Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE)
Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan awal Pendidikan di Sekolah Melayu Johor Bahru. Beliau dihantar
ke England, Beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad
pada usia sembilan tahun. Kemudian belajar di Sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat
pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar
Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani
pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).
Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai,
1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.
1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam
bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang
berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.
Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai 1917,
berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General
Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan
Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.
Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan
termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik
bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.Pada 1 Januari 1923 beliau
dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut
Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru
Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin
Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya
menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.
Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938
beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama
ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di
San Francisco, Amerika Syarikat dalam tahun 1938. Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan
Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun
di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun
1945.
Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia
khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara
tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah
menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan
beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.
Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun kemudian , beliau
meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya
memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn kemudiannya berasa kecewa
dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO , dan mencadangkan bahawa
keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu , tanpa mengira kaum , dan nama UMNO ditukar
menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk Tanah Melayu Bersatu.
Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada 25-26 Ogos 1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang
melayu.Pada tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti Negara menyekatkan keahlian bukan
orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu.Walaupun demikian ,
partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan
usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan
kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal
Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan objektif
UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan
sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu
yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung
(RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala
Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat
Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampong
supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik
sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga
memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa
hadapan mereka akan datang.
1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru.
1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris
dengan wanita Inggeris.
1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan
Johor.
1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
.
1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF.
Pangkat Leftenan.
1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana
membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak
diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai
kemudahan.
1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951: (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Johor pada 1 Jun 1947.
1949: (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan perhatian kepada UMNO.
1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan
jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah
untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon Parti Perikatan, Dato' Suleiman Abdul Rahman
1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan
kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih
tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar merupakan seorang pejuang. Beliau merupakan pendukung keamanan. Beliau mempunyai
pendirian yang tersendiri yang patut dicontohi oleh generasi sekarang. Beliau seorang yang pintar dan gigih. Kepintaran
dan kegigihannya tidak ada tolak banding di waktu beliau berada di mercu politik. Beliau seorang yang mempunyai
keupayaan intektuan yang tinggi walau tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau seorang pemidato yang terkenal dengan
kebolehan bahasa yang menakjubkan. Semangat memperjuangkan bangsa perlu dijadikan contoh. Beliau menjadi meneraju
kepimpinan orang-orang melayu yang membentuk corak politik yang menjadi ikutan.
.
Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan
kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama
orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama
semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat, beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan
ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan
Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu
menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideology politik. Sifatnya yang
tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang
sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata.
Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan
pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan
berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau
tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab
dan amanah.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak
mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tabah dan
berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup
yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singapura. Peristiwa ini jelas memperlihatkan
keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun
beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil
sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada
terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua
kepadanya.
Dato’ Onn Jaafar telah menyedarkan orang Melayu bahawa Malayan Union adalah satu ancaman yang akan
melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Pelaksanaan Malayan Union menyebabkan negara ini terus diperintah secara
langsung dari United Kingdom dan kita kekal dijajah. Ia bermakna terhakisnya kuasa Raja-Raja Melayu, lenyaplah kerajaan-
kerajaan Melayu dan hilanglah identiti Melayu di buminya sendiri. Setiap negeri-negeri Melayu, yang asalnya terdiri
daripada kerajaan-kerajaan Melayu dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu, dipecah perintah secara berasingan oleh
Inggeris. Kerakyatan terbuka kepada semua orang, tidak kira siapa sahaja yang datang mahu bermastautin di negara ini.
Hampir dua tahun lamanya, Dato’ Onn berhadapan dengan Inggeris, memujuk Raja-Raja Melayu, mengumpulkan kekuatan
suara dan perpaduan orang Melayu untuk menggagalkan Malayan Union. Gerakan mendesak Inggeris tanpa mengenal jemu
dan penat lelah itu, akhirnya membuahkan hasil apabila penjajah akur untuk menguburkan Malayan Union selepas 21 bulan
dilaksanakan dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Kesimpulannya Dato Onn Jaafar merupakan tokoh yang sangat berjasa pada negara. Khususnya orang
melayu. Banyak pembangunan yang buat untuk membela orang melayu.Tokoh dan kepimpinan beliau seharusnya menjadi
contoh kepada semua murid.
1.http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-tokoh.html
2. https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
4. Ramlah Adam, ' Dato' Onn Ja'afar - Pengasas Kemerdekaan'. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993,
hlm 12
5. Abdul Latip bin Talib, 'Dato' Onn Jaafar : Kisah Seorang Patriotik'. Latip dan Keluarga Enterprise, Negeri
Sembilan, 2017.
6. http://repo.uum.edu.my/1866/1/35.pdf
7. http://thina75.blogspot.com/2015/12/pengajianmalaysia-peranan-tokoh-isu_24.html
8. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur
9. Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur