The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Gaza - Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM MALAYSIA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM MALAYSIA), 2026-01-06 01:25:33

Laporan Bantuan Kecemasan Gaza 2024-2025 - KHOM MALAYSIA

Laporan Gaza - Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM MALAYSIA)

Berdiri Teguh Bersama PalestinLAPORAN BANTUANKECEMASANGAZAwww.khom.org.my


Dengan doa, kasih, sokongan, galakan, dan sumbangan ikhlas daripada masyarakat di seluruh dunia - terutama rakyat Malaysia - pada 2025, KHOM MALAYSIA berhasil menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa ke Gaza. 2 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Menerusi usaha bersepadu, KHOM MALAYSIA menyampaikan ribuan kotak makanan, susu bayi, kit kebersihan diri, dan menggali telaga air buat para keluarga dan kanak-kanak di Gaza, membawakan harapan, maruah, dan penjagaan yang menyelamatkan nyawa kepada mereka yang paling memerlukannya.KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 3


Isi Kandungan KHOM MALAYSIA ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan tempatan yang berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-009-03-27112018..............................5........6..........8.....................10.........................................16Ringkasan• Tentang Gaza• Bagaimana kami beroperasi• Cabaran-cabaran yang Dihadapi KHOM MALAYSIAKronologi Gaza 2024-2025• Mula 26 November 2024• Akhir 2025 ‘Scars of War’ (Palestin)2023283430262218Ringkasan Impak & PenghargaanLuahan Mereka di Gaza yang Menerima Bantuan KamiSoalan LazimSorotan Liputan MediaKolaborasiMari Berkolaborasi atas nama KemanusiaanImpak Para Penyumbang KHOM MALAYSIA020103040506070908104 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Selama lebih dua tahun, serangan Israel yang tanpa henti telah menyebabkan sekurang-kurangnya 67,000 rakyat Palestin terbunuh, manakala ribuan masih berada di bawah sisa runtuhan dan tidak dapat dikesan. Hari ini, Gaza menanggung kesengsaraan manusia paling tinggi di dunia – mencatat jumlah tertinggi bagi bilangan anak yatim, kanak-kanak yang kudung, dan kematian orang awam. Ia juga merekodkan jumlah tertinggi kanak-kanak yang mati dalam sebuah konflik dalam sejarah terkini, dan memiliki kadar pengungsian antara yang tertinggi, dengan hampir keseluruhan penduduknya terpaksa melarikan diri.Tahap kemusnahan amat dahsyat – kediaman, sekolah, hospital, dan tempat ibadah telah musnah sepenuhnya. Gaza kini berdepan kadar ketidakjaminan makanan dan malnutrisi tertinggi, terutama dalam kalangan kanakkanak dan para ibu, di samping kekurangan bekalan perubatan dan air bersih yang kritikal, menjadikannya antara tempat paling sukar di dunia bagi akses penjagaan kesihatan dan kelangsungan hidup.Di tengah kemusnahan ini, KHOM MALAYSIA memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan hidup dan harapan. Menerusi misi-misi kemanusiannya yang berdedikasi, KHOM MALAYSIA terus menyampaikan kotak makanan, susu bayi, bekalan perubatan, dan bantuan keperluan asas kepada keluarga yang terjejas di Gaza. Di sebalik cabaran dan risiko yang amat besar, KHOM MALAYSIA bekerjasama rapat dengan rakan strategik yang dipercayai bagi memastikan bantuan tiba kepada mereka yang paling memerlukannya – anak-anak yatim, mereka yang cedera, dan keluarga yang bergelut untuk bertahan.Dalam setiap ukuran tragedi kemanusiaan, Gaza muncul krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarah moden – dan KHOM MALAYSIA tetap tabah dalam misinya untuk membawakan belas ihsan, bantuan, dan maruah kepada penduduknya.Ringkasan1KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 5


Bagaimana KHOM MALAYSIA beroperasi di GAZA?Tim Lapangan di GazaTerdapat lima pasukan utama di Gaza dan satu pasukan penyelaras dari Malaysia untuk memastikan setiap bantuan sampai dengan selamat.6 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Tim KHOM MALAYSIA (KMT) di JordanPeta JordanKami di sini!Daripada Jordan ke GazaPalestinKHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 7


Cabaran-cabaran yang Dihadapi KHOM MALAYSIACabaran-cabaran di Lapangan di GazaKHOM MALAYSIA beroperasi melalui dua rangkaian utama bagi menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa ke Gaza:Tim dalaman di lapangan terus berdepan cabaran amat besar daripada segi pengoperasian, logistik dan keselamatan di tengah serangan udara yang berterusan dan ketidakstabilan:• Gangguan komunikasi: Kekerapan gangguan internet, bekalan elektrik yang terputus dan serangan dron menjejaskan komunikasi antara tim lapangan dan ibu pejabat.• Pemindahan paksa: Tim terpaksa berpindah-randah. Ia mengambil masa berhari-hari untuk mendirikan Dapur KHOM, dapur pusat kami, namun hanya untuk dibom – memaksa tim untuk membina semula dari awal.• Risiko keselamatan semasa pengagihan bantuan:Perhimpunan beramai-ramai menjadi sasaran serangan, maka kumpulan kecil dan mudah bergerak, serta titik pengagihan yang berselerak diperlukan bagi menjamin keselamatan orang awam dan para sukarelawan.• Keterbatasan bekalan bantuan: Usaha mendapatkan makanan dan barangan keperluan asas semakin sukar berikutan bekalan terhad dalam keadaan berperang.• Ketidakstabilan harga: Harga barangan bantuan yang naik turun menyulitkan perolehan dan perbelanjaan.• Menguruskan orang ramai yang terdesak: Penduduk yang ramai, kelaparan, dan pengungsian menambah kepada cabaran keselamatan dan emosi ketika pengagihan bantuan.Kerjasama Strategik dengan Tim Lapangan di Gaza -membabitkan para sukarelawan tempatan yang berdedikasi, dibahagikan kepada lima tim utama, setiap satu dibahagikan lagi kepada unit-unit kecil bagi mobiliti, fleksibiliti, dan keselamatan.Tim KHOM MALAYSIA (KMT) -sebuah delegasi Malaysia yang beroperasi di Jordan, mengendalikan logistik dan sokongan bantuan kemanusiaan dari Jordan ke Gaza Utara.8 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Cabaran-cabaran yang Dihadapi Tim KHOM MALAYSIA (KMT)Beroperasi dengan sokongan Angkatan Tentera Jordan dan Kedutaan Malaysia di Amman, KHOM MALAYSIA dapat memastikan bantuan boleh bergerak dari Jordan ke Gaza. Begitupun, beberapa cabaran logistik dan pentadbiran terus berbangkit:Di sebalik cabaran-cabaran ini, KHOM MALAYSIA tetap berpegang teguh dalam misinya untuk memastikan bantuan kemanusiaan terus memasuki Gaza, dan setiap sumbangan daripada rakyat Malaysia sampai kepada mereka yang paling memerlukannya.• Kerumitan logistik: Setiap barangan bantuan perlu disahkan dan diluluskan bagi memenuhi peraturan sempadan dan antarabangsa.• Prosedur yang berubah-ubah: Protokol sempadan dan syarat kelulusan sering berubah berikutan peralihan kuasa politik dan keselamatan.• Penutupan sempadan tanpa makluman: Penutupan lintasan kemanusiaan secara mendadak mengakibatkan penangguhan yang signifikan. • Peluang penghantaran yang tidak diduga: Seringkali, kelulusan kemasukan diberikan tanpa notis yang memerlukan tim sentiasa dalam keadaan siap siaga – sedia untuk bergerak sebaik pintu dibuka.KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 9


Kronologi GazaSelatan Gaza: Pakaian Musim Sejuk Utara Gaza: Tepung Selatan Gaza: Sayur-sayuran SegarUtara Gaza: Air BersihUtara Gaza: Masakan PanasUtara Gaza: Susu BayiKhan Younes: Iftar RamadanOperasi Talian Hayat Musim Sejuk 1000 Kotak Makanan500 Susu Bayi400 SelimutUtara Gaza: Pakaian Musim SejukMisi diteruskan..26 November 2024Disember 2024Februari 2025Mac 202526 November28 November 28 November16 Disember17 Disember28-29 Disember9 Mac12 DisemberBerdiri Teguh 2 bersama Palestin26 November 2024 - Disember 202510 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Selatan Gaza: Iftar untuk Anak-anak YatimGaza: Pek MakananAl-Aqsa: Iftar Ramadan11-12 April:Penggalian Telaga Air PertamaGaza: Pek MakananAl-Aqsa: Iftar RamadanGaza: Pek MakananGaza: Air BersihGaza: Susu BayiGaza: Masakan PanasPek Makanan (MIX One World One Humanity)Gaza: Sayur-sayuran segarAl-Aqsa: Iftar RamadanApril 2025Mei 202516 Mac 21 Mac26 Mac28 Mac21-22 April23 April23 April27 April5 Mei28 MacKHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 11


Gaza: Susu BayiUtara Gaza: Susu BayiUtara Gaza: Masakan PanasUtara Gaza: Air Bersih Utara Gaza: Masakan Panas Khan Younes: Masakan PanasPenyerahan 2 treler kemanusiaan di pangkalan tentera Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) untuk operasi guguran Jun 2025 udaraJulai 20256 Mei14-17 Jun26 Jun6 Julai 8 Julai 9 JulaiOperasi Degupan Jantung untuk Gaza30 Mei: Telaga Air Gaza (Lubang Bor) Ke-23,246Kotak Makanan1,034Susu Bayi150 beg Tepung50kg12 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Khan Younes: Masakan PanasSelatan Gaza: Masakan PanasMakanan Panas untuk Petugas & Pesakit HospitalLokasi - Hospital Shuhadaa Alaqsa, Deir Al Balah, Gaza18 - 19 OgosUtara Gaza: Air BersihOgos 2025Oktober 2025Gaza masih perlukan kita...September 202524-25 Julai15 September10-15 SeptemberGuguran Udara:30 Julai12 Julai: Telaga Air Gaza (Lubang Bor) Ke-38 August: Telaga Air Gaza (Lubang Bor) Ke-48 September: Telaga Air Gaza (Lubang Bor) Ke-5KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 13


Utara Gaza: Susu BayiBandar Gaza: Penutup KhemahSemenanjung Gaza: Projek TakiyyaSemenanjung Gaza: Projek Takiyya11 November20 November8 Disember9 DisemberNovember 2025Disember 2025Operasi Degupan Jantung untuk Gaza 2.02,906 Kotak Makanan350 Kit Kebersihan Diri2,880 Susu Bayi14 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Hospital dan Kem di Selatan Gaza: Susu BayiSemenanjung Gaza: Projek TakiyyaSemenanjung Gaza: SelimutGaza Strip: Projek TakiyyaKarisma EduDream: Bantuan Pendidikan, Makanan Panas & Sokongan PsikososialSemenanjung Gaza: Susu Bayi4 Disember8 Disember 7 Disember10 Disember9 Disember7 DisemberSemenanjung Gaza: 5 Lori Air Bersih10 DisemberKHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 15


Selatan & Utara Semenanjung Gaza: Projek TakiyyaSemenanjung Gaza: Projek TakiyyaSelatan Semenanjung Gaza: Projek Takiyya10 Disember11 Disember13 DisemberPerjalanan Masih Panjang...Gaza perlukan kita15 December: Telaga Air Gaza (Lubang Bor) Ke-6Di dalam momen paling kelam,kebaikan hati menjadi talian hayat.Rujukan: Projek Takiyya: Masakan Panas16 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Kemanusiaan hidup di mana belas ihsan enggan sirna.KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 17


Impak Para PenyumbangKotak makanan, Tepung, Roti, Masakan Panas, Sayur-sayuranMakanan126,110 penerima 8,180 penerima20,900 penerima800 penerima500 penerima4,380,000 penerima3,750 penerima119 penerima2,330 penerima475 penerima25 penerimaSusu & Lampin BayiAir Bersih: Treler AirBantuan PerubatanSokongan PsikososialTelaga Air (Lubang Bor)Kit Kebersihan Diri & Tuala WanitaProjek Yatim KHOM MALAYSIAPakaian, Kasut & SelimutKhemahPendidikan Gaza3 KHOM MALAYSIA*Dikira berdasarkan bekalan air berterusan yang memanfaatkan 12k penduduk sehari18 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Jumlah PenerimaANGGARAN4,543,189++Dengan penuh kesyukuran, KHOM MALAYSIA merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada para penderma atas solidariti dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada rakyat Gaza.Sokongan anda adalah lambang kemanusiaan yang nyata di tengah penderitaan yang begitu besar. Setiap ringgit yang diamanahkan telah disalurkan sepenuhnya, memastikan keluarga-keluarga kekal hangat, mendapat makanan, dan selamat sepanjang tahun 2025.Berkat anda, harapan terus menyentuh mereka yang paling memerlukan.Anggaran 4 juta ++ penerima pada 2025, dikira berdasarkan bekalan air berterusan yang memanfaatkan 12,000 penduduk, sehari.*Jumlah penerima manfaat adalah anggaran minimum.KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 19


Pada Ogos 2024, KHOM MALAYSIA berkongsi kemas kini mengenai projek khemah kami untuk penduduk Gaza. Tidak lama kemudian, seorang penyumbang antarabangsa kami dari Itali menghubungi kami dengan rayuan mendesak – untuk membantu seorang wanita yang bernama Nour.Kisahnya membuat hati kami luluh. Suami Nour telah syahid di dalam genosida, meninggalkannya dan anakanak perempuannya untuk hidup di dalam keadaan yang tidak layak pun dipanggil tempat perlindungan – selimut digantung sebagai dinding, terdedah kepada panas terik pada siang hari dan angin dingin pada malamnya.Kami segera menggerakkan tim lapangan kami di Gaza, membahagikan tugasan untuk mengesan kedudukannya. Ia adalah misi yang dirasakan hampir mustahil – ibarat mencari sebatang jarum di tengah jerami yang membukit, di antara sisa runtuhan. Namun selepas berhari-hari mencari, Tim C KHOM menemukan Nour, akhirnya.Para sukarelawan kami mengunjunginya dan mendapati dia tidak sendirian – saudara perempuannya juga telah kehilangan suami. Berdua, mereka menjaga 13 wanita dan kanak-kanak, kesemua mereka terpinggir, kesemua mereka sedang berduka, namun berpaut antara satu sama lain untuk meraih kekuatan.Tanpa lengah, kami mengubungi lagi para penyumbang kami. Hasil belas ihsan dan respons pantas, kami berhasil mendapatkan sebuah khemah kecil – perlindungan yang rapuh tapi berharga – yang kini dipanggil rumah oleh Nour dan anak-anaknya.Ini lebih daripada hanya sebuah kisah mengenai bantuan. Ia adalah sebuah kisah mengenai semangat juang dan harapan – seorang ibu yang enggan menyerah, dan keazaman tim KHOM MALAYSIA untuk tidak berhenti mencari sehinggalah dia ditemui.Imbas di sini untuk menonton kisah NourDi tengah kehancuran, nilai kemanusiaan mengatasi segalanya.Ia adalah misi yang dirasakan hampir mustahil – ibarat mencari sebatang jarum di tengah jerami yang membukit, di antara sisa runtuhan.Nour: Semangat Juang420 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Bagi menyampaikan bantuan ke Gaza, KHOM MALAYSIA beroperasi dari Jordan yang menyaksikan tim kami menguruskan logistik dan mengkoordinasi penghantaran kemanusiaan. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tertinggi di Jordan dan menerima sokongan daripada Angkatan Tentera Jordan yang mengiringi dan menghantar bantuan kami ke Gaza Utara.Sebaik bantuan diserahkan kepada pihak berkuasa, selesailah tanggugjawab kami, dan kami perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada rakan kerjasama kami dan semua pihak yang terbabit. Amat payah untuk mendapatkan futej E-mel Kotak MakananBukti Bantuan KHOM MALAYSIA Tiba di Gaza Utarapenghantaran di Gaza berikutan serangan yang berterusan dan gerombolan penduduk kelaparan yang sering menyerbu konvoi.Pada satu ketika, kami menerima satu e-mel daripada seseorang yang menulis bagi pihak seorang anggota keluarga di Gaza. Mereka mengesahkan keluarga mereka telah menerima kotak makanan KHOM MALAYSIA dan bertanyakan mengenai isi kandungannya. E-mel ini menjadi bahan bukti yang berharga dan jarang diperolehi mengenai bantuan kami yang berjaya sampai kepada mereka yang memerlukan. Berikut adalah e-mel yang diterima:KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 21


Terima kasih, dengan sokongan ikhlas rakyat Malaysia menerusi KHOM, kami dapat menghantar bantuan kecemasan segera kepada lebih daripada ratusan ribu orang di Gaza.Jumlah Kutipan Gaza tahun 2025RM3,239,532.94112 MisiMisi dicapai dari November 2024 - Disember 2025Kadar Pencapaian Misi 522 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Luahan Mereka di Gaza yang Menerima Bantuan KamiPara keluarga di Gaza sering memberitahu kami bantuan KHOM MALAYSIA tiba pada ketika harapan terasa seperti semakin menjauh. Di tempat, di mana makanan, keselamatan, dan tempat perlindungan tidak boleh dijamin, sebuah kotak sederhana yang berisi keperluan asas adalah lebih daripada sekadar bantuan – ia berupa talian hayat.Ramai yang berkongsi kata-kata yang terpahat dalam ingatan kami selamanya:Ibu bapa, berkata kotak makanan atau susu untuk bayi mereka yang diterima memberikan mereka rasa kehormatan — membolehkan mereka menjaga anak-anak mereka tanpa rasa begitu bimbang. Ibu tunggal memberitahu kami, kebaikan hati kalian memberikan mereka kekuatan. Anak-anak yatim, berkata sokongan yang diberikan mengingatkan mereka bahawa mereka masih ada, masih dihargai.Buat saudara di Gaza, bantuan KHOM MALAYSIA bukan sekadar bantuan kemanusiaan – ia adalah satu peringatan bahawa belas ihsan boleh melangkaui sempadan, solidariti boleh bertahan walaupun pada masa kelam, dan mereka tidak sendirian dalam berdepan perjuangan ini.Satu pesanan yang sering kami dengar ialah:“Apabila kami terlihat nama ‘Malaysia’ di kotak, hati kami terasa lapang. Ia bermakna ada seseorang, nun jauh di seberang, terus berdiri teguh bersama kami.”6KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 23“Beritahu Malaysia, kami merasakan doadoa mereka mengiringi kami.”“Makanan ini memastikan anakanak kami tidak tidur kelaparan, malam ini.”“Biarpun ketika dunia melupakan kami, Malaysia tetap ingat.”“Bantuan kalian tiba ketika kami benar-benar tidak punya apa-apa lagi.”


24 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 Apabila kemanusiaan memanggil, kami tidak memalingkan muka.Kami menyahut dengansolidariti dan kepedulian.


KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 25


7Soalan Lazim26 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 1.Adakah benar bantuan ke Gaza dibawa masuk melalui King Hussein Bridge? Saya sendiri pernah melalui pintu masuk itu ketika ke Al-Quds dan menyaksikan sendiri ketatnya kawalan imigresen Israel — malah barangan seperti tamar dari Jordan pun dirampas di situ. Jadi bagaimana bantuan kemanusiaan dapat melepasi sekatan tersebut?Ya, benar. Penghantaran bantuan melalui King Hussein Bridge tahap kawalan serta pemeriksaan keselamatan yang sangat ketat oleh pihak penjajah. Namun begitu, laluan ini digunakan oleh KHOM MALAYSIA bagi memastikan bantuan kemanusiaan terus sampai ke Gaza.KHOM Malaysia bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tertinggi Jordan dan Tentera Darat Diraja Jordan (JAF).Penghantaran bantuan KHOM Malaysia ke Gaza dilaksanakan oleh pihak Tentera Diraja Jordan (JAF).Kerjasama ini membolehkan KHOM Malaysia berjaya menyalurkan bantuan ke utara Gaza menerusi Jordan.Perlu difahami bahawa:• Setiap barangan bantuan tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan yang ketat oleh pihak imigresen Israel.• Tidak semua jenis makanan diluluskan untuk ke Gaza. Contoh: kurma yang mengandungi biji ditolak kerana dianggap berpotensi sebagai “peluru”, dan boleh menyebabkan keseluruhan konvoi ditahan.Kami berharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan dan keyakinan kepada semua yang menyokong usaha kemanusiaan KHOM MALAYSIA.1 Bagaimana KHOM MALAYSIA beroperasi di Gaza?2Jawapan:


KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 27“Pastikan anda turut membantu negara sendiri terlebih dahulu. Banyak yang perlu dilakukan di dalam negara, kerana ramai orang di kawasan terpencil menghadapi kesukaran untuk hidup akibat kekurangan air bersih, elektrik, dan akses perubatan. Penting untuk membantu negara sendiri sebelum membantu negara lain.”Bagaimana saya boleh menjadi sukarelawan?Terima kasih di atas keprihatinan anda.KHOM Malaysia tidak pernah berhenti berbakti kepada tanah air kita. Kami rakyat Malaysia — dan komitmen kami kepada inisiatif-inisiatif tempatan tidak akan pernah berhenti.Antara bantuan tempatan kami ialah:Bantuan Kecemasan Banjir: Terbaru, membabitkan pemberian bantuan kepada para pelajar sekolah di Sabah yang terjejas akibat banjir, baru ini. Tarikh pengagihan: 7 Oktober 2025Kempen MediHope: Memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia yang sakit dan kurang berkemampuan. Paling terkini, pada 21 September 2025, kami berikan bantuan kepada para pesakit strok.Kempen Heart of Hope: Bantuan makanan bulanan, lampin, pengagihan susu bayi kepada golongan miskin di seluruh Malaysia. Pengagihan terbaru, 21 September 2025EduDream untuk Malaysia: Bantuan tahunan Kembali ke Sekolah untuk para pelajar kurang berkemampuanKempen Pejuang Merdeka:Mengenang jasa wira tidak didendang kita yang bergelut untuk menyara kehidupan dengan memberikan sokongan yang sewajarnya.Pengagihan tahun ini bermula pada 8 Oktober 2025. Bantuan ini akan disampaikan secara berfasa.Kami berharap ini membantu memperjelaskan usahausaha kami yang sedang berjalan.Bagi peluang menjadi sukarelawan tempatan, kami mengalakkan anda untuk kekal berhubung dengan kami menerusi saluran media sosial kami, di mana kadang kala kami memuat naik pengumuman mengenai pembukaan akan datang.Mengenai misi-misi antarabangsa, para sukarelawan kami dipilih daripada negara misi itu sendiri berikutan pertimbangan keselamatan dan beberapa faktor keperluan lain, seperti fasih berbahasa Arab bagi misi-misi di Timur Tengah.Tim misi kami terdiri daripada anggota sepenuh masa yang berdedikasi untuk merancang dan mengimplementasi programprogram bantuan. Mereka memiliki skil tertentu yang diperlukan bagi setiap misi untuk memastikan kejayaan penghantaran bantuan.34Jawapan:Jawapan:


KolaborasiForum: The World Unites For PalestineFreedom Football KL 3.0 for GazaKHOM MALAYSIA x Bantu Heroes x Yuna Room Records (YRR)Yuna, Adam, dan Bantu Heroes memainkan peranan penting dalam menggerakkan para selebriti dan orang ramai menerusi Freedom Football yang menterjemahkan ihsan menjadi bantuan sebenar untuk penduduk Gaza.Pengerusi kami dijemput oleh UKM untuk menyampaikan ucapan di forum khas, berkongsi pandangan mengenai usaha kemanusiaan KHOM MALAYSIA di Gaza.Mix Breakfast Show meneruskan usaha bantuan kecemasan untuk Gaza, menyalurkan sokongan melalui KHOM MALAYSIA kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.One World One Humanity828 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Bantuan Kecemasan GazaBantuan Kecemasan GazaHasil penyatuan hati, dana Freedom Football 3tiba kepada mereka yang memerlukan menerusi tim lapangan KHOM MALAYSIAShowcase untuk Gaza: An Evening to RememberPada showcase oleh penyanyi bersuara mantap, Datin Alyah, Ayu, dan Idayu, hasil kerja KHOM MALAYSIA telah dipertontonkan menerusi tayangan sebuah video, serentak dengan pelancaran kempen Yatim KHOM untuk Gaza.KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 29


IMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUT9 Sorotan Liputan MediaPerkongsian usaha-usaha kemanusiaan KHOM MALAYSIA dengan dunia.30 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


IMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTKHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 31


IMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUT32 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


Bagaimana untuk membantu Palestin?Kekal komited untuk membantu kami menghantar bantuan kemanusiaan yang kritikal bagi menyelamatkan nyawa di Gaza.1010KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 3303139010023524Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM)8603493305553010627607Imbas untuk bantu Imbas: Laman Web Kami


Kecemasan Gaza telah menginspirasi perpaduan di seluruh Malaysia - tua dan muda, daripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan. KHOM MALAYSIA mempelawa organisasi, perniagaan, dan individu untuk berkolaborasi dengan kami dalam mengumpul dana dan menaja inisiatif-inisiatif bagi menyokong penduduk Gaza dan Palestin secara keseluruhannya. Bersama, kita dapat memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang paling memerlukannya. Ayuh Bersatu demi Kemanusiaan!KHOM MALAYSIA kini mempelawa organisasi, perniagaan, dan para individu untuk berkolaborasi dalam inisiatif pengumpulan dana dan penajaan untuk menyokong penduduk Gaza. Setiap usaha bermakna - sertai kami dalam melakukan perubahan sebenar, hari ini.Mari Berkolaborasiatas nama Kemanusiaan34 | KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25


KHOM MALAYSIA: LAPORAN GAZA 24/25 | 35


Apabila kita bersama bertindak, penderitaan terasa kurang bebannya. Berdiri teguh bersama Palestin. 09 - 746 1942 (Nombor Pejabat)+60 12 - 217 8984 (Andy Hussin)+60 12 - 366 6423 (Amirah Fauzi)Lot 5267, 1st Floor, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, KelantanKHOM-Karisma Humanitarian Outreach Mission@helpkhom@[email protected] Kini di Alamat Baru!Hubungi Kami! Sertai Kami!www.khom.org.my


Click to View FlipBook Version