Daripada Krisis kepada Keberanian: Setahun Ihsan, Misi & KeajabanLAPORANAKHIR TAHUNSorotan 2025
Idlib,Syria2 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Mesej Daripada Kepimpinan KHOM MALAYSIAKepada para penyumbang dan sahabat,2025 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, pengembangan, dan pembangunan luar biasa bagi kami semua di KHOM MALAYSIA.Daripada permulaan yang biasa-biasa, KHOM MALAYSIA bermula dengan usaha sederhana mengajar para pelajar saya mengenai kehidupan – tentang empati, pergelutan, dan kuasa hasil daripada bertindak. Sebagai seorang pendidik, saya mengajar generasi muda bahawa tiada tindakan kebaikan yang terlalu kecil, dan ihsan tidak mengenal usia. Anda boleh menjadi penyumbang menerusi tenaga anda, kehadiran anda, atau keupayaan kewangan anda.Daripada bilik darjah yang kecil, kami mempertingkatkan usaha-usaha kami, menubuhkan badan ini secara rasmi dan kini, kami telah berkembang menjadi sebuah organisasi kemanusiaan yang beroperasi di tujuh negara, menjangkau jutaan orang yang kehidupan mereka telah disentuh oleh kemurahan hati anda.Tahun ini, kami menyaksikan babak yang paling sukar di dunia – penderitaan yang masih dialami di Gaza akibat genosida pada tahun keduanya melalui gencatan senjata api yang rapuh, lambannya usaha pembinaan semula rakyat Syria susulan pembebasan, dan pergelutan rakyat MALAYSIA dalam berdepan kesusahan ekonomi. Meskipun begitu, di dalam setiap pengkisahan, kami menemukan suatu persamaan yang luar biasa: ketahanan, kesungguhan, dan semangat juang yang kental.Di sebalik cabaran yang dihadapi oleh tim dan para sukarelawan kami, doa-doa, sokongan, dan galakkan anda mendorong kami ke depan. Pada 2025, KHOM MALAYSIA melaksanakan dua guguran udara yang menyelamatkan nyawa di Gaza, menjangkau kawasan yang terputus sepenuhnya daripada bantuan, dan menggali telaga air di tengah pengeboman untuk mengembalikan maruah, kebersihan, dan kelangsungan hidup bagi ribuan orang.Di Syria, kami meneruskan pengagihan ratusan tangki air, memastikan keluarga terpinggir yang tinggal di khemah-khemah mendapat akses kepada air bersih. Kami memasuki tahun keempat program Karisma EduDream, memberikan anak-anak yatim yang tidak pernah melihat bilik darjah atau memegang pensel mendapat peluang untuk membaca, menulis, dan berimpian lagi.Di Malaysia, menerusi kempen KHOM MediHope, kami menyediakan peralatan perubatan kritikal – katil hospital, kerusi roda, mesin oksigen – meringankan beban ribuan orang yang sakit dan kurang berkemampuan. Kami berdiri teguh bersama para veteran tentera kami, wira negara kita, membantu mereka melalui tahun-tahun yang sukar.Hari ini, KHOM MALAYSIA lebih kuat disebabkan anda – kepercayaan anda, keyakinan anda terhadap usaha kami, dan ihsan anda yang tidak pernah goyah. Kami dengan rendah diri kekal sebagai jambatan antara kemurahan hati anda dan mereka yang kehidupannya telah diubah. Dengan kepercayaan berterusan anda, kami sedia memperluaskan jangkauan kami melangkaui enam negara yang dibantu, hari ini.Terima kasih kerana melangkah seiringan kami dalam perjalanan ini. Bersama, kita bawakan harapan ketika harapan sedang pudar, dan cahaya ketika kegelapan berlarutan.Nik Marina Datuk HussinPengerusi dan Pengarah Misi KHOM MALAYSIA“Hari ini, KHOM MALAYSIA lebih kuat disebabkan anda”
SOROTABERSATU DEMI Ia adalah tahun pemulihan semula kehormatan diri – mengagihkan ratusan tangki air kepada rakyat Syria yang mengungsi di khemahkhemah, memberikan tandas bermaruah yang menjamin privasi, dan melindungi keluarga dengan pelindung khemah yang amat diperlukan.Kami bersama para veteran tentera kita yang memerlukan, mengenang khidmat bakti mereka menerusi penjagaan, ihsan, dan sokongan.Susulan bencana banjir yang seakan tsunami di Aceh, kami bersama lebih seribu keluarga yang terjejas, membawakan bantuan yang amat diperlukan dan harapan. Pejuang MerdekaRespons Bencana Kecemasan AcehHarapan buat SyriaBersama para penyumbang kami, para penyokong, rakan kerjasama, para sukarelawan, masyarakat setempat, dan tim, KHOM MALAYSIA telah menjangkau ribuan nyawa, memberikan harapan, keselesaan, dan menjadi satu peringatan biarpun dalam saat kelam, tiada yang berdepan dengan kepayahan sendirian.Jumlah Kutipan2025 : Salam PengharapanRM4,08
AN 2025 KEMANUSIAANTahun ini, kami mengalu-alukan 119 anak yatim baharu ke dalam program Yatim KHOM di Gaza, iaitu sebahagian daripada misi kami untuk menyokong 500 kanak-kanak rentan – dan ramai lagi yang masih memerlukan penjagaan kita dan harapan.Bantuan Kecemasan GazaMenerusi ribuan kotak makanan, susu bayi, ratusan beg tepung seberat 50kg, kit kebersihan diri, dan selimut, kami berhasil menjangkau lebih ratusan ribu orang yang amat memerlukan, serta membawakan harapan, tanda kepedulian, dan maruah kepada para keluarga di Gaza.Untuk menyelamatkan nyawa daripada dahaga dan penyakit, kami menggali telaga air di Gaza yang memberikan 12,000 penduduk dengan air bersih, setiap hari.Telaga Air Keajaiban – GazaProjek Yatim KHOMn (Jan-Dis 2025):80,515.61Operasi Degupan Jantung untuk Gaza: KHOM MALAYSIA melaksanakanDua Guguran Udara Bersejarah di GazaPada 18 – 19 Ogos, KHOM MALAYSIA melakar sejarah menerusi penyerahan sendiri ribuan kotak makanan dan ratusan tin susu bayi kepada Tentera Udara Diraja Jordan untuk guguran udara kemanusiaan ke Gaza – membawakan harapan, maruah, dan kepedulian kepada mereka yang memerlukan.KHOM MALAYSIA adalah satu-satunya NGO Malaysia yang melaksanakan jatuhan bantuan kemanusiaan, selepas misi jatuhan udara pertama Malaysia ke Gaza pada 2023.
Isi KandunganKHOM MALAYSIA ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan tempatan yang berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-009-03-27112018.• Keperluan Asas • Bantuan Kecemasan• Pendidikan• Projek Mampan • Projek Khas ..................15...........23........................25...........28.................31........................................7..8.8...........9..............9........................10...10.....................10.............................................................11...................................................11Ringkasan• Misi & Visi• Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) - Bagaimana KHOM MALAYSIA menyumbangProjek Teras: KHOM MALAYSIA — Teras Kemanusiaan Utama• Dapur KHOM – Dapur Pusat & Hidangan Panas• Karisma EduDream – Sokongan Pendidikan• Program Kebersihan Diri & Sanitasi • KHOM MediHope – Bantuan Perubatan & Kesihatan• Pejuang Merdeka – Sokongan Veteran• Projek Telaga Air di Gaza — Talian Hayat di Bawah Serangan• Projek Yatim KHOM – Penjagaan untuk Anak-Anak YatimMesyuarat Penting 344448624540Sokongan & KolaborasiPaparan IstimewaPenghargaanSorotan Liputan MediaBagaimana untuk MembantuLaporan AuditProjek Berterusan KHOM MALAYSIA0201030405060709086 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
KHOM beroperasi di dalam 7 wilayah utama:MalaysiaIndonesia(Aceh)Palestin (Gaza)SyriaJordanLebanon Turkiye01 RingkasanMisiUntuk menginspirasi harapan dan meringankan kesengsaraan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kancah peperangan, kemiskinan, kelaparan dan malapetaka.Visi kami untuk setiap insan yang memerlukan sebuah dunia penuh pengharapan dan hak mendapatkan peluang dalam penghidupan, pendidikan, perlindungan dan pembangunan.VisiKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 7
Bagaimana KHOM MALAYSIA menyumbang?Secara ringkas, KHOM MALAYSIA bukan saja menyediakan bantuan jangka pendek – ia juga memberikan penyelesaian mampan yang mempertingkatkan kehidupan, melindungi maruah, dan membantu komuniti pulih dan berkembang yang merupakan intipati SDGs.Usaha KHOM MALAYSIA sejajar dengan beberapa SDGs berikutan inisiatif-inisiatif kemanusiaan dan yang berasaskan komuniti. Misalnya:Membekalkan makanan, bantuan, dan keperluan kepada keluarga di zon krisis (Palestin, Syria, Lebanon), KHOM membantu mengurangkan segera kemiskinan dan kesusahan.Menerusi kotak makanan, roti segar, hidangan panas, dan bantuan makanan berkhasiat, KHOM MALAYSIA melawan kelaparan dan malnutrisi secara langsung.Bekalan susu bayi, perlindungan semasa musim sejuk, dan fasiliti air bersih oleh KHOM MALAYSIA meningkatkan hasil kesihatan bagi golongan rentan.Menyokong persekolahan di Gaza dan Syria dengan memenuhi keperluan, membayar gaji guru, dan membiayai program pendidikan yang dapat memastikan kanak-kanak mempunyai akses untuk belajar.Program-program yang memperkasa wanita dan anak gadis di kem-kem pelarian, memberikan keselamatan dan maruah (seperti fasiliti tandas), menyumbang kepada kesamaan dan perlindungan.Tempat perlindungan kecemasan, pelindung khemah, dan inisiatif-inisiatif tindak balas bencana membantu komuniti beradaptasi dengan krisis, termasuk cabaran-cabaran berkaitan iklim.Penyediaan air bersih dan sanitasi menerusi telaga air, pam-pam, tangkitangki, bantuan air kecemasan, dan tandas adalah usaha-usaha bagi mengurangi penularan penyakit dan memulihkan semula kesihatan bagi komuniti rentan.Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM MALAYSIA) adalah sebuah NGO kemanusiaan Malaysia yang berdaftar serta berdedikasi untuk menyediakan bantuan, serta sokongan mampan dan pembangunan bagi komuniti yang kurang berkemampuan, mangsa-mangsa perang, dan pelarian. Diasaskan dengan semangat ihsan dan khidmat bakti, KHOM MALAYSIAberoperasi di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan fokus pada respons terhadap krisis, sokongan jangka panjang, dan memperkasa kumpulan rentan.Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) adalah 17 matlamat global yang diterima pakai oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015 untuk menangani segera cabarancabaran yang dihadapi dunia. Mereka menyasarkan untuk mencapai masa depan yang lebih baik serta mampan untuk semua menjelang 2030.8 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
KHOM MALAYSIA — Teras Kemanusiaan UtamaProjek Teras:Dapur Pusat & Hidangan PanasDapur KHOM ialah dapur pusat dalam respons mendadak kami yang membawakan kehangatan dan keselesaan kepada para keluarga yang hidup menempuhi konflik dan bencana, Ia menyediakan hidangan panas kepada komuniti yang terpinggir, memastkan kumpulan rentan – terutama kanakkanak, para ibu, dan warga emas – tidak kelaparan. Semasa kecemasan seperti musim sejuk, serangan udara, atau banjir, Dapur KHOM memperluaskan operasinya bagi memenuhi keperluan yang meningkat, menangani kekurangan makanan yang kritikal dan menyediakan nutrisi berterusan apabila kelangsungan hidup jadi tidak menentu.Sistem bantuan makanan dalam respons mendadak yang beroperasi di Gaza, Syria, Jordan dan penempatan pelarian.Program Karisma EduDream yang menyelamatkan masa depan kanakkanak, memastikan harapan terus hidup. Kami membekalkan keperluan sekolah, pengangkutan, tuisyen, dan bahan pembelajaran agar kanakkanak yang terjejas akibat perang atau kemiskinan dapat meneruskan pembelajaran dengan bermaruah. Program khas ini memastikan mereka berada dalam persekitaran pembelajaran yang selamat dan menjauhkan mereka daripada menjadi buruh kanak-kanak. Ia membina peluangpeluang jangka panjang menerusi pendidikan berstruktur sambil menyokong pemulihan emosi dan sosial, serta membantu kanak-kanak meraih keyakinan, stabiliti, dan keseronokan belajar.02KHOM MALAYSIA melaksanakan program kemanusiaan berstruktur bagi melindungi kehidupan, memulihkan semula maruah, dan memperkasa komuniti yang terjejas akibat krisis di seluruh dunia.Memastikan kanak-kanak yang terjejas akibat perang atau kemiskinan boleh meneruskan pembelajaran dengan bermaruah.KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 9
Program Kebersihan Diri & SanitasiProgram Kebersihan Diri dan Sanitasi kami memulihkan semula maruah dan melindungi kesihatan komuniti. Kami memasang tangki air untuk membekalkan air bersih dan selamat, serta memastikan para keluarga mempunyai akses yang boleh diharapkan untuk minum, memasak, dan keperluan harian. Kami juga membina tandas yang menjaga maruah dengan privasi yang sewajarnya dan pengudaraan, mengurangi risiko penyakit di kawasan penuh sesak. Dengan memperbaik keadaan kebersihan diri untuk wanita, kanak-kanak, dan warga emas, program ini memperkukuh ketahanan dan menjamin kesejahteraan penempatan sementara dan terpinggir.Memperbaik kesihatan dan maruah komuniti sementara dan terpinggir.Bantuan Perubatan & KesihatanInisiatif MediHope menyediakan bantuan perubatan penting kepada para keluarga rentan yang berdepan penyakit, ketidakupayaan, atau kemiskinan. Kami membekalkan peralatan kritikal seperti katil hospital, kerusi roda, inkubator, dan mesin okisgen bagi mengurangkan beban penjaga dan meningkatkan peluang hidup. Hasil kolaborasi dengan klinik, NGO, dan hospital tempatan, MediHope memperkukuh sistem kesihatan komuniti dan mereka yang paling berisiko dapat menerima bantuan segera dan penuh keprihatinan.Menyediakan bantuan perubatan penting kepada komuniti rentan.Sokongan VeteranPejuang Merdeka mengenang jasa para veteran MALAYSIA yang bergelut dengan cabaran kewangan, kesihatan, atau kehidupan seharian. Menerusi bantuan kebajikan, sokongan perubatan, dan pendekatan komuniti, kami mengiktiraf pengorbanan mereka dan memastikan mereka tidak dilupakan. Program ini menggalakkan budaya menghargai dan tanggungjawab secara kolektif, seraya mengingatkan kita sikap ambil peduli terhadap para veteran kita adalah satu penghormatan dan tanggungjawab negara.Mengenang jasa para VETERAN MALAYSIA yang berdepan cabaran kewangan atau kesihatan.Kit Kebersihan DiriTandas BermaruahTangki Air10 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Projek Telaga Air, GazaProjek Telaga Air KHOM memberikan talian hayat kepada komuniti di Gaza yang berdepan masalah kekurangan bekalan air yang teruk. Biarpun beroperasi di bawah keadaan yang berisiko tinggi, KHOM MALAYSIA berhasil membina telaga air, setiap satunya memanfaatkan ribuan penduduk untuk minum setiap hari, sanitasi, dan memasak. Telaga air ini mengurangkan penyebaran penyakit bawaan air tempat perlindungan sementara yang penuh sesak dan memberikan stabliti di mana krisis air mengancam kelangsungan hidup. Paling utama, ia melambangkan harapan, ketahanan, dan tekad yang tidak goyah untuk menyelamatkan nyawa di dalam bahaya.KHOM MALAYSIA membina enam telaga air di kawasan berisiko tinggi di Gaza yang menyediakan bekalan air di tengah konflik dan kemusnahan infrastruktur.Di Gaza, penajaan anak yatim kami merangkumi keperluan seperti makanan, pakaian, keperluan sekolah, dan perubatan. Tahun ini, seramai 119 anak yatim menerima bantuan segera walaupun ribuan lagi masih menanti penajaan.Projek Yatim KHOM menyediakan makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan sokongan emosi kepada kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa berikutan konflik atau kesusahan yang memastikan kanak-kanak menerima penjagaan secara konsisten.Pendidikan & Kesejahteraan Kenapa Ini Penting?Konflik dan kekurangan menyebabkanramai anak yatim hidup dalam kelaparan, mengalami malnutrisi, dan tanpa akses kepada keperluan asas. Bantuan secara langsung memulihkan semula maruah, harapan, dan keselamatan, serta memberi peluang untuk hidup dan berkembang.KesimpulanMenerusi teras kemanusiaan ini, KHOM MALAYSIA menyampaikan bantuan yang menyelamatkannyawa, sokongan kesihatan, pemerkasaan pendidikan, dan pemulihan maruah – membolehkan komuniti rentan untuk hidup, pulih, dan membina semula dengan harapan.Talian Hayat di Bawah SeranganKeperluan Berterusan:Ramai anak yatim berada dalam senarai menunggu, dan KHOM MALAYSIA terus menyeru untuk penajaan dan sumbangan.KHOM MALAYSIA memberikan kanak-kanak akses kepada pendidikan formal, sumber pembelajaran, dan sokogan yang mereka perlukan untuk pulih dan membesar. Menerusi saluran pendidikan seperti Karisma EduDream, kanak-kanak beroleh peluang untuk belajar, pembangunan sosial, dan pemulihan emosi. Ramai yang telah melanjutkan pengajian ke universiti, sekolah formal, dan kerjaya bermakna – bukti kukuh bagaimana ihsan boleh merubah sebuah kehidupan.KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 11
12 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 Nilai-nilai Kami: Integriti & KetelusanKami menjunjung kejujuran pada setiap langkah, daripada sumbangan penyumbang ke lapangan.KemampananSelain bantuan kecemasan, kami berusaha untuk membina ketahanan jangka panjangIhsan & MaruahSetiap manusia berhak mendapatkan kehangatan, penghormatan, dan harapan. Walau apa pun keadaan. Kami menekankan maruah dalam setiap projek kami: kotak makanan, bantuan musim sejuk, pendidikan, susu bayi, dan bantuan kecemasan.Kerjasama Berpasukan & Solidariti GlobalKekuatan kami datang daripada kolaborasi antara KHOM MALAYSIA, rakan kerjasama tempatan, sukarelawan di barisan hadapan, para guru, dan pemimpin komuniti.Di mana ada belas kasihan, di situ kemanusiaan bertahan.Setiap insan berhak dihargai…
Projek Berterusan KamiKHOM MALAYSIA: 03Keperluan Asas Bantuan KecemasanMakanan, tempat perlindungan, penjagaan kesihatan, dan sumber penting adalah keutamaan secara semula jadi dan bukan pilihan, Bagi mereka yang miskin dan ditindas, keperluan paling asas pun sukar untuk didapatkan. Bagi memastikan keupayaan fungsi seseorang, kita perlu menangani:Hanya apabila kita dapat memenuhi keperluan psikologi dan keselamatan seorang manusia barulah kita boleh meraih pencapaian kendiri pada potensi tertinggi seseorang.• Dapur Karisma, pusat dapur KHOM MALAYSIA menyediakan hidangan panas biasa untuk keluarga kurang berkemampuan, pelarian, dan komuniti yang terjejas akibat bencana.• Dapur ini juga berfungsi sebagai pusat latihan untuk mengajar memasak, pengendalian makanan, dan kemahiran nutrisi komuniti.KHOM MALAYSIA menggerakkan tim sukarelawan kami untuk membantu mangsa yang dilanda kecemasan dengan menghantar barangan paling diperlukan ke kawasan terjejas.Kenapa ia Penting?Semasa bencana, para keluarga mungkin kehilangan rumah mereka, harta benda, dan orang yang dikasihi tanpa diduga. Seringkali mereka terkejut, tidak terdaya, dan tanpa keperluan asas. Bantuan segera penting untuk mengelak kelaparan, mengurangkan penderitaan, dan menyelamatkan nyawa.• Makanan• Tempat perlindungan sementara• Pakaian bersesuaian dengan keadaan cuaca• Kit kebersihan diri dan keperluan lain• Air BersihProjek berterusan KHOM MALAYSIA terbahagi kepada lima kategori teras dan dilaksanakan di pelbagai negara mengikut keperluan tempatan.kelaparan malnutrisipenyakit gelandanganDapur Komuniti dan Sekuriti Makanan Pemberian bantuan kecemasan seperti di bawah dapat memastikan lebih banyak nyawa dapat diselamatkan berbanding kehilangan.KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 13
Projek Mampan KHOM MALAYSIAKHOM MALAYSIA mengintegrasikan penyelesaian jangka panjang seiring bantuan segera bagi membina daya tahan komuniti.Air & Sanitasi: Telaga air, sistem air bersih, dan tandas bermaruah di Palestin, Jordan, Syria dan LebanonPemerkasaan Sara Hidup & Ekonomi Komuniti: Bengkel vokasional, sokongan perusahaan mikro, dan pembangunan kemahiran. Kesediaan Kecemasan: Tempat perlindungan yang tahan lama, tenaga lestari, dan infratstruktur untuk pemulihan jangka panjang.Impak dan Visi:Projek-projek ini mengubah kehidupan dengan membolehkan komuniti untuk berdikari sepenuhnya.Pendidikan Projek KhasKHOM MALAYSIA menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan di seluruh dunia yang hanya mampu berangan mendapatkan pendidikan.Kami penuhi impian dan memperbaik kehidupan kanak-kanak ini yang tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan. Menerusi projek EDUDREAM, kanak-kanak boleh membentuk masa depan mereka sendiri,‘Harapan untuk Pendidikan, Menginspirasi Masa Depan’• Kami membantu kanak-kanak dengan keperluan asas persekolahan• Menyokong yuran tuisyen kanak-kanak pelarian• Menyediakan latihan dan kemahiran pekerjaan kepada wanita dan kanak-kanakPembangunan Pendidikan dan KemahiranMenerusi program seperti Karisma EduDream, KHOM MALAYSIA menyediakan anak-anak yatim dan kanak-kanak dalam kumpulan rentan dengan pendidikan formal, program-program literasi, latihan vokasional, dan sokongan psikososial. Para pelajar diperkasa untuk meneruskan pengajian lebih tinggi, menyertai sekolah formal, atau meraih pekerjaan bermakna.Menerusi projek-projek khas kami, KHOM MALAYSIA membawakan harapan dan kehormatan diri kepada komuniti rentan yang mengubah sokongan segera kepada peluang-peluang berpanjangan untuk pertumbuhan dan keupayaan berdikari.Antara projek khas kami ialah:Projek KHOM Yatim:Membantu anak-anak yatim dengan makanan, tempat perlindungan, dan penajaan.Pejuang Merdeka:Mengenang jasa dan membantu para veteran tentera yang susah.Pusat Latihan Kraf Karisma (KCTC):Melatih pelarian Syria menjahit dan kemahiran kraf tangan sebagai sumber pendapatan dan berdikari.Karisma EduDream:Memperkasa kanak-kanak menerusi pendidikan dan pembangunan kemahiran.KHOM MediHope:Menyediakan penjagaan perubatan kritikal kepada komuniti rentan.14 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Ihsanat Ramadan1Heart of Hope MALAYSIAKeperluan AsasKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 15
Perjalanan rutin Mak Cik Hasnah untuk membeli ikan pada bulan Julai telah mengubah hidupnya selamanya. Sebuah kemalangan motosikal menyebabkan kakinya patah, dan semasa proses pemulihan, doktor menemui ususnya yang pecah, memerlukan pembedahan kecemasan. Hari ini, beliau masih tidak mampu berjalan atau makan seperti biasa.Keempat-empat anaknya, yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan, bergilirgilir menjaga beliau. Hari hujan atau banjir bermakna tiada pendapatan, sementara kos ubat menambah beban keluarga. Namun, walaupun menghadapi kesakitan dan kesukaran, Mak Cik Hasnah tetap tabah, berpegang pada harapan untuk kembali ke rumah yang penuh kenangan.Sokongan anda boleh meringankan beban keluarga memerlukan seperti keluarga Mak Cik Hasnah. Marilah kita bersama-sama membantu keluarga kurang bernasib baik mengharungi cabaran mereka.Hidup Encik Sukiman penuh dengan cabaran yang berterusan. Dua adik-beradiknya mengalami strok sewaktu muda dan kini terlantar di katil. Ibunya, seorang pesakit kanser yang telah sembuh, juga mengalami strok semasa menjaga mereka, menyebabkan beliau lumpuh.Bertekad untuk menyara keluarga, Encik Sukiman bekerja tanpa mengenal penat lelah—namun keletihan akhirnya menyebabkan beliau sendiri mengalami strok. Kini, beliau menghadapi kecacatan separa, tidak mampu bekerja, dan masih bertanggungjawab menjaga ibu dan adiknya yang terlantar.Beliau memerlukan fisioterapi untuk memulihkan kekuatan, tetapi kekangan kewangan memaksa rawatan dihentikan sementara. Keluarga ini hanya bergantung pada pendapatan seorang adik dan kemurahan hati pelawat untuk meneruskan kehidupan.Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ketabahan mereka adalah luar biasa, namun mereka tidak terdaya menanggung bebanan ini sendirian. KHOM MALAYSIA telah membantu keluarga yang memerlukan untuk mendapatkan semula kekuatan, harapan, dan kesihatan melalui kempen-kempen di bawah Heart of Hope untuk Malaysia.Dari Membeli Ikan ke Pertarungan untuk HidupPerjuangan Seorang Anak untuk KeluargaImbas di sini: Kisah Mak Cik HasnahImbas di sini: Kisah Encik Sukiman & keluarganya16 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Perang Syria mungkin telah berakhir, tetapi krisis kemanusiaan berlarutan. Selepas konflik selama 14 tahun, ramai rakyat Syria yang terpinggir pulang ke tanah air bersama harapan – cuma untuk menemukan rumah-rumah yang musnah, infrastruktur yang rosak, dan punca rezeki lenyap. Tiada bekalan elektrik, tiada air bersih, dan tiada sumber untuk membina semula apa yang telah hilang.Ramai keluarga terpaksa hidup di dalam khemahkhemah yang diletakkan di hadapan sisa runtuhan yang pernah menjadi rumah mereka. Kepulangan mereka tidak menandakan berakhirnya pergelutan, sebaliknya permulaan kepada perjalanan yang panjang untuk membina semula kehidupan dari kosong.• Hidangan panas – Dapur KHOM• Fasiliti air bersih dan sanitasi• Bantuan perubatan – KHOM MediHope• Sokongan pendidikan untuk kanak-kanak yang kehilangan peluang bertahun-tahun untuk bersekolah – Karisma EduDream• Tempat perlindungan dan keperluan asas kehidupan• Roti untuk Syria• Bantuan Ramadan – Projek Magis Ramadan SyriaSYRIAKHOM MALAYSIA terus bersama keluarga ini semasa pemulihan mereka dengan menyediakan sokongan kemanusiaan yang penting, termasuk:Magis Ramadan SyriaMac 2025KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 17
Bantuan Kemanusiaan untuk Golongan Kurang Bernasib BaikOperasi Talian Hayat Musim Sejuk di SyriaMisi Harapan untuk SyriaMisi Jiwa Ihsan untuk SyriaFebruari 2025Ogos 2025Oktober 2025Agihan Kotak Makanan dan Hidangan Panas kepada Rakyat Jordan yang Memerlukan18 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Operasi Talian Hayat Musim Sejuk2400 tan bantuan dari Jordan ke Gaza,Kotak Makanan: 1,000 kotak (5,000 orang)Susu Bayi: 500 unitSelimut: 400 unit300 pek makanan & 300 hidangan Iftar di Khan Younes100 hidangan Iftar untuk anak-anak yatim di Gaza Utara150 pek makanan di Bandar Gaza400 hidangan Iftar Al-AqsaCahaya Harapan Ramadan untuk PalestinPALESTINTerdapat lima pasukan utama di Gaza dan satu pasukan penyelaras di Malaysia untuk memastikan setiap bantuan sampai dengan selamat.Peta JordanKami di sini!Bagaimana KHOM MALAYSIA beroperasi di GAZA?Daripada Jordan ke GazaTim KHOM MALAYSIA (KMT) di JordanTim Lapangan di GazaPalestinKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 19
Membujur Lalu Melintang PatahKetika harapan dilihat mula berputik dengan gencatan senjata di Gaza, ia berkecai dalam masa 60 hari. Semua laluan kemanusiaan ditutup, dan lima treler penuh muatan bantuan kami tertangguh selama berbulan. Kemudian, tiba-tiba, selepas enam bulan, kami menerima berita yang sentiasa kami panjatkan di dalam doa: Pada 28 Julai 2025, bantuan KHOM MALAYSIA menyertai barisan hadapan sebagai sebahagian daripada konvoi 60 trak kemanusiaan, bersama-sama Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah BangsaBangsa Bersatu dan Dapur Pusat Dunia (WCK) bagi menyampaikan bantuan yang menyelamatkan nyawa kepada penduduk Gaza – sebuah momen kritikal yang hanya dapat dilaksanakan dengan kemurahan hati anda.Saat genting yang menyelamatkan nyawa ini menyalakan semula harapan buat penduduk Gaza dan bagi rakyat MALAYSIA yang menanti dengan cemas untuk melihat sumbangan mereka tiba di lapangan.Di sebalik cabaran, doa anda, sokongan, dan galakan mendorong kami untuk melangkah ke depan.Operasi Degupan Jantung untuk Gaza 1.06 treler bantuan yang menyelamatkan nyawa: kotak makanan, susu bayi, dan tepung – untuk Gaza!Kotak Makanan: 3,246 unitSusu Bayi: 1,034 unitTepung (50kg setiap beg): 150 unitPenyerahan 2 treler kemanusiaan di pangkalan tentera Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) untuk operasi guguran udaraGuguran Udara: 18 & 19 Ogos 2025Operasi Degupan Jantung untuk Gaza 2.0Stok disahkan, diperiksa, dan didokumenkan bersama pegawai Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO):Kotak Makanan: 2,906 unitSusu Bayi: 2,880 unitKit Kebersihan Diri: 350 unitImbas di sini untuk menonton berita Bernama20 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Pusat Dapur KHOM di Gaza menyediakan hidangan panas secara harian kepada penduduk awam yang terjejas akibat genosida, kebuluran paksa, pengungsian, dan runtuhnya perkhidmatan asas. Dengan sekatan sempadan dan gangguan rantaian bekalan, ramai keluarga tidak boleh memasak dengan selamat untuk diri mereka sendiri.Dapur KHOMKHOM MALAYSIA menyampaikan air bersih di Gaza menerusi treler air, menjangkau keluarga di kawasan yang telah musnah infrastukturnya atau telaga yang tidak boleh diakses. Treler ini membekalkan air untuk minum, memasak, dan kebersihan, serta memastikan ribuan penduduk yang terpinggir dapat bertahan sehari-hari. Inisiatif ini mengurangkan risiko penakit akibat bawaan air, menyokong kesihatan secara kesuluruhan, dan berpadanan dengan bantuan makanan dan perubatan KHOM MALAYSIA yang memberikan talian hayat penting dalam keadaan paling mencabar ini.Bantuan Air BersihKekurangan kritikal tepung susu bayi dan kekurangan nutrisi dalam kalangan ibu di Gaza menyebabkan ribuan bayi berdepan risiko kebuluran. KHOM MALAYSIA telah menghantar ribuan tin susu bayi yang memberikan nutrisi yang menyelamatkan nyawa dan membantu mengelak berlaku dehidrasi, malnutrisi, dan kematian di wilayah di mana makanan asas sukar diperolehi.Bantuan Susu Bayi di Gaza• Memberi hidangan yang sedia dimakan kepada kumpulan rentan, terutama kanak-kanak, para ibu,dan warga emas.• Berperanan sebagai hab logistik dengan mengubah barangan bantuan kepada hidangan bersaiz keluarga untuk agihan segera.• Mengurangi kebergantungan pada laluan bekalan yang tidak menentu, serta memastikan bantuan tiba pada masanya.Di sebalik keadaan berbahaya dan cabaran-cabaran infrastruktur , dapur berkenaan beroperasi dengan ketahanan, menghalang kelaparan secara langsung, memelihara maruah, dan memberikan harapan. Ia menjadi simbol kelangsungan hidup dan kekuatan tindakan kemanusiaan.Usaha Kelangsungan Hidup Ketika GenosidaMenyelamatkan Nyawa BayiKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 21
Semasa Misi Bantuan Harapan Palestin di Lebanon, KHOM MALAYSIA menghulurkan bantuan menerusi kotak-kotak makanan, juga sokongan kewangan dan psikososial kepada anak-anak yatim. Usahausaha kami bertumpu pada pemberian kotak makanan kepada waris Nakba yang kini tinggal di Burj Al-Barajneh. Ketika misi itu, kami bertemu seorang nenek berusia 89 tahun yang baru berumur 9 tahun apabila Nakba tercetus. Rakyat Palestin yang terpinggir ini telah tinggal di Lebanon selama 77 tahun, kebanyakannya telah dilupakan ketika dunia mengalihkan perhatian kepada krisis terkini.Sebagai tambahan kepada bantuan makanan, KHOM MALAYSIA memberikan sokongan kewangan dan psikososial kepada anak-anak yatim yang tidak pernah melihat tanah nenek moyang mereka, membantu memulihkan maruah, harapan, dan rasa kekitaan bagi generasi yang membesar di tengah pengungsian.LEBANONOperasi Talian Hayat Musim Sejuk untuk Syria Setiap negara menerima kotak makanan berbeza Setiap kotak berdasarkan piramid makanan Kos satu kotak makanan berbeza mengikut keperluan dan situasi di lapangan.Kotak makanan bukan sekadar nutrisi — ia maruah.Setiap kotak dipilih agar keluarga dapat memasak dengan mudah menggunakan peralatan yang ada.Gaza menggunakan barangan yang lebih tahan lama supaya keluarga tetap mendapat keperluan asas walaupun sempadan ditutup dan makanan segar terhad.Syria biasanya termasuk gandum bulgur & kacang lentil:Barangan asas biasa bagi keluarga di Levant.MALAYSIA termasuk makanan tempatan: beras, bihun, sardin & minyak masak.Lebanon disesuaikan dengan hiperinflasi: Tumpu kepada barangan asas yang mampu milik dan bernilai tinggi.Apa Ada di Dalam Kotak Makanan?22 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
2MALAYSIAKHOM MALAYSIA x Bantu Heroes100 pelajar di SK Tampasak dan SK Pekan Kinarut, Papar.Beg Sekolah & Set Peralatan SekolahBantuan Kecemasan Banjir SabahAntara 13 hingga 15 September 2025, hujan lebat berterusan melanda beberapa daerah di Sabah, mengakibatkan banjir besar yang memaksa keluarga berpindah dan mengganggu kehidupan harian. Banyak kediaman rosak, pusat pemindahan dibuka, dan akses kanak-kanak kepada pendidikan terjejas dengan ketara.Pada 3 Oktober 2025, dengan kerjasama rakan strategik kami, Bantu Heroes yang berada di lapangan di Sabah, KHOM MALAYSIA telah menyalurkan bantuan pendidikan kepada 100 pelajar yang terkesan akibat banjir. Bantuan ini bertujuan memastikan kelangsungan pembelajaran kanak-kanak walaupun berdepan krisis, agar mereka tidak tercicir dalam tempoh yang mencabar ini.Kecemasan -KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 23
INDONESIAKHOM MALAYSIA bekerjasama rapat dengan rakan kerjasama untuk ke kawasan yang terputus hubungan berikutan kemusnahan infrastruktur. Tim kami kekal bersiap sedia untuk penghantaran bantuan segera di mana ia paling diperlukan.Pada hari-hari terakhir 2025, KHOM MALAYSIA membuka lembaran baru dengan mula beroperasi di Indonesia menerusi respons terhadap keperluan kemanusiaan yang mendadak berikutan banjir yang menyamai tsunami di Aceh.Bencana itu telah menenggelamkan keseluruhan kampung, memusnahkan jalan raya dan jambatan, dan menyebabkan ribuan tanpa kediaman mahu pun air bersih. Para keluarga melarikan diri sehelai sepinggang, namun kekal berharap dan bertahan.Respons Bencana Kecemasan Aceh10 tangki air (1,100 liter setiap satu) dan 3 pam air, membekalkan 11,000 liter air yang selamat diminum Air BersihUsaha-usaha Bantuan Kami:Ubat-ubatan asas, syampu, ubat gigi, sabun, tuala, pensanitasi tanganBekalan perubatan dan kebersihan diri:Beras, minyak masak, makanan sedia dimakan, biskut, dan susu bayi MakananPakaian lelaki dan wanita, baju dalam, telekung, kelambu, sikat, ketip kukuPakaian dan barangan keperluan asas: Hasil sokongan penyumbang, KHOM MALAYSIA telah menghantar bantuan yang menyelamatkan nyawa dan terus memperluaskan jangkauannya. Operasi kami di Indonesia menandakan bermulanya misi yang lebih luas untuk menyokong komuniti rentan di seluruh Asia Tenggara.Imbas untuk menonton kami di TVRI24 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
MALAYSIABack to SchoolMisi Harapan untuk Kanak-kanak Mangsa Perang Syria di SyriaPakaian sekolah lengkap untuk 61 pelajar Lokasi: Kota Bharu, Kelantan & Cheras, Kuala LumpurAgihan 30 beg sekolah, alat tulis dan buku kepada 15 pelajar perempuan dan 15 pelajar lelaki di Kem Harim Dana.Karisma EduDreamuntuk kanak-kanak di GazaDi Gaza, di mana ramai kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan kehilangan rumah, dan akses kepada sekolah, Karisma EduDream membawakan pendidikan, kestabilan, dan harapan. KHOM MALAYSIA menyokong kanak-kanak ini dengan memberikan ruang pembelajaran yang selamat, barangan keperluan sekolah, dan pelajaran walaupun ketika perang dan gencatan senjata. Program ini juga menawarkan sokongan psikososial, membantu kanak-kanak menangani trauma sementara meneruskan pendidikan mereka, memelihara kedua-dua pembelajaran dan rasa kenormalan di tengah konflik.3Pendidikan -KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 25
Karisma EduDreamMenyokong Pelarian Syria di JordanProgram Karisma EduDream ialah sebuah inisiatiaf pendidikan dan pemerkasaan untuk anak-anak yatim Syria dan golongan rentan di Jordan. Program ini bermatlamat memberikan kanakkanak ini – ramai yang hidup mengungsi akibat perang dan hilang akses kepada persekolahan biasa – suasana yang selamat, berstruktur, untuk meneruskan pendidikan mereka, membina kemahiran hidup, dan menerima sokongan psikososial. Ciri-ciri utama termasuk: • Pendidikan Formal dan Celik Huruf/ Literasi: Kanak-kanak diajar membaca, menulis, matematik, dan beberapa subjek akademik bagi memastikan mereka menepati syarat kemasukan bagi persekolahan formal atau universiti. • Sokongan Psikososial dan Emosi: EduDream menyediakan kaunseling dan pementoran untuk membantu kanak-kanak ini menghadapi trauma dan cabaran-cabaran akibat pengungsian. • Kisah Kejayaan: Graduan program ini telah memasuki universiti, menyertai sekolah-sekolah formal kerajaan, atau membina kerjaya yang bermakna. Seorang pelajar malahan diterima masuk ke dalam angkatan tentera Syria kerana literasi dan kemahiran yang diperolehi menerusi EduDream.Menerusi Karisma EduDream, KHOM MALAYSIA bukan saja menangani jurang pendidikan buat kanak-kanak pelarian Syria, malah memperkasa mereka bagi mendapatkan semula keyakinan, kemandirian, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah, biarpun di tengah cabaran akibat pengungsian.Harapan untuk Pendidikan, Menginspirasi Masa DepanPerang Syria telah meragut zaman kanak-kanak, memaksa budak lelaki seperti Muhammad di Syria dan Ahmed di Jordan, kedua-duanya baru berusia 12 tahun, untuk memikul beban tanggungjawab seorang dewasa. Muhammad menampung keluarganya sehari-hari, mengumpul besi buruk untuk menyara adik beradiknya, manakala Ahmed yang baru saja memasuki sekolah, menanggung keluarganya di sebalik kelaparan dan kepayahan. Kanak-kanak lelaki ini melambangkan ketahanan dan kehormatan diri, namun mereka tidak boleh menanggung sendirian.Dengan sokongan anda, kita boleh memberikan mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak semula – dengan roti, kehangatan, dan pendidikan.“Segala bebanan di bahu saya,” katanya, tangannya mengarah ke atas — gerak isyarat sepi seorang anak yang memikul bebanan seorang lelaki.Kanak-kanak Syria Menjadi Dewasa Terlalu PantasImbas di sini: Kisah MuhammadSetinggi-tinggi penghargaan kepada Khayrn Faqir Resources (KFR) atas ihsan dan kemurahan hati mereka dalam menyokong anakanak yatim Karisma EduDream di Jordan.26 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Anak yatim seperti Mohammad membesar tanpa zaman kanakkanaknya.Perang yang memakan masa bertahun-tahun telah mengakibatkan para keluarga tanpa pendapatan, memaksa kanak-kanak bekerja atau mengemis hanya untuk hidup.Mereka tiada pilihan, hanya harapan terhadap pertolongan kita.Idlib, SyriaKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 27
4Projek MampanPalestinePada Oktober 2023, konflik di Gaza memusnahkan kebanyakan infrastruktur air di wilayah berkenaan, menyebabkan ribuan orang, termasuk anak-anak yatim dan keluarga yang terpinggir tanpa akses kepada air selamat. KHOM MALAYSIA memberikan respons segera dengan penghantaran air kecemasan menggunakan lori tangki, namun menyedari perlunya penyelesaian untuk memastikan akses jangka panjang kepada air bersih.Bagi menangani perkara ini, KHOM MALAYSIA melancarkan kempen Rayuan Telaga Air Gaza yang bermatlamat untuk membekalkan air yang stabil kepada komuniti rentan sambil mengurangkan kebergantungan pada penghantaran sementara. Telaga air digali untuk membekalkan sekitar 2,000 orang bagi setiap telaga, dengan sasaran jangka panjang membina sekurang-kurangnya 10 telaga di seluruh Gaza.Menjelang September 2025, telaga kelima telah disempurnakan, membekalkan air bersih untuk minum, kebersihan diri, dan keperluan harian. Telaga-telaga ini meningkatkan kesihatan, keselamatan, dan mutu kehidupan untuk kumpulan rentan, terutama kanakkanak, anak-anak yatim, dan keluarga yang terpinggir. Di sebalik cabaran, misalnya risiko keselamatan yang berlarutan, infrastruktur yang musnah, dan penangguhan sementara dalam projek seperti telaga keenam, KHOM MALAYSIA telah meneruskan usaha-usahanya.Secara keseluruhan, projek telaga air telah mengubah bantuan kecemasan menjadi talian hayat yang mampan, menyediakan akses stabil kepada air dan memperkasa komuniti Gaza untuk hidup, membina semula, dan beroleh semula kestabilan di tengah konflik yang berterusan.28 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 PALESTINTelaga Air Gaza (Lubang Gerek/ Bor)
KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 29SYRIATangki Air, Tandas dan Penutup Khemah
Sekiranya ada yang memerlukan, jangan melangkah pergi.Seringkali, kita sajalah yang mendengar jeritan mereka.Mafraq, Jordan30 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Apabila Kempen Pejuang Merdeka dilancarkan pada 2023, kami cukup berbesar hati untuk bertemu wira negara kita – untuk mendengar cerita pengorbanan mereka, ketahanan, dan patritisme. Pergelutan mereka, banyak yang kekal tidak dibicarakan, dipendam di dalam hati setelah perkhidmatan mereka lama berakhir.KHOM MALAYSIA komited untuk memastikan kisah-kisah sebegini terus hidup, diwariskan daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Golongan muda berhak mendapatkan peluang untuk memahami harga sebuah keamanan dan kemerdekaan, sebagaimana para veteran berhak diberi penghormatan, dikenang, dan disokong dengan bermaruah.Menerusi kempen ini, 102 wira negara menerima sokongan penting, termasuk kerusi roda, lampin dewasa, kotak makanan, susu bernutrisi, dan bekalan perubatan asas. Sumbangan ini menjadi peringatan bahawa MALAYSIA – kanak-kanak, anak cucu, dan generasi masa depanmengenai wira negara kita – tidak akan melupakan pengorbanan mereka.KAMI TABIK HORMAT KALIAN.5Projek KhasKempen Pejuang Merdeka: Mengenang Jasa Wira Negara MALAYSIAKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 31
KHOM Medihope: Satu Tribut untuk HafizSokongan Psikososial dan Penajaan Anak Yatim21 Ogos 2025 : Pengagihan bantuan “Khafalah” untuk 50 anak yatim Palestin di Pusat Kemahiran Bee. En. Johan Arief, Kuasa Usaha Sementara (Pemangku Duta) menyertai tim KHOM MALAYSIA di lapangan.Pusat Latihan Kraf Karisma (KCTC)Menerusi Pusat Latihan Kraf Karisma (KCTC) di Mafraq, Jordan, kami melatih pelarian Syria, wanita dan lelaki, menjahit dan mendalami kemahiran kraftangan yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan atau memulakan inisitiaf kecil bagi menyara diri sendiri dan keluarga mereka.Pada 25 Jun 2024, penerima manfaat kami, Mohd Hafiz Tahir telah kembali kepada Penciptanya. Dana yang masih ada di bawah namanya disalurkan untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan perubatan segera - memastikan legasi ihsan dan harapannya terus hidup.32 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Imbas di sini untuk keterangan lanjut mengenai Projek Yatim KHOMKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 33Projek YATIM KHOMMenerusi Projek Yatim KHOM, KHOM MALAYSIA memberikan respons segera kepada krisis besar-besaran anak yatim yang dicetuskan oleh peperangan di Gaza. Menurut statistik terkini, lebih daripada 39,000 kanak-kanak di Gaza telah kehilangan seorang atau kedua-dua ibu bapa – termasuk sekitar 17,000 kanak-kanak jadi yatim piatu (hilang kedua-dua ibu bapa). Projek Yatim kami mengenal pasti anak-anak yatim ini dan menghulurkan sokongan segera kepada mereka: tempat perlindungan, keperluan asas, makanan, penjagaan perubatan, dan – apabila boleh – sokongan emosi dan pendidikan. Setakat ini, KHOM MALAYSIA telah menyelamatkan dan mendaftarkan 119 kanak-kanak rentan ini untuk sokongan penuh atau sebahagian daripadanya.Kategori Bilangan Kanak-KanakNotaJumlah yang menjadi yatim akibat perang Gaza39,000+ Termasuk kanak-kanak yang kehilangan satu atau kedua-dua ibu bapaYatim piatu (hilang kedua-dua ibu bapa)17,000 Kumpulan paling rentanKanak-kanak berdaftar dengan Projek Yatim KHOM500 Dikenal pasti dan dikesan untuk dibantuKanak-kanak yang sedang dibantu KHOM119
34 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 Kedutaan MALAYSIA di Amman, JordanPada Ogos, kami melancarkan Operasi Degupan Jantung untuk Gaza dengan sokongan Angkatan Tentera Jordan (JAF). Semasa penyerahan dua trak pertama daripada lima trak bantuan yang penuh muatan kepada Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO), kami berbesar hati disertai En. Muhd Irfan Zulkurnain dan Cik Nur Najihah Md Abas daripada Kedutaan MALAYSIA yang menunjukkan sokongan MALAYSIA untuk penduduk Gaza.Kami berbesar hati diundang ke Kedutaan MALAYSIA di Jordan untuk sesi makan tengah hari sambil bekerja bersama TYT Dato’ Mohamad Nasri Bin Abdul Rahman, Duta Besar MALAYSIA ke Jordan dan Palestin. Mesyuarat berkenaan menekankan mengenai kerjasama rapat antara KHOM MALAYSIA dan pihak kedutaan sambil kami berbincang mengenai krisis Gaza yang berlarutan, strategistrategi untuk memastikan keberkesanan penghantaran bantuan kemanusiaan dan usaha-usaha berterusan KHOM MALAYSIA di Jodan dan di seluruh rantau.6 Mesyuarat PentingKedutaan MALAYSIA di Beirut, LebanonMALAYSIA berdiri teguh dalam solidariti bersama Palestin. Semasa di Lebanon, KHOM MALAYSIA berbesar hati memenuhi undangan ke Kedutaan MALAYSIA di Beirut, di mana kami berbincang mengenai cabarancabaran dihadapi komuniti terpinggir Palestin.Kami amat berbesar hati berada bersama Kuasa Usaha Sementara En. Johan Arief Jaafar yang menyertai kami di dalam semua usaha kemanusiaan kami bagi komuniti yang terpinggir, termasuk pengagihan bantuan makanan di Burj Al-Barajneh. Beliau juga bersama kami ke Bee Centre, sebuah sekolah yang menyokong kanakkanak Palestin yang kurang berkemampuan, di mana kami memberikan bantuan kepada anakanak yatim dan pelajara rentan, dan menyaksikan sendiri pergelutan dan ketabahan mereka.
KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 35Setiausaha Agung JCHOBagi memastikan bantuan kemanusiaan KHOM MALAYSIA selamat tiba di Gaza, Pengerusi dan Pengarah Misi kami bertemu dengan Setiausaha Agung Hussein Shebli di ibu pejabat JHCO. Perbincangan bertumpu pada krisis Gaza dan koordinasi yang diperkukuh bagi menjamin penghantaran bantuan kepada mereka yang paling memerlukan mengikut masa dan secara efektif.Pengurus Gabenor HamaSemasa Misi Bantuan Harapan Syria, kami bertemu dengan En. Fayez, Pengurus Kawasan Al-Ghab di bawah Gabenor Hama, untuk meneliti bagaimana KHOM MALAYSIA boleh menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula Syria, dengan tumpuan pada infrastruktur air dan pendidikan. Setelah menyaksikan sendiri kemusnahan akibat peperangan selama 13 tahun dan membantu pelarian Syria dan keluarga yang terpinggir, kami merasakan tanggungjawab yang mendalam untuk berbuat lebih lagi – membantu membina semula komuniti, memulihkan kembali perkhidmatan penting, dan membawakan harapan kepada mereka yang telah mengharungi penderitaan selama bertahun-tahun.Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, MALAYSIA‘KHOM MALAYSIA adalah NGO pertama yang saya temui sejak memulakan tugas, dua hari lalu.’ — Satu penghormatan yang besar!Duta Palestin di Kuala Lumpur menyatakan penghargaan beliau, dengan berkata,Kami berbesar hati menerima undangan ke Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur,dan bertemu dengan Duta Palestin yang baru ke Malaysia, Duta Jihad Alqedra di mana kami berbincang mengenai krisis Gaza yang berlarutan dan meneroka bagaimana KHOM MALAYSIA boleh memainkan peranan penting dalam menyokong penduduk yang terjejas.
36 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 Astro AWANI menjadi mata MALAYSIA, menyaksikan operasi KHOM MALAYSIA dan penghantaran bantuan ke Gaza dari Jordan, termasuk bagaimana kami mempersiapkan bantuan bagi tujuan guguran udara ke Gaza, dan melihat sendiri kepayahan yang dihadapi pelarian Syria. Wartawan Astro AWANI, Nur Saffea Ernadya dan jurukamera, Mohd Nasruddin bin Abdul Samad menyertai misi bagi mendokumentasikan pencapaian penting Operasi Degupan Jantung untuk Gaza.KHOM MALAYSIA x Astro Awanix
KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 37Sebagai sebahagian daripada ketelusan dan usaha-usaha sokongan, KHOM MALAYSIA terbabit dalam beberapa siri temubual eksklusif bersama Astro AWANI, menampilkan rakan kerjasama kemanusiaan utama dan pemegang taruh.Temubual eksklusif ini mencerminkan kepercayaan yang telah diletakkan oleh pihak-pihak berkuasa antarabangsa dan rakan kerjasama terhadap KHOM MALAYSIA, dan memperbaharui komitmen kami terhadap ketelusan, kebertanggungjawapan, dan khidmat kemanusiaan yang memberi impak.KHOM × AWANI | Temubual EksklusifBersama AWANI, kami berbual dengan Yang Berhormat Dr. Hussein Al-Shebli, Setiausaha Agung Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO), yang menekankan peranan penting KHOM MALAYSIA dalam mempermudah penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan.Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO)Imbas untuk menonton videoKami berbesar hati berjumpa Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nasri bin Abdul Rahman, Duta Besar, yang menyampaikan penghargaan rasmi atas sumbangan kemanusiaan KHOM MALAYSIA serta usaha kerjasama dengan Jordan dalam bantuan untuk Gaza, dan menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif berterusan kami.Temubual bersama Duta Malaysia di Jordan Imbas untuk membacaYang Berhormat Farae Al Massaeid, ahli terhormat Badia Hashemite Jordan dan Presiden Child Care Charity Association (CCCA), menyatakan, “Kami selesa bekerjasama dengan KHOM MALAYSIA dan akan terus menumpukan perhatian kepada kerjasama kami dengan mereka.” Selepas lapan tahun kerjasama, KHOM MALAYSIA telah membina hubungan erat dengan Jordan dan diiktiraf sebagai salah satu NGO yang paling dipercayai di rantau ini.Pertubuhan Kebajikan Penjagaan Kanak-kanak (CCCA) - Rakan StrategikImbas untuk menonton video
Irbid, Jordan38 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 39
Forum: The World Unites For Palestine40 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 6Sokongan & Kolaborasi& Paparan IstimewaMix Radio Station memberi penghormatan kepada veteran Malaysia dalam segmen khas, “Heroes Through Time”, meraikan keberanian, perjuangan, dan pengorbanan mereka. Kisah mereka, legasi mereka.Pengerusi kami dijemput oleh UKM untuk menyampaikan ucapan di forum khas, berkongsi pandangan mengenai usaha kemanusiaan KHOM MALAYSIA di Gaza.Mix Breakfast Show meneruskan usaha bantuan kecemasan untuk Gaza, menyalurkan sokongan melalui KHOM MALAYSIA kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.One World One Humanity
Showcase untuk Gaza: An Evening to RememberPada showcase oleh penyanyi bersuara mantap, Datin Alyah, Ayu, dan Idayu, hasil kerja KHOM MALAYSIA telah dipertontonkan menerusi tayangan sebuah video, serentak dengan pelancaran kempen Yatim KHOM untuk Gaza.KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 41Freedom Football KL 3.0 untuk GazaKHOM MALAYSIA x Bantu Heroes x Yuna Room Records (YRR)Kami amat berbesar hati dengan perlantikan rasmi KHOM MALAYSIA oleh Dear Skin Korea sebagai rakan NGO yang dipercayai di Malaysia untuk satu misi yang mulia dan bermakna - mengutarakan isu Kemiskinan Menstruasi menerusi projek #RamadanLove in Action: Pads of Hope.Pengerusi kami berbesar hati dijemput oleh Sisterhood of Mercy Mission untuk menyampaikan ucapan bertajuk “Perjalanan: Dari Surirumah ke Pendidik ke Kemanusiaan.Yuna, Adam, dan Bantu Heroes memainkan peranan penting dalam menggerakkan para selebriti dan orang ramai menerusi Freedom Football yang menterjemahkan ihsan menjadi bantuan sebenar untuk penduduk Gaza.Sesi Bicara PengarahSISTERHOOD
Kecemasan Banjir SabahBantuan Kecemasan GazaHasil penyatuan hati, dana Freedom Football 3tiba kepada mereka yang memerlukan menerusi tim lapangan KHOM MALAYSIAKHOM MALAYSIA berkolaborasi dengan Bantu Heroes untuk menyokong pembelajaran berterusan para pelajar di Sabah yang terjejas akibat banjir.Kita mungkin tidak mampu menghentikan perang dan kemiskinan, tetapi kita boleh meringankan derita dan beban yang paling berat.42 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
Luahan Penerima Manfaat KamiPara keluarga yang menerima bantuan KHOM MALAYSIA – sama ada di Palestin, Syria, Jordan, Lebanon, atau di sini di MALAYSIA – sering meluahkan rasa penuh kesyukuran dan lega. Ramai yang memberitahu kami bantuan berkenaan tiba “betul-betul ketika kami paling memerlukannya”, meredakan kelaparan mereka, kegusaran, dan pergelutan harian. Ibu bapa berkata, kotak makanan kami membantu mereka memberi makan anak-anak mereka dengan bermaruah, manakala anak-anak yatim berkongsi bahawa sokongan kami memberikan mereka harapan untuk masa depan yang lebih selamat serta cerah.Para ibu dalam kalangan pelarian di Jordan, Syria, Palestin dan Lebanon memberitahu kami bagaimana pendidikan dan latihan yang kami berikan menerusi program-program kami memberi mereka kekuatan, keyakinan, dan peluang untuk membina semula kehidupan mereka. Di Gaza, ramai keluarga berulang kali menyatakan hanya dengan mengetahui ada yang mengingati mereka – biarpun di seberang lautan – memberikan kenyamanan dan keberanian pada waktu yang sukar.Di sini, di Malaysia, keluarga yang kurang berkemampuan sering meluahkan bagaimana sokongan KHOM MALAYSIA – sama ada bantuan makanan, kecemasan, atau sokongan komuniti – menolong meringankan bebanan mereka dan membuatkan mereka berasa dihargai dan diberi sokongan.Ramai yang berkata, bantuan kami memberikan mereka kekuatan baharu untuk terus berusaha buat anak-anak mereka.Di seluruh negara, orang sering memberitahu kami bahawa bantuan KHOM MALAYSIA lebih daripada sekadar bantuan;ia menjadi peringatan bahawa mereka diingati & dihargai.“Bantuan tiba betul-betul ketika kami paling memerlukannya”KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 43
Dari lubuk hati kami, kami mengucapkan terima kasih kepada setiap penderma KHOM MALAYSIA.Kebaikan anda memberi kehidupan dan harapandi tempat yang paling memerlukan.44 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
IMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUT7 Sorotan Liputan MediaPerkongsian usaha-usaha kemanusiaan KHOM MALAYSIA dengan dunia.KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 45
IMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUT46 | KHOM MALAYSIA: Sorotan 2025
IMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTIMBAS DI SINI UNTUK INFO LANJUTKHOM MALAYSIA: Sorotan 2025 | 47
LAPORAN AUDIT2025KHOM MALAYSA 848 | KHOM MALAYSIA: 2025 Review