PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH (PPS) TAHUN 6 (2023) SRA JAIM SUNGAI BULOH
PENDAHULUAN Program Pemantapan Sahsiah ini dibina sebagai satu usaha untuk melahirkan murid yang bersahsiah dan berperibadi mulia. Program ini merangkumi aspek pengetahuan, pengalaman dan penerapan nilai selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan KAFA. LATAR BELAKANG Program Pemantapan Sahsiah ini telah dilancarkan mulai tahun 2022.Program ini dilaksanakan bagi menggantikan Pentaksiran Ujian Amali Tahun Enam (UAT6). Ia merangkumi sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran kurikulum KAFA. MATLAMAT Menyelaraskan Program Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah Rendah Agama JAIM Tahun Enam dan setiap aktiviti yang telah dirancang di peringkat sekolah dan negeri.
OBJEKTIF Murid dapat dilatih beribadah secara latih tubi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Murid dapat mengaplikasikan ibadah dengan sempurna melalui bimbingan guru. Murid dapat melaksanakan semua aktiviti mengikut kebolehan kumpulan masing-masing. Menyelaraskan program yang telah dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
MODUL PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH TAHUN 6
CELIK HUFAZ HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah dengan betul dan lancar. Murid dapat mewujudkan daya saing antara satu sama lain. Melahirkan generasi hufaz yang berketerampilan. SURAH WAJIB: Al-Fatihah Surah Al-Baqarah (ayat 255 : Ayat Kursi) Surah Al-Baqarah (ayat 284-286 ) SURAH PILIHAN (HANYA DUA SURAH AKAN DITASMIK) : Surah Al-Fil Surah Al-A’laq Surah At-Tin Surah Al-Insyirah Surah Ad-Dhuha KAEDAH PELAKSANAAN: Hafazan
SOLATKU IBADAHKU TAHARAH HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat mematuhi tuntutan amali dan cara hidup Islam. Murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sihat. Murid dapat melakukan ibadah dengan sempurna. CADANGAN PELAKSANAAN: Guru memberi penerangan kepada murid tentang pengertian taharah,istinjak,hukum dan tujuannya. Guru menerangkan alat-alat istinjak. Guru menerangkan bahagian najis dan cara menyucikannya. Guru menerangkan sebab berlaku hadas kecil dan hadas besar. Guru menerangkan cara menyucikan hadas kecil dan hadas besar. KAEDAH PELAKSANAAN: Teori Amali Kuiz
SOLATKU IBADAHKU MANDI WAJIB HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat mengetahui proses mandi wajib. Murid dapat faham dan tahu kaedah mandi wajib dengan betul. Murid dapat membezakan perkara rukun dan sunat mandi wajib. CADANGAN PELAKSANAAN: Guru menerangkan pengertian, niat dan sebab mandi wajib. Guru menerangkan rukun dan perkara sunat mandi wajib. Guru menerangkan kaedah mandi wajib. Murid melakukan cara mandi wajib dengan betul dengan bimbingan guru. KAEDAH PELAKSANAAN: Teori Amali
SOLATKU IBADAHKU WUDUK HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat menjelaskan erti wuduk. Murid dapat menyenaraikan rukun wuduk. Murid dapat membezakan anggota sunat dan anggota wajib wuduk. Murid dapat menyebut perkara yang membatalkan wuduk. CADANGAN PELAKSANAAN: Guru menerangkan pengertian, niat dan rukun wuduk. Guru menerangkan anggota wajib dan sunat wuduk. Guru menerangkan perkara yang membatalkan wuduk. Guru menerangkan cara berwuduk. Murid melakukan cara wuduk dengan betul dengan bimbingan guru. KAEDAH PELAKSANAAN: Teori Amali
SOLATKU IBADAHKU SOLAT DHUHA DAN QIAMULAIL HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat memahami dan mempraktikkan amali Solat Sunat Dhuha dan Qiamullail dengan betul. Murid dapat mengikuti tatacara Qiamullail dengan betul mengikut tertib. Murid dapat menguasai perlakuan dan bacaan dalam solat dengan betul. Murid dapat menjadikan Solat Sunat Dhuha dan Qiamullail sebagai amalan dalam kehidupan. CADANGAN PELAKSANAAN: Guru menerangkan pengertian, rukun solat, kaedah pelaksanaan dan kelebihan Solat Sunat Dhuha dan Qiamullail. Guru menerangkan cara solat yang betul. Guru menerangkan perkara sunat dalam solat.
Guru menerangkan solat sunat yang dilaksanakan semasa Qiamullail : - Solat Sunat Tahajjud - Solat Sunat Taubat -Solat Sunat Hajat - Solat Sunat Witir Guru menerangkan perkara yang membatalkan solat. Murid melakukan cara solat dengan betul dengan bimbingan guru. KAEDAH PELAKSANAAN: Teori Amali
SENARAI GURU PENILAI CELIK HUFAZ Ustazah Irmasuryati binti Erman SOLATKU IBADAHKU ( TAHARAH ) Ustazah Nor Hidayu binti Sharif SOLATKU IBADAHKU ( MANDI WAJIB) Ustazah Nurhana Hafizah binti Ahmad Sibi SOLATKU IBADAHKU ( WUDUK ) Ustazah Ainurbaizura binti Ramli SOLATKU IBADAHKU ( SOLAT SUNAT DHUHA DAN QIAMULLAIL ) Ustazah Ruhainah binti Abd Hadi