The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA PENSYARAH - USTAZAH NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR
KOD SUBJEK - DPD10022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarahanis1806, 2022-05-30 23:59:54

IKHTILAF - PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA'

NAMA PENSYARAH - USTAZAH NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR
KOD SUBJEK - DPD10022

DPD 10022 - USUL FEQH
USTAZAH NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR

USUL FEQH
IKHTILAF – PERBEZAAN PANDANGAN

ULAMA’

PENGENALAN IKHTILAF

PERBEZAAN MASALAH OTENTISITAS NASH
PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA’

SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PANDANGAN

ULAMA’
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB IKHTILAF

EDISI TERHAD MEI 2022
RM 7.50

1

DISEDIAKAN OLEH :

FARISYA ELINA BINTI KAMARUL IKRAM
17DIB21F2012

NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI SALIM
17DIB21F2016

2

NUR HAZWANI IZNI BINTI MOHD RIDHWAN HAIKAL
17DIB21F2026

NUR FARAHANIS BINTI SAIFUL AFFENDY
17DIB21F2030

NUR HAZIQAH BINTI OTHMAN
17DIB21F2074
3

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN IKHTILAF
NO 5
1 JENIS IKHTILAF
5
2

3 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB IKHTILAF 6

4 PERBEZAAN MASALAH OTENTISITAS NASH, 7
PERBEZAAN MEMAHAMI NASH SYARA’, 7-8
PERBEZAAN MENTARJIH NASH

5 ULAMA’ AHLI HADIS DAN ULAMA’ AHLI RA’YU

6 IKHTILAF PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA’ DALAM MASALAH 9
KHINZIR 10

7 SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA’

8 KESIMPULAN 11

9 SUMBER RUJUKAN 12

4

PENGENALAN

Ikhtilaf sering disebut dengan kata ‘khilafiyah’ yang memiliki erti perbezaan pendapat,
pandangan, perselisihan, dan pertukaran. Masalah khlafiyah adalah masalah yang hukumnya
tidak disepakati para ulama. Perbezaan pendapat di antara kalangan umat islam bukan hanya
terdapat dalam masalah fiqh, tetapi khilafiyah juga melingkupi berbagai macam hal, seperti
siasah (politik), dakwah dan sebagainya. Ketidaksepakatan terjadi di kalangan umat islam
terkadang hanya pada tatapan yang sempit, bahkan seringkali hanya perbezaan penggunaan
istilah. Ikhtilaf ialah kekayaan syari’at islam. Banyak pendapat dalam syari’at islam merupakan
Mutiara. Mutiara yang tidak ternilai harganya. Ia akan menjadikan ilmu fiqh itu terus tumbuh
dan berkembang. Setiap pendapat yang diputuskan berdasarkan kepada dalil-dalil dan aqidah
yang telah diambil istimbatnya, lalu diijtihadkan, ditimbang kekuatan dalilnya, ditarjihkan
kemudian diterapkan pada masalah-masalah yang serupa dengannya (qisas).

JENIS IKHTILAF

Terdapat banyak ikhtilaf dalam islam, namun yang secara umum dibahagi kepada beberapa
golongan iaitu salah satu golongan tersebut adalah ikhtilaf yang tidak dibenarkan. Ikhtilaf yang
tidak dibenarkan adalah ikhtilaf dalam masalah aqidah yang prinsip. Masalah tersebut adalah
aqidah yang paling dasar. Tauhid yang biasa serta konsep ketuhanan yang fundamental tidak
pernah terjadi perbezaan pendapat. Ikhtilaf sebenarnya sedikit menyentuh masalah kerangka
dasar ibadah. Golongan seterusnya adalah ikhtilaf yang dibenarkan. Ikhtilaf yang dibenarkan
adalah ikhtilaf dalam masalah furu’ dan dalam masalah I’tiqod. Ikhtilaf berbeza dengan iftiraq,
iftiraq menurut Bahasa berasal dari kata mufarawah yang bererti perpecahan dan perpisahan.
Menurut istilah para ulama, iftiraq adalah keluar dari sunnah dan jama’ah pada salah satu usul
(pokok) dari perkara-perkara yang mendasar, baik dalam aqidah ataupun amaliyah.

5

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB IKHTILAF

Menerusi Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam buku Al-Shahwah Al-Islamiyyah Baina Al-Ikhtilaf Al-
Masyru' wa Al-Tafarruq Al-Madzmum menyatakan ada 2 faktor pemicu ikhtilaf iaitu faktor
Akhlaq dan faktor Pemikiran. Faktor Akhlaq mewujudkan sifat membanggakan diri dan kagum
dengan pendapat sendiri. Golongan orang tersebut sentiasa buruk sangka, mudah menuduh
orang tanpa bukti, egoisme dan mengikuti hawa nafsu untuk kepuasan diri sendiri. Tidak lupa
juga, Golongan ini begitu fanatik kepada pendapat orang, mazhab dan golongan ulama. Mereka
turut terlampau dalam meminati negeri, daerah, partai, jama’ah dan para pemimpin.

Faktor kedua ialah faktor Pemikiran. Faktor ini timbul kerana perbezaan sudut pandangan
mengenai sesuatu masalah sama ada baik ilmiah mahupun amaliah. Dalam masalah ilmiah
adalah seperti perbezaan yang menyangkut cabang-cabang syariat dan beberapa masalah
aqidah yang tidak menyentuh masalah prinsip-prinsip pasti. Sedangkan dalam masalah amaliah
pula merujuk kepada perbezaan mengenai sikap politik dan pengambilan keputusan atas
berbagai masalah ikhilaf fihqi dan ikhtilaf fikriah iaitu perbezaan pandangan mengenai penilaian
terhadap sebahagian ilmu pengetahuan. Namun begitu, perbezaan terbesar umumnya adalah
mengenai fiqh dan aqidah.

Di samping itu, dari segi faktor yang lain pula adalah menurut Muhammad Abdul Fattah Al-
Bayanuni dalam Dirasat Fi Al-Ikhtilaf Al-Fiqhiyyah mengkaitkan asal mula perbezaan hukum-
hukum fiqh disebabkan timbulnya “ijtihad” terhadap hukum, terutamanya pasca ketika Nabi
Muhammad S.A.W. dan para sahabat meninggal dunia. Terdapat dua faktor yang paling
mendasar iaitu kemungkinan yang terkandung dalam nash-nash syariah seperti Al-Quran dan
Hadis dan perbedaan pemahaman ulama’.

6

PERBEZAAN MASALAH OTENTISITAS NASH, PERBEZAAN MEMAHAMI NASH
SYARA’ DAN PERBEZAAN MENTARJIH NASH

Antara masalah Otentisitas Nash ialah perbedaan mengenai kehujahan hadis Mursal. Hadis
Mursal merupakan hadis yang diriwayatkan orang sesudah sahabat tabi’in dari Rasulullah
S.A.W. Merujuk kepada mazhab Hanafi hadis Mursal wujud pada kurun atau abad pertama dan
kedua hijriah adalah hujjah manakala mazhab Syafi’ie mengatakan bahawa hadis tersebut tidak
boleh menjadi dalil kecuali didukung oleh ayat atau hadis masyhur yang lain. Menurut Abu
Hanifah dan Abu Yusuf, perbedaan mengenai hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi
kemudian ia lupa ataupun mengingkarinya tidak boleh dijadikan pegangan kerana Imam Syafi’ie
dan Muhmmad yang merupakan anak murid kepada Abu Hanifah berpendapat bahawa hadis
tersebut adalah dalil syara’ yang sah untuk diamalkan. Misalnya, hadis diriwayatkan Rabi’ah
dari Suhail Bin Abi Shalih bahawa Rasulullah telah bersabda “memutuskan semua hukum cukup
dengan seseorang saksi dan sumpah”. Ada yang mengatakan kepada Suhail “..... tapi Rabi’ah
meriwayatkan hadis ini darimu!” Suhail menjawab, “Saya tidak pernah meriwayatkan hadis
tersebut”. “Tapi Rabi’ah orang yang tsiqah dan adil!” Suhail menjawab “boleh jadi saya lupa”.
Perbedaan penilaian terhadap hadis Mastur yang diriwayatkan oleh banyak orang tapi seorang
pun diantaranya tidak pernah teliti dengan sifatnya. Sebahagian ulama’ menerima kalau
mereka hidup dalam kurun ketiga abad pertama hijriah. Abu Hanifah menganggapnya adil dan
diterima tapi ada yang menganggapnya fasiq dan ditolak.

Perbedaan memahami Nash Syara’ iaitu dari segi nash itu sendiri yang terkadang terkandung
makna musytarak atau satu kata pelbagai arti. Contohnya, lafaz. Contoh lain pula, hadis riwayat
Abu Sa’id Al-Khudry “jika yang kedua dibaca rafa’, maka jadi mubtada’ khabar yang bererti
menyembelih induk bermakna menyembelih anak dalam kandungannya juga”. Akan tetapi
sekiranya dibaca secara nashab membawa erti “sembelihlah anak binatang itu sebagaimana
kamu telah menyembelih induknya”. Dari segi Mujtahid pula misalnya ketika perang Ahzab,
Jibril telah menyuruh Nabi Muhammad S.A.W. menyerang Bani Quraidhah lalu baginda
memberi aba-aba “seorang pun tidak dibenarkan solat asar sebelum tiba di Bani Quraidhah”.
Dalam perjalanan tibalah waktu asar. Sebahagian sahabat berpegang pada dhahir nash dengan
sengaja meninggalkan solat sesuai dengan arahan Rasulullah. Sebahagian lagi kerana
memperhitungkan akan tiba di Ba’da Maghrib, mereka berani berijtihad melaksanakan solat

7

asar, kemudian meneruskan perjalanan kerana mereka memahami kalimat Nabi semata-mata
kiasan atas perintah agar dilaksanakan sesegera mungkin. Ketika perbedaan ini dilaporkan
kepada baginda, baginda membenarkan kedua jalan pikiran itu.

Bertitik tolak dari kenyataan di atas, perbedaan dalam mentarjih nash menunjukkan bahawa
jika ada dua nash atau lebih yang tampaknya saling bertentangan. Para mujtahid menempuh
dua jalan iaitu mempertemukan dan mengamalkan kedua-duanya (al-jam'u wa al-taufiq). Kalau
tidak memungkinkan, terpaksa memilih salah satu yang kuat (tarjih). Pelbagai tarjih pada nash
yang saling bertentangan antaranya fokus pada sanad, mentarjih sanad mutawatir atas sanad
masyhur dan mendahului rawi yang paling tahu dan tsiqah. Yang kedua fokus kepada matan,
dengan mentarjih larangan nahi daripada suruhan amri dan mentarjih makna asli (hakiki)
daripada makna kiasan (majazi). Yang ketiga, fokus kepada kandungan nash (madlul) dengan
cara mentarjih kandungan larangan nahi dari yang menunjukkan boleh (ibahah). Yang terakhir
ialah fokus kepada tarjih dengan dukungan faktor dari luar nas yang bertentangan seperti ada
dalil pendukung dari ayat, hadis, ijma’, qiyas dan lain-lain. Sebagai contoh, perbedaan cara solat
gerhana (kusuf), menurut imam Malik, Syafi’ei, Ahmad dan ulama’ Hijaz, solat kusuf dua rakaat
dan dua kali ruku’ pada setiap rakaat. Sedangkan menurut Abu Hanifah dan Jumhur ulama’
kufah, caranya seperti solat Aidilfitri dan Jumaat.

ULAMA’ AHLI HADIS DAN ULAMA’ AHLI RA’YU

Para ulama’ ahli hadis berpegang pada nash dan atsar dan tidak bersandar pada ra’yu
melainkan terpaksa. Penduduk Hijaz Mekah dan Madinah yang diketuai oleh Sa’ad Bin
Musayyab yang lebih mengetahui hadis dan fiqh. Mereka tekun menghafal atsar dan
mengumpulkan fatwa Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Zaid Bin
Tsabit, Abu Hurairah dan ketetapan qadhi Madinah. Dengan modal seperti itu mereka merasa
cukup dan tidak perlu menggunakan ra’yu. Hal ini disebabkan oleh terpengaruh sikap
pendahulu mereka iaitu Abdullah Bin Umar yang menggunakan atsar dan tidak mahu
menggunakan ra’yu. Banyakkan atsar di kalangan mereka dan sedikitnya peristiwa baru yang
terjadi. Walaupun demikian, apabila diminta sesuatu fatwa tentang suatu masalah, mereka
akan merujuk Al-Quran lalu sunnah dan kemudian atsar sahabat. Jika tidak didapati hukumnya,
barulah mereka menggunakan ra’yu (paling sedikit) dan kadang-kadang berhenti memberi
fatwa.

8

Jika ditinjau dari aspek ahli ra’yu pula mereka merupakan penduduk Iraq yang diketuai oleh
Ibrahim An-Nakha'I. Mereka berpendapat bahawa hukum-hukum syara’ itu dapat dicerna akal
dan mengandungi mashlahat yang kembali kepada manusia serta didasarkan pada pokok yang
kukuh akan alasan penetapannya. Maka mereka mencari ‘illat dan hikmah disyariatkannya
suatu hukum, dan mereka menjadikan hikmah berkisar bersama hukum, baik ada atau tidak
adanya. Antara sebab-sebab tersebarnya ra’yu di Iraq ialah terpengaruh dengan cara guru-guru
mereka seperti Abdullah Bin Mas’ud yang mengikuti Umar dalam menggunakan ra’yu. Mereka
juga berpendapat bahawa Iraq adalah kota yang beruntung dengan sahabat dimana Kufah dan
Basrah sebagai Pangkalan Militer Islam. Iraq adalah sumber Syi’ah, tempat Khawarij dan daerah
terjadinya fitnah kerana disana banyak hadis palsu yang tersebar hingga syarat untuk menerima
hadis sangat ketat yang ditetapkan oleh ulama’ di Iraq. Hal ini menjadikan hadis yang mereka
miliki untuk dijadikan rujukan sangat sedikit maka tiada jalan lain selain menggunakan ra’yu.
Tidak dinafikan juga, masalah-masalah yang perlu diketahui hukumnya di Iraq lebih banyak
daripada di Hijaz. Konklusinya, keistimewaan ahli ra’yu ialah dapat menghasilkan banyak
cabang-cabang fiqh meskipun banyak bersifat Ifthiradhiyah (hipotesis) dan khayalan, serta
sedikit yang waqi’i (masalah yang terjadi) dan sedikitnya perawi hadis kerana syarat-syarat yang
harus dipenuhi begitu ketat.

IKHTILAF PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA’ DALAM MASALAH KHINZIR

Selain itu, ikhtilaf yang menjadi perbezaan pandangan ulama dalam masalah babi atau khinzir.
Babi atau kata lain khinzir dalam istilah Quran dan Bahasa Arab merupakan sejenis makhluk.
Keharaman babi ini jelas dalam nas Quran iaitu “diharamkan ke atas kamu akan bangkai, darah
dan daging babi”. Surah al-maidah ayat 3. Keharaman ini merujuk kepada amalan pemakanan
iaitu hukum memakan daging babi dan tiada ikhtilaf pada ulama dalam masalah ini. Para ulama
telah bersepakat bahawa seluruh anggota badan babi adalah haram dimakan. Namun,
pandangan Imam Ibnu Hazm, bahawa anggota badan selain daging adalah harus dimakan.
Berdasarkan teori zahir nas yang menjadi asas kepada kefahaman beliau. Antara ikhtilaf para
ulama dalam masalah babi boleh ditinjau daripada aspek kenajisan, penyucian jika tersentuh
dan keharaman anggota badan selain daging. Terdapat perbezaan pandangan sama ada babi
najis atau suci. Dalam mazhab Syafii, babi seluruhnya adalah najis. Dalam kitab mazhab syafii
pula dimaksudkan kulit bangkai akan suci dengan kaedah dibagh melainkan kulit anjing dan
babi. Antara sebab kulit babi tidak akan menjadi suci kerana kulit anjing dan babi adalah

9

keturunan salah satunya maka ia tidak suci dengan kaedah dibagh di sisi kami tanpa kkhilaf
kerana kedua-duanya adalah najis pada masa hidup. Hukum bahawa kenajisan babi adalah
dalam tahap najis mughallazah turut disebut dalam kitab fiqah moden bagi mazhab syafii.
Antaranya dalam kitab fiqah ialah al-Fiqh al-Mannaji.

SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA’ DALAM MASALAH KHINZIR

Sementara itu, sebab-sebab perbezaan pandangan para ulama ialah yang pertama arahan Nabi
yang berbeza untuk individu tertentu. Sebagai contoh dalam isu fiqh ibadah, Imam Muslim
meriwayatkan terdapat sahabat yang cacat penglihatan mengatakan “Aku tidak mempunyai
pemandu untuk ke masjid untuk solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk
menunaikannya di rumah sahaja”, lalu baginda S.A.W memberikan keizinan kepadanya. Namun,
apabila baginda mengetahui orang tersebur menetap berhampiran masjid sehingga boleh
mendengar laungan azan, baginda S.A.W menarik semula keizinannya. Walaupun begitu, Nabi
pernah memberi keizinan kepada seorang sahabat yang lain bernama ‘tiban Bin Malik, tanpa
ditarik semula keizinan. Selain itu, arahan khusus dilihat sebagai arahan umum. Terdapat juga
ketikanya, Nabi S.A.W memberikan arahan khusus kepada individu tertentu, namun ia
didengari oleh sahabat yang lain iaitu menganggapnya sebagai arahan umum buat semua lalu
menyebarkannya, sebagai contoh Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda,” mereka
yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup”, (rujuk sohih Bukhari, no.1287).

10

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dari latar belakang di atas dapat kita ambil beberapa rumusan di antaranya
ialah ikhtilaf merupakan berbedaan para ulama mujtahid dalam berihtijhad dan hasil fatwanya,
ikhtilaf dibahagi menjadi tiga. Pertama Ikhtilah Maqbul adalah ikhtilaf yang diperbolehkan
manakala yang kedua pula Ikhtilaf Madzmum adalah ikhtilaf yang tercela. Ikhtilaf yang ketiga
ialah Ikhtilaf Saigh Maqbul adalah ikhtilaf yang bagus dan diizinkan. Di mana ada akibat pasti
ada sebab, sebagaimana reaksi harus ada aksi sebelumnya. Ini ialah sebab-sebab dari ikhtilaf di
atas: Sebab dari Subjek ialah ikhtilaf Maqbul dan Saigh Maqbul memiliki sebab-sebab
diantaranya berbeda akal, pemahaman dan pemikiran setiap manusia berbeda kualitas
keilmuan masing-masing Imam Mazhab, berbeda pemahaman bahasa Arab: berbeda metode
istidlal dan kaedah Usul Fiqh, cara membaca Al-Qur' an. Ikhtilaf Madzmum memiliki sebab-
sebab khusus yakni kebodohan, kezaliman dan permusuhan, mengikuti hawa nafsu dan
prasangka, fanatik terhadap mazhab tertentu dan bedanya metode pengajaran nabi dengan
ulama setelah Nabi .Selain itu, sebab dari Objek ikhtilaf antaranya kerana lafadz dan kosakata
bahasa Arab yang multi makna juga terdapat dalil-dalil yang bertentangan dan berbedanya
adat, kebiasaan dan keadaan di setiap daerah.

Dalam sejarahya, mazhab-mazhab ini mulai muncul ketika firqah-firqah islam lainnya muncul
juga seperti khawarij dan Syi’ah. Dalam firqah atau kelompok ini umat islam terpecah kepada
tiga golongan iaitu Khawarij, Syi’ ah dan Jamaah .Perbedaan atau ikhtilaf memang sebuah
keniscayaan yang sudah menjadi fitrah manusia dan tidak dapat dihindari. Allah menciptakan
perbedaan dengan berbagai hikmah dan pelajaran yang sangat penting difahami oleh manusia
agar tidak terjerumus ke lembah pertikaian yang tiada penghujung. Sebagaimana yang
Rasulullah SAW sabdakan bahawasanya “Perbedaan yang terjadi pada ummatku adalah
rahmat.” Mengapa rahmat? Kerana dengan adanya perbedaan hasil ijtihad atau apapun itu ,
umat islam tidak merasa tersulitkan dengan satu fatwa yang wajib diikuti. Bayangkan saja jika
ikhtilaf tidak diperbolehkan sama sekali dalam bidang apapun. Semua harus sama, padahal
keadaan dan watak setiap orang berbeda. Jika disamakan maka tujuan utama dari islam itu
sendiri tidak akan tercapai. Tujuan allah memberikan peraturan syariat agar memudahkan umat
islam bukan malah menyulitkan. Jadi mari kita mengikuti apa yang dilakukan oleh sahabat dan
imam-imam mazhab ketika mereka berselisih. Bukan berselisih lalu bertikai dan saling
menyalahkan. Justru perbedaan mereka itu semakin mengeratkan persaudaraan dan
persahabatan yang terjalin di antara mereka.

11

SUMBER RUJUKAN

1. https://juddahblog.wordpress.com/2013/01/24/pengertian-ikhtilaf/
2. https://id.wikipedia.org/wiki/Ikhtilaf
3. http://www.tarbawi.my/2013/02/mengapa-ulama-berbeza-pendapat.html
4. https://insists.id/fiqh-ikhtilaf-sebab-sebab-perbedaan-pendapat-para-ulama/
5. https://adoc.pub/ikhtilaf-perbezaan-pendapat-ulama-dalam-masalah-babi-hikmah-

.html
6. https://www.academia.edu/23439500/Ikhtilaf
7. https://insists.id/fiqh-ikhtilaf-sebab-sebab-perbedaan-pendapat-para-ulama/
8. https://www.slideshare.net/marhamahsaleh/ikhtilaf-sebab-ikhtilaf-ahlu-rayi-ahlu-hadis
9. https://harakahdaily.net/index.php/2017/08/31/pembahagian-ikhtilaf/

12


Click to View FlipBook Version