The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Keselamatan, Kesihatan Dan Pemakanan Untuk Kanak-Kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WNTY@PSS SKTBN, 2023-02-24 20:22:15

Keselamatan, Kesihatan Dan Pemakanan Untuk Kanak-Kanak

Keselamatan, Kesihatan Dan Pemakanan Untuk Kanak-Kanak

KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN UNTUK KANAK-KANAK NurZulaikha Bt Rodze


PENGHARGAAN Selamat sejahtera, dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan e-book saya yang telah diusahakan selama ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya SIR EMIR AZREEN BIN ROSLIN yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan e-book saya ini. Pertama kali kepada Sir Emir Azreen Bin Roslin ( Pensyarah ) kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan kepada beliau kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan e-book ini. Jasa beliau yang saya akan kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ahli keluarga saya kerana memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang e-book ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam meyiapkan tugasan masing-masing. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihakpihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya. Sekian terima kasih.


ISI KANDUNGAN 1. KESELAMATAN DI JALAN RAYA • PANDUAN KESELAMATAN UNTUK PEJALAN KAKI • PANDUAN BERBASIKAL DENGAN SELAMAT • PANDUAN MENAIKI DAN MENURUN BAS 2. KESELAMATAN SEMASA BERMAIN AIR • CIRI-CIRI TEMPAT BERMAIN AIR 3. ETIKA MAKAN BAGI KANAK-KANAK • CARA HENDAK MULA MAKAN • CARA MAKAN DENGAN SUDU, GARPU DAN PISAU • CARA MAKAN DI MEJA MAKAN • CARA MINUM PAGI • CARA MINUM PETANG • CARA MAKAN MALAM 4. AKTIVITI AMALAN PEMAKANAN UNTUK KANAK-KANAK • MENYATAKAN MAKANAN YANG BAIK DAN BERKHASIAT • MENGENAL PASTI MAKANAN YANG ROSAK DAN BASI • MENYATAKAN SATU MENU MAKANAN YANG SEIMBANG 5. ASAS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK • PENGENALAN • ASAS-ASAS KESIHATAN KANAKKANAK • NUTRISI DAN PEMAKANAN SEIMBANG • KONSEP-KONSEP ASAS PEMBELJARAN NUTRISI DI PERINGKAT PRASEKOLAH • PIRAMID MAKANAN


KESELAMATAN DI JALAN RAYA Tujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang penjagaan keselamatan diri semasa berjalan dan mellintas di jalan raya, menaiki dan menurun bas sekolah serta semasa menunggang basikal


PANDUAN KESELAMATAN UNTUK PEJALAN KAKI a) ketika melintas jalan. • Gunakan jejantas, lintasan bawah tanah atau lorong pejalan kaki. • Berhati-hati semasa melintas jalan. Berhenti di bahu jalan, pandang ke kiri dan ke kanan. • Melintas semasa tiada kenderaan. • Berjalan mengadap arus trafik. • Tidak bermain seaktu berada di jalan raya.


b) Semasa berbasikal • Pakai topi keledar basikal ( 85% elak kecederaan kepala, 88% elak kecederaan otak) • Kaki boleh jejak bumi. • Kedua-dua tangan memegang handle. • Pastikan brek tangan berfungsi dengan baik. • Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya mengikut arus kenderaan. • Patuhi lampu isyarat dan tanda-tanda jalan. PANDUAN BERBASIKAL DENGAN SELAMAT


PANDUAN MENAIKI DAN MENURUN BAS SEKOLAH C) Menaiki dan menurun bas sekolah • Pastikan kanak-kanak beratur semasa menaiki dan menurun dari bas sekolah. • Pandang ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya.


KESELAMATAN SEMASA BERMAIN AIR Tujuan - Untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang penjagaan keselamatan diri semasa melakukan aktiviti bermain air, berenang, jenis peralatan yang digunakan serta persekitaran yang selamat untuk kegunaan kanak-kanak. Ciri-ciri tempat main air • Air yang bersih • Paras air yang cetek bagi mengelakkan risiko kanak-kanak lemas • Peralatan yang digunakan tidak berkarat. • Permukaan tidak licin bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh


ETIKA MAKAN BAGI KANAKKANAK Kanak-kanak juga perlu dididik dengan cara yang betul bagaimana hendak makan sesuatu makanan


ETIKA MAKAN BAGI KANAK-KANAK Cara hendak mula makan Kanak-kanak perlu dididik dengan cara seperti menghormati orang tua sebelum mula makan, membaca doa, cara menjemput dan menghulur makanan kepada seseorang Cara makan dengan sudu, garpu dan pisau Kanak-kanak perlu mengenal pasti sudu untuk makan, sudu untuk minum the atau kopi, sudu untuk sup, beberapa jenis garpu dan pisau. Mereka juga perlu mengetahui kedudukan serta cara susunan sudu, garpu dan pisau di atas meja.


ETIKA MAKAN BAGI KANAK-KANAK Cara makan di meja makan Kanak-kanak hendaklah dididik cara bersopan santun semasa makan di meja makan seperti cara duduk dengan btul, cara menghulur tangan ketika mengambil lauk, cara bercakap dan bermesra di meja makan. Cara minum pagi Makan roti dengan mentega, jem dan lain-lain. Kakank-kanak juga perlu mengetahui beberapa cara seperti cara menyapu mentega atau jem pada roti dengan pisau yang disediakan, cara menyuapkan roti ke dalam mulut. Mereka perlu mengenal pasti pinggan yang sesuai untuk meletak roti, kedudukan cawan atau gelas. Cara minum petang. Kuih-muih tempatan, kuih-kuih lain. Kanak-kanak perlu mengenal pasti kuih-muih tempatan yang sesuai bagi mereka, cara mengambil kuih, cara makan beberapa jenis kuih tempatan. Cara makan malam. Lauk sup, lauk tempatan dan lauk-lauk lain. Kanak-kanak juga perlu mengetahui beberapa jenis lauk yang berzat dan sesuai bagi mereka. Cara mengambil lauk dengan sopan dan tertib, cara menyuap makanan ke mulut.


AKTIVITI AMALAN PEMAKANAN UNTUK KANAK-KANAK Menyatakan makan yang baik dan berkhasiat AKTIVITI : Bercerita mengenai makanan yang digemari. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yang digemari dan berbual mengenainya. Melukis dan mewarnakan gambar bagi menghasilkan buku skrap dan bercerita mengenainya. Mengenal pasti makanan yang rosak dan basi AKTIVITI : Menunjukkan contoh makanan yang basi. Mengenal pasti Tarikh luput makanan. Menyatakan satu menu makanan yang seimbang. AKTIVITI : Memotong dan menampal gambar dalam buku skrap untuk menghasilkan menu yang seimbang. Membentuk makanan dari doh Masak makanan dan menyediakan Mendengar dan melihat menu makanan Melihat dan mengenal pasti bahan yang hendak di masak Menyukat dan menimbang Memasak makanan Bersoal jawab tentang aktiviti memasak.


ASAS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK PENGENALAN. Kesihatan adalah perkara asas yang perlu dimiliki setiap insan bagi menimati kehidupan ini sepenuhnya. Kesihatan berkait rapat dengan beberapa perkara antaranya : Nutrisi dan pemakanan seimbang Rehat dan tidur secukupnya Senaman Pengururs stress dan konflik Pengambilan dadah dan alkohol Tabiat kita dalam pemakanan dan senaman mempengaruhi rupa bentuk atau fizikal serta menentukan tahap kesihatan kita. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat yang baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal


ASAS-ASAS KESIHATAN KANAKKANAK 1. PEMAKANAN SEIMBANG Air yang bersih Makanan daripada 4 kumpulan asas ( karbohidrat, protein, vitamin dan mineral ) 2. SENAMAN Untuk membina tubuh yang baik Menguatkan otot Memperbaiki koordinasi badan 3. KEBERSIHAN Basuh tangan sebelum dan selepas makan Memberus gigi sebelum, selepas makan dan sebelum tidur Mandi setiap hari 4. REHAT Tidur 8 jam sehari Rehat secukupnya apabila letih 5. JAUHI BAHAYA Mengelakkan kecederaan Mengelakkan penyalah gunaan bahan ( rokok, alcohol, gam dan sebagainya )


NUTRISI DAN PEMAKANAN SEIMBANG Pemakanan sihat mustahak bagi kanak-kanak prasekolah sebagai 1) Pembekal tenaga bagi pergerakan 2) Pembekal nutrien-nutrien yang diperlukan bagi mereka membesar dan berkembang ( fizikal dan mental ) 3) Menjaga kesihatan secara am ( mencegah daripada penyakit dan kecederaan.


KONSEP-KONSEP ASAS PEMBELAJARAN NUTRISI DI PERINGKAT PRASEKOLAH Kita mendapat tenaga daripada tumbuhan Makanan adalah sumber tenaga kita Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin, mineral, serat dan air. Pengambilan makanan yang seimbang adalah tabiat yang sihat bagi kebanyakan orang Makanan diperlukan untuk membesar


PIRAMID MAKANAN


SEKIAN TERIMA KASIH NURZULAIKHA BINTI RODZE


Click to View FlipBook Version