Di sebuah pantai, terdapat kawasan perumahan yang didiami oleh manusia. Penduduk di kawasan tersebut suka pergi ke pantai pada waktu petang bagi mengisi masa lapang. Afiq merupakan salah seorang penduduk yang tinggal di perumahan terebut. Afiq seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun, akan tetapi mempunyai sikap yang degil dan pentingkan diri sendiri. Afiq merupakan anak tunggal kepada Encik Ahsan dan Puan Laila. Afiq juga mempunyai keperibadian yang suka membuang sampah di merata-rata. 1
Pada suatu petang, Afiq dan keluarganya pergi membeli-belah di sebuah pasar raya yang berhampiran rumahnya. “Afiq, kenapa kamu membuang plastik jajan di tempat awam begitu sahaja?” kata Puan Laila yang menegur anaknya Afiq dengan nada yang lembut. “Suka hati sayalah ibu,” kata Afiq dengan nada yang sinis. Apabila sampai di rumah, muka Afiq terus-menerus masam kerana ditegur oleh ibunya tadi. Afiq mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di pantai. 2
Di pantai tersebut, terdapat sepasang keluarga penyu yang tinggal di dalam laut bersama tiga ekor anaknya yang masih kecil. Ayah kepada tiga ekor anak penyu selalu menasihati mereka agar berhati-hati ketika hendak makan sesuatu kerana di pantai tersebut, ramai manusia yang suka membuang sampah di dalam laut. Fakta: Plastik sampah selalu disalah anggap oleh penyu sebagai oborobor kerana obor-obor merupakan salah satu makanan Sang Penyu. 3
Ketika Afiq bersiar-siar di pantai, dia membeli air minuman yang dijual di tepi jalan. Setelah menghabiskan minuman tersebut, dia terus membuang bekas air plastik ke dalam laut begitu sahaja tanpa rasa bersalah. 4
Alangkah malangnya, terdapat anak Sang Penyu yang bernama Sa berada di situ bersama dengan Du dan Ti. “Du, Ti, aku nampak obor-obor di hadapanku. Aku ingin memakannya,” kata Sa dengan perasaan gembiranya. Du dan Ti telah memberitahu kepada Sa jangan memakannya kerana ayahnya telah memberitahu supaya berhati-hati dengan apa yang hendak dimakan. Su dengan lajunya pergi memakan plastik tersebut tanpa mendengar kata-kata adik-beradiknya tadi. Su jatuh sakit lalu menyebabkan Sang Penyu risau dan berasa sangat marah kepada manusia yang menyebabkan anaknya jatuh sakit. 5
Afiq yang masih berada di pantai ketika itu, tibatiba terdengar suara yang memanggilnya.” Siapa pula yang memanggilku?” kata Afiq yang kebingungan. Sang Penyu terus meluru ke arah Afiq lalu mengheretnya ke dalam laut. Situasi tersebut menyebabkan Afiq berasa cemas. Siapa pula yang memanggilku?” 6
Afiq tersedar, akan tetapi dia merasa amat pelik kerana dia dikelilingi oleh sekumpulan penyu dan keadaan di situ terlihat seperti dia berada di dalam laut. “Macam mana aku boleh bernafas dengan begitu mudah sedangkan aku berasa di dalam laut?” kata Afiq dalam hatinya. Sang Penyu menegur Afiq dengan nada yang marah lalu berkata,” Hei, manusia! Kau tahu tak di mana kau sekarang?!” Afiq terkejut lalu menggeleng kepalanya, menunjukkan bahawa dia tidak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. 7
Ketika Afiq ditangkap oleh Sang Penyu, dia telah disumpah menjadi penyu akibat amarah si ayah Su. Anaknya sakit disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Setelah menyedari situasi yang sebenar, Afiq mula menangis ketakutan dan menyedari tindakannya sebelum ini. 8
Selepas kejadian itu, keluarga Sang Penyu membiarkan Afiq bersendirian di dalam laut sebagai balasan atas apa yang berlaku kepada anaknya, Su. Afiq yang buntu, berasa sedih kerana dia keseorangan dalam keadaan yang sangat lapar. Walaupun begitu, Afiq masih berdegil dan tidak mahu mengaku akan kesalahan yang dibuat. Itu yang menyebabkan Sang Penyu berasa sangat marah dan membiarkan Afiq keseorangan di dalam laut yang bahaya itu. 9
Dalam keadaan Afiq yang telah berubah, dia berusaha mencari makanan tanpa bantuan penyu-penyu yang lain. Akan tetapi, sebagai seekor penyu, untuk bertahan hidup di dalam habitat atau persekitaran yang bukan kebiasaannya adalah sesuatu perkara yang mustahil. Terdapat banyak pemangsa seperti ikan yu. Afiq yang kelaparan menangis teresak-esak sambil memanggil ibunya, namun kelibat ibunya tidak kelihatan. Afiq cuba mencari makan di sekelilingnya, akan tetapi yang kelihatan hanyalah plastik dan sampah sarap. 10
Namun akibat terlampau lapar, plastik dan sampah di kawsan itu kelihatan seperti makanan yang enak. Afiq cuba untuk menelan plastik-plastik yang terdapat di kawasan tersebut. Akibat keletihan dan kelaparan, Afiq pengsan. Selepas bebarapa ketika Afiq tersedar, namun dia masih berada di tempat yang asing padanya. Du dan Ti kelihatan di hadapan mata Afiq sedang menghidangkan makanan di meja makan. Su yang sudah sihat mengajak Afiq untuk makan bersama mereka. 11
“Kenapa kamu semua sangat baik dengan saya, sedangkan saya telah menyakiti adik-beradik kamu?” kata Afiq dengan nada yang sedih. Sa, Du dan Ti hanya tersenyum apabila ditanya oleh Afiq. “Aku tidak marah, tetapi berbuat baik adalah lebih baik daripada membalas dendam,” kata Su kepada Afiq. Setelah itu, Afiq dibawa oleh Su dan adik-adiknya melawat ke kawasan sekitar perumahan meraka. Afiq berasa sangat terharu dan gembira kerana Sa, Du, dan Ti tetap mengajaknya pergi untuk melihat sekitar rumah mereka walaupun Afiq telah membuat kesalahan dengan membuang plastik di sekitar kawasan pantai yang boleh mengancam nyawa Sa, Du, Ti dan habitat penyu-penyu yang lain. “Kenapa kamu semua sangat baik dengan saya, sedangkan saya telah menyakiti adikberadik kamu? Aku tidak marah, tetapi berbuat baik adalah lebih baik daripada membalas dendam. 12
Hari demi hari, Afiq tidak janggal dan lebih selesa dengan kawasan habitat penyu. Layanan yang diberi oleh keluarga Sang Penyu sangat baik sehingga membuatkan Afiq berasa sedih apabila teringat akan perbuatannya itu. Terdapat juga hari di mana Afiq rindu akan ibunya. “Aku ingin sekali berjumpa dengan ibuku, tetapi macam mana aku ingin berjumpa ibuku dengan bentuk badanku ini,” kata Afiq kepada Su. Setelah mendengar keluhan Afiq, Su berjumpa dengan ayahnya kerana ingin meminta pertolongan ayahnya supaya menukarkan balik bentuk badan Afiq yang asal. 13
Malangnya, ayahnya tidak dapat berbuat sedemikian kerana sumpahan itu tidak dapat ditarik balik. Setelah menghadapi pelbagai dugaan dalam pengembaraannya sebagai seekor penyu, akhirnya pada suatu hari Afiq terjumpa suatu gerbang angin yang sangat deras. Gerbang angin tersebut menyedut Afiq sehinggakan Afiq kelelahan akibat goncangan yang dirasai dan akhirnya... 14
“Ibu... Ibu... Tolong Afiq! Afiq takut!” jerit Afiq. Goncangan tersebut semakin kuat sehinggakan Afiq tersedar apabila dia terdengar akan jeritan suara ibunya yang menyuruhnya membuka mata. “Afiq, buka mata kamu! Kamu mengigau ni, sayang,” kata Puan Laila. Dan akhirnya Afiq membuka matanya lantas memeluk ibunya. “Ibu...” teriak Afiq sambil menangis. 15
Semenjak daripada kejadian mimpi yang dialami oleh Afiq pada tempoh hari, ianya telah menyebabkan Afiq berubah menjadi seorang yang tidak lagi membuang sampah di merata-rata. Mimpi tersebut menyedarkan Afiq akan kesalahannya dan Afiq mula berubah sejak hari itu. Dia menyedari bahawa setiap perbuatannya itu, memberi kesan terhadap kehidupan lain dan mula memahami akan erti kasih sayang. Pada masa yang sama, Afiq turut mengajak rakan-rakannya yang lain untuk bersamasama bergotong-royong di pantai. 16 -TAMAT-